Pages

Thursday, August 11, 2016

Trip Palembang 3H2M - 02 : FaveHotel Palembang

Travelogue Pelambang ni memang kucar kacir sebab aku tak de itinerary yang khusus plus Palembang sendiri tak de banyak tempat so aku dok ulang pegi tempat yang sama sepanjang 2 hari aku di sana. 

Ada yang first day tak sempat masuk, just sempat tengok so aku pegi hari ke 2.

Jadi julung julung kalinya ni, aku share dulu penginapan aku selama 3 hari 2 malam di Palembang ni.

Hotel yang menjadi pilihan adalah FaveHotel Palembang.

FaveHotel by Astron di Palembang yang agak baru di buka

Kemudahan

Terletak di ibukota Sumatera Selatan ini FaveHotel telah membuka cawangan pertamanya di Pulau Sumatera pada 15 Disember 2014. Hotel yang lebih fokus kepada permintaan business bajet ini turut menjadi pilihan penginapan untuk wisata di Palembang ini.

Meskipun berlabel bajet, hotel dengan 7 tingkat ini memiliki kolam renang terbuka dan pusat gym serta restoran dan juga lounge bar. Hotel yang memiliki 163 buah bilik ini menawarkan design interior yang lebih edgy dengan TV LED, sistem kunci kad keselamatan, aircond serta tempat tidur dengan kualiti yang terbaik. Terdapat jugak pusat SPA, parkir serta ballroom berkonsep modern selain dilengkapi dengan WiFi pada seluruh kawasan dan bangunan hotel ini.

Aku memang booking hotel ni masa kat airport jadi tak berapa sempat nak riki riki hotel yang lain. Since aku pernah duduk Aston sewaktu di Makassar dulu tapi nak stay kat Aston Palembang macam tak berbaloi, jadi aku pegi ke hotel yang juga under Aston tapi low spec sikit kalau nak compared antara ke duanya.

Alamat dan lokasi

Concept

The favehotels are new and imaginative select service hotels for smart business and leisure travelers who appreciate style, functionality and good value.

All Rooms Include :

• Your choice of double or twin bed
• 100% cotton bed sheets
• 26 inch LCD Cable/Satellite TV
• In-room Safe
• Security key lock system
• Bathroom amenities (soap, shampoo, towels, etc)
• Writing desk with universal electrical outlet
• Linen and towels provided
• En-suite bathroom with standing shower
• Wireless Internet
• 24 hr Reception and daily housekeeing
• On Site Restaurant

Kedudukan dia agak jauh jugak la dari Ampera dan tempat tumpuan pelancong yang lain, tapi dengan kemudahan angkutan kota yang ada, tak jadi masalah plus tambang angkot cuma 4000 rupiah je di Palembang ni tak kira jarak asalkan pada laluan yang ditempuhi oleh angkotan tu.

Harga yang aku dapat kira kira RM 90 per night which aku rasa agak OK lah jugak untuk standard room. Bilik dia ada yang jenis lain jugak, deluxe, family etc.

Reception area

Waktu check in deposit kena letak 200K Rupiah. Nasib baik dia tak de masalah nak cari booking aku plus aku memang tak de print out apa apa. Just bagi passport jer.

Masa check in aku mintak bilik kat higher floor tapi tak de yang smoking pulak. So bilik aku di tingkat 6 !

Kira OK lah. Janji dapat check in awal. Yok kita masuk bilik betul betulkan urat dulu.

Menuju ke lif. Nak naik lif kena pakai passkey

Lobby

Sshhh.. Jangan memekak !

Lorong ke bilik

"Assalamualaikum......................"

Meh masuk. Jangan buat buat malu.

Queen Size Bed

LED TV

Ada meja

Atas meja

Untuk para smokers

Ada sejadah, peti keselamatan, selipar dan lain lain juga di sediakan. Malangnya tak de fridge !

