Pages

Thursday, April 14, 2016

Backpacking Laos : 10 - LP | Haw Kham ( Royal Palace and National Museum) & Vat Xieng Toung

Dah abis mendaki Mount Phousi tadi tu, aku berdiri di tepi jalan mengadap satu lagi senibina yang menjadi ikon dan tarikan pelancong ke Luang Prabang ni.

Luang Prabang National Museum

Jalan utama di Luang Prabang. Belah kanan untuk mendaki ke Mount Phousi. Belah kiri kawasan National Museum

Ni bangunan National Museum. Aku berbelah bahagi nak masuk ke tidak. Gate masih belum di bukak. Beluma bis lunch hour lagi.

Bangunan Haw Kham atau Royal Palace

The Royal Palace (nama rasmi " Haw Kham ") di Luang Prabang , Laos , dibina pada tahun 1904 semasa era kolonial Perancis untuk Raja Sisavang Vong dan keluarganya. Tapak istana ini dipilih kerana berdekatan dengan sungai Mekong.

Selepas kematian Raja Sisavang Vong, Putera Mahkota Savang Vatthana dan keluarganya meninggalkan istana ini dan pada tahun 1975, pemerintahan beraja di Luang Prabang ini telah digulingkan oleh komunis dan istana ini kemudian ditukar menjadi muzium negara.

Sebagai bekas sebuah istana, kawasan persekitaran Royal Palace ini terdapat beberapa bangunan penting yang lain termasuk lah Dewam Persidangan,pejabat dan terdapat juga kolam teratai bersama dua meriam di pintu masuk istana. Sebuah patung Raja Sisavang Vong juga terdapat di kawasan kompleks ini.

Untuk maklumat lanjut pasal Royal Palace sila baca di sini :  Royal Palace Luang Prabang

Haw Pha Bang, the “Royal temple” turut terdapat dalam perkarangan Royal Palace baru di bina pada tahun 2006.

Haw Pha Bang merupakan Royal Temple yang sangat indah yang dibina di pinhggir Jalan Sisavang Vong, jalan utama di Luang Prabang Terletak di dalam compound yang sama dengan Royal palace, kuil ini kelihatan lebih menarik daripada bangunan Royal Palace itu sendiri.

Usha usha lebih kurang akhirnya aku decided tak nak masuk pun. Just usha dari luar pagar je dan ambik gambar. Lagi pun dengar khabar dalam Royal Museum tu tak boleh ambik gambar. So macam tak best jer kalau masuk pun.

Haw Kham — the former royal palace and now national museum, 30,000 kip, no photo/video/bag/shoes allowed, free locker. Open 08:00-11:30 and 13:30-16:00 every day except Tuesday. 

There's also sometimes local drama or dance performances in the adjacent theatre. 

In August 2011, on Mondays, Wednesdays, Fridays and Saturdays, there were performances at 18:30 of "Search of Princess Sida", a royal ballet, with prices from 80,000 to 150,000 kip. It's important to check the timings and plan the visit accordingly.

Dah tak jadi masuk, aku bergerak meninggalkan kawasan Royal Palace ini untuk ke satu lagi Wat yang terkenal di Luang Prabang ni.

Cafe cafe dan restoran di Sisavang Vong, jalan utama di Luang Prabang. Tengahari memang nampak ramai mat salleh lepak makan makan di sini.

Salah satu kedai di Luang Prabang. Macam kedai runcit je rasanya

Tapi betul lah. Berjalan di Luang Prabang dengan bangunan bangunan macam ni, dengan suasana yang tenang dan damai terasa macam di buai asmara jer. Feeling bahagia semacam jer.

Asoh Lao menunggu cinta hatinya tiba...... "Say hi Asoh !!"

Okey. Asoh. Jangan sedih sedih. Nah layan satu lagu.



Oh begini rasanya
Hatiku sengsara
Mengingat dia hatiku luka
Kerna tergoda oleh cinta

Oh begini rasanya
Hatiku sengsara
Mengingat dia hatiku luka
Kerna tergoda oleh cinta

Diri sanggup membela
Kepada saya yang sengsara
Diri sanggup membela
Kepada saya yang sengsara

Oh asmara
Banyaklah pengaruhnya
Manusia hidup dalam bahayanya

Oh cinta
Itu memang satu penggoda
Kita harus tahu menjaga
Agar hidup mulia

Oh begini rasanya
Hatiku sengsara
Mengingat dia hatiku luka
Kerna tergoda oleh cinta….

