Pages

Saturday, August 13, 2016

Trip Palembang 3H2M - 04 : Kuliner di Palembang

Gi Palembang tak pekena makanan Palembang jangan banyak sembang !

Kali ni aku nak share pasal kuliner di Palembang.

Lepas aku dok borang dengan pak polisi kat bawah pokok tu aku depan bulatan Masjid Agung Palembang, aku berpindah mencari perlindungan yang lebih elok sebabnya hujan semakin lebat !

Sambil tu nak mengisi perut ! Aku belum makan apa apa lagi hari ni. Memang aku simpan perut untuk ini.

Masjid Agung dan bulatan pancur yang juga di kenali sebagai Alun Alun di Palembang

Dan bila bercerita pasal makanan di Palembang ni, aku akan jadi lebih excited sebab bagi aku travel ke Indo adalah paling best sebab kita tak perlu nak fikir sangat pasal makanan.

Makanan banyak ! Senang nak cari yang halal. Cuma nak dengan tak nak jer.

Dan semestinya di Palembang ini sendiri ada makanan makanan tempatan yang menjadi tarikan dan igauan dan pastinya patut di cuba !

Benda yang pertama yang begitu synonim dengan kota Palembang ini adalah Pempek ! 

Restoran terapung di Sungai Musi yang menyediakan hidangan pempek

Dengar je aku dah nak gelak. Macam tak lalu je nak makan !

Kalau dapat kat orang Hitaly tanya aku.

"Mung gi Palembang makang mende?"
"Aku makang Pepek"

Mau pengsan satu kampung secara berjemaah !!! Mengundang umpatan dan kecaman tahap kejian berapi.

Hahahaha., 

Tapi bila tau Pempek ini adalah dari ikan lagi la aku bertambah tak minat. 

Baca ni.

Pempek atau Empek-empek adalah makanan khas Palembang yang terbuat dari ikan yang dihaluskan dan sagu, serta beberapa komposisi lain seperti telur, bawang putih halus, penyedap rasa dan garam. Sebenarnya sulit untuk mengatakan bahwa pempek pusatnya adalah Palembang karena hampir di semua daerah di Sumatera Selatan memproduksinya.

Untuk bacaan lanjut : Pempek

Pempek Palembang from Google

Pempek Palembang from Google

Sebab Pempek tak masuk dalam list makanan yang aku nak cuba, jadi aku nak try makanan lain yang turut popular di Palembang ini iaitu Murtabak Har !

In Palembang one famous eating joint is Martabak Har. 

Martabak Har sells Murtabak or Prata filled with minced meat and egg and eaten with curry. Most of the owners are Indian descent. There are many Martabak Hars but the original one is near the big roundabout (Alun Alun) near Masjid Agung.

Orginal Restaran Har di Pelambang

Sedang elok masa hari pertama tu, aku bergerak meninggalkan polis trafik tu bawah pokok dan melintas jalan menuju ke blok bangunan yang menempatkan Restoran Har ni, hujan turun dengan lebat !

Dan aku ambik peluang untuk berehat dan mengisi perut di sini.

Murtabak Har. Restoran Har ni ada banyak di sekitar kota Pelembang.. kena pepandai cari la tapi kat depan area masjid Agung tu ada 2.

Aku sendiri tertanya tanya bagaimana rupa murtabak Har yang di gembar gemburkan ni ?

Masuk. Duduk dan order. Dan aku dihidangkan dengan makanan untuk hari itu.

Teh botol dan murtabak har

So selepas makan aku dapat kepastian ialah murtabak Har ni adalah roti telur. Tapi special sikit selain daripada di makan dengan kuah dhal, ada jugak kicap dan cili padi di makan sekali.

Rasa memang macam roti telur di tempat kita. Ada juga yang makan style banjir, curah kuah semua di atas roti tu.

Dan verdict aku.... biasa biasa jer....  sebab aku pernah makan roti telur yang sedap kat banyak kedai mamak di Malaysia ni. 

