Pages

Sunday, February 28, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 25 : Taipei - Red House Theatre, Ximending > Grand Hotel Taipei, Yuanshan

Dari MRT Station ni aku ambik train ke destinasi seterusnya Ximending. 

Line yang sama. Lepas 2 station je dah sampai. Harga standard TWD 20 / RM 2.50. Sebenarnya kalau nak travel ke banyak destinasi dalam satu hari di Taipei ni aci je beli day pass. Provided memang nak pegi banyak tempat lah. Murah sikit daripada beli satu satu. Memula aku nak beli day pass jugak, tapi bila fikir, setakat 2-3 tempat je, beli asing asing lagi murah.

Yang penting, pandai atur jadual dan bergerak pantas. Kalau jalan lenggang lenggok itik sudu memang tak banyak mana la destinasi boleh cover dalam masa satu hari di Taipei ni.

Keluar keluar dari MRT Ximen terus nampak...............

The Red Chamber Theater atau juga di kenali sebagai Red Theater or Red Play House yang merupakan sebuah bangunan teater yang bersejarah di Ximending, Taipei.

Baca ni bagi menambah ilmu di dada.

The Red Theatre is an ancient landmark of Ximen on Chengdou Rd with a history of almost a century old. It is a 2-storey octagonal architecture comprised of red tiles and bricks, and on the inside the roof is supported by a skeleton of metal bones in a shape of an umbrella. Started off as a public market place, the Red Theatre had evolved throughout decades to become the multi-functional building of today. 

From a performing arts centre to a movie cinema, the Red Theatre had always been the favourite entertainment site for Taiwanese people. However, during the 70s, eastern Taipei had developed into a new civic recreational district, overshadowing the popularity of Ximen. Red Theatre had been long forgotten since. 

The miracle came in 2002 when the Paperwindmill Cultural Foundation brought about change via the renovation scheme. The Red Theatre was redesigned into a whole new 'people magnet'. The newly furnished first floor contains a shopping ground, creative arts showroom, and a Paperwindmill Cafe. 

Here you can enjoy the ultimate entertainment experience with a drop of artistic essence and cuppucino. On the 2nd floor, an entire room had been developed into an assembly hall. With mobile chairs and tables, the red interior has a spacious capacity that can house up to 200 people. Along with 5 x 7 metre square of performance stage and the latest technical equipment, the Red Theatre offers renting service to the public who wishes to hold parties, organisational events, or even shows.

Warisan sejarah

The Red House, Ximen

Dibina pada 1908 sewaktu zaman pemerintahan Jepun lagi and designed by Japanese architect Kondo Juro.

It was originally a market building but was used as a theater from 1945 onward. 

The ground floor currently ada small cafe and a display on the history of the structure, as well as several shops in which independent artists sell their art.

Bangunan ni masuk free je. Tak de apa sangat pun, just bangunan lama je. Tapi lokasi dia betul betul kat simpang jalan utama. Tak susah nak jumpa.

Cafe

Cafe

Ruang pameran

Barangan yang dipamer

 The second floor theater regularly hosts live performances.

Ella perform. 

Curlust kau Ella nyanyi kat Taiwan. Lagu Lompang Longlai ke? Masalahnya mana satu Ella pun aku tak tau.

"Hey.. El nak nyanyi lagu Taiwan. Tapi Ell tak pandai cakap Cina.... Maafkan Ell. Sorry sangat sangat"

* flip flip rambut sambil kibas kelemumur.

Dan ni gambar gambar di perkarangan bangunan Red House Theatre di Ximending ni.





Dan across the road dari Red House Theater ni terdapat satu kawasan yang dikenali sebagai Shibuya Taiwan.

A trendy shopping area tempat golongan muda mudi bersantai dan mencuci mata.

Ximending

Lepas ambik ambik gambar dekat area Red House Theater tu, aku bergerak cross jalan ke arah Ximending Shopping Area.

Red House Theatre, Ximending

Gedung gedung pusat membeli belah di area Ximending

Xcrossing

Ximending merupakan satu kawasan beli belah di Wanhua District Taipei. Ia merupakan first pedestrian zone di Taiwan !

Tak pasti apa tujuan kereta di perlakukan sebegitu

Ximending dikenali sebagai "Harajuku of Taipei" and the "Shibuya of Taipei".

Ia merupakan trendy shopping area yang menjadi tempat para remaja di Taiwan mendapatkan Taiwan's fashion, subculture, and Japanese culture. Di kawasan ini juga terdapat banyak pubs, clubs dan sebagainya.

