Pages

Monday, October 17, 2016

01 - Trip Viva Hitalia - Dari Skypark Ke Tlaga Bating

Kita mulakan mukadimah dengan bahasa Ibunda tanda kecintaan kita kepada bahasa turun temurun yang tiada galang gantinya.

"Hey set set porong.... mung seme buak mende gok????"

See? Bila mother tongue mula menguasai diri, aku pun tak tau aku tanya siapa soalan tu.

Anyway, ini perihal trip balik ke kampung Halaman Asmara negeri ku tercinta. Hitalia Darul Imang....

Highlightnya dah tubik sining : Enchanting Terengganu.

Oh. Baru perasan entry tu bulan April dulu. Dah sempat balik raya dah hari tu. Punya la lama aku peram dah buleh jadi tapai dah ni. Apa apa pun orang kata biar lambat pada tak update langsung. Nanti aku tua tua tak leh nak mengenang memori pulang ke kampung ni.

So aku akan abiskan dengan segala daya dan kemampuan yang ada untuk Trip Viva Hitalia ke Negeri Cantik Budaya Menarik. Orangnya pun cantik cantik jugak... cuma tak berapa menarik jer..

* pitam tepi pintu kapal terbang.

Di satu pagi yang hening dan berjerebu

Trip ni sebenarnya trip kerja. Aku ada meeting di KT. Jarang aku balik sana atas dasar kerja, tapi ada client nak ajak meeting di sana so aku OK kan je. Patutnya awal lagi dah aku pegi, tapi asyik tertangguh je sebab tu aku macam tak de la excited mana walhal kalau buleh biar di sambut dengan bunga manggar di airport nanti.

Like macam ada orang nak ambik pedulik !

Yang naya nya.. Meeting tu hari ahad ! Hari libur untuk aku di kota ni. Mana aci, weekend kena bekerja. Tapi sebab aku pun macam rajin dan semua orang pun tahu, setakat kerja hari minggu apa lah sangat. Kerja hari raya pun boleh !

* kerja di hari raya adalah makan dan tidur.......

Tapi sebab kira keje hari ahad, aku dapat replacement cuti so isnin tu aku ada sehari lagi boleh lepak di kampung tercinta ni.

Okey. Let's get started. Aku pun tak tau nak cerita apa je ni. 

Usha gegambar je lah. Sempat la aku snappy sana sini sebab excited jugak akhirnya macam sireh pulang ke gagang. Aku kembali ke Hitalia dan ada masa untuk berpeleseran !

Aku gi epot naik teksi jer.

Drebar tu tohok aku sining. 

Hisap rokok lu....

Dah check in beg. Tak bawak banyak beg pun sebab meeting petang tu

Nampak tak aku berkeliaran kejap belah sana, kejap belah sini. Hahaha. Sebenarnya mencari port hisap rokok ni. Kat epot ni biasalah bukan buleh hisap sembarangan. Orang orang ni memang kadang kadang suka cemburukan artis antarabangsa macam aku ni. * sigh

Aku ingat, aku rasa lapar dan aku makan kat kedai mamak dalam Skypark tu. Bihun kawin dengan Nasi Goreng dengan telur mata dan teh o ais limau, harganya RM 13. Yes.. Esok dia buleh pegi haji !

Aku pun tak pasti kenapa aku ambik gambar kedai ni. Rasanya boring sebab tunggu boarding.

Subang Skypark. Tapi No ! Aku bukan naik Fireflyz....

Buat pertama kalinya aku bakal naik Malindo Air !

Yes.. bilang saja pada semua.... Ni memang first time aku naik Malindo Air ni. 

Baca doa perjalanan.... Semuga selamat sampai di negeri sendiri

Up up and away....

Tol Batu 3 Federal Highway.

First time naik Malindo so aku jakun sikit...

Di puncak awan

Katanya ada refreshment....  Takkan artis tersohor macam aku ni di beri biskut jagung je? "Hey ! Dont you have any idea who I am?"....... 

"You dont?... Oke Fine...." Tegakkan seat sebelah yang sememangnya kosong.

Best kan naik flight ni... jalan jauh jauh sejam dah sampai. Kalau drive maunya aku masih kat Petronas Gombak lagi tengah top up touch and go.

Oh... negeri ku yang indah dan menawan....

Ni stadiung hok ane se ni? Aku lama dok balik... dok dang nok ambik tau

Ah. Best. Akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Kakak stewardess tengah menjadi Cinderella.... 

Terima kasih Malindo Air.... !

Enchanting Terengganu

Mende eh?

Keluar airport aku terpingga-pingga sebab begitu ramai orang berkumpul menyambut aku yang sedia popular dan di minati ramai. ni. Musing ketang aku nok lari sebab tak mboh di kejar paparazi.

Kena nusuk dari mereka. Kalau dok kekgi dia orang napok aku je, dia senjosh senjosh baju aku, abih gelebek nyeng dok leh nok gi meeting kekgi.

So aku lari hisap rokok jauh jauh.

Tunggu kenderaan rasmi datang kutip aku kat epot KT ni. Mana lah sepupu aku ni. Ni la janji Melayu.  

Nasib baik tak lama lepas tu dia sampai. Kalu dok, memang aku gelepor seruh sereh sittu.

"Bakpe panah ngat kapong mung ni? Aku dok leh panah panah ginni..... "
"Baser mung"
"Doh mung bakpe lambak ngak natang ni?"
"Aku sakik peruk. Pah berenti berok"
"Bodo. Gitu sokmo"

Bila dah ada perbualan dalam bahasa Ibunda ni, baru lah benar benar terasa yang aku dah balik ke kampung halaman.

Welcome home Meng !!!!!.....................

Rindunya pada kampung halaman aku yang cantik dan berbudaya menarik ni... Walaupun jarang balik, jauh di mata tapi tetap dekat di hati.



Bertahun-tahun sudah lama
Tiada pernah kita berjumpa
Dikau pergi entah ke mana
Duhai kawanku nan setia

Ku teringat masa dahulu
Masa kita berada di rantau
Irama senandung anak dara
Itu nyanyian kita berdua

Malam bulan purnama
Tiada hati dirundung duka
Kita bersenda gurau dipantai

Riang-riang gembira
Dengan cahaya sinaran ranmbulan
Itu semua pengalaman

Namun kini hilang lenyap sudah
Kenangan waktu kita bersama
Dikau pergi jauh di mata
Jangan lupa khabar berita

bersambung...................

12 comments:

  1. Hahahaha... Lawok lawok. Sedak ah ye bulih balik kkapong.

    Long lek long,
    Woh labu woh le'ik,
    Jamoh j**o sulong, berase ta*ik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. woh.... doh bakpe gi jolok jubo dia ngak.
      doksoh beng care ke dia ah.
      biar ah jubo dia puing pung.

      hahahaha

      Delete
  2. Meng, kene bace 2-3 kali baru leh pahe..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. set set tu gitu sokmo... pah porong jeluah pulok tu

      Delete
  4. Replies
    1. dah pernah sampai itali ke?

      ni hitali lah bukan Italy.... harap reti !

      Delete
  5. Ulang2 aku baca part bahasa hitaly tue..baru paham hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau faham tu kira terror lah...

      tak de la kena tipu kalau datang ke sana.

      Delete
  6. Tak sabar nak tunggu review pasal makanan kat KT hahahahaa ... (Sebab dulu pernah duduk Kerteh, so gi KT macam teruja seronoknya hahahahah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. malang sekali, tak de acara makan makan sebab balik makan di rumah. kalau tak lagi kena tahan telinga kalau x balik merasa masakan ibunda.

      Delete