But not bad kalau nak mencubanya di Palembang

Aku makan tak abis pun sebab tak berapa sedap. Sebab hujan lebat, aku opted untuk terus melepak dan pekena kopi Palembang. Di panggil kopi Palembang tapi aku tak tau apa special nya pun.

Macam kopi timbang biasa je. Di buat pekat dan sedikit pahit. Banyak hampas kopi di bahagan bawah. Time hujan lebat, pekena kopi ni memang sedap juga.

Makan Murtabak Har dengan Kopi Sumatera harga nya 28 ribu Rupiah.

Hujan lebat datang lagi dan aku kebosanan duduk dalam kedai tu sebab kedai dia agak rasa meruap.

Sudahnya aku keluar tapi tak boleh nak begerak sebab hujan masih lebat. Aku terpaksa berlindung di tepi kedai kedai yang lain sementara menantikan hujan reda. Melayan perasaan sendiri.



Hujan - hujan t'lah datang lagi
Dingin - dingin menyiksa diri
Bantal dan guling sebagai saksi
Sudahlah dingin daku sendiri
Ku panggil kau tak menyaut
Akan menjerit tak sanggup lagi
Aku menangis lagi

Hujan membuka cerita lama
Sepayung kita berdua
Bermesraan ditengah hujan
Hujan yang kini daku sendiri
Rindu makin menyengat
Bantal dan guling makin ku dekap
Dan kupeluk erat

Petir seakan merengutkan
Putusnya tali ikatan ho...
Kasih kini berpaling pada yang lain
Bukan denganku kawan bersanding
Kan kugapai lagi tak mungkin
Hujan seakan di curahkan
Dingin dan gelap mencekam ho...
Malang sudahlah dingin tiada berteman
Hati sepi kubawa mendekam
Matapun tak mau memejam
Oho mendesis dingin dan hujan
Oho menangis ku kesepian
Oho mendesis dingin dan hujan
Oho menangis ku kesepian

Terbayang jauh kau disana
Berdekapan dengan sidia
Semakin dingin semakin mesra
Sedangkan daku kini sendiri
Membeku rindu dihati
Rindu nan tiada pula bertepi
Dan tak jua berhenti

Dingin ... dingin ...dingin ... dingin

Selepas hujan

Lepas hujan reda aku beredar ke Masjid Agung Palembang. Dan hujan berterusan di hari pertama hingga ke petang. Tak de rezeki aku nak menyaksikan senja di Palembang !

Belah malamnya aku melepak di tepi Sungai Musi menyaksikan keindahan malam di Palembang. 

Duduk makan Mee Ketek dan layan 2 orang budak. Instead of makan aku layan borak dengan dia orang.

Nanti aku buat separate entry untuk ni.

Makan Mee Tek Tek di Benteng Kuto Besak di Palembang. Mee Tek Tek tu macam maggie goreng. Tau tak kenapa nama dia Mee Tek Tek? 

Sebab bila dia orang goreng tu bunyi sudip ketuk kuali.. Tek Tek ! Pempek. Tek Tek.. pelik pelik betul nama makanan dia orang ni

2 orang peneman aku makan. Banyak cerita aku dengan dia orang ni. Nanti entry lain aku share.

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. 
Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya 
-Hamka-

Tu lah semua habuan kuliner aku masa hari pertama di Palembang tu. 

Hari ke dua aku try beberapa makanan lain lagi.

Dan aku jumpa juga makanan dan minuman lain yang aku cuba sepanjang 3 hari aku di Palembang.

Air cap badak perisa Oren. Aku beli kat mini mart.

Breakfast di hotel. Sekali lagi aku ulang Nasi kuning tu sedap. Macam nasi lemak. Makan dengan sambal telur. Pedas tapi sedappp !

Sapa yang cakap aku makan banyak tu?

Syadap you !!!

* lari menyorok belakang tiang lampu

Masa hari ke 2 di Palembang juga aku try satu lagi makanan yang menarik di sini yang turut sama terdapat di restoran Har iaitu Nasi Minyak Har !

Kaya la tokey Har ni kan.. semua makanan dia viral dan terkenal di bumi Palembang ni.

