Pages

Saturday, February 27, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 24 : Taipei - Chiang Kai-shek Memorial Hall

Destinasi jalan jalan keliling kota Taipei adalah ke National Chiang Kai-shek Memorial Hall.

Tak susah nak ke sini sebab dia ada station MRT dia sendiri. Naik je MRT dan stop kat station Chiang Kai-shek Memorial Hall. Exit dari station dan voila !

Ayuh kita jelajah Taipei

Memula aku macam bercadang nak pegi tempat yang jauh sikit dari Taipei ni. Ada few places yang dalam kepala aku yang aku ingat macam nak terjah.

1. Beitou Hot Springs.
2. Yangmingshan National Park
3. Menanti senja di Dangshui Lover's Bridge di Fisherman Wharf, Tamsui.

Tapi tempat tempat ni kira macam outskirt Taipei sikit.

Lagipun memandangkan cuaca pun buat aku ragu ragu, kang pegi jauh jauh nak tengok sunset, sunset nan hado !

Aku yang mengelupur kekecewaan.

So aku end up jalan jalan kat area town je lah. Apa apa jadi nanti tak de la susah payah aku nak ke airport. Lagipun dah banyak tempat aku rasa aku terjah kat Taiwan ni. Cukup cukup la tu walaupun orang kata, Orang Tamak Selalu Dapat Banyak !

Pintu gerbang National Chiang Kai-shek Memorial Hall.

The National Chiang Kai-shek Memorial Hall is the famous symbol of both Taipei and the Republic of China. It is here that the nation's flag is raised every morning, and the huge court yard in front of the memorial serves as a place for both national celebrations as well as a platform to voice one's disapproval of the government. The memorial consists of a large bronze statue of Chiang Kai-shek, watched over by two motionless honor guards who are replaced every hour in a rifle twirling ceremony. Downstairs, there is a museum of Chiang's life, complete with his sedans and uniforms. Even if you are not into memorials, the gardens, with their Chinese style ponds, are definitely worth a visit. 

The memorial has its own MRT station on the Xindian line. The grounds of the memorial are also a favorite place for locals to gather and practice martial arts, though you'll have to be there early if you want to see this. Most people begin their work-out at around sunrise, and will have left for the office before 8AM.

National Chiang Kai-shek Memorial Hall ini merupakan tugu peringatan bekas political leader Taiwan Chiang Kai-shek (31 Oktober 1887 – 5 April 1975)  yang berjuang menghapuskan Parti Komunis China. Beliau juga merupakan Presiden pertama Republic Of China.

Kawasan tugu peringatan ini dikelilingi oleh sebuah dataran yang luas dengan binaan bangunan Memorial Hall dan juga National Theater dan National Concert Hall.

Dataran dengan bangunan Memorial Hall di sebelah hujung yang menempatkan tugu peringatan 

National Theater

National Concert Hall

National Theater Hall dan National Concert Hall yang terletak di perkarangan Memorial Hall ini menjadi tempat utama untuk melihat persembahan dari negara Taiwan ini. Ia juga menjadi tempat banyak acara acara antarabangsa.

Taiwan National Symphony Orchestra juga turut membuat persembahan di Nationalk Concert Hall. 

Ke dua dua bangunan ini memaparkan senibina neo-classic Chinese building yang sangat menakjubkan.

Apa yang menarik di Memorial Hall Chiang Kai-shek ini, pelancong dapat melihat acara changing guard yang dilakukan setiap sejam.

Masa aku sampai hari tu dah dekat timing pukul 3. So aku terus bergegas naik ke Memorial Hall untuk tengok pertukaran guards di sini.

Lari laju laju takut tak dan

Ramai yang dah menunggu

So aku layan changing guards tu dulu.

Di dalam Memorial Hall ni ada Statue Gangsa Chiang Kai-shek ni. Dan statue ini di kawal oleh guards khas yang bertugas setiap hari.

Guards ni memang jadi patung cendana. Tak bergerak. Ek pun tidak. Owk pun tidak. Tak tau la kalau tetiba nak terkucil ke apa tapi timing dia orang mengawal di sini adalah sejam

Maka setiap sejam. Bila mana guards yang sedia ada akan ditukar dengan guards baru. Dia macam ada satu ceremony. Kawad khas changing guards yang dilakukan di sini.

3 orang guards ni akan muncul untuk pertukaran. Sorang yang tengah akan bagi arahan dan 2 yang kiri kanan tu adalah guards yang akan mengantikan 2 orang yang dah terpacak sejak sejam tadi

Jadi 2 orang guards yang baru masuk untuk mengantikan yang sedia ada

Sebelum pertukaran di buat

Sedia berkhidmat

Kawad changing guards

Yang lama tu akan berkawad keluar sebagai tanda abis kerja dah. Dia orang siap kawad masuk dalam lif, then keluar lif kawad lagi.. sampai la jalan masuk dalam bilik khas mereka di basement

Macamana aku tau?

