Pages

Wednesday, August 10, 2016

Trip Palembang 3H2M - 01 : Ke Palembang Kita Yuk !

Ya udah ya udah tu Suster. Ngga perlu ngesot ngesot.

Suster sama Kang Mas. Tanter sama Om. Ayuh deh. Ayo kita ke Palembang yok !

* menari jaipong sambil betul betulkan kain nak terlerah.

Ini perihal trip singkat 3 hari 2 malam ke Palembang.

Highlight dah pun muncul di sini satu ketika dulu : Palembang : The Highlight.

Bajet dan itinerary di sini : Palembang : Budget & Itinerary

Arakian syahdan, trip Palembang ni memang kartun. Aku sendiri tak boleh nak buat keputusan samaada nak pegi atau tidak walaupun tiket dah pun beli awal awal lagi. Bangun subuh subuh hari baru aku decide dan terus je capai beg, masukkan baju lebih kurang dan terus aku drive ke Putrajaya.

OR pun genyeh mata tak percaya dan aku pun tak tau mana datangnya semangat aku nak teruskan trip ni walaupun malam sebelumnya aku pasrah dan redha aku memang forgo je la trip ke Palembang ni. Aku pun tak tau. Memang aku fikir Palembang maybe tak de apa nak offer tapi aku tak boleh nak pastikannya selagi aku tak sampai di sana !

Jangan takut jatuh, 
kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. 
Yang takut gagal, 
kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. 
Jangan takut salah, 
kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua 
- Hamka-

Tapi kata orang, kalau bukan rezeki memang tak akan jadi tapi kalau dah memang ketetapan Ilahi, subuh subuh hari aku gigih drive untuk tinggal kereta di ERL Putrajaya.

Memula aku ingat flight aku pukul 7 pagi, rupa rupanya pukul 8.30 pagi. Masa pegi tu dah tawakal je lah kalau pegi tak lepas naik flight memang tuhan tak nak bagi pegi lah. Aku redha je siap siap !

Trip ni memang boleh jadi kartun sebab aku tak prepare apa apa pun sebelum pegi. Check in je awal sehari tapi masa tu pun masih contemplating lagi. Duit memang tak tukar, bawak yang ada je, hotel apa semua pun tak cari. Jauh sekali nak ada itinerary.

Since aku pun tak expect Palembang macam destinasi pelancongan yang banyak tarikan jadi aku bedal je la mana yang sempat ! Just pegi saja saja sebab dah lama tak naik flight ! Kaki gatal....

Peta Palembang

Palembang terletak di belah Selatan Sulawesi Sumatera dan biasanya menjadi transit bagi mereka yang ingin ke Pulau Banka dan Belitung yang terkenal sebagai lokasi filem Laskar Pelangi dulu.

Aku pun memang ada niat nak ke sana, tapi memandangkan trip ni singkat sangat jadi aku kuburkan la harapan tu dulu dan buat kali ni, aku try usha kota Palembang ni sendiri, tengok apa yang menarik. Mana lah tau kan.......

Park kereta kat ERL Putrajaya. Nasib senang dapat parking.

Ambik gambar supaya senang nak rujuk kalau lupa parking kat mana

Parking ERL Putrajaya

Masa kat station ERL ni nampak orang ramai dan semuanya macam bersemangat nak ke Airport buat aku jadi bertambah semangat.

Chaiyok ! Chaiyok !

Beli tiket ERL berharga RM 9.40 dan tunggu train.

Kegigihan tak dapat di sangkal. Subuh subuh hari rajin bangun pegi airport ni

Dalam ERL duduk melayan perasaan je. Sedar sedar sampai KLIA dan tak lama lepas tu tiba di KLIA 2.

KLIA 2

Check papan maklumat nak tahu boarding kat gate mana

Flight aku boarding di gate Q 11. Tak ada banyak masa, since dah check in dan tak de luggage aku terus je masuk untuk immigration check. Boleh pulak pagi tu autogate rosak, semua kena beratur. Aku queue je kat Foreigner Passport cas cas bukan warganegara. Kalau kena halau tu sure la setahun menanggung malu. Nasib baik mamat kaunter tak de banyak songeh.

Lepas tu then terus menapak ke satellite building untuk menuju ke gate Q 11. Boleh tahan jugak jauh.

Mentari pagi menyinari

Masih banyak pesawat docking di aero gates. Maybe masih pagi lagi

Tak lupa singgah duty free beli rokok sekarton sebagai bekalan nanti. Masa kat kaunter bayar tu, tengah aku nak buat payment tetiba ada 2 orang makcik Mainland buat kecoh. Beraturnya tidak tup tup terus suruh kira dia punya.

