Pages

Tuesday, May 17, 2016

2016 | Ke Melaka Kita : 08 - Jalan Jalan Kota Melaka - Part 2

Part 2 - Jalan jalan di Kota Melaka.

Menara Taming Sari, Melaka ini adalah menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka, Malaysia (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari. 

Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. 

Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

Sewa basikal ronda ronda di Melaka

Beca Melaka yang ceria dan berwarna warni

Coconut Shake penghilang dahaga

Bangunan lama di Melaka

Shopping area

Dataran Pahlawan Megamall. Tapaknya adalah Dataran Pahlawan di Bandar Hilir merupakan tempat berlangsungnya suatu perhimpunan raksasa pada 20 Februari 1956.

Hotel Equatorial Melaka

SMK St Francis yang berusia lebih dari 100 tahun dan antara sekolah tertua di Malaysia

Canossian Convent Melaka 

Di hadapan dataran ini terdapat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. 

A Famosa atau 'Yang Masyhur' dalam bahasa Portugis,

Casa del Rio, Melaka

The Baboon House, Melaka

The Courtyard Harren Melaka

Hotel Puri, Melaka

Jonker Street

Bangunan bangunan lama

Melaka Gateway. Pulau buatan di Melaka yang dinamakan Pulau Melaka

Hotel Holiday Inn, Melaka dari Pulau Melaka

Pemandangan dari Pulau Melaka ke arah Bandaraya Melaka

Laluan

Layang Layang gergasi

Sesungguhnya rakyat Melaka beruntung kerana negeri Melaka memiliki banyak khazanah sejarah tersendiri yang pastinya boleh kita selami dan pelajari khususnya sejarah zaman Kesultanan Melayu Melaka yang perlu kita kenang dan ambik ikhtibar.



Ada rindu dari kejauhan
Ranum dalam sepinya perjalanan

Sungguh manis ingatan denganmu
Dari terlukis di hamparan hidupku

Terkenang jua dalam sepi rasa
Kemerduan senandungmu
Menjadikan kau dekat selalu

Terkenang jua pada raut wajah
Kau membuat segalanya
Begitu indah

Kau bersinar dalam hati ini
Kan terbawa manapun ku berdiri

Sungguh (sungguh) dalam (dalam)
Rindu terhadapmu
Dan bersatu di ranting usiaku
Desetiap Waktu

Sungguh dalam rindu terhadapmu
Dan bersatu di ranting usiaku
Di setiap waktu...

Ooo... uuu... oo... u...

Dont Mess with Melaka !  

bersambung.....

12 comments:

  1. Melaka...mengimbau kenangan bersekolah kat sana wehuuuuu

    ReplyDelete
  2. Belum sempat lagi nak naik taming sari.. Name je anak jati melaka.. Sedihhh hehhehe

    ReplyDelete
  3. Jalan2 sejarah melaka pun menarik gop

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh.. dok abih abih lagi rasa jalang denung. padahal gi banyok kali doh. gi situ ler tek pong

      Delete
  4. menara taming sari, destinasi wajib kunjungi kalau ke bandaraya melaka. apa pun lagu terkenang jua adalah best !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu best. tapi gambar zz tu tak leh blah.

      mcm nak putus urat merih.

      Delete
  5. Berapa harga yea sewa basikal kat sebelah taming sari tu?

    ReplyDelete