Pages

Monday, November 2, 2015

Trip Sedetik Tak Lebih Koh Phangan - 01 - Perlepasan

"Hey uols ! Diva AA muncul kembali dengan lambakan peminat seramai seratus juta orang melambai lambaikan tangan. Walau apa pun kejian, hinaan, caci maki dari anjing anjing berpenyakit kurap, cacar dan kudis buta, namun peminat peminat setia Diva AA yang seratus juta ni tetap teguh di belakang ikon tersohor Diva AA ni dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Kau ado Supermeng, peminat sampai seratus juta macam peminat peminat Diva AA ni?"

Murka !

* tolak Diva AA + monopod dengan peminat seratus juta tu sekali masuk dalam kawah gulai 

* mati la kena maki dengan Diva AA kalau dia baca ni.

Baik lah. Sementara kita tunggu Gulai Kawah Divavi AA masak, ini perihal perjalanan trip aku ke Koh Phangan, Thailand pada bulan Jun 2015 yang lalu.

Seperti yang aku pernah bagitau, asalnya nak ke Koh Phangan tapi sudahnya tersadai di Surat Thani. Tu yang jadi trip seketika cuma dan hanya sempat melampias punggung sekejap je di pulau peranginan di Thailand itu.

Highlight dah keluar satu masa dulu di sini : Highlight Trip Penuh Cabaran Surat Thani & Koh Phangan

Mukadimahnya.

Aku dah lama berkeinginan nak ke Koh Phangan. Bukan nak berdisco dansa berpoya poya di bawah rambulan purnama tapi nak pegi tengok kawasan ! 

Sejak misi aku jejakkan kaki ke Samui 2012 dulu, memang aku menyimpan hasrat satu hari nanti aku akan jejakkan kaki ke Koh Phangan yang terletak tidak jauh dari Koh Samui di Gulf of Thailand tu, Sepatutnya boleh sekali harung je tapi biasa lah cuti bukan selalunya banyak, so kena bahagi bahagikan masa seadanya.

Alhamdulillah, 2015 ni rezeki sampai untuk aku jejakkan kaki ke sana.

Peta Koh Phangan dan Koh Samui di Gulf of Thailand

Idea untuk trip ni pun datang 3 minggu sebelum tarikh berangkat yang mana aku fikir sebelum bulan puasa aku nak travel sekali ! 

So aku kerah BW dan IH dan mereka berdua bersetuju dan kami beli tiket dengan harga RM 200 return dengan perjalanan 3 hari 2 malam dari hari Sabtu dan balik hari Isnin. Maksudnya kena ambik cuti sehari Isnin tu.

Nak dijadikan cerita, memula aku tak jadi pegi sebab ada orang offer keja part time. Tapi lepas adjust mana yang patut, aku tolak tawaran kerja weekend tu walaupun bayarannya agak lumayan ! 

Tak pe la tak de rezeki.

Bila aku jadi pegi, IH pulak tetiba tak jadi pegi sebab dia ada meeting hari Isnin tak boleh nak skip ! Dan BW pun sama, ada hal yang tak dapat di elakkan, makanya..... 

Kini aku terus tersiksa, Oleh kepalsuan cintamu, Tinggallah aku sendiri ..... Menanggung derita ini............. 

* tarik key Mus May dalam baldi

So sebab tinggal sebatang kara, jadi aku merangka lah perjalanan aku sendiri. 

2 hari sebelum berangkat aku siap siap web check in dan book hotel di Koh Phangan. Since aku bakal menginap 2 malam di sana, so aku book lah 2 malam siap siap.

Hari yang di nanti pun tiba. Duit pun dah tukar dengan berbekalkan tukaran RM 300 sahaja sebab aku masih ada saki baki Baht dari trip ke Krabi dulu so boleh la combined.

Hari sabtu nak berangkat tu, OR tak leh nak hantar sebab Hero ada tuition. Makanya, aku decided nak pegi sendiri je lah. Aku drive kereta ke Putrajaya Sentral pagi tu dan park kereta di sana.


Tinggal kereta di sini. Ni kali ke dua aku park kat sini. Dulu tu pegi KK tak de parking aku park tepi jalan je. Nasib baik la selamat

Malangnya bila nak masuk parking, tiket tak keluar. isk !

Jenuh aku menekan butang tu. Kat belakang dah banyak kereta queue. Mesti dia orang ingat aku yang buat hal. Siap turun kereta datang tanya apa masalah.

Masalahnya aku tekan tekan tiket tak keluar. Palang tak bukak ! Aku tekan button call tu tak de orang jawab. Last sekali aku call no hp yang tertera baru la ada orang angkat. Tak lama ada mamat datang rupanya tiket dalam tu dah abis.

