Pages

Friday, November 27, 2015

Zoo Negara - Part IV

Okey. Janji ini last !

Aku pun macam dah overdose dengan gambar binatang ni.

Masih lagi di Zoo Negara

Lepas tengok Panda tu kami keluar dan patah balik ke tram station. On the way tu sempat lagi jumpa beberapa ekor binatang ni.

Macam kangaroo !

Sang Kancil

Memerang makan ikan

Flamingo

Flamingo

Sebetulnya lepas tu nak masuk Reptile World tapi tempat ni tutup pulak. Kus semangat. Nasib baik kalau tak aku lak terlebih cuak kalau tengok ular dalam tempat ni.

Princess lah yang nak tengok buaya, tapi tak dapat !

Tutup. Good !

Sebab budak budak dah penat berjalan. OR aku pun dah surrender nak jalan kaki abiskan lagi separuh kawasan Zoo Negara ni, jadi dia orang ambik tram balik ke station utama sementara aku je jalan kaki abiskan mana yang tinggal lagi.

Aman sikit berjalan dengan budak budak sebab Princess tu asyik takut dan nak berdukung je. Susah gak aku nak snappy.

Bye bye dia orang naik tram tu then aku berjalan lagi.

Si Rusa

Kompleks Beruang. Macam dekat je dengan rumah belakang tu. Tak de igauan ngeri kah?

Seladang

Aku pun tak tau apa binatang ni? Nama nya,,, CAPYBARA.* thanks to AmirMukhtar

Dalam kawasan Zoo Negara

Apa yang aku suka Zoo Negara ni dalam kawasan dia bersih dan terjaga. Memang facilities nampak agak lama dan mereput tapi kiranya masih di selenggara dengan baik lagi. Mana kawasan yang dah teruk memang tak dibenarkan masuk.

Ada satu kawasan lapang di dalam tapak Zoo Negara ini dikenali sebagai Dataran Dato' Ismail Hudson.

Dato' Ismail Hudson yang juga merupakan pelakon drama TV dulu dulu dan beliau juga merupakan Presiden Malaysia Zoology Society sehingga beliau meninggal dunia pada 2012.

Salah satu lagi kawasan dalam Zoo Negara ni di kenali sebagai Muzium Lebah Sedunia.

Tak singgah pun. Usha macam tu jer

Tapi lebah kena ada.

Sungai yang mengalir

Sapa tak kenal Badak Sumbu yang suka berendam ni. Tapi ni Badak Air * thanks AmirMukhtar

Ada jugak 6D Motion Adventure. Nasib la anak anak aku dah lepas kalau tak mau nya dia orang nak masuk sini ni

Kedai kedai cenderamata memang berlambak

Dan aku sempat ke tempat Multi Animal Show ni walaupun dah tak de show

Pentas pertunjukan. Agak rugi gak la tak sempat nak tengok show kat sini

Timing tak betul. Or maybe kena datang lagi next time

Bahagian lain yang aku singgah adalah Penguin House dan Akuarium

Penguin

Ikan ikanan

Akuarium

Sambung lagi berjalan

Ni geng geng memekak dalam sangkar

Tempat istirehat

Jangan tak percaya kat Zoo Negara ni free wifi !

Bahagian terakhir yang aku lawati sebab on the way berjalan nak keluar adalah Dunia Kanak Kanak !

Area ni agak educational jugak la.

Binatang binatang dia pun ala ala jer

Jalan menapak nak keluar ke pintu utama

Sampai kat pintu tu tengok OR dengan budak budak dah menunggu. Siap makan minum lagi ! 

Hero bagitau binatang dia masih tak cukup 50. Princess lak tak puas berjalan. So kami bertiga patah balik dan aku bawak mereka semula ke area Children's World tadi tu.

Children's World

Ada macam ruang pameran dalam kaca untuk kanak kanak

Pony pun ada

Enggang berterusang. Dalang penasarang !!.... * pose pose Fauziah Latip tepi sangkar beburung enggang dan kenyalang.

Hero tengah menyiapkan misi dia di Zoo Negara ni

Ni adalah orang mana dok kacau kacau binatang binatang ni. Terus riuh rendah dia orang menjerit

Sebagai area terakhir yang kami lawati sebelum keluar dari Zoo Negara ni, kami ke Butterfly Garden yang terletak di pintu utama Zoo Negara ni lagi. Memula tadi sebab naik tram tak leh nak singgah. Kali ni gi usha usha jap.

Butterfly Garden

Masalahnya tak jumpa pun butterfly dalam ni

Bunga dah ada

Oh jumpa gak la sekor. Tapi macam tak leh nak panggil Taman Rama Rama sebab rama rama tak berapa nak ada !

Dengan lawatan ke Butterfly Garden tu, maka berakhir la sesi lawatan ronda ronda, snapy snapy sambil belajar dan mengenal binatang binatang ke Zoo Negara ni.

Akhirnya penantian aku sekian lama tertunai sudah.

Bagi aku Zoo Negara destinasi yang baik jugak la untuk santai family. 

Dan tak malu aku nak cakap Zoo Negara kita ni not bad jugak sebenarnya.....

Tahniah kepada pihak Zoo Negara Malaysia.

Semoga bertambah maju jaya dan berdaya saing dalam menjadikan Zoo bukan saja sebagai tempat rekreasi dan perlindungan haiwan malah sebuah institusi pendidikan yang memberikan maklumat dan pengetahuan umum mengenai sesuatu haiwan.

Syabas !

Time ambik kereta parking dah kosong !

Trip yang memuaskan hati. Budak budak pun seronok. Hero paling gembira sebab ni kira hadiah birthday dia datang ke Zoo Negara ni.

Lama benar masa aku nak  jejak kaki ke tempat ni, tapi tak pe lah. Dah sampai pun dan aku dah tak ralat lagi !..

Zoo Negara di buka setiap hari dari jam 9 pagi - 5 petang !

Untuk maklumat lanjut mengenai Zoo Negara boleh lawati : Zoo Negara, Malaysia

TAMAT

14 comments:

  1. Pernah sekali je p Zoo Negara, masa tu harga tiket utk dewasa RM20..tq meng bwa kita orang tgk panda kat sana.. X tau bila akan ke sana lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa... sila la pegi ke sana lagi. kalau dah lama tak pegi tu mesti banyak benda baru...

      Delete
  2. Meng, dalam tu ada Babi tak?
    Pergi dulu macam tak jumpa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh.. mana ada... tak de kot. gila kau nak letak babi kat situ...

      Delete
  3. bro..nice pic..
    ok la penyelengaraan dlm zoo ok walaupun dah lama zoo negara tu buka..
    best la dpt tgok panda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ....

      facilties masih ok. penyelenggaraan memang oke. binatang pun ada yang ok ada yang mcm dah terlalu tua utk di pamerkan. tapi overall kira oke je la...

      Delete
  4. Natang tu nama dia capybara.

    Tu badok air kan Meng? Bukan badok sumbu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hooooh... panda mung amir... doktor veteriner ke?? hahahaha

      badok air ek? al maklum la.. first time pegi zoo... x kenal sedara mara.. hehehehehe..

      thanks anyway !

      Delete
    2. Pelik dok klu aku kata capybara tu hensem & rase nok pero? Haha

      Haha.. kita bertiga bersaudara

      Delete
    3. tak mboh ah.. mace make banyok jah....

      Delete
  5. Thanks meng share entry zoo negara. Ni kalu aku gtaw ank buah nk bawa p sini maw bersorak gumbira dorang..aku ler yg letih nk berjalan..haha *dh kertu hihiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. sila sila bawak mereka berkunjung ke sana..

      naik tram je... so tak de la jalan jauh sgt...

      Delete
  6. Meng ...

    Waahhh tepat pada masanya ... skg kat Malaya tengah cuti sekolah kan ... sure Pihak Pengurusan Zoo amat berterima kasih kat you !!!!

    Meng;

    Iya Zoo Negara memang bagus penyelenggaraan nya ... memang agak impressive !!! Setanding dan setaraf Zoo Zoo di dunia !!! (As for me, memang salah satu my routine kalau berjalan ke Negara orang akan singgah di Zoo mereka. Dan Zoo Negara memang bertaraf dunia gitu !)

    Rugi tak tgk show dia .... quite good gak !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah lepas ni ramai la org berduyunnnnnnn tiba pegi zoo negara..

      lagi lagi anak panda tu dah boleh keluar main kat area tontonan tu.. bertambah la meriah kaum keluarga panda.

      not bad la.. cuma ada pokok pokok tua yang mcm merbahaya sikit tapi dia orang dah letak palang x bagi masuk area area tu... zoo pun bersih jer

      show tu memang x sempat nak lari dua dua tempat

      Delete