Pages

Saturday, May 7, 2016

Ketika Cinta Memanggil - The Highlight

"Astaghfirullah al azim...... Apa nak jadi ni???? Kenapa duduk berlonggok longgok ni hah? Bergossip kah?"

* flip flip jubah sambil betul betulkan serban.

"Korang dah kenapa bergossip tak ajak aku?"

Hehehehe.

Apa khabar? Maybe ada yang sedar, dan ramai yang tak tau, sementelah aku telah hilang beberapa minggu untuk ke Tanah Suci.

Alhamdulillah. Dah selamat pun balik. Sihat walafiat adanya.

Tak tau nak start macamana, aku sendiri pun tak sangka aku datang menjawab panggilan Allah ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah lebih cepat dari yang aku rancangkan.

Alhamdulillah...

Semuanya berlaku terlalu pantas dan segalanya menyebelahi aku. Orang kata kalau niat baik, Insha Allah mudah saja jalannya.

Dan sebagai permulaannya, highlight umrah dan ziarah : Ketika Cinta Memanggil Ku.....































Kalau sebelum ni orang tanya aku bila nak ke Tanah Suci untuk umrah/haji... selalunya aku tak dapat bagi jawapan yang tetap. Dalam hati memang ada keinginan, tapi orang kata kalau seru tak sampai memang tak berpijak la kaki ke sana.

Satu hari tu, tetiba member offer ajak pegi sekali dan tetiba aku rasa terbuka hati untuk consider.

Day 01: Contemplated. Nak pegi ke tak nak pegi.
Day 02: Pegi klinik ambik jap. Apply visa dan pegi agency settlekan payment.

Masa tu masih 50-50.. Masih fikir, mungkin visa tak lepas.

Duduk kat pejabat agent pun rasa jiwa masih belum ready sepenuhnya.

"Haji ! Haji !"

Aku dengar awek tu panggil aku, tapi aku buat bodo. Then aku realized aku sorang sorang je kat situ.

"Saya ke?"
"Ya. Haji lah"

Nak tergelak rasa. Visa pun belum approved. Pegi belum pun lagi, tetiba di panggil Haji !

Day 03 - Day 05 : Numb. Tak de feel. Pastu rasa cuak menguasai diri.
Day 06 : Patut pegi kursus umrah, tapi aku bantai tidur tak sedar diri !
Day 08 : Visa approved.
Day 09 : Final preparation.

Tiba tiba baru lah hati terbuka sepenuhnya. Ikhlas kan hati seluruhnya. Aku redha. Hoping for the best but expect the worst, Just follow the flow.

Day 10: Alhamdulillah selamat mendarat di tanah suci dengan misi untuk Ziarah dan Umrah di Madinah dan Mekah.

Dan 12 Hari 10 malam berikutnya, aku melakukan pengisian yang sepatutnya sebagai seorang hamba dan juga sebagai seorang umat baginda S.A.W.

Pengalaman yang tak dapat di tukar ganti. Yang tak mungkin dapat aku zahirkan dengan perkataan mahu pun kata kata. Tapi semuanya lancar hingga ke akhirnya.

Alhamdulillah.

Aku telah datang kepada Mu ketika cinta Kau memanggil ku. Dan aku akan cuba untuk ke sana lagi, sekiranya seru itu datang dan memanggil kembali !

Allahu Akbar !



Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padanya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... Rindu... Rindu kalbu
Memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
Tenggelam di lautan cinta Mu

Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Aku tak pasti buleh update pasal trip ni sebab takut orang kata riak dalam beribadah. Tapi being anonymous aku rasa aku try untuk cuba dan cari pendekatan lain untuk terus berkongsi nanti.

Jangan risau, aku masih SupermengMalaya yang sama, dan kekal tingtong macam biasa......

* buat somersault berputar dengan berjubah

40 comments:

  1. Alhamdulillah..pergi umrah rupanya..susah nk teka SM ni ada kt Malaya ke idok..blog asik brupdate je..cantik gambo2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. entry semua schedule dah.. so dia akan auto keluar...

      Delete
  2. Alhamdulillah, allah telah bukakan hati dan berikan hidayah kpd Meng untuk datang menziarahi Rumahnya.. dok tertanya2 jugak dulu.. bila la Meng nak cover Madinah dan Mekah ni.. Dah banyak sangat gambar tokong dan kuil yang Meng ambik, takkan tak mau ambik gambar rumah Allah, mengadap Kaabah, tempat yang sesuci suci nya.. awat tak habaq?.. nak kirim doa.. hehehe...pergi dgn family ke? Tak sabar nak dengar cerita secara detail dari Meng.. Keep us posted ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. komen sungguh menusuk ke jantung. nasib tak cedera.

      bukan tak pegi, tapi tak ready.. tapi dlm tak ready... dah selamat balik dah pun. alhamdulillah..

      pegi dgn member je tapi most of the time kat sana solo je. senang skit nak fokus.

      Delete
    2. Seriously, I am so happy and proud of you for doing the umrah finally! The next step..pasang niat nak buat haji pulak.. As for me, doakan supaya akak dapat buat haji tahun ni.. sepatut nya pegi haji 2 tahun lepas.. tapi last minute kaki pulak patah..so dok postpone.. ni tengah tunggu jawapan dari rayuan... :)

      Delete
    3. terima kasih.... sama sama kita berdoa moga di beri peluang untuk ke sana lagi... kalau tak umrah, maybe dapat gi haji ke ....

      insha allah. saya doakan akak liza dpt tunaikan haji tahun ni.

