Pages

Saturday, March 26, 2016

Jom Riadah : Sepetang Di Setia Alam.

Sepetang di pinggir Setia City Mall, Setia Alam !

Setia City Mall, Shah Alam

Datang sini nak cari barang Princess. 

Dah dapat barang, lepak lepak kat luar ni usha usha orang ramai yang lepak lepak di petang hari. Boleh jadi satu acara riadah di tengah bandar untuk warga kota yang datang ke mari.

Layan gambar je lah.

Riadah petang hari

Kawasan luar mall

Ramai yang lepak santai

Ada beberapa aktiviti dan acara di padang

Lepak lepak bagi ikan makan

Ambik ambik angin sambil melepak

Kanak kanak lebih riang sebab banyak aktiviti untuk dia orang

Cuma mak bapak je la yang rengsa sebab banyak gerai jual mainan dan macam macam

Jual buih sabun

Cepat cepat promosi, beli 2 besen dapat free 1 besen

Mainan mainan

Menyirap je mak bapak tengok kedai kedai ni

Macam macam benda di jual

:Layang layang pun ada

Tapi kanak kanak la paling riang sebab dapat main buih sabun

Satu besen tu RM 3

Dapat dengan besi gelung tu

Maka terhasillah belon sabun

Mithali betul brader ni

Buih sabun

Di samping tu ada jual makanan juga

Gerai gerai yang ada

Kudapan

Pakaian

Barangan jualan lain

Kalau tunggu sampai malam ada air pancut

Tapi tak tunggu lama sebab hari nak hujan

Misi beli barang

Misi cari barang tercapai. Beli baju konsert sekolah Princess je pun. Cikgu tadika dia siap pesan.. baju tu ada kat H&M jer... Aku syak cikgu tu ada share dgn H&M ni. Nak memajukan perniagaan sendiri !

Ahaks..

Sepetang di pinggir Setia City Mall di Setia Alam sambil riadah petang petang pun boleh memberi keceriaan kepada budak budak.

Cuma kena kurangkan sikit jualan mainan mainan kat situ. Boleh menganggu mood riadah !



Sepetang di pinggir bukit
Anak dagang di perantauan
Terkenang adik bukan, bukannya sedikit
Nasi terhidang tidak tertelan

Ulang-ulang sayang pergi ke titian
Tambat kaki terkukur yang lalu
Alang-alang sayang kita bercintaan
Hasrat hati sekubur denganmu

Pinggan retak di tapaklah tangan
Makanlah sirih berpinang tiga
Jalan semak sayang tanah berlumpuran
Kerna kasih kuharungi juga

Sepetang di pinggir bukit
Anak dagang sebatang kara
Rindukan adik bukan, bukannya sedikit
Tidur bertilam si airmata

2 comments:

  1. Meng..
    Cam ni nyer meriah.. poket pun kena bersedia gak ni.
    Bukan utk anak2.. takut nyer Sham pun terjebak jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul........................

      jangan pegi ! hehehhe

      Delete