Aku follow dia orang.

* mati la paparazzi.............

Hehe. Tak de la sebenarnya di belah bawah Memorial Hall ni terdapat ruang pameran yang menceritakan sejarah Chiang Kai-shek dan peristiwa peristiwa yang berlaku sewaktu pemerintahan beliau dulu.

Ruang pameran

Lukisan lukisan

Ada cerita di sebalik gambar ni

Ni la cerita dia...

Sebenarnya di keliling kawasan Memorial Hall ni ada juga park park lain. Ada kolam etc tapi hari tu aku tak gi usha sangat sebab cuaca macam nak hujan.

Jadi aku naik balik ke atas sebab awal awal tadi belum sempat nak usha abis area dalam Memorial Hall tadi tu.

Memorial Hall yang merupakan bangunan berwarna putih ini mempunyai 4 sisi. Bumbungnya berwarna biru dan bersegi 8. Nombor 8 mencerminkan perlambangan yang baik dalam tradisi Chinese. 2 set tangga berwarna putih masing masing dengan 89 anak tangga mewakili umur Chiang pada tahuan kematiannya.

Tangga tangga tersebut akan membawa ke pintu utama di bahagian atas. Di bahagian atas terdapat Statue Gangsa Chiang Kai-shek yang sentiasa di kawal oleh pengawal. Di bahagian bawah memorial hall ini terdapat perpustakaan dan muzium yang mendokumentasikan kehidupan Chiang Kai-shek dan kerjaya beliau serta ruang pameran yang berkaitan dengan Republik China era sejarah China dan perkembangan Taiwan.  

Bangunan Memorial Hall.  

Signboard kat belah atas pintu utama

Bumbung


Bronze statue of Chiang Kai-shek

Abang guard yang mengawal selia. "Bang kalau hidung gatal aci garu tak?"

Pengalaman datang ke Chiang Kai-shek Memorial Hall ni agak menarik jugak la bagi aku especially kalau sempat tengok changing guards tu. 

Lain lainnya tak de apa aktiviti sangat di kawasan ni.

Aku pun lepak lepak kejap.

Pemandangan kawasan dataran memorial park ini dari bangunan utama

National Theater

National Concert Hall. Dua dua nampak sama je cuma berbeza di bahagian bumbung

Bumbung

Senibiana Chinese. Orang kata kalau malam lagi lawa ambik gambar kat area ni.

Gate entrance

Aku lepak jap beli air kat vending machine dan hisap rokok

Warga emas datang nak melawat

Concert Hall dari arah bertentangan dengan jalan raya

Laluan ke MRT Station Chiang Kai-shek Memorial Hall 

Bangunan bangunan

MRT Station Chiang Kai-shek Memorial Hall 

Kawasan yang menarik untuk lepak santai sambil menyaksikan warga tempatan dan pelancong asing yang datang ke bumi Taiwan dan Taipei City ni.

Tempat yang sememangnya menarik dan mempunyai tarikan yang tersendiri termasuk lah dapat melihat sejarah, tindakan politik serta hubungan Presiden Chiang Kai Shek ini dengan negara luar terutamanya China. Boleh juga melihat perubahan pembangunan negara Taiwan ini yang telah berubah mengikut waktu sejak zaman pemerintahan beliau lagi.

Tips for Visiting Chiang Kai-Shek Memorial Hall :

Hours of operation: 9AM – 6PM
Admission is free
Take MRT to Chiang Kai-Shek Memorial Hall station, red line.



Aku tak pandai bercinta
Aku tak indah bicara
Hanya manusia yang mengagumimu
Walau takkan pernah ku miliki

Aku ada di depan mata
Aku tetap selalu ada
Aku manusia yang mencintakanmu
Dalam bisu bersendiri aku

Dengan nafas ini
Ku aturkan langkah
Menuju dirimu

Walau ku sedari
Rasa ini tak mungkin kan kau mengerti
Selamanya ku dikoyak waktu

Dengan nafas ini
Ku aturkan langkah
Menuju dirimu

Walau ku sedari
Rasa ini tak mungkin kan kau mengerti
Selamanya ku dikoyak waktu

Selamanya...
Selamanya ku dikoyak waktu

Destinasi aku seterusnya adalah ke Ximending. Jadi aku ambik MRT menuju ke sana.

bersambung................

6 comments:

  1. Eerrrmmmm.... Tempat sejarah... Menarik. Gigih uncle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sampai kena la gigih sikit. kalau travel nak tido je baik duk rumah.

      kan kan kan?

      Delete
  2. Xselfie dgn abang guard tu cam mr bean? Hehe

    ReplyDelete
  3. Nak amalkan kata2 meng... Org tamak selalu dpt banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan amal selalu.... nanti banyak sgt dapat parah jugak

      Delete