Bilik air dia ada standing shower, sinki dan jamban untuk jamming ! Selesa jugak la... tarik key Mus May sikit je memang terus celepus celepus tahik marching keluar dengan riang

Amenities dan free mineral water

Berkenaan bilik dia aku rasa agak OK dengan harga nya. Cuma saiz bilik agak kecik tapi memadai la untuk aku sorang. Siaran TV Okey. WiFi pun laju. Yang tak bestnya... dinding dia tak sound proof. Orang sebelah berborak boleh dengar loud and clear !

Belum lagi kalau orang ketuk bilik orang lain, rasa macam bergegar sampai ke bilik aku jer !

Dan hotel ni macam masih renovasi lagi di certain floor jadi bunyi orang buat keje tu agak bising dan menganggu jugak. Lain lain semuanya okey !

Service pun OK. Aku mintak dia kemas bilik hari ke 2 dan dia kemas dengan elok dan tambah semua semua yang kurang. Tukar tower baru. Cuma sabun dia tu jenis refill, so dia refill sikit jer. Nak bersabun pun rasa tak puas ! Heheehehe

Ni view dari bilik aku. Nampak pokok

Ni view dari tingkat atas sikit. Sebenarnya passkey aku tak boleh bawak aku naik ke atas, tapi aku tumpang orang tingkat 10 je ni. Just nak snappy kawasan sekitar

Tune Hotel Palembang. Tapi now jadi Red Rock Hotel. Hotel tu lebih dekat lagi dengan bandar

Aku tak sempat nak checkidaut facilities lain. Ada time aku pegi belum bukak. Ada masanya penuh orang so nak snappy payah juga.

Ni je la yang aku sempat usha.

Ada pool. Kecik dan tak sesuai untuk dewasa

Ada gym

Dan SPA. Tapi aku tak sempat nak usha pun

Apa yang aku suka di FaveHotel Palembang ni adalah breakfast dia ! Makanan dia sedap !!!

Dah breakfast masuk sekali dalam harga bilik, so pagi pagi aku bedal la makan dulu kat sini.

Restaurant

Spread pun OK

Aneka makanan

Non smoking area dalam resto

Habuan

Nasi kuning tu sedap ! Lauk dia macam lauk nasi lemak tapi sambal pedas gila ! Tapi serious sedap. 

Hari ke 2 ada lontong..... kureng skit.

FaveHotel Palembang ni turut menjadi lokasi pilihan untuk acara perkahwinan. Masa aku stay tu ada 2 kali orang kawin. Meriah jugak la kot buat kat hotel. Tapi sebab orang tak jemput aku tak de la usha lebih lebih.

Selamat pengantin baru

Di sebelah hotel jugak ada kedai serbaneka. So kalau nak beli apa apa dekat je

Favehotel Palembang

Entrance hotel pada waktu malam

Reception desk. Staff staff dia pun OK. Friendly dan agak helpful juga. Aku dua tiga kali duk interview mamat jaga pintu pasal angkutan ke kota. Pastu suruh receptionist carikan teksi untuk ke airport masa last day. Dia orang memang terbaik !

Pendek kata Favehotel Palembang ni terbaik dari banyak segi. Ada la satu dua benda yang aku tak berkenan macam bunyi bising etc tu tapi overall, aku puas hati !

Recommended bagi sesiapa yang ke sana untuk jadikan pilihan penginapan.

favehotel Palembang
JL. Basuki Rahmat No.1681, Palembang
South Sumatra - Indonesia
t: +62711 5730000 / +62821 7661 1002
f: +62711 5730001
e: palembanginfo@favehotels.com

FB :  Favehotel Palembang

Aku dapat tidur yang lena. Tilam dan bantal yang best. Bilik pun bersih. Service pun acceptable. Memang terbaik.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang.  Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya 
- Hamka-



Tataplah mataku ini dan akan kau dapati
Seberkas keraguan tentangmu
Memang harus kuakui kharisma di dirimu
Banyak yang mendambakan cintamu
Dan aku cemburu kekasihku
Terlalu kucemburu
Dapatkah kusimpan rasa itu

Cintaku padamu takkan berubah
Walau ditelan waktu
Biarlah kan kusimpan dalam hati
Cinta yang tulus ini

Sanggupkah aku hadapi kenyataan dirimu
Mungkinkah cintamu hanya untuk ku

Namun kucemburu kekasihku
Terlalu kucemburu
Dapatkah kusimpan rasa itu

Cintaku padamu takkan berubah
Walau ditelan waktu
Dan suatu saat nanti
Pasti 'kan kau sadari

Hari pertama lepas aku check in dan mandi apa semua tengok kat luar mendung macam nak hujan !

