Pages

Wednesday, April 13, 2016

Backpacking Laos : 09 - LP | Mount Phusi

Abis ronda ronda di Sungai Mekong, aku kembali ke Old town Luang Prabang semula.

Jalan jalan pusing pusing, balik balik akan sampai semula ke Royal Palace ni. Tapi aku tak masuk masuk lagi. Time tu macam nak masuk, tapi tutup pulak sebab lunch hour.

So agenda berikutnya, ayuh kita naik Mount Phusi !

"Mount apa?"

Ada suara suara keji bertanya.

"Mount Phusi ! Phusi tak tau ke Phusi?"

Hahahaha. Dah nama dia macam tu aku nak cakap cemana?

Phou Si/Chomsy Hill — the main hill in the city from which you have a good view of the whole area. It's not a very steep climb from the bottom and sunrise and sunset are the most sensible and rewarding times to go up. 

Mount Phou Si, also written Mount Phu Si, is a 100m high hill in the centre of the old town of Luang Prabang. It lies in the heart of the old town peninsula and is bordered on one side by the Mekong River and on the other side by the Nam Khan River. The hill is a local religious site, and houses several Buddhist shrines.

There is a near-panoramic view from the top. There are 2 entrances from ground level: 1 on the north along Sisavangvong Road, facing the Royal Palace, and another one on the East, on Sisavang Vatthana Road. The northern entrance has about 130 steps up to the ticket counter, and another 190 steps to the top. Even folks with low fitness levels should be able to complete the climb, although it can be tiring for the unfit. The eastern entrance is longer than the northern one by a factor of 2 or 3, and is hence less steep and has more points of interest along the way, which are perfect excuses for stopping for a breather on the climb. 

Entrance fee 20,000 kip.

So berminat nak naik ke Mount Phusi tak? Ayuh !

Ada dataran di bina berhadapan dengan Royal Palace tu yang menjadi entrance untuk naik ke Mount Phusi ni. Ada jugak orang berniaga di sini. Nampak tak kakak jual kain tu? Nama dia Neelofa. Neelofa mungkin buat 2 kerja siang dan malam untuk menyara kehidupan keluarganya. Neelofa sangat rajin. Contohilah Neelofa rajin jual tudung. Letih sangat kot Neelofa ni sampai tertidur.


Anzalna jual kacang dan sengkuang


Ada jugak yang jual burung. Boleh beli dan di lepaskan di atas Mount Phusi tu nanti. Sesuai untuk pasangan bercinta tanda kebebasan


Tangga naik ke atas.

Seawal pendakian naik dulu dekat 130 anak tangga. Nanti di pertengahan tu ada orang jual tiket ! So entrance fee untuk naik Mount Phusi ni adalah 20.000 kip.

Dah beli tiket tu nanti naik ikut laluan bertangga ni lagi 190 anak tangga.

Dan teruskan pendakian sampai ke puncak. Tangga dia tak de la steep sangat. Boleh la slow slow.

Nak tau tak kenapa namanya Mount Phusi? Baca sini !

Akhirnya sampai di puncak. Ada makcik jual peralatan sembahyang dan juga air kalau dahaga

Dan di atas Mount Phusi ni ada sebuah temple iaitu Wat Tham Phou Si

Temple dan rumah ibadat

Tingkap kuil

Bangunan lain di atas Mount Phusi ni

Dan apa yang menarik di atas puncak Mount Phusi ini adalah pemandangan yang dapat di lihat menampakkan keseluruhan bandar Luang Prabang termasuk la Sungai Mekong dan kawasan persekitarannya.

Sempat la aku melayan perasaan kejap. Nasib baik tak berapa ramai orang kat atas bukit tu hari tu.

Sudut pandang ke arah barat. Pekan baru Luang Prabang

Arah selatan. Sungai dan jambatan lama. Sebuah pagoda emas dari kejauhan iaitu Vipassana Temple and Park 

Sebatang jalan utama di Luang Prabang

Sungai Mekong dari puncak Mount Phusi. Dari puncak ni jugak adalah port menarik untuk tengok sunset di Luang Prabang ni.

Bangunan lain yang terdapat di puncak Mount Phusi ni.

Dah lepak lebih kurang, moh la kita turun. Lagipun kat atas ni kawasan dia bukan luas sangat pun.

Anak tangga turun semula ke entrance utara berhadapan dengan Royal Palace

Dah sampai kat bawah. See? Neelofa masih belum belum bangun lagi. Lopah, kau dah kenapah?

Sian Lopah Laos.

Semoga ada hari esok buat mu.....

* tetiba


Hari berganti hari deritaku lalui
Tiada sinar untuk ku kesepian
Dalam kembara sepi aku kian mencari
Titisan kasih murni yang abadi

Mengapa duka berpanjangan
Kecewa jiwa tanpa bahgia
Walaupun mendung akan berlalu
Atau pun takdir yang menentukan
Masa yang ku nantikan
Tanpa sinaran cahaya
Esok untuk siapa
Ku nantikan.

Dan kembali ke depan Royal Palace. Malangnya muzium ini masih belum di buka. Lama betul pekerja di lunch break.

Mana lagi aku nak tuju selepas ni?

Rasa macam nak sewa basikal lah. So aku kena cari basikal untuk misi ronda ronda kawasan lain di Luang Prabang ni.

* tolak Azizulhasni Awang dan rampas helmet dia

"Eh. tapi ni macam topi petani jer? Betul ke Azizulhasni Awang ni? Ntah ntah Natraphong Susahnakroyat?"

bersambung................

12 comments:

  1. Salam broo

    Wah LP!

    Haritu solo trip sampai Vientiane je. Next time kena jejak LP ni! hehe

    Anyway bro kt directory tu, link kairulizwan.com tak pakai dah tau. Sekarang pakai kakijalans.com. Kalau dan nanti ley la tlg tuka ya bro! heheh

    -kai-

    ReplyDelete
  2. nama gunung yg sangat mengundang huhuhuh

    ReplyDelete
  3. hahahaha...sian Lopahh..siap ada tuju lagu utk Lopah..menyirapppp!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lopah kecewa tudung tak laku. sila la beli neelopak

      Delete
  4. homaigawdd.....larat ke? tak terpongeh plk kali ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah terpongeh jugak. slow slow la.... berehat berkali kali...

      Delete