Destinasi seterusnya masih di Old Goa.
Selepas melawat few gereja di bahagian bawah di kawasan Old Goa ni, maka aku bergerak ke menuju ke beberapa lagi bangunan di UNESCO World Heritage Site di sini.
Old Goa
Kawasan kawasan lain yang menjadi tempat tinggalan sejarah ni letaknya di atas sebuah bukit yang di namakan Holy Hill.
Tak susah nak cari sebab ramai orang berniaga kat belah bawah tu. Jalan naik ke bukit tu kat area area tu jugak lah.
Simpang jalan naik ke arah bukit
Di atas kawasan berbukit ni letaknya Church of St Augustine dan juga Church of Our Lady of Rosary.
Bukit dia tak de la tinggi dan mencanak pun. Boleh jalan kaki. Tapi rata rata yang datang kalau mat salleh tu, dengan drebar teksi masing masing so drebar dia orang bawak naik ke atas siap siap.
Aku yang tak de drebar ni terpaksa la menapak !
Tak de la jauh sangat. Mula mula akan nampak bangunan ni bertentangan dengan Church of Our Lady of Rosary. Church Lady of Rosary tu aku tak masuk sebab macam tak de orang lain pun. Malas nak usha lebih lebih. Lagipun sama jugak.. gereja tinggalan Portugis.
Lepas tu baru la nampak St Augustine Church ni
St Augustine Church ini di bina di atas Holy Hill atau dikenali sebagai Monte Santo.
Gereja ini kini cuma tinggal sisa pembinaannya termasuk sebuah menara setinggi 46 meter yang sepatutnya menjadi menara loceng dan sebahagian daripada pintu utama gereja.
Beberapa sisa sisa binaan gereja masih kekal hingga kini tetapi telah di tumbuhi dengan rumput menjalar. Gereja ini telah dibina pada 1602 oleh biarawan Augustinian yang telah tiba di Old Goa pada 1587 dan ditinggalkan pada tahun 1835.
Dikhabarkan, seluruh Old Goa dikosongkan kerana terdapat wabak penyakit yang boleh membawa maut. Gereja ini turut terabai dan runtuh pada 1842. Sedikit demi sedikit kesan dan hakisan telah menyebabkan gereja ini musnah dengan sendirinya. Runtuhan terbesar berlaku pada 1931 dan 1938.
Sebuah loceng yang terdapat di gereja ini telah dipindahkan pada 1871 ke Gereja Our Lady of the Immaculate Conception di Panaji, di mana ia masih boleh dilihat dan didengari sehingga ke hari ini.
Terdapat laluan sejarah di lereng bukit sebelum naik ke atas yang menceritakan perihal sejarah gereja St Augustine ini.
Dil keh raha hay dil say
Wada karo dil say
Chahay tum jahan bhee jana janum
Meri Yaad rakha
O'Meri yaad rakhna
Dil keh raha hay dil say
Wada karo dil say
Chahay tum jahan bhee jana janum
Meri Yaad rakha
O'Meri yaad rakhna
Mosum bhalay badle
Tum na badalna dilbar
Chahat ki rahoon pay
Tum saath chalna
Pyaar ki bekhudi
Keh rahi ashaqi
Jan-e-jaan meri yaad rakhna
O'meri yaad rakhna
Dil keh raha hay dil say
Wada karo dil say
Chahay tum jahan bhee jana janum
Meri Yaad rakha
O'Meri yaad rakhna
Juldi say lout ana
Tum mujhe say door ja kay
Yoon na satana
Baatain bana kay
Chandani raat main
neend main
khawaboon main
jan-e-jaan meri yaad rakhna
O'Meri yaad rakhna
Dil keh raha hay dil say
Wada karoo dil say
Chahay tum jahan bhee jana janum
Meri Yaad rakha
Meri yaad rakhna
O'Meri yaad... Meri yaad rakhna
Mula di bina pada Tahun 1572
Bangunan asal dan kesan tinggalan gereja ini
Laluan berinformasi. Penat mendaki sambil sambil tu boleh cover cover buat buat membaca
Runtuhan gereja yang masih kekal
Kawasan yang telah ditumbuhi rumput rumput
Adik Goa
Kawasan utama bekas gereja yang runtuh
Sisa sisa tinggalan
Runtuhan yang menjadi bukti sejarah kemasyuran gereja St Augustine di Old Goa ini
Aku tak lepak lama. Cuaca dah start panas. Ada few churches lagi kat atas bukit ni, tapi aku malas dah nak pegi.
Salah satu church yang ada di atas bukit
Banyak sangat tengok gereja buat aku mabuk lak jadinya.
Sebenarnya ada lagi gereja dan tinggalan sejarah yang lain di kawasan Old Goa ni tapi aku decided nak abiskan je lah. Malas nak pegi semua. Sama je semuanya. Lagipun aku nak kejar masa. Dah masuk tengahari, aku ada few tempat lagi nak pegi untuk hari ni dengan haluan yang berbeza.
So aku kena patah balik ke Panjim dan fikir cemana aku nak ke destinasi aku seterusnya selepas ni.
Usha usha orang jual FM. INR 50 seketul. Tapi malas nak beli lagi
Panas sangat, aku minum air kelapa dulu. INR 40 sebijik.(RM 2.40)
Jual kacang pun ada
Aci ni memekak tepi jalan. Apa benda dia kecoh pun aku tak faham. Tapi cakap kuat kuat tak berhenti henti. Ntah apa masalah dia.
Kedai kedai yang ada di kawasan Old Goa ni. Kebanyakkannya restaurant dan kedai kedai cenderamata.
