Pages

Friday, March 25, 2016

Jom Makan : Savaro, Setia City Mall

Let's kita terjah gi makan kat kedai nama dia Savaro !

Savaro? Apa tuh?

Mesti ada suara suara makhluk halus yang tertanya tanya tentang nama tempat makan ni. Sebenarnya Savaro ni bukan la berasal dari perkataan Hindustan, jauh sekali di ambil dari bahasa Italy.

Savaro ini adalah gabungan Served + Aroma, sebuah restoran ala Inggeris yang dibuka oleh Felda Global Ventures (FGV) bertujuan memperomosikan lagi Felda khususnya kepada masyarakat bandar.

Cawangan pertama Savaro ini telah di buka di Publika, Dutamas dan Setia City Mall merupakan cawangan ke dua restoran seumpamanya ini.

Hari tu waktu pegi ke Setia City Mall cari barang, singgah la minum petang kat sini. 

Terletak di LG belah Kenny Rogers

Kedai nya kecik saja.

Baca ni.

Wholly owned by Felda to serve the community, Savoro serves food connoisseurs Western and local dishes—prepared by chefs with up to 15 years of experience—such as steaks, mixed kebabs, and rice served in bamboo pots.

Establishing its presence at two highly populated shopping malls, Savoro's eateries accomodate groups of hungry diners with booth seating and individual tables as friendly waitrons attend to dining requests and spelling tests.

So jangan terkejut kalau nampak lambang Felda di sini

Sebab tak tau nak expect makan apa, jadi kami riki riki tengok promotion dan menu book.

Baca lah !

Aku ulangi kali ke dua, resto dia tak besar mana. Nak kata size restoran biasa biasa pun tidak, kecik je tapi lebih besar pada kiosk.

Tak percaya?

Nah ! Tengok ni.

Seat belah kiri

Seat belah kanan

Belakang sana dapur. Depan ada area sikit dan ada table. Kami duduk di belah luar.

Macam tak percaya je Felda yang kaya tu buat restoran ala ala je macam ni. Buat la yang gempak sikit, baru la teruja orang nak pegi !

Ini aku rasa kalau rombongan Cik Kiah dari Tanah Rancangan Felda datang 20 orang pun tak muat nak duduk !

Anyway... layan menu dia pulak.

Buku menu

Food

Beverages

Sebab tak tau apa yang sedap, walhal memang kami tak nak makan berat pun. Just minum petang je sambil kudap kudap.

Savaro ni menyediakan makanan ala barat ( western ) dan juga asian termasuk minuman dan aneka juadah Melayu.

Salah satu menu yang ada. Nasi Goreng Belacan !

Dan hari tu ada promotion set set juadah makanan yang boleh di order. Aku dengan OR order yang ni je la sebab kira set sekali dengan air.

Aku terasa nak order Cucur Udang, tapi waitress tu cakap minyak dah hitam !

"Apa?????"

Aku pun tak faham memula. Rupanya dah tak goreng dah. Dah abis untuk hari tu.

Pastu OR nak order Sticky Rice Mango,, kakak waitress tu jawab lagi ....

"Mangga dah abis !"

Isk.

Ada je kedai buah kat depan Savaro ni, ada mangga ! Kenapa akak tak mau beli di situ? Owh. Bukan produk Felda kot....  

Aku speku sendiri.

Kedai buah depan Savaro

Apa ntah alasan kakak tu, aku lupa. Malas nak ambik pot. 

So aku order Mee Kari set dengan Iced Lemon Tea. OR order Roti Jala set dengan Teh Tarik.

Dan anak aku macam biasa, yang sorang tu tak pandang dah set set ni, dia ikut selera dia jer lah. Padaal kat rumah dah makan tengahari.

Chicken Carbonara untuk Hero

Roti Jala

Mee Kari aku punya

Minuman tidak di lupa

Teh Tarik

Hero macam biasa minum air Milo dan Princess nak air Apple Juice.

OR pulak ada order Sagu Gula Melaka. Tapi dah abis makanan semua kami belasah, sagu tu tak sampai sampai. Kakak Waitress yang sama muncul dan memberitahu

"Masih atas dapur lagi. Kena tunggu 10 minit lagi "

Cancel je lah !

"Sorry Kak. Saya tak leh tunggu sebab lepas ni saya ada dinner show. Maklum la saya ni Artis Antarabangsa so job banyak !"

Tak jadi bersagu. OR je la bersayu hati !

Lengang dah dalam resto

Sebab sagu tak de, dan kami semua pun dah abis makan, maka mintak bill je la dan beredar.

Oh verdict !

Food dia sedap !!!

Apa yang kami makan tu semua sedap sedap belaka. Carbonara dia memang umpph tahap melekat di dinding. Kuah dia tak creamy dan tak muak. Aku siap berebut dengan Hero.

Sharing is caring !!! Hahahaha. Aku paw sesudu jer pun. Tapi memang sedap !

Banyak lagi makanan lain yang mungkin boleh di cuba.

Kedai bersih. Service OK lah, kecuali makanan yang dah abis dan makanan baru nak masak so benda benda macam tu mungkin tak selalu berlaku jadi aku maafkan !

