Pages

Friday, May 6, 2016

Jom Makan : Restoran Sg Bagan Seafood, Pelabuhan Klang

Terasa nak makan seafood !

Ghout. Checked. OK. Selamat.

Check kolestrol. Err............ Tak berani nak check. Takut ! Bedal je la dulu.

Hiks.

Dah selalu ke Tanjung Harapan Pelabuhan Klang, tapi tak pernah try restoran ni. Kali ni nak mencuba !

Restoran Sg Bagan Seafood

Parking kereta ada banyak. Jauh dan dekat je.

Kedatangan di sambut dengan ketam mengangkang !

Selamat datang ke Restoran Makanan Laut Ikan Bakar & Panggang Tanjung Harapan. Ni maybe nama lama kot

Dah parking sila ikut laluan jambatan khas menuju ke restoran yang terletak di atas air.

Laluan

Selamat Datang

Hiasan dalaman

Gerai minuman

Ada surau di sediakan. Toilet juga. Dan sudah tentu ruang makan yang luas dan selesa.

Usha kawasan.

Welcome !

Pilih la tempat. Mau duduk belah dalam

Atau di pinggir sungai.

Pemandangan tepi sungai

Sebab kami tak tempah, meja meja tepi laut tu banyak reserved. So ambik mana yang ader je lah.

Seperti mana kedai dan restoran seafood yang lain, di sini menyediakan masakan laut pelbagai aneka sesuai dengan selera masing masing.

Tapi berbezanya di sini tak leh nak pilih ikan atau hidupan yang nak di masak. Order je dan dia orang akan pilihkan dan masak sendiri.

Nak tau apa lagi yang menarik di sini?

Lai Chee Kang bagi yang berminat

Ais kerim Goreng juga di jual di sini

So dah duduk cantik cantik. Selesa. Di temani dengan angin segar bugar Selat Melaka. Apa lagi? Order lah !

Sebelum tu.

Kacang dan tisu basah. Jangan ingat free ni? Kena bayar tau !

One good thing masa kunjungan kami ke sini. Orang agak ramai tapi servis memang pantas. Waiter ambik order dan kami menunggu tak lama dan lepas tu satu persatu hidangan kunjung tiba di meja.

Teh Cina sebagai minuman yang disediakan

Lai Chee Kang yang ada. Aku minum air tembikai. Hero minum air Milo dan Princess dengan Laichee nya

Pastu tunggu kejap then menu menu utama pun tiba.

Sotong goreng tepung sampai dulu. Sedap !

Kailan ikan masin. Sekadar ulam ulaman je sebab banyak pulak lauknya

Tomyam ayam sebab Hero kurang sikit seafood

Telur dadar wajib ada

Antara lauk pauk yang tersedia

Oh nasi jangan di lupa

Sebab lauk pauk tak sampai serentak so kami abiskan mana yang ada dulu. Then satu persatu lauk lauk yang di order tiba.

Lambat sikit mengadap tapi boleh la di bedal selepas tu.

Udang goreng buttered

Ha ni nampak sikit udang nya setelah di korek dari himpunan rambut blonde tu

Highlight of the night. Soft Shell Crab masak chilies

Verdict !

Aku macam kurang mengemari makanan di sini. Tak tau la macam ada something yang tak kena dengan selera so makan pun macam tak teruja.

Sotong goreng tepung tu sedap. Yang lain lain ala ala jer. Makan setakat nak kenyang je lah. Tak de ratah ratah. Sudahnya tak berapa abis lauk pauk yang ada.

Alhamdulullah kenyang tapi rasa kurang inzal sikit. Tapi OR cakap sedap lagi dari Muara Klang tu, tapi sebab aku terbayang Senandung Semalam dan jugak few kedai lain yang lebih sedap rasanya, so aku rasa Restoran Sg Bagan ni pun tiada banyak istimewanya.

Agak kecewa tapi mungkin tukang masak berbeza kot sebab kalau baca review orang macam sedap sedap je belaka makanan di sini.

Kos makanan RM 135 which aku rasa not bad considering makanan banyak dan portion besar walaupun kami tak ramai.

Bayar di sini

Ada hiburan di sini tapi kami tak sempat tengok pun. Tak sure pukul berapa dia orang start menyanyi

Untuk kanak kanak pun ada. Sediakan je la duit syiling

Hiasan

Selesai menjamu selera

Overall so so je la kat sini. Aku pun tak tau apa yang tak kena. Maybe kena dengan orang lain tapi tak kena dengan selera aku. 

Mungkin kalau aku baca review lagi lepas ni orang cakap sedap tak terperi aku akan cuba lagi, tapi kalau setakat sekadar di pinggiran, aku tak mungkin repeat lagi dah.



Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka

Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian

Restoran Sungai Bagan Seafood Port Klang
A13002,Tanjung Harapan,
Lingkaran Sultan Hishamuddin, Port Klang,
42000 Klang
Phone 03-3176 2042

Mon - Fri: 11:00 am - 3:00 pm 6:00 pm - 11:45 pm
Sat - Sun: 11:00 am - 12:00 am

13 comments:

  1. meh la cuba try makan ketam kat Johor plak bang Supermeng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau tak agak agak suruh aku gi jejauh. kang balik kl dah lapar balik

      Delete
  2. soft shell masak cili tu nampak sedap...

    ReplyDelete
  3. Kolestrol seafood adalah kolestrol baik.... Kot? Errr

    ReplyDelete
  4. aku yg dok port klang pon x pernah mkn sini..hihi. Nnt gue try ye..tgk kena dak dgn tekak ;p

    ReplyDelete
  5. Saya dah baynyakali makan kt sni ...tapi ok laa...boleh masuk..

    ReplyDelete