Pages

Monday, July 4, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 24 - Mekah : Muzium Al-Haramain ( Muzium Senibina Dua Masjid Suci )

Sewaktu kunjungan ziarah luar ke Masjid Hudaibiyah di Mekah sambil sambil bawak orang niat di miqat, rombongan yang aku tumpang tu sempat singgah di sebuah muzium yang dikenali sebagai Muzium Al-Haramain.

Sebab dah abis umrah wajib, kira lawatan ni santai santai je la sebelum aku akan berangkat pulang esoknya.

Bangunan muzium

Muzium Al-Haramain atau lebih dikenali sebagai muzium pameran 2 masjid suci ini menonjolkan dimensi dua masjid suci di 2 kota suci. Terletak di lokasi berbukit Ummul joud, Makkah. Muzium yang dibina oleh Raja Fahd bin Abdul Aziz ini juga dikenali dengan The Exibithion of Two Holy Mosques Architecture yang menampilkan budaya dan sejarah Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi.

 
Terletak di tepi highway dari Mekah ke Hudaibiyah

Pokok kurma menyambut kami datang

Skrin besar

Bangunan muzium

Muzium Haramain ini terdiri daripada tujuh ruang pameran. 

Dan sebaik saja masuk ke dalam bangunan muzium ini, terdapat gambar dan model dua masjid paling suci untuk Umat Islan ini.

 
Lukisan dan gambaran 2 masjid suci

Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Model Masjidil Haram

Dewan The Grand Mosque: 

Mengandungi model barangan antik berharga dan tulisan yang berkaitan dengan Al-Masjid Al-Haram. 

Mimbar

Barang barang pameran

Cokmar

Baitullah

Kaabah

The Ka'abah : 

Mengandungi model pelapisan Ka'abah (kiswat al-Ka'abah kain yang menutupi Ka'abah), pintu lama daripada Ka'abah, mesin fabrik buatan tangan untuk menghasilkan kain penutup dan koleksi lain. Memandangkan Kaabah sentiasa dijaga dan diperbaiki setiap tahun oleh itu, terdapat banyak bahagian-bahagian lama dan barang-barang yang diganti dan diperbaharui. Ini termasuk pintu marmar, tangga kayu, kunci lama dan kunci daripada Kaa'bah, pagar tembaga dan sebagainya.

Pintu lama Kaabah

Pintu Kaabah ini dikatakan telah dibuat semasa pemerintahan Saudi. Yang pertama adalah pada masa pemerintahan Raja Abdul Aziz pada 1363H (1944). Ia diperbuat daripada aluminium, disokong kuat oleh batang besi dan adalah 2.5 sentimeter tebal dan 3.1 meter tinggi. Bahagian hadapan pintu telah ditutup dengan kepingan perak bersalut dengan emas dan dihiasi dengan tulisan daripada sifat-sifat Allah. Walaupun Raja Khalid bin Abdul Aziz sedang berdoa di Kaabah dalam 1393H, beliau melihat beberapa calar pada pintu dan mengeluarkan arahan untuk membuat pintu kedua, Bab Al-Tawba, dari emas murni. Pintu lama dipamerkan di muzium ini.

Maqam Ibrahim yang lama dengan bekas kesan tapak kaki nabi Ibrahim sewaktu membina Kaabah

Bekas Hajar Aswad

Tenunan kiswa

Lampu hiasan di Hijr Ismail

Photography Hall: 

Ia mengandungi gambar-gambar yang jarang di lihat dari Dua Masjid Suci ini. Ia memaparkan beberapa pemandangan yang indah terutamanya imej lama kedua-dua masjid.  

Masjidil Haram dan Kaabah di Mekah

Masjid Nabawi di Madinah

Gambar gambar lain

Manuskrip Hall: 

Ia mengandungi sampel manuskrip dipelihara dalam perpustakaan Dua Masjid Suci dan salinan Othman bin Affan ini al-Quran.

Salinan al-Quran di tulis tangan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan RA

Naskah dan manuskrip

Zamzam Well Hall: 

Ia mempamerkan rim telaga Zamzam yang dibuat pada awal tahun 14 Masihi. Di samping itu, terdapat beberapa tinggalan kuno dan gambar-gambar lama dan baru telaga Zamzam.