Cilakak betul. Nasib mood aku OK pagi tu. Malas layan.

Pagi pagi memang nampak ramai yang bergelimpangan tidur kat airport tu especially kat kerusi dan ruang legar. Masuk Gate Q, scan sekali lagi dan aku berjaya tiba di gate Q 11 dalam masa yang di tetapkan. Dah ramai yang menunggu untuk flight ke Palembang pagi tu.

Boarding

Sebaik je dapat kerusi kat boarding room, terus la aku surf wikitravel dan save skrinshoot apa yang patut.

Dan tugas paling penting untuk di lakukan adalah carik bilik ! Dah tak de banyak masa, aku kena cari bilik sebab senang nak tuju bila sampai di sana nanti. Tak de banyak masa nak survey, tengok mana yang OK je then aku book terus.

Tak lama lepas tu semua penumpang di minta masuk ke pesawat untuk berlepas.

Macam biasa aku masuk last sekali dan masuk masuk seat aku ada orang ambik ! Seboleh boleh pulak tu dia kata tu seat dia ! Sabar lagi... Tak pe. Maybe abang tu dah lama tak balik negara dia, excited terlebih tapi aku memang ambik window seat, so aku tak boleh nak trade dengan dia sesuka hati je. Tapi kesian pulak lepas tu dia asyik terjongak jongak je nak tengok kat luar.

"Tak de gadis cantik di luar Bang. Tidur aja !"

Macam tu dengki khianat dalam jiwa raga.

KLIA 2 di pagi hari

Flight berlepas dari landasan KLIA 2 lewat sikit dari jadual. Aku tak kisah pun sebab aku tak de apa nak di kejar. Kira ni trip santai abis bagi aku. Just nak chop passport dan naik flight jer.

Berlepas di udara meninggalkan KLIA 2

Aku just lepak lepak baca magazine je

Sambil sambil usha kat belah luar

Flight smooth je. Aku cuba cuba lelapkan mata sambil layan perasaan sendiri.

Tak sabar nak jejakkan kaki semula di tanah Indonesia ni. Dah lama aku tak datang ke negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi ni. Ada rasa rindu dalam hati.



Sebelum aku tahu akan artinya cinta
Terlena ku dibawa nya ke sana
Setelah dia pergi baru aku mengerti
Kutelah jatuh cinta kepadanya

Ooooo…aku rindu
katakan pada nya aku rindu
Ooo burung nyanyikan lah
katakan pada nya aku rindu

Apabila cinta singgah di hati
Bola mata sesat ku tak memandang
Melihat api seperti air
Dan melihat air laksana api
Meskipun banyaknya nasehat asmara
Namun tiada ada satupun pengobat rindu
Telingapun tuli mata jadi buta
Begitunya panasnya demam asmara
Mulutpun bisu lidah pun keluh
Karena cinta

Biarlah cinta berjuta-juta menggoda jiwa
Biarlah hati berkeping-keping asal kau ada di sisiku

Tak order apa apa makanan pagi tu sebab aku tak suka suara stewardess dia tak sedap ! Hahahaha.

Layan perasan je sedar sedar tengok pesawat dah menurun dan mula memasuki ruang udara Palembang selepas 1 jam setengah penerbangan. Waktu di Palembang lewat satu jam dari waktu Malaysia.

Flight di ruang udara Palembang dan bersedia mendarat

Selamat mendarat


Sultan Mahmud Badaruddin II International Airport (PLM).

Aku keluar paling last menuju ke bangunan terminal ketibaan. Ada 2 line di buka untuk pemeriksaan passport dan cuma 1 untuk foreigner. Dan bermula la episode beratur lama gila walhal suku je penumpang flight tu adalah foreigner. Mamat immigration tu tanya macam macam, sorang ambik masa lama sungguh.

Pastu dengar dia marah marah. Suka suka hati je marah orang. Mat Salleh kena. Ada few students Malaysia rasanya pun sama. Aku tak pasti apa masalah mereka tapi kejap kejap guard datang escort bawak ke tempat lain.

Berjanggut aku menunggu !

Dah nak last tu baru dia bukak line satu lagi. Aku terus beratur kat line tu. Malas aku berdepan dengan pegawai yang satu lagi tu macam banyak cekadak je.

Yang aku beratur ni OK jugak la. Tanya tanya jugak lah.

