Pages

Thursday, November 26, 2015

Zoo Negara - Part III : Giant Panda Conservation Center (GPCC)

Sambung lagi. 

Kali ni confirm boleh tengok Panda dah.

Giant Panda Conservation Center (GPCC), Zoo Negara

Sedikit mengenai GPCC ni.

Giant Panda Conservation Center ini di bina dengan kos sebanyak RM 25 juta sebagai tempat pemuliharaan dan pameran Giant Panda yang di bawa dari China ke Malaysia di bawah Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Giant Panda Antarabangsa yang di tandatangani oleh ke dua dua negara pada 2012.

Pinjaman Giant Panda ini adalah bagi meraikan simbolik 40 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

2 ekor Giant Panda telah di bawa ke Malaysia dan di tempatkan di GPCC ini yang mengekalkan suhu di bawah 24 Celcius bersesuaian dengan habitat cuaca semulajadi untuk Giant Panda ini hidup.

Panda lelaki dinamakan Fu Wa dan wanita Feng Yi. namun telah di tukar nama kepada Xing Xing bermaksud kemakmuran dan Liang Liang yang bermaksud cantik.

Cantik ke mereka?

Kedua-duanya telah dilahirkan pada 23 Ogos 2006, di Chengdu. Xing Xing mempunyai berat 106kg dan Liang Liang pula seberat 120 kg. Tak pandai jaga body betul pompuan ni ! Makan banyak la tu.

Giant Panda memakan sejenis buluh khas yang diberi khusus untuk mereka berdua saja.

Zoo Negara akan membelanjakan kira-kira RM1.5 juta setahun untuk penyelenggaraan Kompleks GPCC ini.

Menurut perjanjian Program Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Panda Gergasi Antarabangsa yang ditandatangi pada tahun 2012, Malaysia berpeluang menjalankan aktiviti kajian pemuliharaan berkaitan panda, selalin membangunkan pakar pengkaji berkenaan haiwan tersebut untuk tempoh 10 tahun. Dilaporkan jika Malaysia berjaya menjaga panda gergasi keduanya juga berjaya mengeluarkan 2 ekor anak. Zoo Negara dibenarkan memelihara dua ekor anak panda tersebut dan ibubapa dihantar pulang ke China apabila anaknya sudah berumur 3 tahun. 

Pada 11 Julai 2015, dua kali usaha telah dilakukan oleh pihak Zoo Negara untuk mengawankan kedua-dua ekor panda tersebut, namun usaha itu dilihat gagal kerana walaupun sudah setahun mereka berada di Zoo Negara.  

Namun pada 18 Ogos 2015, jam 1.45 petang waktu Malaysia, Liang Liang (panda betina) dilihat melahirkan seekor anak panda betina. hal ini mengejutkan pihak Pusat Konservasi Panda Zoo Negara, kerana tiada tanda tanda yang menunjukkan Liang Liang bunting dan mengandung sepanjang tempoh penjagaan di zoo walaupun kedua-dua panda itu diawas dengan ketat oleh pakar-pakar haiwan tersebut serta para doktor vaterinar yang didatangkan khas dari China

Now, usha kawasan GPCC ni.

Batu perasmian GOCC oleh Abang Jib 

Replika kat luar

Ni orang pakai baju Panda, dok mundar mandir. Tapi nak bergambar dengan dia kena pakai kamera pekerja Zoo Negara je. Kamera sendiri tak buleh. Kedekut lagi ! Nak je aku buat jahat tolak je biar tersembam. Kesian tengok budak budak kecik nak bergambar dengan dia tapi dia malas layan sebab tak pakai kameraman dia orang.

Macam aku cakap, nak masuk ke GPCC ni kena ikut aturannya. Dan tak boleh masuk sesuka hati. Setiap sesi hanya certain number of people je di benarkan masuk ke dalam. So kalau ada orang tengah melawat lagi kat dalam, yang lain kena lah menunggu.

Ruang dalam bangunan GPCC. Ada juga kaunter tiket di sini bagi yang terlepas beli kat entrance utama

Princess menulis time menunggu giliran masuk

Comey adik ni nak tengok Panda

Dah time... baru la di benarkan masuk

Dah masuk tu ada ruangan di beri briefing oleh pekerja di sini. Do and Dont's dan ada jugak sudut pengetahuan mengenai Giant Panda ni.