Kawasan pejalan kaki di antara kedai kedai di area Ximending ni

Billboard kedai kedai

The name of Ximending was derived from its position outside the west gate of Taipei City. In the beginning of Japanese rule, the area was still wilderness, through which there was a road connecting the west gate to the town of Bangka (now called Wanhua). Later, the Japanese decided to follow the example of Asakusa in Tokyo to set up an entertainment and business area. The earliest entertainment facilities constructed included the Taihokuza in 1897, Eiza (now called New Wanguo Market) in 1902, and the Red House Theater in 1908

Ximending attracts an average of over 3 million shoppers per month. It has been called the "Harajuku of Taipei". The local bookstores sell Japanese magazines, books, CD albums, and clothing, making it a haven for the "Harizu", or Japanese culture adorers. Individual vendors gather in the streets as well as the large business buildings, such as Wannien Department Store and Shizilin Square during the day, and Wanguo Department Store and Eslite 116 later at night.

Due to the density of young people, Ximending is comparable to Shilin Night Market and the Eastern District to be areas with the highest crime rates. In addition, Ximending is well known for student prostitution.

Pejalan kaki

Kedai kedai

Uniqlo

Kalau datang malam lagi menarik area ni kot sebab banyak lampu lampu

Stop organ harvesting in China !

Ximending

Apa motip makcik ni aku kurang pasti. Promo kedai kot

Apa yang pasti, Ximending memang area yang dipenuhi dengan ramai remaja yang melepak lepak.

Aku pun sempat masuk Watson kat situ sebab aku nak cari sesuatu yang boleh mewangikan diri ku. Satu hari berjalan aku rasa busuk kohong tahap lori sampah.

Tapi kat Watsons tu tak de pulak jual perfume murahan atau pun apa apa yang aku boleh shreet. Sudahnya aku meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya dalam keadaan busuk yang aku sendiri pun rasa macam nak pitam dengan diri sendiri !

Dari MRT Station Ximen, aku ambik MRT ke destinasi seterusnya. Yuanshan !

Apa ada di Yuangshan ni?

Taipei Expo Park

Sebenarnya aku tak de la nak pegi tapak Expo tu pun, tapi sebab hari masih siang, plan aku nak ke Shilin Night Market. Naik MRT line yang sama je.

Tapi masa kat Taiwan hari tu aku ada terbaca pasal Grand Hotel, Taipei. Sebuah hotel yang di bina pada tahun 1952 dan menjadi bangunan tertinggi di Taiwan dari 1973 hingga ke 1981. Antara fakta menarik yang turut buat aku rasa teruja nak pegi jengah adalah kerana ia merupakan hotel tertinggi dari senibina Chinese Classical Buildings. ( 87 meter, 285 ft high).

Cemana nak ke sana?

Dari MRT Ximen aku naik train ke MRT station Yuanshan. Transfer line dekat MRT Station Zhongshan. Tambang TWD 20/RM 2.50.

Aku ingat nak gi usha kat Grand Hotel tu kejap sebelum ke Shilin Night Market. Lepas tu baru aku ke airport untuk penerbangan pulang.

Area Expo Park di kawasan Yuanshan

Tempat tunggu bas

Aku ada terbaca, dari MRT Station Yuanshan ni ada free shuttle ke Grand Hotel tu. So masa kat station aku tanya kat Visitor Info Center dan dia orang tunjuk aku tempat nak tunggu bas tu.

Memula aku salah tunggu. Tunggu punya tunggu macam tak de pun bas tu. Last sekali aku nampak bas shuttle tulis Grand Hotel tu lalu. Tengok ramai pulak orang naik mostly pekerja pekerja dia dan juga tetamu hotel kot. 

Jadi aku pun menyempit sama.

Buat bodo la. Naik bas dan duduk diam diam.

Tak sampai 10 minit sampai di perkarangan Grand Hotel, Taipei.

Entrance gate

Bangunan Grand Hotel Taipei. Senibina Classical Chinese. Setiap bilik ada balcony rasanya ni

Grand Hotel Taipei ni mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Chiang Kai-shek, President Taipei ketika itu berharapan untuk Taiwan mempunyai sebuah hotel yang extravaganza meletop kebabo untuk menjadi tempat penginapan delegasi pemerintah antarabangsa yang berkunjung ke Taiwan ni.

Jadi dia came up dengan idea untuk bina Grand Hotel ni dan impian beliau terlaksana pada tahun 1952.

Grand Hotel ni mempunyai 409 bilik suites dan pernah menjadi Top Ten Hotels in the World by US Fortune Magazine.