"Urusan apa bapak ke Palembang?"
"Ngga ada apa apa yang khusus. Mutar mutar aja"
"Iya?"
"Iya... motret motret"
"Oh..... gerhana total?"
"Hmmm ngga. Saya di sini sampai Senin. Nga bisa nunggu rabu"
"Oh... bukan bapak datang mahu cari cewek?"
"Hahahaha... untuk apa?"

Dia gelak gelak.

Saja la tu. Tak de nya aku datang Indo ni nak cari cewek. Cewek kat rumah pun dah tak terlayan !

Aku malas nak borak panjang dengan dia. Aku bagi dia return tiket aku, dan dia mintak bukti penginapan so aku tunjuk skrin shot booking aku kat dia. Dan... lepas akhirnya !!

Rengsa betul dekat 1 jam nak clearance immigration ni. Pastu kastam lagi tapi tak de apa lah sebab dia scan beg dan lepaskan aku pegi.

Aku terus je keluar dari terminal bandara dan cari port untuk hisap rokok dulu. Macam biasa, keluar keluar je ramai yang kerumun.

"Taksi Kak?"

KAKAK KAU PANGGIL AKU ?

Tak nampak ke misai macam paruh burung kakak tua ni? Gaya macho persis jantan terbilang baru lepas bertapa dari Gunung Ledang. Macam ni di panggilnya kita Kakak ?

Kakak no like !

* buat muka duck face

Tapi sebenarnya di Palembang ni, abang lebih senang di panggil Kak. So jangan hempuk dia orang kalau tetiba dia orang panggil korang Kakak. Kakak pun kakak lah.. janji bukan Kakaktua.

Terminal Bandara Sultan Mahmud Badaruddin II. Kakak pose pose hisap rokok.

Replilka Jembatan Ampera depan airport. Bawah tu surau dan kawasan parking

Sempat aku singgah mini mart dan beli air. Nak tukar duit sekali sebab Rupiah aku note besar dan note kecik tak banyak.

Masa smoking pun ramai yang approach offer teksi dan ojek.

Aku tanya pasal TransMusi, bas yang aku baca dalam wiki yang boleh transport ke bandar tapi macam semua bagi jawapan tak best.

Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana di dalam mencuba itulah kita menemukan dan belajar membangunkan kesempatan untuk berhasil 
- Hamka -

Aku tercari cari sumber yang boleh di percayai, akhirnya aku tanya mamat cleaner.

"TransMusi udah ngga ada Kak..."
"Jadi gimana mau ke kota?"
"Taksi aja. Atau Ojek"
"Di mana Ojek nya"
"Di sana... ada. Mau saya carikan?"

Baik pulak mamat cleaner tu. Dia tengah berehat dengan penyapu dia.

Aku minta diri dan pegi cari sendiri kat tempat laluan depan terminal airport ni. Belum sempat aku bukak mulut, sorang mamat ni yang tanya aku dulu.

"Ojek?"
"Berapa?"
"Mau ke mana Kak"
"Fave Hotel"

Dia berkira kira.

"60 ribu"
"Mahal"
"Berapa Kak?"

Aku nak buat buat blah je tapi dia ikut.

"Berapa Kak bisa bayar?"
"30 ribu !"
"40 ribu ya Kak?"

Eh... nak nego nego lagi dengan Kakak. Kakak ni tak de duit tau !!!!!

* goncang goncang gelang Zhulian di tangan

Sebab cuaca panas dan aku fikir kesian pulak kat dia. Berapa je beza 40 dengan 30 ribu tu, Kakak setuju je lah. Kakak anggap sedekah je. Lagi pun panas dah ni kakak rengsa okeh !

"Kak tunggu di sini ya !"

Melompat lompat dia pegi ambik motosikal dia dan kakak pose pose tepi jalan.

Tak lama lepas tu dia sampai dengan motosikal dia. Kakak pun pose pose ayu membonceng di belakang.

Kakak pakai helmet okeh !

Kami bergerak meninggalkan Bandara

Jalan agak jem. Di tambah pulak dengan kerja kerja pembinaan MRT dari Palembang ke Bandara nanti sempena Sukan Asean 2018

Sempat la mamat tu borak borak atas motosikal dia tu. Dia kata dia pernah keje di Melaka. Beriya bercerita tempat tempat yang dia pernah pegi di Malaysia. Aku mengiyakan je. Peramah jugak dia. Dan dia sempat berkongsi tips mana aku boleh lawat di Palembang ni nanti.

