Pages

Tuesday, November 3, 2015

Trip Sedetik Tak Lebih Koh Phangan - 02 - Kandas

Naik kapal terbang pegi Surat Thani. 
Kapal terbang patah balik ke KLIA ni.
Apalah malang apa nasib ku ini.
Kapal terbang patah balik ke KLIA ni ?

Hah ! Hebat tak pantun yang di jual daripada bekas juara Pesta Pantun ? Ada sesiapa sudi membeli ?

KLIA 2

Sebaik saja keluar dari pesawat kami diarahkan berkumpul di gate L11 yang dikhaskan. Masa tu huru hara balik semula sebab masing masing demand nak tau apa masalah yang terjadi.

Kepochi sungguh ! 

Dah selamat sampai sudah lah. Tapi aku pun kepochi lite lite jugak tanya amoi sorang ni sebab dia yang pegi sibuk sibuk kat depan. Nak jugak lah tahu apa yang berlaku, tapi orang Air Asia memang tak bagitau.

So aku redha je la apa pun alasan dan masalah flight tadi tu. Yang penting kami mendarat in one piece dan aku masih maintain kacak !

Acah Mak Enon !

Tak berapa kacak pun sebenarnya...

Tunggu kat gate baru

Sempat aku gi beli air sebab dahaga. Beli kat Puffy Buffy dalam tu. Air masak ni harga dia RM 3.50 ! Gila lah !!! Memang boleh naik haji lah tokey dia tahun depan.

Suasana agak tegang kat sini.

Ada yang demand nak tau jawapan.

Ada yang bising bising bakal terlepas ferry dan tak sempat sampai ke destinasi.

Ada yang riuh rendah hal hal lain juga.

Ada yang start telefon sana sini menyampaikan berita sensasi lagi terkini ni.

Aku malas nak ambik port. Aku lepak kat situ kejap tengok mamat  Air Asia tu call sana sini sebelum dia buat pengumuman, flight seterusnya akan sedia berlepas ke Surat Thani jam 3.30 petang !!

Ha... Lama lagi. Aku masih ada kat 2 jam !

Jadi ke mana kah arah tujuan aku? Daripada aku sibuk sibuk riuh rendah dengan orang kat situ baik aku keluar gi cari tempat hisap rokok !!

Aku perlukan ketenangan.

Terminal yang menempatkan gate L tu tak de smoking area, jadi nak tak nak aku kena keluar ke bangunan satellite.

Bagi tau kakak Kastam aku nak gi hisap rokok dan dia yang cakap tempat hisap rokok terdekat adalah di terminal belah satu lagi iaitu terminal satellite. Kena menapak cross sky bridge tu !!

Bapak segala jauh ! 

Tetapi.................... Demi Ella ! Demi Negara ! Demi Moore ! Demi nak merokok punya pasal dan mengekalkan kandungan nikotin dalam tubuh, aku gagah dan gigihkan diri. 

Menapak ke terminal satellite

Sempat snappy

Tersadai aku di KLIA 2 lagi

Skybridge

Masa landing tadi aku dah called OR siap siap. Dia pun risau jugak tapi aku yakinkan dia tak de apa apa. Aku bagitau family aku gak thru whats app. Macam biasa lah.. Kakak aku terus tak bagi pegi dah !

Bantahan Yang Arif !

Mana boleh macam tu ? Ini adalah misi !!!!

Misi untuk diri sendiri. Kena pegi jugak.

* tutup cuping telinga cover taik lalat menandakan degil tak dapat di bantu.

Akhirnya sampai kat terminal Satellite

Kena turun bawah dan tanya kat kaunter info baru di bagitau smoking area tu kat belakang sikit dekat dengan kids' area.

Aku pun baru tau ada kids' playground area kat dalam KLIA 2 ni.

Tapi tak de kids

Sunyi dan malap semacam jer

Lega lah. Akhirnya aku dapat berasap ...... ! * posing Crouching Tiger Hidden Dragon sambil pegang ashtray

Dah tulis new departure time ke Surat Thani pukul 3.30 petang

Hisap rokok dua batang. Saja spare lebihan nikotin sebab nanti lepas ni tak leh merokok sampai la kat Surat Thani nanti. Siap aku gi beli air kat pharmacy kasi berasap lebih feel.

Eh. Sempat usha usha shopping kejap, Jalan jalan buang masa. Gi solat dulu then baru balik ke Gate L semula.

Usha usha kejap

Patah balik semula dan macam biasa lah kena pass thru kastam sekali lagi untuk scanning.