Harga agak OK jugak la kot. Kami makan semua tu harga dia RM 54.

Bil

Cuma tu satu la, size kedai. Aku macam tak leh terima jer. Ni Felda okeh.. bukan calang calang company. At least bukak macam saiz Secret Recipe tu pun orang dah tak jadi nak cerca.

Anyway, boleh di cuba kalau berkunjung ke Setia City Mall ni.

Keluar je hari dah petang. Baru lepas hujan

Ambik kereta dan beredar dari Setia City Mall itu

Bye bye Setia City Mall

Felda turut dijangkakan akan membuka lagi cawangan restoran Savaro yang lain di Johor Bharu juga di Pulau Pinang. 

Dan dengar cerita, satu lagi cawangan akan di buka di Korea ! Korea Utara ke Korea Selatan aku tak pasti. Yang nyata, Felda kini melangkah lebih jauh di persada antarabangsa.

Savaro, Setia City Mall
LG 75, Setia City Mall, No. 7, 
Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, 
Seksyen U13, 
40170 Shah Alam,
Selangor.

FB mereka : Savaro Setia City Mall

Nah layan lagu tema Savaro. Tapi ni Savaro Nandana dendangan Lata Mangeshkar sambil bayangkan makan roti jala. Cheese nan atau vadei pun okey. Kepala kasi goyang skit.. mata pejam !

Sila dengar sampai habis  Ini adalah perintah !!!!



Nanda Nandana Dit Padiya Maye
Sa... Varo
Sa... Varo

Nanda Nandana Dit Padiya Maye
Dareya.. Sab Lok Laj
Sudh Budh Bis Rayee
Sa... Varo
Sa... Varo

Mor Chandra Ka Keerita
Mugut Jab Suhayee
Mor Chandra Ka Keerita
Mugut Jab Suhayee

Kesara Ro Tilaka Bhaal
Lochana Sukha Dayee
Lochana Sukha Dayee
Sa... Varo
Sa... Varo

Nanda Nandana Dit Padiya Maye
Sa... Varo
Sa... Varo

Sa... Varo.....
Aaa....
Aaa....

Kundala Jal Ka Kapol
Alaka Lehar Aayi

Kundala Jal Ka Kapol
Alaka Lehar Aayi

Meenataja Saravara Jo
Makara Milana Dhaayee
Makara Milana Dhaayee
Sa... Varo
Sa... Varo

Nanda Nandana Dit Padiya Maye
Sa... Varo
Sa... Varo

Natavara Prabhu Vesh Dhareya
Roop Jaga Lubhayee
Natavara Prabhu Vesh Dhareya
Roop Jaga Lubhayee
Giridhara Prabhu Ang Ang
Meera Balidhayee

Meera Balidhayee
Sa... Varo
Sa... Varo

Nanda Nandana Dit Padiya Maye
Sa... Varo
Sa... Varo

21 comments:

  1. minyak dah hitam....kelakar betul....jujurlah akak tu

    ReplyDelete
  2. felda ni, generate juta2, buat restoren ala warung pak jabit je...seb baik dalam setia city mall.
    sebagai anak bekas pegawai felda tegar, kalau bagitau abah saya ni mau dia excited nak pergi try

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa. nanti bawak rombongan cik kiah ke setia city mall..

      nak makan roti jalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

      Delete
  3. sempoi punya food review tapi akak like !!!
    (tepek gambo muka smiley 10 nos only)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...... ini bukan food review. ini merapu...

      Delete
  4. kat gurney paragon ade savaro ni.. penah try 2x.. service lambat gilaaaa..

    semalam pi lagi, tgk2 dah bungkus.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah bungkus tu maksudnya dah tutup? tak maju kah??? ke sebab minyak asyik hitam je.?

      Delete
  5. Selalu baca blog ko Meng...tp sbb Savaro aku nk menyibuk gak laa hahaha
    Aku dah 2x mkn sini...mmg food dia sedap , nasi kerabu pn best
    tp aku mosykel knp org x ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab......................................

      ntah. sebab apa ek? aku pun jumpa by accident. harapnya lepas ni ramai org pegi makan di sana.

      Delete
  6. boleh try..wahh, bangga dgn felda..masa kecik2 dulu nk balik kpg kt felda, mmg rasa sgt teruk, sampai muntah2 dlm bas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak muntah luar bas? kan ada tingkap? hehehehe..

      skrg org felda dah kaya raya... mereka dah maju !

      Delete
  7. wow..menarik nih. may be dia nk test market and establish the brand. bukak grande2 kang sendu plak...nanti kate Felda membazir and habeskan duit rakyat. hehehe. anyway good move.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya gak tu. start small... memula jual roti jala.. lepas ni jual pavlova pulop..

      hahhaha

      Delete
  8. minyak dah hitam -___- hahahaha

    ReplyDelete
  9. Celah mana ya kat setia city mall ni.. Asal tak penah Nampak walhal mmg slalu amat berkuntum kat setia city. Kecik sgt kot kedai diaa tu pasal ler. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk tolong jawab...GF, belah hujung sebelah Kenny Rogers

      Delete
    2. ya betul betul.... dekat dgn area auntie anne.... kat grocery apa ntah

      Delete