Pages

Monday, May 16, 2016

2016 | Ke Melaka Kita : 07 - Asam Pedas Hajjah Mona, Melaka

Tak syok jugak kalau ke Melaka tapi tak pekena apa yang orang cakap terbaik di sana !

Salah satu tempat yang memang aku nak pegi adalah Restoran Hajjah Mona Asam Pedas di Taman Kota Laksamana. Oh... Hajjah Mona ni bukan Makcik Mona mak aku.

Walaupun aku tak makan ikan, tapi nak jugak aku turut serta merasai suasananya.

Berkat panduan dari wanita Waze. Aku jumpa tempat ni. Terima kasih wanita Waze ! Aku ajak dia makan sekali dia tak mau. Sombong !

Actually tempat ni tak jauh pun dari Jonker Street tu. Dulu datang Melaka tak sempat, kali ni pastikan jadi !

Sampai sampai terus posing posing jadi anak ikan tepi jalan. Malangnya tak laku...... !

Masakan Asam Pedas

Waktu kami sampai tengahari nampak orang pun memang ramai.

Restoran Hajjah Mona yang terletak di kawasan perumahan dekat dengan Casa del Rio hotel di Jonker Street tu 

Usha dalam kedai

Akhirnya dapat tempat duduk

Malangnya waktu tu, banyak lauk dah abis. Yang ada cuma masak asam pedas ikan kembung je.  Tu pun kena tunggu. Tapi sebab bukan tujuan aku nak makan ikan, OR pun kata OK jer, jadi kami stay.

Makan apa yang ada. 

Tercari cari jugak Hajjah Mona kot kot terjumpa. Tapi macam tak de jer or aku tak cam mana satu sebab ramai pekerja dia pakai purdah. Kalau tak boleh jugak tarik key Awie....

Engkau tersenyum di jendela
Memukau mata mempesona
Muncul yang jadi tanda tanya
Buat engkau di kagumi

Mona..................................... 

Boleh juga makan dodol kalau mau tapi kena beli bukan FOC

Selain daripada asam pedas, ada lauk lauk lain yang boleh di order.

Walaupun tak banyak yang tinggal, tapi cukup la sekadar nak makan tengahari hari tu.

Makan asam pedas tapi cari ayam goreng. Ni wajib ada ! Nasib baik

Telur goreng

Nasi di hidangkan dengan taugeh dan telur masin

Habuan untuk aku. Cuma nampak kering kalau tak de kuah.

Kenapa ikan tak nampak seksi di mata aku? Tak mengiurkan untuk aku jamah ! Tapi tak per.. Kuah asam pedas ni aku boleh rasa.

Verdict?

Aku tak tau sebab aku bukan pencinta asam pedas. Tapi bila tanya OR dia kata biasa biasa je. 

Ntah lah. Selera dan tekak masing masing. Servis slow sikit especially nak tunggu dia kemaskan meja. Tapi air minuman dia sedap !

Sebab orang semua kata asam pedas di sini memang sedap, aku assume sedap la. Cuma maybe bukan makanan aku so aku tak leh nak puji berlebihan. Kalau masakan mak aku ; Makcik Mona aku boleh puji !

Tak pe lah janji kenyang ! Alhamdulillah.

Senarai harga. Bagi aku harga dia agak berpatutan jugak la. Kami makan semua sekali tak sampai RM 50. Tak de la mahal mana.. Air minuman dia pun sedap.

Alamat dan contact number Resto Asam Pedas Hajjah Mona Kota Laksamana

Waktu perniagaan.

So bagi yang ke Melaka dan mahu bertandang ke sini mencuba selera. Boleh rujuk address ni.

Hajjah Mona Asam Pedas  
6, Jalan Laksamana 2,
Taman Kota Laksamana,
75200 Melaka, Malaysia
Telefon:+60 12-601 3676

FB :  Asam Pedas Hajah Mona Melaka

Selamat pekena asam pedas Hajjah Mona. Jangan sampai tercekik tulang !

Sambung tarik key Awie....

Apakah tujuan
Engkau diciptakan
Apakah rahsia
Di sebalik asam pedas mu ittewwwwwwww.....
Oh...

bersambung....

16 comments:

  1. tu la kadang tekak dan selera org tak sama.
    aku pun rasa asam pedas hajjah mona ni biasa je.

    next time kalau kau pegi melaka try kat restoran zaiton.
    area plaza mahkota.
    bagi aku situ asam pedas dia sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abis mona zaiton pulak keluar...

      lepas ni asam pedas ziana zain pulop.. haks...

      Delete
  2. satu lagi try kat ujung pasir
    nama gerai x ingat
    selama nih masa zaman kecik2 dulu singgah kedai nih beli kuih
    rupanya femes dengan masak asam pedas...dah besar tak remaja nih baru tau
    hahaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti la cuba. tak tau pulak bila nak gi ni.

      rugi kecik2 dulu kak anash tak berbaik baik. kalau tak dah dpt resepi dia yang power tu dah buleh bukak rstoran lawan linda ong

      Delete
  3. Memang best kedai ni...yg unik mesti ada taugeh.

    ReplyDelete
  4. Sama lah kita....tak suka ikan..kalau teringin nk mkn asam pedas...kami order asam pedas daging teng teng....janji asam pedas....hihihi

    ReplyDelete
  5. Rasa dia agak komersial kot, xder rasa2 asam pedas asli... bg aku la

    ReplyDelete
    Replies
    1. asam pedas asli tu cemana?

      aku dok leh differentiate. janji ada ayam goreng buleh dah.

      Delete
    2. Ntah. Hahaha.
      Kedai mona tu asam pedasnya agak cair la...

      Delete
  6. eh! x ada lagu tema ke? erm.. lagu yang sesuai dari ziana zain 'dingin' ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. lupa nak buh lagu tema.

      kasik zz rehat jap la. hari hari nak kena nyanyi kang pancit lak dia

      Delete