Sampai kat Gate L 11 semula.

Time tu aku nampak crew Air Asia tengah bagi bagi makanan. Haaa Bagus la macam tu. Semua orang pastinya lapar termasuk lah aku.

Pastu crew AA siap jumpa setiap seorang tanya dah buat sebarang booking penginapan ke ? Tiket ferry dah beli ke...?  Macam macam arrangement dia orang buat dan sedaya upaya dia orang membantu kami yang terkandas ni.

Salute aku kat petugas petugas Air Asia ni ! 

Kagum aku dengan kesabaran dan kecekapan mereka yang bertugas di gate ni nak handle situasi macam ni.

* tala mercun 15 das ke udara sebagai tanda penghargaan.

Tapi jawapan kenapa kapal terbang berpatah balik masih terus menjadi misteri kepada semua. Masing masing kunci mulut tak nak bagitau.

Tak nak bagitau sudah ! Nama korang Dollah !

Jadual baru ke Surat Thani

Bila dah dapat makanan tu ada yang makan terus. Ada yang bawak masuk flight. Jadi lama jugak menunggu kat situ. Lagi lama sebab dia orang nak pindahkan luggage dari pesawat tadi tu ke pesawat yang baru.

Akhirnya kami di panggil masuk ke pesawat. Malangnya ada penumpang yang memilih tidak mahu meneruskan perjalanan ke Surat Thani ni atas alasan alasan tertentu.  Minah Salleh yang menangis bengkak cobon tadi tu pun tak naik. 

Aku rasa ramai yang trauma dan mereka tak jadi pegi. Aku tak pasti apa options yang Air Asia bagi tapi untuk aku?

Of chos kena pegi !

Perjuangan mesti di teruskan !!!!

* berdiri atas kerusi sambil julang nasi goreng ayam

Aku dengar mamat sebelah cerita, Minah Salleh tu trauma sebab dia dah 4 kali kena macam ni. Tak tau la flight berpatah balik ke apa tapi bad experience dengan flight Air Asia. Sebab tu agaknya dia cuak badak dan tak nak meneruskan perjalanan hari ni.

Yang tak nak ikut.. tinggal. Kami yang tak trauma ni meneruskan perjalanan ke Surat Thani.

Naik flight baru .. sayap cokeng

Seat Minah Salleh tu pun dah kosong. Sebelah aku pun kosong. Banyak seats yang kosong kali ni. Crew pun tukar yang baru. Tak tau apa jadi dengan crew crew tadi tu. Maybe dah lari jadual kot. Ke crew pun dah traumatized? 

Dejavu sungguh untuk hari yang sama aku terpaksa tunggu flight queue sekali lagi.

Dan sekali lagi aku dok kira berapa flight nak landing dulu sebelum kami dibenarkan berlepas

Kali ni lebih yakin flight ni OK walaupun masih ada rasa berdebar debar

Flight ikut laluan yang sama merentas area Port Klang

Sebaik saja isyarat tali pinggang di padamkan.. apa lagi. Aku terus la melantak ! Lapor !!! Nasi Goreng dengan Ayam Goreng. Tak sedap tapi bersyukur lah orang bagi makan free.

Pesawat melintasi ruang udara Pulau Pangkor. Aku yakin.. tak de patah patah balik dah kali ni

Baru boleh nak isi arrival form dan mengelamun layan perasaan.

Langkawi dan kepulauan di Laut Andaman dari udara

Awan mendung berkepulan sebaik saja memasuki ruang udara Thailand

Dan pesawat bersedia untuk mendarat di Airport Surat Thani

Landing.. Cuaca tak berapa baik. Mendung hari nak hujan

Welcome to Surat Thani International Airport

Bergegas aku beratur nak lepas immigration. Konon nak kejar masa.

Sebaik saja keluar di balai ketibaan, aku terus ke kiosk tiket dalam terminal di airport tu untuk mendapatkan tiket bas dan ferry ke Koh Phangan.

Kiosk kiosk di balai ketibaan

"I need a tiket to Koh Phangan"
"Koh Phangan No"
"What do mean by No?"
"No ferry to Koh Phangan. Last ferry 6 o clock. Now only go to Samui"

Macam macam lagi la aku tanya dia dan macam angin pulak mamat tu kat aku. Hiks.

Tapi memang tak sempat lah sebab perjalanan ke jetty Donsak tu pun makan masa sejam setengah dari airport ni.

Buntu kejap tak boleh nak fikir.

* tarik nafas dalam dalam.

Hembus !

