Pages

Friday, April 1, 2016

Mac 2016 : Mabuk Wayang

Rapatkan saf !!!!!

Hari ni kita nak tengok wayang. Antara aktiviti sampingan di kala berkelapangan. Kalau tak lapang pun cuba cuba jugak cari time untuk menonton.

Tu namanya kemaruk !

So ayuh nonton yok !


Aku memang kalau bosan dan ada masa akan pastikan aku gi usha movie terkini di panggung. Bulan Mac ni terlebih layan skit sebab cuti sekolah dan ada movies yang memang menjadi buruan untuk budak budak tonton dan dia orang saban hari dok ingatkan aku supaya tak lupa bawak mereka untuk menonton sama !

Layan movies yang di terjah pada bulan Mac 2016 ni.

1. GODS OF EGYPT


Jangan tanya cemana aku boleh tertengok cerita ni. Kisah tuhan tuhan berlawan sesapa sendiri dalam merebut dan menunjukkan kuasa masing masing.

Cerita dia memang merapek tahap otak jadi buntu. Jalan cerita macam tahik ! Pelakon pun so so jer. Tapi aku suka sebab CGI dia gempak gila ! Boleh challenge Avatar !

Kalau nak tengok kesan CGI aku recommend sebab superbusa hasil kerjanya. Tapi kalau nak layan jalan cerita. Hmmmm jangan sampai terpesong akidah. Tuhan matahari menyalakan matahari dengan cara mengayuh basikal !

Agak agak biol tak nak digest cerita macam tu ?

Aku bagi 3/10. Tu pun sebab CGI dia menawan ! Sekali lagi aku ulangi, jalan cerita dia macam tahik !

OR aku siap boleh sound lepas abis movie ni.

"Awak tengok cerita apa ni?"

Krik Krik Krik........................

2. LONDON HAS FALLEN


Pun jangan tanya kenapa aku gi tengok movie ni tapi aku memang follow cerita ni sejak dari Olympus Has Fallen lagi.

Cerita boleh tahan merapek. Skrip ntah hapa hapa.

Kisah pejahat yang membalas dendam atas kematian ahli keluarga nya. Asal jahat je mesti orang Islam. Asal balas dendam je abis satu bandar di rosakkan. Apa benda la dia orang ni. Cuba la duduk berbaik baik dan bermesra mesra antara satu sama lain?

Aku kasik 5/10. Tunggu keluar kat HBO ke Astro ke buleh la layan !

3. BOBOIBOY

Yes ! Cerita yang di nanti nantikan oleh anak anak aku. Hari hari tanya bila nak pegi tengok. Kebetulan weekend yang ada, aku bawak mereka gi menonton. Panggung agak penuh, so kami tengok di Subang Parade. Tu pun punya la ramai orang beratur.

Aku dah siap booking tiket online. Sampai kaunter terus gi priority lane. Siap ada 2-3 bapak bapak yang tak puas hati sebab beratur panjang datang tanya dengan muka tak puas hati. 

"Ni line apa ek?"

Muka masing masing rengsa jer.

"Ni collect ticket. Saya dah booking online"

Baru la masing masing angguk dan beredar. Memang Movie Boboiboy ni jadi fenomena la pulak, ramai je yang turun panggung nak menonton. Bahana BoBoiBoy maybe yang dah lama tak jenguk wayang terpaksa datang... dan datang datang kena beratur panjang. 


Frankly aku memang tak follow sangat BoBoiBoy ni. Kalau Hero dengan Princess tengok, aku tak berapa nak ambik pot. Sebab kartun budak budak kan, so tak berapa aku nak layan. So aku tak berapa nak tau sangat pasal kuasa kuasa BoBoiBoy.


Bekalan dalam panggung. Hero asyik mengunyah je tak berhenti !


Benda benda ni pun boleh bikin anak anak aku buntang mata. Tapi aku malas layan so tak de yang beli beli kali ni.

Verdict Boboiboy !

Since aku memang tak berapa tau watak watak dalam cerita tu, so aku memang tak letak harapan yang tinggi untuk aku enjoy the movie. Tapi aku agak terkesima rama jugak sebab rupanya Boboiboy ni punya kuasa melampau lampau ! Kurafat sungguh.

Kejap kuasa Tiga (Taufan, Gempa, Halilintar) lah. Kuasa 5 blade dan ice lah. Kuasa hentakan bertubi tubi. Aiyooooyo amma apa ni???.. 

Tak leh terima dek akal aku kuasa kuasa dia tu. 