Saiz Giant Panda

Saiz Giant Panda mengikut usia

Tunggu dalam 5 minit macam tu. Briefing tu kejap je then baru la kami di benarkan masuk ke kawasan utama di mana Giant Panda ni tinggal.

Kawasan mereka

Ini kawasan mereka. So jangan sesekali membuat onar

Sebaik saja masuk ke kawasan tu, terus je nampak Xing Xing tengah melantak !

Say hello to Xing Xing !

Elok je duduk atas port dia

Habitat mereka yang di bina di sini

Makan lagi

Ke sedih sebab Liang Liang tak der? Stress terus banyak makan !

Shhh ! Jangan buat bising di sini

Usha la diam diam tengok Xing Xing ni

Makan lagi

Bersandar tu tergolek ke bawah baru tau

Orang ramai yang menyaksikan Xing Xing

Kawasan permainan dia

Nampak pemalas sungguh Panda ni kan?

Dan dia tak pedulik pun orang tengok dia.

Ada laluan khas dari memula masuk sehingga la keluar dari GPCC ni.

Sebab tempoh lawatan pun agak limited rasanya 20 minit saja, jadi kena la bergerak cepat cepat keluar. Kiranya kami bernasib baik jugak la sebab Xing Xing pose pose cantik je. Senang nak ambik gambar dia. Kalau dia menyorok, leceh jugak la. Silap silap rugi je bayar tapi tak leh nak tengok dia.

Kawasan kawasan lain dalam GPCC ni. Liang Liang mungkin di kuarantin di sini dengan baby dia

Macam biasa dah keluar tu ada je kedai cenderamata

Ada jual FM jugak. Aku lari cepat cepat sebab takut Princess mengaruk nak beli. Pegi tolet kejap, tup tup tengok berjaya jugak dia beli !

Cafe Panda pun ada di sini

Boleh la melantak kat sini kalau lapar tengok Panda makan buluh tadi tu.

Dengan itu maka tamatlah lawatan ke Giant Panda Conservation Center (GPCC) ni. Bagi aku agak berbaloi lah sebab bukan senang pun nak tengok Panda.

Aku pun lupa aku pernah tengok Panda live ke tak sebelum ni. Rasanya macam pernah.

Apa apa pun, lawatan ke Zoo Negara masih belum berakhir di sini. Sepatutnya kami nak berkejar untuk tengok show binatang yang start pukul 3 petang. Tapi tempat tu agak jauh pulak, so nak pegi dan patah balik tu macam mustahil la pulak.

So tak sempat nak tengok show di Zoo Negara ni. Tapi ada bahagian lagi yang belum kami lawati.

bersambung...............

12 comments:

  1. kesian dia..
    bini tengah pantang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...... kemurungan terus makan tak henti henti...

      Delete
  2. makan buluh jer pun boleh gemuk....
    masa mengandung takde alahan...orang pun tak perasan ek Meng si Liang Liang tu bunting...tup2 keluar anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... maybe sebab perut mak dia memang dah gemok.. hahahaha

      Delete
  3. P chengdu bang lagi puas tgk panda..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaaa.... malas dah nak pi china... tertutup hati ku buat masa neh... nanti2 ah

      Delete
  4. Xing Xing mode: ada aku kesah..

    Dia x peduli pon kome2 yg tgk dia..hehe.

    Betul ke Meng, anak dia nnt kena pisah ngan ibu..#kesiansedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh .. dia tau makan je la kot...

      terpaksa la berpisah. kang duduk sini nak kena jaga tu bukan sikit duit... biar la dia balik kg halaman dia sana....

      Delete
  5. Actually Canada pun spend berjuta juta jugak untuk dapat 2 ekor Panda dari China (pinjam). Dan Alhamdullilah, Panda tersebut pun beranak gak !!!

    Skg nih Panda tersebut berada di Zoo kat Toronto rasanya. Tahun 2017 kot baru Calgary merasa jadi host !!! Tak sabar rasanya ! hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ic. so panda tu kiranya berpindah randah jugak lah merata canada... untung la panda panda ni semua... kita yang bertubuh panda ni jangan harap la org nak taja makan minum mcm tu... hahahaha

      Delete