Pages

Tuesday, July 5, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 25 - Mekah : Tanah Haram Mekah Al Mukarramah

Ini entry terakhir !

Yeay. Berjaya jugak aku habiskan entry ni. Semoga sedikit sebanyak perkongsian ni memberi manfaat kepada korang. Kalau aku kaya, aku bawak korang semua ke Mekah dan Madinah. Tapi belum lagi termampu tahap tu.. so moga moga perjalanan secara maya ni membantu kalau sesapa yang bakal ke sana nanti.

Untuk entry terakhir ni, kita usha Tanah Haram Mekah.

Makkah Clock Tower

Kenapa eh orang panggil Tanah Haram?

Good question !

Para ulama mengatakan karena di dalam tanah itu berlaku berbagai ketentuan yang mengharamkan kita melakukan berbagai hal, seperti berburu, mengangkat senjata, mematahkan tumbuhan dan seterusnya, termasuk juga haram untuk dimasuki oleh kafir.

Kota Mekah dan Jannatul Al Mualla

Mekah atau Makkah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah terletak lebih kurang 73 km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Nabi Ismail dan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.

Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.

Kawasan kota Mekah

Kawasan berbukit dan berbatu di Mekah

Burung burung merpati

Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim AS. menerima perintah daripada Allah SWT. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail AS. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang untuk pergi mengajak manusia kepada Allah ke Palestin. Selepas Nabi Ibrahim AS. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke tempat asalnya.

Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail AS yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Bukit Safa daripada Jabal Qubais hinggalah ke Bukit Marwa. Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail AS yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah SWTmaka air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail AS tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.

Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah Kota Makkah. Nabi Ibrahim AS. melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi.

Setelah Nabi Ibrahim AS lulus dugaan menyembelih anaknya yang disayangi Nabi Ismail, maka Allah menghadiahkan kepada Nabi Ibrahim AS. dan Nabi Ismail AS perintah untuk membina Kaabah.

Kaabah

Jalanraya di Mekah

Pembangunan di Mekah

Masjid  Al Rajhi di Mekah

Masjid ke 2 terbesar di Mekah selepas Masjidil Haram

Mekah didiami oleh lebih 2 juta orang penduduk

Mekah terletak pada ketinggian 277 meter (910 kaki.) daripada aras laut. Bandar raya ini terletak di antara gunung-ganang yang telah ditakrifkan pengembangan kontemporari bandar raya ini. Bandar raya ini berpusat di sekitar Masjid al-Haram (tempat paling suci). 

Sekitar kawasan masjid terdapatnya kawasan bandar lama. Jalan-jalan utama di situ adalah Al-Mudda'ah dan Sūq al Layl ke utara masjid dan As-Sūg as Saghīr ke selatan. Rumah-rumah berdekatan dengan kawasan masjid telah dimusnahkan dan digantikan dengan tempat-tempat terbuka dan jalan-jalan juga diluaskan. Kompleks kediaman adalah lebih padat dalam kawasan bandar lama daripada di kawasan perumahan.

Supermarket di Mekah

Kawasan Perniagaan

Pencakar langit

Perumahan

Kawasan setinggan di Mekah

Bangunan bangunan di persekitaran Mekah

Kota Makkah terletak 600 km dari kota Madinah dan lebih 200 km dari kota terminal utama ke Makkah iaitu Jeddah. kota ini terletak di kawasan lembah yang sempit serta dikelilingi oleh gunung-ganang dengan bangunan Ka'abah sebagai titik tengah kota. 

Suhu pada musim panas di kota ini adalah sangat panas dan mencecah sehingga 40 °C (104 °F)

Cuaca kering di Mekah

Tapi aku sempat merasa hujan beberapa kali di Mekah. Gigih cari rokok dalam hujan lebat

Mekah

Bas bas yang banyak di abandoned di Mekah dan cuma di gunapakai sewaktu musim haji sahaja

Pembangunan Makkah Clock Tower di Mekah

Hari terakhir di Tanah Suci Mekah adalah hari yang penuh rasa sayu.

