Pages

Saturday, April 2, 2016

Highlight Cuti Sekolah March 2016 : Ipoh ............. Dekat Jer

Bersempena dengan cuti sekolah bulan Mac 2016 yang lalu, aku bawak budak budak pegi bercuti ke Ipoh, Perak !

Aku sendiri pun dah lama tak berkunjung ke sana.

Ipoh

Ya ! Tak jauh mana. Tapi bagi aku tu dah cukup jauh la tu.

Idea ke Ipoh ni datang secara sepontan je. Aku usulkan pada OR then dia macam awal awal lagi dah rejek.

"Apa ada kat Ipoh?"
"Ala... gi lepak lepak je. Buleh kita gi tengok Kellie's Castle"
"Dia ada kat kat Ipoh ke?"
"Huh?"

Tetiba aku mental kejap nak digest.

"Sapa yang ada kat Ipoh?"
"Awak cakap Kelly Clarkson tu?"

* kalau ada pokok aku lari bertenggek atas dahan pokok tu dan mengilai macam langsuir dulu 14 harkat.

Boleh buat modal setahun ni.

"Kellie's Castle lah ! bukan Kelly Clarkson !"
"Oh.. yang berhantu tu?"

See????  Kalau tak nak pegi macam macam je alasan dia. Hantu lah apa lah. Musim musim panas macam ni mana hantu nak keluar? Dehyrated okeh !

* hulur 100 plus untuk kecergasan yang berterusan

Tapi macam biasa.. kalau bab bab ni, aku tak perlu bertekak pakai bom atau peluru berpandu sebab sudah pastinya aku akan menang ! Lagi lagi ada 2 askar yang akan sentiasa bersetuju dengan aku kalau bab gi jalan jalan tidur hotel !

So.......  kira last minit jugak la ni. Esok nak gi Ipoh, malam tu baru decide. Baru terhegeh hegeh nak check nak gi mana dan nak cari hotel apa semua.

Ala... bukan jauh pun. Dekat Jer.....  Elok jugak cuti cuti Malaysia ni jer.

See the highlight dulu !

Yes ! What doesn't kill you make you stronger - Kelly Clarkson !

Betul ke ada hantu sini?

Kelly Clarkson yang di sumpah menjadi Kellie's Castle di Batu Gajah

Sebenarnya memula nak gi Gua Tempurung tapi time ni tengah tutup untuk renovasi. Jadi lepas singgah di Batu Gajah kami terus ke Ipoh dan pekena Nasi Vanggey !!!

Menginap di Weil Hotel, Ipoh

 #janganmudahtergoda

Nice cozy hotel. Tilam dia best gila ! Bilik pun agak besar sebab kami ambik Studio King

Roof top infinity pool. Tapi sebab cuaca panas, mandi lite lite jer

Senja di Ipoh

Earth Hour Pledge

Sebenarnya rancangan nak gi few tempat di Ipoh ni, tapi sebab musim panas macam ni, tak jadi lah. So banyak masa spend kat hotel je. Nak keluar pun panas. 

Tapi aku sempat cilok dan buat aktiviti sendiri menjejak tinggalan warisan di Ipoh ni.

Heritage Trail

Bangunan Dewan Bandaraya Ipoh

Station Keretapi Ipoh yang di bina pada 1917

Dataran KTM

Pokok Ipoh

Masjid Sultan Idris Shan Ke II Ipoh aka Masjid Negeri Perak

Usha bangunan bangunan lama

Gerbang Malam di Ipoh ala ala Uptown. Kami tak pegi ushar pun

Begitu juga Memory Lane ni 

Usha usha bandaraya Ipoh

Gereja St Micheal Ipoh

SMK Convent Ipoh

Pekena Satay Endut di Food Court Taman Kanak Kanak

Suasana malam di Ipoh

Good Morning Ipoh

Bandaraya Ipoh

Jalan jalan di pekan lama di Ipoh

Hello !

Sebab cuaca panas kami cari aktiviti yang indoor je. Pegi melawat ke Funtasy House Trick Art.

Menarik tempatnya tapi macam tak berbaloi je

Tak sah kalau ke Ipoh dan tak memenuhi keinginan tekak yang nak makan macam macam. Mee Rebus Ramli. Nasib perut kecik kalau tak, confirm balik dari Ipoh jadi gergasi

Dan tumpang singgah di Masjid Muhammadiah ( Masjid Cina)

Overall, short trip. Memang terkilan sebab banyak tempat nak pegi tapi tak sempat sebab cuaca panas berdeting. Kalau ikutkan aku macam macam tempat nak pegi tapi tak de rezeki la kali ni.

Maybe next time boleh terjah lagi. 

Sekala sekala gi melawat tempat tempat macam ni dan tengok perubahan yang telah berlaku. 