Banyak restoran Har di Palembang ni, untuk hari ke 2 aku try di cawangan yang lain iaitu di Menara Har. Tak jauh pun dari kedai semalam tu.  

Menu utama

Kedai yang lebih selesa

Nasi Minyak, ayam goreng dengan acar di datangkan dengan kuah kari ( di panggil kuah rendang ) dan minum dengan Air Jeruk ( favourite air aku kalau kat Indo ). Bagi aku Nasi Minyak ni not bad la... or maybe aku lapar. Harga semua 48 ribu.

Pakcik makan Murtabak Har

Murtabak Har

Selain tu sewaktu di Palembang aku sempat try minum kopi Batavia di Ampera Convention Center.

Berangan lepak sambil minum kopi have have.

Kedai kopi Batavia

Sebenarnya sama jugak sebab hari nak hujan so aku tak tau nak ke mana , so melepak je sini layan view Jembatan Ampera

Layan Arabica Coffee. Tak sedap maan pun. Harga lebih kurang 15 ribu.

Selain tu yang menariknya petang petang di Benteng Kuto Besak, ada bot bot kayu yang datang berlabuh di tepi Sungai Musi dan menyediakan makanan untuk warga tempatan yang nak makan atas bot ni.

Aku tak sempat nak usha sebab hari nak hujan dan local macam ramai gila menyerbu. Maybe something yang perlu di cuba di Palembang ni.

Resto terapung. Makan atas bot.

Medan selera terapung

Warga tempatan beratur menunggu giliran. Sememangnya menjadi tumpuan dan aktiviti ramai di pesisir Sg Musi dan Palembang.

Satu lagi tempat makan yang aku try adalah gerai biasa tepi jalan. Lokasi ni depan hotel aku sebab hari ke 2 tu aku balik hotel awal sebab petang tu hujan lebat. 

Balik hotel membuta dengan riang pastu malam aku lapar dan keluar mencari makanan. Nasib baik ada warung makan berdekatan.

Warung tepi jalan

Menu wajib. Ayam goreng, nasi panas panas datang dengan ulam ulaman, tempe dan tauhu. Ada sambal pedas dan juga air jeruk

Ayam garing dan sambal sedap. Aku siap tambah nasi ( tutup muka malu makan banyak )

Siap tambah cumi masam manis. Sebenarnya aku order cumi goreng...tapi ni yang dapat.

Langsai..... burpppp. Alhamdulilah. Kos makan malam tak sampai RM 15. Sedap pun sedap

Okey. Aku ngaku aku makan dengan banyak !

Memang lapar dan makanan pun sedap sedap.

Maka begitulah, kalau ke Indonesia ni, mana mana kawasan pun makanan adalah wajib cuba. Banyak yang enak enak dengan harga yang berpatutan. Nak makan pun tak was was especially di Palembang ni.

So kalau berkunjung ke Palembang boleh cuba makanan makanan ni.

Boleh refer sini untuk idea makan makan di Pelembang : 


bersambung..............

8 comments:

  1. X minum juice alpucat ke?fav saya klau ke indon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka jugak tapi Tak jumpa..... tak de rezeki la tu

      Delete
  2. Apakah keistimewaan kopi Batavia? (Ayat skema)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kopi batavia adalah antara kopi terawal yang di tanam dan di jual secara komersial selain daripada kopi arabica dan lain lain nya.

      skima juga

      Delete
  3. palembang, hmm idea menarik untuk ke indonesia. haha aku indon tak touch lagi mana-mana tempat :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi tempat tempat lain dulu... habiskan destinasi yang utama di indonesia dulu. dah abis tu baru buleh jejak pelambang dan kawasan kwsn yang less touristy ni... sebab tak banyak port utk di lawati.

      Delete
  4. perahu ketek aku boleh terima.
    hidangan pempek pun masih boleh terima.
    tapi mee tek tek??? hmm..

    tp tak dinafikan kalau pegi indonesia mesti nak try food depa yg pelik2.
    tu la istimewanya indonesia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tek Tek Tek................. kalau dpt kat org kita memang jahanam jadi nya... buat bahan je la mee tek tek tu

      Delete