Sebelum berangkat ke Jeddah, aku sempat buat Tawaf Wida dulu iaitu tawaf selamat tinggal. Rasa sayu je masa tu sebab lepas tu fikir dah tak dapat tengok Kaabah depan mata lagi.

Ntah bila dapat datang lagi. Moga moga di permudahkan.

Kali terakhir di Masjidil Haram untuk Tawaf Wida sebelum pulang

Tawaf Wida’ ialah tawaf selamat tinggal atau tawaf perpisahan. Ia wajib dibuat sebelum jemaah berangkat meninggalkan Mekah, sama ada meneruskan ziarah ke Madinah atau pulang ke tanah air.

Tawaf Wida’ boleh dilakukan pada bila-bila masa, afdalnya selepas solat zohor sebelum meninggalkan Mekah

Aturan dan cara-cara melakukan tawaf wida’ adalah seperti tawaf yang lain kecuali niatnya dan boleh berpakaian biasa, tanpa berihram.

Semasa tawaf Wida’, Jemaah bolehlah berdoa meminta tiga perkara berikut:
  • Meminta Allah menerima umrah yang telah dilakukan sebelum ini.
  • Meminta Allah tidak menjadikan umrah ini umrah terakhir.
  • Meminta Allah memberi sejahtera kepada segala urusan selepas ini.
Setelah selesai mengerjakan tawaf Wida’ dan solat sunat tawaf Wida’, Jemaah tidak boleh lagi tinggal di Makkah untuk membeli-belah, tidur di hotel atau di dalam masjid. Jemaah hendaklah terus bersiap-sedia untuk berangkat meninggalkan Makkah.

Masa lepas tawaf wida ni, sebelum melangkah keluar dari Masjidil Haram, aku berdiri memandang Kaabah.

Ya Allah,.... semoga sekembali ke Tanah Air, tidak menjadikan Thawaf Wida (Perpisahaan) menjadi Tawaf yang terakhir, tapi menjadikan “Kerinduan” untuk kembali ke Tanah Haram Mu

Masa ni sedih la sambil menangis nangis aku di buatnya. Tak tau la Rasanya lain sungguh. Macam mencurah curah airmata time tu. 

Boleh pulak tengah sedu sedan esak tangis member aku datang dan tepuk belakang ajak keluar sebab memang tak buleh berlama lama.

Dan tak rasa malu dah menangis teresak esak sambil berjalan keluar dari masjid.

Tak terbayang akhirnya bumi Mu ini ku pijak
Di hadapan Kaabah berjurai airmataku mengalir
Di sini dahi bersujud hampir kepada Mu
Masih terasa mengigil seluruh tubuh
Hanya Engkau ya Allah, yang mengetahui setiap apa yang tersembunyi di balik hati ini
Yang tak mampu tertuang dengan sebatas kata
Dalam menahan rasa haru dan syukur walau hanya dengan setitik kasih Mu

Subahanallah.
Allahu Akbar !



Mengapa ku kesunyian
Mengapa ku kerinduan
Engkau ada di sisi
Tapi bagaikan mimpi

Sentuh tidak terasa
Lihat tidak tersambar
Satu keazaban
Satu kenikamatan
Satu kesempurnaan
Yang janggal di mata

Tujuh lapis langit
Tujuh lapis bumi
Dari hujung rambut
Hingga hujung kaki
Aku naik saksi pada cinta ini
Walau seribu tahun akan ku nanti
Pasti di suatu hari
Nyata segala janji
Sempurnalah nikmat yang tak terbanding
Apa jua walau segunung emas
Takkan sama setitik kasih
Yang kau tanda di jiwa ku....

Dan begitu lah Tanah Suci aku tinggalkan dengan rasa sebak di hati. Sepanjang perjalanan ke Jeddah melayan perasaan sendiri.

Sukar nak digambarkan perasaan sendiri.