Rasa macam dah abis merayap di Old Goa ni aku pun ambik keputusan balik semula ke Panaji.
Bagi aku, kalau nak datang ke Old Goa ni, datang waktu pagi. Cuaca OK lagi. Time dah ke tengahari memang panas pulak cuaca. Spare dalam setengah hari di sini tapi kalau nak pegi ke semua site, mungkin makan satu hari suntuk jugak sebab yang site lain tu agak jauh sikit dari gereja gereja yang aku dah pegi tadi.
Bagi aku, kalau nak datang ke Old Goa ni, datang waktu pagi. Cuaca OK lagi. Time dah ke tengahari memang panas pulak cuaca. Spare dalam setengah hari di sini tapi kalau nak pegi ke semua site, mungkin makan satu hari suntuk jugak sebab yang site lain tu agak jauh sikit dari gereja gereja yang aku dah pegi tadi.
Tunggu tepi jalan dan tahan bas. Bas macam tadi jugak. Nasib tak penuh. Tambang sama jugak INR 60.
Dalam bas balik ke Panaji
Sampai kat Station Bus Panaji
Waktu sampai kat bus station ni aku buntu tak tau nak tuju ke mana. Plan aku nak ke Miramar Beach tapi aku sendiri pun tak tau cemana nak pegi.
Sudahnya aku menapak je ke arah Bandar Panaji. Lalu ikut jambatan dan tepi sungai. Cuaca dah la panas.
Aku still tegah fikir cemana nak pegi Miramar Beach ni.
Sudahnya aku jalan je tanpa tujuan !
Salahkan diri sendiri jugak sebab tak berapa prepare. Dengan peta tak ada. Tapi aku fikir balik, sure nya aku boleh ke sana. Cuma kena cari caranya jer.
Sabar. Sabar. Fikir balik semula dan rancang secara tergempar.
Tapi masa aku jalan kaki tu ada je motosikal berhenti tanya nak ke mana? Tapi aku terasa lapar dan fikir aku nak gi makan dulu la sebelum aku proceed ke Miramar Beach nanti.
Sudahnya aku jalan je tanpa tujuan !
Salahkan diri sendiri jugak sebab tak berapa prepare. Dengan peta tak ada. Tapi aku fikir balik, sure nya aku boleh ke sana. Cuma kena cari caranya jer.
Sabar. Sabar. Fikir balik semula dan rancang secara tergempar.
Tapi masa aku jalan kaki tu ada je motosikal berhenti tanya nak ke mana? Tapi aku terasa lapar dan fikir aku nak gi makan dulu la sebelum aku proceed ke Miramar Beach nanti.
Cross jambatan dari area New Panaji ke Old Panaji
Seberang Mandovi River. Sungai utama di Panaji
Bangunan bangunan lama di Panaji
Aku menapak start dari hujung jambatan sana
Nak jalan ke depan tapi tanpa arah tujuan
Usha usha bangunan lama di Panaji ni sambil cari cari tempat makan. Tetiba terasa lapar
Lalu tepi sungai. Cuaca panas berdering
Kapal kapal besar di Mandavi River. Kapal kapal tu sebenarnya adalah casino.
Jauh jugak la aku menapak sampai la area banyak kedai kedai
Waktu aku berjalan kat area bangunan bangunan ni aku nampak satu kedai runcit ni nama kedai dia Yakob Store.
Aku suspect dia Muslim la. So aku approach dah tanya dia kot dia tahu mana mana kedai Halal yang berdekatan.
Yaakob Store sebelah Benetton tu.
"Are you Muslim?"
Dia angguk.
"Do you know any halal restaurant around here?"
Dia angguk. Tunjuk ke belah depan. So aku pun blah lah. Tetiba dia panggil.
"Hey ! Hey !"
Then aku pun pegi balik kat dia.
"The restaurant name is Lucky. Go straight. Turn left"
"Is it far?"
"Not far"
Berbunga bunga rasa di jiwa. At least aku boleh makan. Lapar pulak perut aku ni.
Aku ikut je cakap dia. Sudahnya, 30 minit aku berjalan.. langsung aku tak nampak kedai nama Lucky yang dia cakap tu.
Cuaca dah lah panas. Penat tak payah cerita lah. Perut dan start berbunyi. Lapar lah ni. Betul betul aku dah unlucky kalau macam ni !
Pasrah ! Ntah ntah pakcik tu kencing aku. Nasib ada air so aku dok teguk dari tadi dan dah nak abis dah... Cuaca panas berdenting buat aku rasa kehausan seperjalanan.
bersambung..................
waw!!! hebat bro,...tahnia blog sangat bagus..terima kasih kongsi imej2 menarik pelancongan anda
ReplyDeletesama sama
DeleteLapor, panas, lost..#drama sungguh lar. Cepat sambung Meng..
ReplyDeleteOld Goa tue dh mcm living museum jer rupanya eh
tu la... lapar.. panas cuaca. panas hati. semua ada..
Deletenasib kesabaran tinggi sikit...
old goa memang unesco site.. dia jaga baik baik.. kasik org tengok. nasib tak payah bayar... selalu unesco site bayar mahai nak masuk
i miss Goa!! berskuter dr Panaji ke Old Goa..8 jam (return) sakit muntot bai..hahhahha..pengalaman yang tak boleh dijual beli..
ReplyDeletememang jauh..... mencabar alignment ponggong ! hahahah...
Deleteajak org pi goa.. sapa pun x mau ikut..
ReplyDeleteajak mereka pegi Gua.
Deletecakap kat dia orang kat Goa ada SHah Rukh Khan.. hahahaha