Sudah ! Jangan lah tergendala semua rancangan aku hari ni. 

Mendung

Tak boleh buang masa, aku kena cepat cepat keluar dari terperuk dalam bilik jer.

bersambung................

21 comments:

  1. Rasa2 nya mcm uncle dh pernah ge Palembang ni... Seri ada terbaca... Seri pun dah smpai sini...terus ke Jambi lagi.. Fave Hotel tu baru... Pd seri Palembang tak ada apa lah sgt... Jambi lagi lah...# penat je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pernah update. tapi cuma highlight dan budgetary je dulu masa baru baru balik.

      ni travelog details.. lambat sikit buat kemunculan.

      Delete
    2. kalau pelancong pegi tempat tak menarik mesti la rasa bosan. tapi kalau pengembara mesti dapat jumpa sesuatu yang menarik di tempat tempat sana

      Delete
    3. Setuju. Setiap inci muka bumi Ilahi penuh dg keistimewaan buat sang pengembara yg merenung, berfikir dan menginsafi...

      Delete
    4. setuju jugak. setiap tempat pasti ada keistimewaannya yang tersendiri

      Delete
    5. lain org lain pencariannya kot... ada yg nak gi relaks2 ajer. ada yang lebih suka explore

      Delete
  2. Replies
    1. dok tau la... maybe kot nama dia di sana. Tapi rasa dia mcm nasi lemak

      Delete
  3. seronoknyer selalu melancung tgk tmpt orang..hihi

    kebetulan plak tgh baca caption tahik2 marching tu, tengah ngadap pc sambil makan kepok lekor..huargh!!!! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. opsss. sorry !

      tak sengaja. ahahaha

      sekali sekala tukar angin gi travel pun ok juga...

      Delete
  4. Baca entry ni tetiba je batin meronta nak cop pasport...hahahaha bestnya bercuti bermewahan di indonesiaaa....hadoi jiwa kacau sungguh lama xcop passport!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa..... tempat yang dekat dan tiket yang murah.. anytime buleh pegi kalau tetiba ada masa.

      sekali sekala buat trip ad hoc pun best juga.

      Delete
  5. Replies
    1. mana ader...

      sikit sikit je tu.. pastu tak abis.. pastu.. pastu... pastu... eh nampak banyak ke?

      Delete
  6. Hulubalang, aku pun nak cakap benda yang sama, hihi

    Meng, aku amik sikit2 tapi banyak kali, aci tak? hahaha

    Jay

    ReplyDelete
    Replies
    1. you two .... go that way ! out out out !

      Ya Allah... kau beri la petunjuk kepada mereka mereka ini supaya dapat membezakan yang mana gajah dan yang mana badak sado.

      Amin.

      * lari ke arah penimbang dan bersedia untuk menyukat diri sendiri !

      Hahahaha

      Delete
    2. baru nak cakap benda yang sama.
      tapi teringat laki aku pun jenis makan banyak, so mungkin kesimpulannya lelaki memang kuat makan ehe

      Delete
    3. eh............... aku tak makan banyak la. tu semua ilusi mata je.

      jangan percaya !!!

      * tetap ni mendabek dada tak ngaku

      Delete
  7. senang baca blog Pk Meng...mampir ke kota saya--Kota Jambi pak meng,,,6 jam perjalan darat dari Kota Palembang...Kerinci jambi juga oke pak meng untuk berlibur

    ReplyDelete