Aku bersyukur. Aku berterima kasih atas nikmatMu. Ketenangan yang kau pinjamkan sementara waktu di sini tak akan aku perolehi di mana mana lagi.

Meninggalkan kota suci

Bye bye Mekah

Tiba di Jeddah

Terminal Haji dan Umrah

Tunggu flight. Hati rasa kosong jer... Masih sayu

Flight meninggalkan Jeddah menuju ke KLIA

Doa naik kenderaan. 

Aku dapat seat belakang. 3 seat conquer sorang sorang. So aku membuta sepanjang perjalanan

Sesekali terjaga melayan perasaan sendiri

Menuju ke tanah air semula

Sampai KLIA

Makcik Mona datang ambik kat airport dengan OR. Terkejut dia tengok aku balik umrah pakai t shirt dengan jeans.

"Betul ke pegi Umrah ni?"
"Ya lah.. kenapa?"
"Pakai macam rock rock"

Standard la mak aku kata macam tu pun rocker. Nasib aku tak pakai seluar pendek. Hahaha.

"Penampilan tak penting Mak. Yang penting, pengisian !"

Yup. Yang pentingnya adalah pengisian.......

Terasa betul kerinduan bila balik ke tanahair. Rindu rutin rutin bangun awal dan ke masjid, fokus pada ibadah dan tak perlu risaukan perihal benda benda lain. Rindu sungguh pada Rumah Allah. Rindu yang menyesakkan dada. Rindu yang tak akan pernah habis. Siap aku mimpi aku pegi semula ke Kaabah dan sekali mimpi bersolat di Masjib Nabawi di Madinah. Rindu teruk !

Semoga kesempatan indah itu Allah kurniakan sekali lagi untuk aku dan bawak family aku pulak ke sana. Dan semoga korang nanti berpeluang ke sana juga. Aku doakan !. 

Amin Ya Rabbal Alamin.

TAMAT

18 comments:

  1. Alhamdulillah.. mmg rindu sgt dgn kota mekah dan madinah... tak terungkap rindunya... mudah mudahan kita berpeluang ke sana lg.. salam ramadan.. slmt menyambut syawal pd esok hari.. nice entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Mudah mudahan....

      Trima kasih sudi baca.. & salam syawal dah.

      Delete
  2. Supermeng pun dah sampai Mekah...kita ni dok berangan lagi tunggu Batman bawak ke sana huhu..

    Selamat Hari Raya Eidul Fitri Supermeng Malaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ruggedmom. Selamat hari raya to u too....

      Delete
  3. TQ Meng sebab share pengalaman kau.
    Aku pun sama rasa sebak bila baca entry last kau ni.
    Semoga satu hari aku pun dapat ke sana. Amin.

    ReplyDelete
  4. TQ for sharing..moga perkongsian umrah ko dapat membuka pintu hati aku untuk ke sana....Selamat Hariraya Aidilfitri Meng :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah.... kau kena pegi tu... doa banyak banyak moga di beri peluang dan dipermudahkan semuanya

      Delete
  5. enty tanah suci ini membuat hati bertambah rindu ke tanah suci.semoga ada rezeki lagi

    ReplyDelete
  6. you rock Meng! hehehe.. pakai rock rock balik dari umrah! kalau ikutkan, mat2 arab yang dtg sini byk yang pakai jean seluar sampai lutut... tak pakai pun jubah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah... dia org dah bosan pakai jubah kot.. tu yang nak berrocker rocker-san di sini.

      Delete
  7. alhamdulilah....
    sedih plak entry umrah ni dah abis...
    nanti buat throwback plak ka....
    suka betul entry umrah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh lama lagi la nak throwback.. banyak lagi yang lain belum abis tulis... kemalasan melanda diri

      Delete
  8. Amin...sebak & syahdu. Rindu bertandang lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... kdg kdg teringat rasa rindu semacam. mekah tu rasa sgt dekat di hati

      Delete