Aku masih dengan misi nak cari basikal. Ada jumpa few kedai basikal tapi rata ratanya semua mahal. Semua nak Lao 20,000 kip which aku rasa mahal. Biasanya dalam 10,000 Kip jer. Terbantut hasrat.

Sudahnya aku jalan kaki jer

Jalan sampai ke belah Sungai Mekong

Cafe dan restoran di Luang Prabang dengan gaya Perancis

Lukisan yang di jual di jalanan. Lawa lawa gak

Dan berjalan kaki dari Royal Palace tadi lebih kurang 20 minit akhirnya aku sampai di destinasi seterusnya. Vat Xieng Toung yang terletak di bahagian hujung pekan Luang Prabang ni.

 Vat Xieng Toung — the oldest monastery in the city and one of the most beautiful. Opens from 06:00-18:00. Entry fee 20,000 kip. One entrance on the road along Mekong river, the other on the by-lane off the main road.

Nak masuk kena bayar 20,000 Kip. Bayar je lah sebab Wat ni adalah wajib masuk di Luang Prabang ni.

Vat Xieng Toung ni merupakan Wat yang tertua, tersohor di Luang Prabang ni dan salah satu yang tercantik di Asia ini.

Wat Xieng Toung (atau Temple of Golden City ) adalah kuil Buddha (Wat), yang terletak di bahagian utara pekan Luang Phrabang , Laos . 

Wat Xieng Thong adalah salah satu yang paling penting dalam biara Lao dan kekal sebagai tugu besar kepada semangat agama, royalti dan seni tradisional. Terdapat lebih daripada dua puluh struktur atas termasuk Sim, tempat-tempat suci, astaka dan kediaman di kompleks ini.

Dinding luar Vat Xieng Toung

Ukiran Tree of Life pada dinding utama Wat

Ukiran golden stupa pada dinding

Monk dan chapelle

Chapelle Rouge or Red Chapel, which boast a colorful mosaic on its pink wall.  Wall ini juga menjadi cover buku Lonely Planet Laos

Patung Buddha di dalam chapelle

Monks bergerak masuk ke rumah ibadat

Bangunan Vat Xieng Toung yang di bina pada tahun 1559.

Bahagian dalam Wat Xieng Thong

Gong

Funeral church yang menempatkan funeral carriage of King Sisavang Vong who died in 1959. 

Funeral carriage dengan kepala naga pada tongkat istiadat. Nampak belakang tu tempat mayat di isi secara berdiri sewaktu perarakan pengkebumian

Dalam funeral church

Patung patung Buddha

Aku tak spent lama sangat kat sini, usha usha lebih kurang dan ambik gambar. Nasib jugak orang tak ramai. Tapi Wat ni memang lawa dari segi hiasannya tapi Wat dekat Royal Palace tu bagi aku lagi lawa dari segi binaannya.

Ada 2 entrance untuk masuk ke Vat Xieng Toung ni. Aku masuk tadi belah Sungai Mekong dan kali ni keluar ikut belah tengah.

Laluan keluar

Sebenarnya memang banyak lagi Vat Vat yang terdapat di Luang Prabang ni. Masing masing ada keunikan dan keistimewaannya tersendiri kepada penganut penganut Buddha ini. Tapi yang paling menarik perhatian aku hanya lah Haw Pha Bang dan Vat Xieng Toung tadi tu.

Keluar dari Vat tadi tu jumpa pulak Vat lain. Vat Souvannakhiri

Ni bangunan utama nya

Dan ni satu lagi Vat lain yang terdapat di Luang Prabang.

Ada lebih daripada 5 sebenarnya Wat Wat ni bersepah di sekitar Olc City Luang Prabang dan kawasan luar. Tapi yang lain lain ni mostly free jer.

Terpulang la kalau nak gi melawat semua ke. Bagi aku, 2 tu dah mencukupi kot. Yang lain lain tu, usha usha macam tu je boleh lah.

Mengusha usha kawasan Wat ni pun kena hati hati, kang tetiba ada orang tegur.

"Wat gapo tu..... ???????"

Dah. Abis dah aku jelajah pekan Luang Prabang ni, aku nak kena keluar kawasan jauh sikit. Misi seterusnya nak cari basikal !

Mana Azizulhasni Awang tadi? Jadikenakracingkitaneyyyyyyyyyyyyyyyyyy?

bersambung.................

6 comments: