Pages

Monday, August 15, 2016

Trip Palembang 3H2M - 05 : Masjid Agung Sultan Mahmud Badaruddin 1

Sewaktu hari pertama di Palembang, lepas makan di Restoran Har tu aku bergerak ke Masjid Agung Sultan Mahmud Badaruddin 1 yang juga di kenali sebagai Masjid Agung Palembang.

Hujan masih turun renyai renyai. Di jalanan ramai budak budak seronok berkubang di air bertakung. Jalanraya semakin macet tapi tidak menghentikan aktiviti aktiviti di kota Palembang yang sudah kembali bersambung.

Terletak berhadapan dengan kawasan bulatan air pancur di kota Pelembang

Air pancur atau dikenali sebagai Alun Alun di depan Masjid Agung Palembang

Masjid Agung Sultan Mahmud Badaruddin I atau biasanya disebut Masjid Agung Palembang adalah sebuah masjid terbesar di Kota Palembang, Sumatera Selatan.

Masjid ini dipengaruhi oleh 3 senibina budaya iaitu Indonesia, Cina dan Eropah.

Bentuk architecture Eropa terlihat dari pintu masuk di gedung baru masjid yang besar dan tinggi. Sedangkan senibina Cina dilihat dari masjid utama yang atapnya seperti pagoda. Masjid ini dahulunya adalah masjid terbesar di Indonesia selama beberapa tahun. 

Bentuk masjid asal dengan senibina Sriwijaya lama

Masjid ini asalnya didirikan pada abad ke-18 oleh Sultan Mahmud Badaruddin I Jaya Wikrama (1758 - 1774).

Terletak di kawasan 19 Ilir, di mana merupakan salah satu Kampung Asli Palembang dan Arab yang telah lama didiami.

Masjid Agung Palembang ini telah direnovasi pada tahun 2000 hingga 2003 dari bentuk asal dan bangunan barunya telah dirasmikan oleh Presiden Megawati Soekarnoputri.

Bukan dilarang membuat cita-cita yang baru tetapi berfikirlah dengan wajar, yang akan datang itu disyukuri yang telah ada itu lebih disyukuri lagi 
- Hamka -

Luas kawasan masjid ini adalah lebih kurang 15,400 meter persegi meliputi bangunan lama, serambi, serta bangunan tambahan yang baru.

Masjid Agung dari arah bangunan lama

Bangunan asal Masjid Agung Palembang 

Dihiasi dengan kolam yang juga menjadi tempat mengambil wuduk

Kolam wuduk

Bentuk asal Masjid Agung yang masih dikekalkan

Dewan solat utama

Mimbar

Bahagian dalaman

Senibina lama

Sisi bawah kubah utama binaan asal di hiasi dengan kalimah kalimah Allah.

Tingkap kaca dengan ukiran berwarna

Aku sempat singgah untuk mengerjakan solat di hari pertama tapi tak abis nak explore sebab hari dah hampir gelap. 

Hari ke dua aku datang berkunjung sekali lagi dan tumpang solat dan baru sempat nak explore blok baru yang telah di bina di belakang blok asal Masjid Agung Palembang ini.

Bangunan baru Masjid Agung Palembang dari arah bulatan

Bangunan bangunan di hadapan

Masjid Palembang 2003. Bangunan baru siap direnovasi

Pintu masuk dari arah bulatan

Bangunan utama

Serambi di bahagian tepi

Dengan penambahan blok baru ini, masjid Agung Palembang menjadi lebih luas dengan lebihan lantai untuk semua umat beribadat, Dianggarkan masjid ini dapat menampung lebih kurang 10,800 jemaah pada satu sat umasa. Terdapat jugak kawasan serambi untuk aktiviti aktiviti keagamaan di jalankan, perpustakaan, tempat tempat acara ilmu dan sebagainya.

Cuma dari pemerhatian aku, bila kawasan lebih luas jadi makin ramai yang datang untuk tidur lebih daripada beribadah. 

Kalau bangunan utama asal tu memang tak de yang berani tidur. Tapi kawasan serambi ke bangunan blok baru tu, ada satu ruang tu penuh dengan manusia bergelimpangan tidur. Dan juga di bahagian bahagian atas terdapat golongan kecil yang menjadikan kawasan masjid sebagai kawasan istirehat.

Namun begitu facility di Masjid Agung Palembang ini masih di paras terbaik.

Terdapat kawasan parkir kenderaan di bahagian dalam kawasan masjid. Halaman masjid di jaga rapi dengan taman yang indah. Terdapat penjaga sepatu dan sandal dengan bayaran seikhlas hati kepada anak anak yang menjaga selain daripada kawasan tempat wudhu dan kamar mandi.

Layan sikit gambar lagi.

Kawasan dalam di bliok baru. Di bahagian atas adalah perpustakaan dan pejabat.

Dinding kaca yang memisahkan bahagian luar dan juga  bangunan lama

Bangunan baru yang menempatkan perpustakaan

Lantai lobi utama

Kubah di bangunan baru

Ruang lain di kawasan Masjid Agung

Dalam sejarahnya, masjid yang berada di pusat Kesultanan Palembang Darussalam ini pernah menjadi pusat kajian Islam yang telah melahirkan sejumlah ulama besar. Syekh Abdus Shamad al-Palembani, Kemas Fachruddin, dan Syihabuddin bin Abdullah, adalah beberapa ulama yang pernah menjadi Imam Besar Masjid Agung. Peranan para ulama ini sangat besar dalam mengembangkan agama Islam di wilayah Kesultanan Palembang.

Masjid Agung Palembang menyimpan kenangan tak terlupakan sepanjang masa.

Ia menjadi saksi perjuangan rakyat Palembang pada pertempuran 5 hari menentang Belanda di pusat kota yang berhasil menenggelamkan kapal Belanda walaupun ramai daripada anggota tentera tempatan terbunuh. 

Masjid Agung Palembang

Kini Masjid Agung Sultan Mahmud Badaruddin 1 ini menjadi lambang semangat perjuangan rakyat di sini dalam mempertahanan hak hidup, hak menentukan nasib sendiri dan hak manusia untuk terus hidup merdeka.

Seiring gema azan yang mengalun di antara menara-menara besarnya, masjid ini tetap kukuh menjaga ikatan sesama umat muslim serta lambang pengkukuhaan hubungan manusia dan Tuhannya. 

Jangan bersikap melebihi daripada ukuran diri, baik waktu duduk dalam satu majlis atau dalam cara berpakaian, cara berkenderaan, cara makan dan minum, cara berumah tiang dan berbujang pelayan, hendaklah tubuh sepanjang berbayang-bayang; yakni bersikap sederhana 
- Hamka -

Masjid ini juga hadir sebagai saksi perjalanan hidup warga warganya....



Engkau datang
Ketika aku jatuh bangun dan jatuh
Dalam langkah menyusuri kehidupanku yang kelam
Dan hampir-hampirku tak dapat melangkah lagi

Dirimu hadir
Bagaikan sinar menerangi jalanku
Kau tunjukkan arah mana yang kini harus kutempuh
Agar kutak sesat lagi seperti dulu

Bersama bayanganmu kasih
Seakan-akan kuterjaga dari mimpi-mimpi
Dari kehidupan yang semu dan melenakanku
Membuat kuterlupa akan segala-galanya

Hari ini hari ini
Aku mencoba berdiri dan melangkah lagi
Bila esok sinar mentari pagi kan bersinar lagi
Aku kan menuju cita-cita yang pasti

bersambung.....

6 comments: