Pages

Wednesday, December 9, 2015

Xplorasi Goa : 03 - Old Goa - Part II

Tujuan berikutnya adalah ke The Cathedral Se.

Cathedral ini adalah yang paling besar dari segi saiznya di antara bangunan bangunan yang ada di Old Goa ni.

The Cathedral Se dari belah hadapan.

Pembinaan gereja ini bermula pada 1562 ke atas struktur yang lebih awal, dan telah siap pada 1619 dan ia telah disucikan pada 1640. Ia didedikasikan kepada St. Catherine of Alexandria untuk memperingati kemenangan Kristian ke atas umat Islam pada 25 November 1510 yang turut merupakan hari Christmas.

Altar utama adalah khusus untuk St. Catherine dan diapit oleh beberapa lukisan pada papan kayu dan panel dengan reka bentuk bunga. Di sebelah kanan adalah gereja paling suci.

Gereja ini menjadi tempat di mana St. Francis Xavier membaptis mualaf tempatan  pada tahun 1532. Hanya satu daripada dua menara asal mempunyai loceng besar dan merupakan loceng yang terbesar di Goa. 

Ia dipanggil 'loceng emas' dan di anggap salah satu yang terbaik di dunia.

The Cathedral Se dari arah sisi

Batu informasi

Masa aku sampai hari tu ada orang tengah sembahyang, jadi pelawat tak di benarkan masuk. Tak lama lepas tu dia orang abis sembahyang baru la kami di benarkan masuk ke dalam bangunan gereja.

Dalam bangunan gereja

Penganut

Ruang dalam

Ruang dalaman

Penganut dan pelancong

Altar utama

Hiasan di dinding gereja

Aku masuk kejap je, then keluar balik. Macam ramai sangat orang dalam tu. So malas nak bersesak sesak, aku keluar.

Di perkarangan gereja terdapat sebuah statue yang mengadap pintu utama gereja.

Statue Jesus Christ

Loceng di menara gereja

Statue

Orang makin ramai, matahari dah makin meninggi. Cuaca dah jadi terik. 

Aku lepak jap tepi kawasan gereja ni berehat.

Hidupan di Goa

Orang makin ramai sampai

Dari Gereja The Cathedral Se aku bergerak ke Basilica of Bom Jesus. Satu lagi bangunan lama dan bersejarah di Old Goa. Cuma kena cross jalan besar jer.

Basilica of Bom Jesus

Basilica of Bom Jesus dalah antara gereja yang tertua dan yang paling menonjol di India.  Ia juga di kenali sebagai makam St. Francis Xavier dan merupakan tempat suci yang penting dalam dunia Katolik yang terletak di Old Goa ini.

Old Goa juga dikenali sebagai Velha Goa dan menyimpan banyak tempat berejarah. Setelah berjaya menawan raja raja Islam pada tahun 1510, Portugis telah menjadikan Old Goa ini sebagai ibu negara penjajahan hingga 1759.  Hanya 7 daripada 60 gereja yang dibina di Old Goa kekal sehingga kini termasuklah Basilica do Bom Jesus ini.

"Basilica do Bom Jesus" adalah satu contoh pengaruh seni bina barat. Inspirasi untuk reka bentuk gereja ini dipercayai  sama dengan reka bentuk Gereja St. Paul, yang telah pun musnah. Bahagian hadapan gereja adalah satu contoh klasik seni bina Renaissance yang dihiasi dengan tiang dan ukiran, serta lengkung yang menyerlahkan gaya Baroque. 

Salah satu bahagian dalam gereja Basilica of Bom Jesus

Kitab

Di dalam bangunan Basilica of Bom Jesus ini terdapat makam St. Francis Xavier.  

Selepas kematian St Francis Xavier sewaktu perjalanan dari Goa ke Melaka, mayat beliau yang pada asalnya ingin dikuburkan di Melaka telah di bawa balik semula ke Goa. Ia diletakkan di dalam sebuah keranda yang dihiasi dengan batu permata.

Keranda ini di bawa turun setiap 10 tahun untuk di pamerkan. Dikhabarkan mayat St Francis Xavier ini tidak mereput dan masih dalam keadaan baik.

Makam St Francis Xavier 

Aku nampak setiap yang datang, akan buat macam tu kat sini

Antara lukisan di dinding

Belah kanan tu adalah keranda yang di gunakan untuk meletakkan mayat St Francis Xavier setiap 10 tahun untuk ditatap

Kawasan belah dalam bangunan

Penganut

Basilica of Bom Jesus

Dah abis selesai pusing pusing dan tengok tengok lebih kurang dalam tu, aku pun blah. Orang makin ramai. Tapi aku rasa agak berbeza sebab selama ni selalu tengok rata rata orang India beragama Hindu tapi tidak di kawasan Goa ni. Mungkin asasnya dari kisah penjajahan Portugis ini lah, maka ramai orang India di Goa ini menganut agama Kristian !

Bagi aku sendiri, kawasan Old Goa ni menarik sebab menyimpan banyak sejarah dan cerita lama, tapi agak menyedihkan sikit sebab tempat ini di bina sebagai petanda kemenangan Kristian terhadap Islam.

So nak kagum sangat pun rasa macam tak elok. So just datang tengok tengok sambil belajar sejarah kira OK lah kot.

Selesai di Basilica of Bom Jesus, aku bergerak ke belah tepi kawasan ni untuk melawat beberapa lagi tapak sejarah di Old Goa ni. Tapi kawasan kawasan ni semua atas bukit, so kena ada aktiviti panjat memanjat la lepas ni.

Orang berniaga

Cuaca panas buat aku dahaga. Tempting pulak tengok air kelapa aci ni.

Tapi aku kena cepat cepat pegi ke site seterusnya The Ruins of St Augustine Church.

Gereja yang musnah dan runtuh sebelum sempat ianya disiapkan.

Salah satu simbol kesedihan lampau dalam sejarah di Old Goa.



KKhushiyan aur gham saheti hai
Phir bhi ye chupp rehti hai
Ab tak kisi ne na jaana
Zindagi kya kehti hai
Khushiyan aur gham saheti hai
Phir bhi ye chupp rehti hai
Ab tak kisi ne na jaana
Zindagi kya kehti hai
Apni kabhi to kabhi ajnabee
Aansoon kabhi to kabhi hai hansee
Dariya kabh to kabhi tishnagi
Lagti hai ye to
Khushiyan aur gham saheti hai
Phir bhi ye chupp rehti hai
Ab tak kisi ne na jaana
Zindagi kya kehti hai

Khamoshiyon ki dheemi sadaa hai
Ye zindagi to rab ki dua hai
Chu ke kisi ne isko
Dekha kabhi na
Ehsaas ki hai khushboo
Meheki hawa hai
Khushiyan aur gham saheti hai
Phir bhi ye chupp rehti hai
Ab tak kisi ne na jaana
Zindagi kya kehti hai
Ahaa aa aa aa
Umm hmm umm umm

Mann se kaho tum
Mann ki suno tum
Mann meet koi
Mann ka chuno tum
Kuch bhi kahegi duniya
Duniya ki chodo
Palkon mein sajke jhil mil
Sapnay buno tum
Khushiyan aur gham saheti hai
Phir bhi ye chupp rehti hai
Ab tak kisi ne na jaana
Zindagi kya kehti hai
Apni kabhi
To kabhi ajnabi
Aansoon kabhi
To kabhi hai hansee
Dariya kabhi
To kabhi tishnagi
Lagti hai ye to
Khushiyan aur gham saheti hai
Khushiyan aur gham saheti hai
Phir bhi ye chupp rehti hai
Phir bhi ye chupp rehti hai
Ab tak kisi ne na jaana
Ab tak kisi ne na jaana
Zindagi kya kehti hai
Zindagi kya kehti hai.


Oh. Lagu ni makin buat bertambah sedih.

* tarik sari Aci jual kelapa muda kesat airmata

bersambung.....

4 comments:

  1. Meng, apa nama hidupan di Goa tu? bkn ulat gonggok kan? ke spesies sama.. sbb kat opis aku pon byk ulat ni.. tp opis aku bkn kat Goa tauuuu.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa ulat gonggok tu. tapi versi masih dara. kalau dia tua sikit baru mcm keretapi skit

      Delete
  2. Nampak bersih tempat depa nie.

    Sedih..mmg xde langsung tinggalan islam nmpk kt situ ke Meng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersih dan terjaga..

      x de.. kesan sejarah islam semua dah terhapus... sadis kan?

      Delete