      Delete
  3. Segala Puji2an bg Tuhan Semesta Alam...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah sampai Meng ke Tanah Suci...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... tetiba je dapat seru.... selamat akhirnya

      Delete
  5. Ohhhhh...... Alhamdulillah..... Uncle telah sampai seru mununaikn umrah... Good uncle.. Dah pegi merata tempat.. Elok lh ziarah ke rmh Allah plak kan.... Moga uncle dpt umrah yg mabrur.....Seri tumpang happy tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... moga moga kunjungan hari tu mendapat umrah yang makbullah...

      dah balik ni rasa rindu lak time kat sana.. tak payah nak fikir apa.. fikir selipar nak letak mana je ( takut org curik )

      Delete
  6. Cantik gmbo meng. Xkantoi plk ko bwk kamera msuk masjid?hehe

    Somersault tu hati2 sikit, kot terselak. Haji kna jaga aurattt...kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih..

      aku pakai iphong jer... x berani nak bawak kamera...

      eh.. somersault kat dlm haji pakai legging laaa...... ahaks

      Delete
  7. Alhamdulillah. Saya pergi dah lama tahun 2008. Tenang aman rasa. Harap diberi kesempatan jejak kaki lagi ke sana Amin~

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah sampai seru ke tanah suci..penampilan dah kena ubah...dah tak boleh pakai seluar kecik merah kat luar lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. opsss.....

      stok seluar dlm merah ada banyak... lepas ni buat balut buat mangga je la nampak gayanya

      Delete
  9. Well done!!! Haaza Min Fadhlil Rabbi!!! Alhamdulillah... Seronoknya dapat ke tanah suci Haramain... :)
    Update lah cerita pasal timeline dekat sana mcm biasa. Pembaca faham perangai SM dan tahu SM bukan org yang riak... Haha... Dengan pengisian perjalanan kat sana, mana tahu boleh orang lain follow jejak, terbuka hati dan sama2 menghayati... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey... senang hati mendengarnya.

      insha allah... ada masa akan di kongsikan nanti....

      Delete
  10. Encik meng nnt update lah pasal pengalaman disana. Nak juga baca kisah kat sana mcmna.., tak riak pun kalau share pengalaman. Siapa yang ckp riak tu mmg sakit mental lah tu, hati x bersih la tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa. tq.. insha allah.. boleh boleh.. cuma kena tunggu rajin dan masa terluang je nak start menaip2 ni

      Delete
  11. niat utk berkongsi tak salah...klu berguna utk org lain, dpt pahala tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... moga moga memberi manfaat pada org lain nanti...

      Delete
  12. Share la pengalaman kau Meng.
    Lain orang lain kisahnya kan.
    Biaq pi yang nak mengata tu.
    Niat kita cuma Allah SWT je yang tau, ye dok.

    Aku teringin nak pegi.
    Tapi tu lah dia, takut.. sebab dosa banyak.
    Diri serba kekurangan, jadi tak yakin huhu.

    Semoga di satu hari yang indah aku dapat jugak jejak ke sana.
    Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa.. aku pun mcm kau gak ostajah wey. sebelum pegi mcm mcm benda mengarut duduk dlm kepala otak ni...

      tapi semuanya mudah je. insha allah.... mcm gi melancong je pun. cuma pengisian tu je kena lari sikit dari sekadar nak ambik2 gambar ni...

      aku doakan kau akan ke sana nanti ya

      Delete
  13. syukur alhamdulillah sebab telah di jemput menjadi tetamu Allah. Akan terus sabar menanti entry pengalaman dari sudut padang seorang supermeng malaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. * libas libas sayap....

      * libas jugak kain jubah.

      hahaha. insha allah. terima kasih tuan kerana sudi membaca...

      Delete
  14. saya memang pembaca sepi blog encik meng ni. saya hanyalah blogger picisan yang melukut di tepi gantang. ha ha ha ha. 'berblog utk menyimpan memori'

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak dah ke memori nya? apa blog nya meh aku skodeng pulak

      Delete
  15. gmbr2 yg indah tu memanggil-manggil hati nak ke sana...plan 2017...doakan ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah.. nanti aku share dulu pengalaman aku di sana....

      Delete
  16. meng, mata aku masuk habuk...teringin sgt nk ke sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku doakan. Insha Allah... kalau dah rezeki. sampai masa akan pergi juga

      Delete
  17. Assalamualaikum SM..

    dah macam teragak yg Meng pegi Umrah.. masa borak2 ngan Dr Singa kat Sri Lanka tuh kitorg ada tersebut ehh budak Supermeng neh dah pegi kemana la.. ntah2 pergi umrah.. rupanya firasat weols betul..

    tapi tuh la.. bab neh lelaki senang.. pompuan lak susah nk g umrah ziarah semua neh.
    doa la ye bagi dak iyra pon ada rezeki ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam.

      insha allah.... ada rezeki nanti dpt la korang bertravelan ke tanah suci pulak nanti. sri lanka dah pegi.... lepas ni boleh la plan lajak jauh sikit lagi.

      Delete