Dikhabarkan Presidential Suite di sini berharga TWD 160,000 / RM 21,000 semalam. Suite yang menyimpan study desk President Taiwan tersebut beserta dengan meja solek kepunyaan isteri beliau.

Bangunan Grand Hotel

Hotel ini di bina di atas bukit di Yuanshan

Kalau cuaca cerah memang boleh nampak Taipei 101 dari sini. Ni time tu dah petang dan agak malap

Sebab aku bukan guest dan aku cuba nak gi meyibuk so aku cuma boleh berlegar legar di area lobby jer. Lobby dia kaler merah lah Mak Ngah !

Pijar mata kejap. Tapi lawa dan memang nampak mewah. Ramai je aku nampak orang sibuk nak bergambar kat lobby ni jadi aku pun tak de la cuak sangat. Cuma bising dia orang bergambar dan bergelak ketawa macam kat pasar raya je lagaknya. Dia tak dengar lagi aku mengilai. Kalah Faezah Elai !

Layan gambar neh

Lobby

Fresh flowers

Tangga ke tingkat atas

Restoran. Tak mampu nak masuk duduk

Reception area

Syiling lobby

Lobby

Nampak grand

Aummm cak !

Dikhabarkan juga, di bawah hotel ni ada laluan khas terus ke istana presiden. Tapi tak dapat di buktikan oleh sesapa. Kalau ada pun, apa kita kesah? Tak kot.

Antara pembesar dunia yang pernah menginap di sini termasuk lah Richard Nixon, Ronald Reagan, Bill Clinton, Ninoy Aquino Jr, Nelson Mandela, Margaret Thatcher, King of Jordan. King of Iran dan Lee Kuan Yew.

Lee Kuan Yew sangat impressed dengan level of service di hotel ni so dia hire hotel butler ni keje dengan dia sepanjang beliau berada di Taiwan.

Foyer lobby

Shuttle bus ada setiap 15 minit sekali pegi dan balik ke MRT Station Yuanshan. Jadi tak susah nak dapat transport pegi balik.

Aku stay sini kejap je, next shuttle bas balik ke MRT tu aku dah sibuk sibuk naik dah.

Shuttle bus

Sampai di MRT Station Yuanshan, aku terus ambik train ke station Jiantan. 1 station je untuk ke Shilin Night Market.

Destinasi terakhir aku untuk hari ni sebelum ke airport.

MRT Station Yuanshan

Pakcik ni tengah menghiburkan rakyat dengan lagu lagu dukalara

Apa apa pun, aku puas hati perjalanan aku seharian di Taipei hari ni.

Kalau bukan sebab aku terkandas kelmarin sudah tentu aku tak boleh jejak dan tengok tempat tempat yang menarik di kota yang memiliki jumlah penduduk lebih kurang 2.5 juta orang ini.

Terima kasih Taipei ! Terima kasih Taiwan !



Dengarlah satu dedikasi
Yang tulus untukmu
Sesiapa yang dah tergigit
Akan rasa pedasnya

Hayati, teliti, pesananku ini
Semua dengar sini

Terima kasih kekasih kekasih
Yang telah mengoyakkan jantungku
Terima kasih kami menghargai
Kalau tak kerana kau bakarku
Ku takkan jumpa cinta yang baru

Terima kasih

Terlihat gambar kamu lagi
Terguris kembali
Teringat saat kau curangi
Pasti aku tersenyum

Hayati, teliti, pesananku ini
Semua dengar sini

Terima kasih kekasih kekasih
Yang telah mengoyakkan jantungku
Terima kasih kami menghargai
Kalau tak kerana kau bakarku
Ku takkan jumpa cinta yang baru

Telingaku asyik berdesing
Kepalaku pusing-pusing
Dilanggar ditempuh perilakumu
Kini aku tak lagi gila
Lega rasanya apabila
Aku tahu kamu bukan lagi masalahku

Terima kasih ku ucapkan pada kamu
Terima kasih ku ucapkan pada kamu
Hayati, teliti, pesananku ini
Semua dengar sini

bersambung.................

6 comments:

  1. Hikmah disebalik uncle trkandas... Best apa... Dpt jln2 puas kt bandar Taipei... #ok!!!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hahahah... mcm nak tapi mcm pelik je bayar mahal2 dok sorang2

      Delete
  3. harga2 barang di Uniqolo Taiwan ok ke berbanding harga di Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisey menggggg tak dan nak survey. tapi uniqlo thailand lagi murah pd malaysia

      Delete