Lepas dia tau aku dari Malaysia terus tak panggil Kakak dah. Terus jadi Abang ! Terpaksa la Kakak tukar watak dan duduk mengangkang sikit atas moto.

"Bang nanti naik angkutan aja. Lebih murah. Cuma 4 ribu"
"Ya. Ya"

Di perjalanan dari bandara

Jaraknya lebih kurang 11 KM nak sampai ke penginapan aku

Aston Palembang. Memula macam nak stay sini tapi mahal ler pulak. Tapi hotel yang aku booking tu pun under Aston jugak dan lokasinya opposite Aston hotel ni je.

Aku suruh dia berhentikan aku kat Alfa Mart ni sebab aku nak beli barang sikit. Kami berpisah dan aku singgah beli air kat sini

Ada klinik Dr KO kat depan hotel. Ni doktor KO yang sama macam Malaysia kot sebab dia tulis Malaysia sini. Kaya Dr KO nih.

Fuh ! Akhirnya sampai hotel penginapan aku

Lega rasanya. Sekurang kurangnya aku dah sampai ke penginapan aku untuk 2 malam di Palembang ni. Tapi lokasi hotel ni macam tak tau ceruk mana. Macam tak nampak pusat kota pun. Cuma jalan besar dengan kedai kedai jer ada.

Tak pe lah.

Ketibaan aku di sambut dengan senyum manis petugas di situ. Dan lebih manis lagi dia bagi aku check in awal.

Kakak sukerrrrrrrrrrrrrrrrr......................... !!!

* tak sabar nak pose pose Sarimah atas katil

bersambung..........

26 comments:

  1. Meng, Palembang terletak di selatan Sumatera not Sulawesi, harap maklum, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ampon....

      mabuk apa ntah tu jadi sulawesi pulak.

      terima kasih. Dah di betukkan dah.

      Delete
  2. Sarimah? Misai macam paruh burung kakak tua Sarimah... Pose Pak Mustarjo logik laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Posing je Sarimah..... muka tetap Wak Mustar !!

      * urut urut misai ala ala wak doyok

      Delete
  3. kelakarnya panggil kakak.. sib baik mamat ojek tu tukar panggil abang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. terus tukar watak.. muka kena tukar jadi bengis skit

      Delete
  4. huntong ler muka hitaly..p line foreigners pon org layan..hahaha

    ReplyDelete
  5. selalau confused dengan panggil orang indo terhadap mamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pelajari .... perlu di hormati.. itu la budaya melayu nusantara

      Delete
  6. kakak..pinjam gelang zhulian kak..
    (kalau boleh tepek emoji..banyak dah emoji gelak dah tepek kat sini)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaks..... gelang zhulian dah kena gadai Kak Anash. Hehehee.

      Delete
  7. Kalo aku xsnggup membonceng ojek tu...kot terwilly ojek mamat tuh...hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari yang naik ojek harley ke atau moto kuasa besar.

      mana tau kot ader...

      Aku pun terpaksa letak sauh kat depan motor sebab takut terjungkit ke belakang ojek tu di buatnya.

      Delete
  8. hai kakak..

    ade lg gelang tu takk..??

    hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de.

      Kakak dah sedekah masa kat Palembang sebab orang komplen silau cahaya lip lap lip lap bila kakak berjalan.

      ahahahahaha

      Delete
  9. hahahaha..kelakar la kakak ni...rasa macam nak starlight dahi kakak ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey !

      Jangan kurang ajar dengan kakak. Kakak ni garang tau ! Juara gusti lengan.

      * tala hp cari Pokemon keliling kawasan...

      Delete
  10. Meng. Berapa riya mu parking di ERL utk 3 hari 2 mlm tuh?

    ReplyDelete
  11. Woohhh. Muroh nggoh!! Aku sokmo2 paking di KLIA nattang kena lebih sratuh sokmo.. next aku ikut style mung ah

    ReplyDelete
  12. tobak muroh.... mung have have dakper ah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripadaa bayor extra ke parking, baik beli dunhill skatong!

      Delete
    2. molek gok gitu..... rokok duty free pung mahal lening

      Delete
  13. selalu dengar orang panggil Kakak untuk lelaki ni dalam sinetron je.
    mesti depa ni jarang jumpa orang malaysia kot sbb tu panggil kakak.
    kalau yang biasa jumpa orang malaysia mesti ada yang dah bagitau kan kakak tu utk pompuan ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe la.. sekali sekala nak feeling2 kakak... aci je kan? ahaksss

      Delete