So secara rumusannya pendek kata smua kuasa BoBoiBoy ada........ kecuali ........................

1. Kuasa pencuci pinggan mangkuk menanggalkan minyak 5 kali lebih kuasa berbanding pencuci biasa.

2. Kuasa Qu Puteh dengan formulasi terkini yang menjadikan anda kelihatan anggun, menawan, serta PUTEHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH !

Anyway budak budak seronok so..... kita tumpang enjoy juga !

Aku kasik 6/10

4. KUNGFU PANDA 3

Sebab weekend pertama cuti sekolah memang kami tak ke mana mana, jadi aku usung budak budak pegi tengok movie 2 hari berturut turut !

Kali ni tengok Kungfu Panda 3 !


Aku pun excited terlebih nak tengok ni


Kami tengok di MBO Citta Mall. Tak ramai sangat orang


Ada je collection keluar. Princess nak ni, aku tak bagi beli. Merajuk muncung muka. Tapi dia tu merajuk kejap jer... 

Apa lagi nak cakap, Kungfu Panda 3 memang menghiburkan. 

Tak adil nak compare dengan BoBoiBoy sebab kalau nak kira dari segi bajet dan tenaga kerja memang tak sama. Tapi Kungfu Panda 3 ni memang jauh lagi lawa animation dia.

Apa apa pun, cerita dia memang menghiburkan !

Aku kasik 8/10

5. 13 HOURS : THE SECRET SOLDIERS OF BENGHAZI

Tau tak pasal movie ni?

13 Hours : The secret soldiers of Benghazi

Ntah kenapa aku teringin nak tengok movie ni. Maybe sebab good review so aku tak mau melepaskan peluang keemasan Benson & Hedges. Nak gi tengok sorang tak syok. So aku kerah OR. Dia dah la tak minat cerita cerita perang ni.

Boleh pulak tengah movie dia keluar. Lama lak tu. Gi shopping la tewww....

Tapi tak pe, aku layan sorang sorang. 

Sebab tak ramai orang tengok kot movie ni aku kasik synopsis sikit. 

Movie ni berkisar tentang sekumpulan tentera USA yang di tugaskan untuk menjaga keselamatan duta dan beberapa wakil kerajaan Amerika di Benghazi, Libya.

Dan dalam misi tu, mereka telah di serang oleh puak militant di Libya sehingga menyebabkan mereka hampir terbunuh. Ni based on kisah benar dan genre dia memang cerita perang. So kalau orang tak minat memang tak minat lah. Tapi bagi aku, OK jugak cerita ni. Buleh la layan !

Aku kasik 7/10.

6. BATMAN VS SUPERMAN ( DAWN OF JUSTICE)

Drum roll.........................

Lawan mata sapa kelip dulu dia kalah !

Sebagai watak utama dalam movie ni, aku mengaku yang aku memang berdebar debar menunggu hasil lakonan sendiri. Aku tau tinggi harapan para peminat untuk melihat sequel kali ni lebih padat dengan aksi dan jalan cerita yang lebih menarik.

Alhamdulillah, aku bersyukur sebab ramai peminat tak putus putus mengucapkan tahniah walaupun aku di serang demam serta selesema sepanjang penggambaran filem ni.

* cough cough

Aku tak boleh nak komen lebih lebih sebab nanti orang kata aku saja up up kan diri sendiri. Apa yang penting, sebagai watak terpenting dalam movie ni, aku tak dibenarkan untuk mengesahkan samaada watak aku memang mati masa ending ni. Tu kena tonton sendiri.

Apa apa pun, aku dengan Ben Affleck memang agak tak puas hati sebab hanya kami je yang bersungguh sungguh bergaduh. Sepatutnya skrip tu kena rombak sikit so selain aku berlawan dengan Batman tu, kami juga mahukan Wonder Woman beraksi lebih tangkas lagi. Maybe menentang Wonder Bra !!!!! Dan Wonderpets pun boleh muncul sebagai cameo.

Lagi satu aku nak kongsikan... sepanjang pengambaraan movie ni..... eh .. eh... Hello ! Hello !!! Hey. Hey.... Jangan la lari, tak abis lagi ni.................................. sini la. Sini !!!!

* menangis keluar airmata laici orang tak layan

Bagi mengubat hati yang lara, Layan jap lagu Ayda Jebat ! Hahaha. Aku macam suka pulak lagu ni. Ahaks....

Selamat menonton moviies movies di atas tu....... !