Apa choice yang aku ada? Nak demand hentak hentak meja? Nak guling guling depan tu tanda protes?

Apa aku dapat? Kotor kan baju je pastu dapat penat je berguling.

Relak. Relak. Chill. Chill.

Aku keluar dari terminal tu dan pasang rokok sebatang.

Tengok yang lain berpusu pusu berlari lari naik bas. Nasib dia orang baik sebab masih ada ferry ke Koh Samui. Last ferry ke Samui pukul 7 petang. Cukup masa untuk mereka sampai di Donsak dan boarding last ferry tu. 

2 bijik bas membawa penumpang dari airport Surat Thani ke jetty Donsak untuk ambik ferry ke Koh Samui. Rasanya bas ni memang tunggu flite dari KL. 

Semua orang nak gi Koh Samui rupanya.

Siap ada yang bye bye lagi kat aku. Mentang mentang la aku tak boleh nak pegi. Terguris hati Abang ni Dik.

* pegang dada sambil bergenang airmata duyung

So sapa yang terdampar sepi tertinggal kesorangan di sini ?

Sudah tentu lah aku................................  !

Nyalakan rokok sebatang lagi. Hembus asap nya menerawang jauh. Kasi pegi semua gusar di hati.

* sigh

Travel ni kadang kadang macam ni. Rancang bagai nak rak pun, belum tentu jadi seperti apa yang kita mahukan. Sama juga istilahnya dengan bercinta. Tiada kepastian ! Tiada penentuan !

Jadi bersedialah menghadapi segala kemungkinan.



Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah dimana
Tiada lagi kemesraan

Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang kemana
Tiada lagi keriangan
Kutabahkan hati

Kugenggam azimat
Untuk kubalut luka
Semakin mendalam

Biar kuhadapi walau tergugat
Akan kubenamkan biar jadi debu
Kini ku mengerti istilah bercinta
Di dalam bercinta

Tiada kepastian tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua pecinta haruslah berkorban
Tiada batas

bersambung...............

21 comments:

  1. hihi.....air mata duyung so kiut :P

    ReplyDelete
  2. OMG cabarannya. Setakat nih travel Alhamdulillah mostly according to plan, takdelag major cabaran macam you huhuh. Tapi travel nih tuhlah dia, kena bersabar, think and act fast fikirkan options2 yang ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tepat sekali.

      10 markah utk kau sarah FJ... ( fin jamal?)

      Delete
  3. Banyak nye merokok dalam satu hari. Sayangilah kesihatan paru2 anda n paru2 orang lain. 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.

      tu la. harga pun dah mencanak naik ni. dah pasang angan angan nak quit.

      tapi......................

      Delete
  4. Ohhhhh kesiannya uncle meng.... Seri turut bersimpat. : -(

    ReplyDelete
  5. tak nak sudah..nama ko dollah...
    hahahah
    tak boleh blah laa dik supermeng oiii...
    (bayangkan icon muka smiling face tengah sengeh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi sambungan dia kan?

      org org sezaman dgn kita je tau kot benda alah ni...

      Delete
  6. Bagus ada pantun pantun lagi ...

    Tapi kalau tak salah kita, zaman kita kecik kecik dulu, kita akan cakap Bini kau nama Bedah, T%t@* nyer sebelah gitu ....

    Hahahhahaa

    Bagus ler cool ... sebab macam macam boleh terjadi dalam kita dah elok elok plan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu en ghaz. memang ada sambungan lagi tapi kang kalau tulis semua kena cerca pulak dek masyrakat yang tak terbiasa dgn lawak lawak lama ni

      Delete
  7. wow gigihnya pergi jugak.. alhamdulillah selamat sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila bunyi bersatu... kau milik ku.................

      macam tu perumpamaannya..

      * pose pose pakai kain pelikat mengilai dari atas pokok ( sambil hisap vape )

      Delete
    2. oh. Alhamdulillah. Selamat pegi dan balik dengan selamatnya.... amin

      Delete
  8. flight sampai surat thani kul brp tu? kitorang nanti sampai 4.35pm, so agak2 ada lagi ke bas ke donsak nanti? dah email phantip travel tapi takde reply pulak. sbb tanya seatran ferry die ckp last bus 4pm. in case takde bas nak booking minivan sbb nak catch ferry 7pm tu...advise pls. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. flight tu memang on schedule kan? biasanya akan ada ferry lepas flight AA touched down sebab most of the passenger dtg dr flight tu... personally i think shud be ok. ni pegi samui kan?

      cuba contact lomprayah. rasanya ada tiket online

      Delete