Telaga Zamzam yang mengandungi model sumur Zamzam zaman dahulu yang menggunakan tali, dan timba

Aku sempat tanya member kepada member aku yang keje di sana. Since air Zam Zam ni ada di Mekah tapi di Masjid Nabawi pun ada disediakan. Aku musykil cemana dia orang transfer air tu, kot kot lah ada piping ke apa. Jawab member tu, pernah ada pembinaan piping untuk menyalurkan air zam zam ni keluar dari Mekah ke Madinah. Malangnya, lepas paip siap, dengan pressure apa semua, air zam zam ni tertolak balik ke Mekah dan tak mau meninggalkan Mekah untuk ke Madinah.

Wallahuallam.

Aku tercari cari jugak perigi air zam zam ni kat sekitar kawasan Kaabah. Dengar nya macam dekat je dari situ, tapi tak de sebarang petanda. Rasanya dia orang dah tak bagitau sebab takut orang buat benda bukan bukan.

Air zam zam kini boleh di dapati secara percuma di Masjidil Haram.

Dan akhir sekali... Dewan Masjid Nabi:

Ia memaparkan model lama dan sampel Masjidil Haram Masjid Nabi Muhammad SAW sebagai tambahan kepada beberapa gambar lama dan baru. Masjid ini juga telah mengalami banyak perubahan selama ini melalui proses pembesaran dan pengindahan.

Ruang pameran

Dalam muzium

Pintu muzium

Banyak artifak dan barangan sejarah yang tersimpan di sini. Sebaiknya kebanyakkannya barangan diletak rapi di dalam bekas kaca bagi mengelakkan kerosakkan yang mungkin di lakukan oleh pelawat. Dah la ramai, ganas ganas pun ada.

Apa apa pun bagi aku, muzium 2 kota suci ni agak berbaloi untuk di lawati kalau berkesempatan bagi memberi gambaran dan membuka mata serta menunjukkan perubahan perubahan yang pernah berlaku di ke dua dua masjid suci ini.

Masjid Al Haramain

Di perkarangan

Pohon kurma

Kering dan tandus

Melawat muzium ini kita seperti diajak menyusuri perkembangan tamadun masyarakat Arab di sini. Masyarakat yang selama berabad-abad hidup di gurun-gurun pasir yang gersang dan tandus, kini bertranformasi menjadi masyarakat yang hidup serba lengkap dan setanding arus teknologi. Mungkin berkat limpahan rezeki minyak dan kedatangan berjuta-juta jemaah haji dan umrah yang tak pernah berhenti sepanjang tahun. 

Mungkin ini juga salah satu jawaban Allah SWT dari doa yang dipanjatkan oleh Nabi Ibrahim AS ketika meninggalkan istirnya Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail AS, di sebuah lembah tandus dan tiada sumber kehidupan. Lembah itulah yang sekarang dikenal sebagai Mekah, bandar yang menjadi magnet dan dapat menarik berjuta-juta manusia untuk datang mengunjunginya.

Dan belum lagi aku meninggalkan kota suci ini, dalam hati ini sudah membuak buak rasa sedih. Hari hari terakhir di kota Mekah ini aku tahu, aku akan pasti merindukan tanah suci ini.

Begitulah misteri kenapa para tetamu Allah yang pernah datang ke sini pastinya akan merindui untuk kembali lagi terjawab kini. Rasa rindu macam waktu minum air zam zam yang semakin di minum tapi tak pernah rasa puas.....

Pujuklah hati kurangkan rasa rindu yang di rasa
Pada Tanah Haram bumi penuh berkah-Mu
Semoga Allah mengizinkan permintaan hamba
Sebelum badan dikandung tanah untuk datang lagi bertamu

Amin. Ya Rabbal Alamin.



Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu

bersambung...........

7 comments:

  1. Alamak....sedih pulak baca part last tu....kalau bkn sbb mahram ni....mau setiap thn pergi...
    harap2 dgn pembesaran masjidil haram ini kuota jemaah dinaikkan dan syarat mahram itu dimasuhkan oleh kerajaan saudi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga moga mcm tu la. dapat beri peluang yang lebih utk org jadi tetamu Allah di sana..

      Delete
  2. Eh, dah xder penanda ek? Dulu ada tanda bulat kat kwsn tawaf tu & ada tingkat bwh kwsn amik wuduk/minum air zamzam, kat bwh tu pun ada penunjuk telaga zamzam. Dah demolish ker ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dok doh. Musing ketang cari. dok jupe. Maybe dia dah padam tak nak bagi orang duduk bertenggek kat situ lama lama...

      Delete