Jam di dinding terus berdetak
Kakiku juga terus berjalan
Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku
Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti

Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Love me say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby say you love me

Tak kuasa ku menahan rasa
Hatiku makin semakin berdebar
Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku
Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti

Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Love me say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby say you love me yeah

Satu, dua senyum manismu
Tiga, empat mirip matamu
Dengan tawa tawa riangmu
Bikin hatiku jadi rapuh
Si pencuri hatiku
Kau pencuri hatiku

Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Love me say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby say you love me

Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby please don't hate me

Love me, love me oh
Love me, love me (hey close your eyes)
Love me, love me oh
Love me, love me ah

Love me, love me oh
Love me, love me (love me)
Love me, love me oh
Love me, love me

Love me, love me oh ah ah ah

20 comments:

  1. hahahaha! sakit perut plak baca review movies ni hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. woit.. ada anak kembar 3 ke?

      Tahniah ! best best

      Delete
  2. movie Allegiant tu bang meng x g tgk ke?lama x lyn movie oi wahai si pencuri hati ah ah ah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Review tak best.. malas la tengok... rating pun kureng.

      Tajuk cerita macam sabun pencuci lak tu

      Delete
  3. jalan citer Meng vs Batman awatlah slow bebenor...bosan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. dah la cerita 2 jam lebih.. penat berlakon tau tak?

      hahahahah

      Delete
  4. aku dh tonton semua movies kat atas kecuali boboiboy...hahaha sekadar mengisi masa lapang org kata..tp aku rasa aku tgk semua movie yg keluar kecuali kantonis tamil dan movie melayu hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ai. lagi kemaruk tahap tetiap minggu kena makan pop corn neh..

      aku tgk rating dulu. kalau best buleh la hadap.. lagi kalau pelakon sireh.. malas lah.

      Delete
  5. Meng, The Gods of Egypt tu memang pelik. Pening jap aku dengan husband aku.
    Tuhan Matahari tu paling tak boleh blaa. Kata Tuhan tapi mati jugak acaner tu?

    London Has Fallen tu memang nak hanjeng orang Islam kan?
    Pastu kemain sado kental lagi dah kena bom meletup patah riuk tetaplaaa Presiden dengan si hero tu selamat. Membongak sangat.

    Boboboi tu bagi aku lawak gak la. Kira lawak lawak pasar masa kini yang mudah difahami gitu.
    Yang C I N T A K I K I T A tu pun teringat Mael Xpdc.
    Lagu nak belajar mengeja he he..

    Yang lain lain tu aku tak nonton so taktau.
    Munafik kau tak minat Meng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul................

      kita sependapat ! Merapu rapan cerita tu.

      Watak watak dlm boboiboy memang lawak lawak. Yoyo-oh.... paling aku suka !

      Munafik aku tak berani nak tengok. Tak suka cerita hantu. Jalan cerita tak menarik !!!

      * mati la padahal penakut

      Delete
  6. hahahahaha...aku gelak untuk sekian kali especially tang kuasa kuasa tu...ko memang poyo untuk supermengg...poyo poyo pun aku gelak sampai kuar air mata...air mata darah je tak kuar lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. airmata kasih ... berlinangan. berlinangan selalu.................

      Delete
  7. Bosan ngat ngat batman superman tu. Ur mothers's name is marthaaaa ke bang meng? Anyway nnt tgkla movie me before you and aadc2! Hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. My mom nama Mona... sebab nak lari dari peminat kejar kalau tau nama sebenar adalah Martha Stewart...

      Me before You tu tajuk filem ke?

      AADC tu dulu pernah la tgk.. zaman dolu dolu.. now mereka dah tua kan? mcm tak best je.

      Delete
  8. satu pun blm tgk lagi....hahahahaha
    ada ek citer batman vs superman?? camner blh tak perasan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh eh..... penat org berlakon dia buleh tak ambik tau...

      pegi tengok skrg !!!

      Delete
  9. anak aku tengok boboiboy tu siap kira brapa kuasa-kuasa adiwira boboiboy ada skang...mamanya dah lost count...berpinar pale aku tgk boboiboy neh..tengok batman vs superman lagi light #eh

    ya hampun nape hambar benar lakonan..eh shilap..pilem ko meng. nasib baik ada wonderwoman yang menyegarkan mata... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boboiboy tu memang tahap dewata punya kuasa....

      terima kasih atas komen kau tu nana. aku akan cuba lebih baik utk filem akan dtg....

      * nanges kekecewaan

      Delete
  10. hikhik..gelak terhibur dengan review yg d berikan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga terhibur. lagi terhibur kalau tgk movie2 yang best neh.

      Delete