Nanti ada kelapangan aku kongsi tempat tempat yang kami lawati ni.

I heart Ipoh. You?

So kalau tertanya tanya destinasi destinasi percutian yang tak berapa jauh, sudah tentulah Ipoh antara jawapannya.

Selamat berkunjung ke Ipoh. Dekat jer ......



Begini lama kita berkasih dan sayang
Cinta pun kian bersemi
Senyum pertamamu mencurigai rasa
Menggamit hatiku
Mendekatimu

Bukanlah lagi hanyalah impian
Kasih cinta kita berdua
Saat ini telah pun ternyata sayang
Rasa cinta dariku untukmu kasih
Telah pun sama saling memahami ho!
Indahnya

Hadirku kini
Hanya untukmu
Semoga dapat di pastikan
Ada yang indah
Sedang menanti
Manisku

Tak mungkin ku mungkiri
Apa dijanji
Walau ada rintangannya

Kini terjawab sudah
Semuanya
Kau dan aku
Pun tahu

Sambutlah sayang
Salam cintaku ini
Untuk mu sayang
Demi kasihku ini
Kasih dan sayang
Terus bersemi

22 comments:

  1. Dekat jer..hihi tagline tourism m'sia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali kan je.. jadi tukang promote.. Visit Perak 2017 !

      Delete
  2. sambung gelak 14 rakaat ko tu hahahahahahhahahaha
    okeh kesian kat OR ko kene gelak
    ade nampak jelmaan kelly clarkson tak kat castle tu? huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaha.. aku nak buat bahan... tapi dia pulak dok sibuk ulang2 panggil kelly clarkson..

      jelmaan kelly-ng ada lah.. tgh shoot prewedding photos..

      Delete
  3. Teman org Perak pun x familiar dgn Ipoh, kne buat terjah santai kat Ipoh gak pas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah kalau dah tempat sendiri.... mcm Hitaly tu teman pandang sebelah mata je..

      apa? rome? venice? pisa? tu semua tahap tahap tempat permainan ajer..

      * lariiiiiiiiiiiiii

      Delete
  4. Ipohhhhh..........???? Perak asal parent seri... Tp baru sekali je ge ipoh....# nangis

    ReplyDelete
  5. IPOH...aku dok sana setahun sbb ada kerja. Pada aku Ipoh ni kalau sesekali dtg OK la..kalau dok sana rasa mcm mati kutu pon ye..hahaha aku tiap minggu layan movie kat jusco Tambun. Ko x pekena mee kicap kat Ipoh ke? aku suka satu kedai tu kat silibin...mee kicap dia sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat la nak try makan banyak banyak tempat. perut kecik dan ramping !

      * pose pose depan cermin.

      tak pe lain kali aku pi lagi buleh try..

      Delete
  6. welcome to pekan orang hensem....best tuh hotel weil - hotel baru...napa xsinggah plan B...boleh snap2 di situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. org ipoh hensem hensem ke?

      * hulur IC nak tunjuk berasal dari ipoh jugak walhal temberang.

      Plan B tu ada lalu hari tu.. tapi sebab kat KL pun ada Plan B ni.. malas la..

      Delete
  7. alahai Kelly castle tu dr kecik lalu nak balik kg...kampong sy tu abg meng
    rasa eksited plak bila abg meng buat entry ke Ipoh/batu gajah. artis antarabangsa datang!

    ok Kelly Clarkson tu kelakor! hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu baru aku yang singgah. kalau kelly clarkson betul yang datang agaknya kenduri kendara satu batu gajah .. hahahah..

      dah lama tak pergi. saja singgah usha usha kawasan.

      Delete
  8. hahaha OR tahu tak ko bahankan dia dlm belog nih...

    emmm dapnya satay Endutttt...~!
    Oh yea gua tempurung masih tutup??? nasib baik aku tak jd pegi dgn adik aku tuari. tgk website macam takde annoucement pung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tau dan dia baca... abis2 dia jeling je kat aku. ahaks..

      sedap gak la satay endut tu., yes. gua tempurung masih tutup. aku baca kat tripadvisor hari tu...

      Delete
  9. haha seriously kelakar bab kelly tu..tetibe sgt kan.
    im a proud ipohian..
    city yg rileks and byk tmpt makan!
    next time try lychee kang & abc Ah Yoong di taman kanak kanak tu..superrr terbaik..
    boleh jugak try ipoh hainan chicken rice/ nasi ayam fuziah..
    breakfast di Done Cafe meru valley resort juga not bad, boleh cuci mata dlm tu tgk bungalow2 orang super kaya..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish banyak nya nak kena try ni..

      kena duk seminggu baru buleh gi semua semua ni.

      anyway thank u.. insha allah. ada masa buleh lah terjah nanti

      Delete