Nasib baik aku ada banyak masa. Kalau tidak.. naya kalau dia orang sengaja melambat lambatkan permainan ni silap silap aku terlepas kapal terbang.

Mencari parking pun satu hal sebab penuh. Pusing dua tiga kali baru la jumpa. Ambik gambar area parking supaya tak lupa park kat mana

Dah parked tu, pegi ke station ERL dan beli tiket. Harga tiket ke KLIA 2 adalah RM 6 lebih one way. Kira murah la tu. Dah lama aku tak naik ERL ni sebenarnya.

Dalam ERL menuju ke KLIA 2

Layan perasaan kejap mengenang nasib diri

Akhirnya sampai dah kat KLIA 2. Check gate then terus aku masuk untuk immigration check sebelum ke gate L9

Berjalan buang buang masa jugak la sebab aku masih ada banyak masa. Sempat beli rokok kat duty free sebagai bekalan di negara orang.

Tapi kat gate L tu semua tak de smoking area ! Sadis betul. Terpaksa la aku menahan diri daripada merokok. Tak per. Merokok tu kan tak baik. Membahayakan kesihatan. Kan?

Bersedia untuk boarding ke Surat Thani

Agak lewat jugak la kami dipanggil untuk menaiki pesawat. Tapi bila pengumuman dibuat, masing masing rasa lega. At least kami bakal terbang tak lama lagi menuju Surat Thani

Masuk flight aku baca magazine dulu. Usha apa yang patut sambil pesawat bergerak menuju ke landasan

Sebab KLIA 2 ni cuma ada 1 landasan take off dan landing, maka kena queue lama jugak lah. Pilot tu siap bagitau kami no 7 dalam queue list

Jenuh la aku kira kapal terbang landing satu persatu.

Hampir 30 minit jugak terlewat daripada jadual, akhirnya pesawat Air Asia AK 0838 menuju Surat Thani berjaya berlepas meninggalkan KLIA 2.

Bye bye Malaysia. Excited ni sebab dah lama tak travel

Macam biasalah aku duduk tepi tingkap dan keje aku adalah ambik gambar. Time tu isyarat tali pinggang telah dipadamkan, crew pun dah start passing arrival form.

Aku sengaja tak kocoh kocoh isi borang tu lagi. Layan view dulu. Ni rasanya area Klang. 

Pesawat meluncur laju di atas ruang udara Port Klang. Crew pun dah siap sedia nak bagi makanan untuk mereka yang dah pre book.

North Westport, Port Klang

Selat Melaka

Kalau naik flight ni biasanya aku akan perhati flight ni ikut laluan mana dan di ruang udara kawasan mana. Memula bila tengok dia lalu kat atas area Port Klang tu aku assume aku akan nampak Pulau Pangkor dari udara lepas tu.

Tup tup aku rasa kapal terbang tu macam berpusing.

Tiba tiba kedengaran suara pilot dari corong speaker.

"Ladies and gentlemen, due to technical problem, we are turning back to Kuala Lumpur International Airport"

Jeng Jeng Jeng.................

Lepas abis suara pilot tu suasana dalam flight terus senyap.

Semua orang dalam flight masa tu terus terdiam. Senyap sunyi. Ada bunyi engine kapal terbang je memecah kesunyian. Crew pun ntah ke mana mana. Memula aku tak de la fikir apa apa yang serious pun.

Maybe flight patah balik sebab nasik Lemak tak cukup?

Mop jamban tertinggal?

Yada yada yada.... macam macam la aku fikir. Malas nak sesakkan otak. Aku busykan diri ambik ambik gambar dari fikir yang bukan bukan. Lagipun aku tak rasa ada apa apa yang pelik dengan kapal terbang ni.

Kapal terbang berpatah balik. 

Suasana dalam flight masih senyap sunyi. Masing masing diam seribu bahasa. Aku pandang sorang dua, dia orang pandang aku balik.

Mula terdetik dalam hati. 

Ada benda tak elok akan berlaku kah? Serious kah?

Pesawat mula berlegar di ruang udara Shah Alam

Putrajaya dari udara.

KLIA & KLIA 2 dari udara.

Area Bagan Lalang

Port Dickson

Lexis Hibiscus dari udara sebelum pesawat berpatah balik untuk mendarat

Masa dah nak landing ni, pilot dah bagi arahan supaya semua crew duduk. So dalam flight tu masing masing masih senyap sunyi. 

Tetiba aku pulak yang jadi pelik. Semua orang tengah cuak ke?  Tapi kenapa aku tak rasa apa apa yang mencurigakan pun? Tak terlintas langsung aku nak fikir flight tu akan terhempas ke apa sebab memang tak de rasa apa apa pun yang pelik dengan flight tu.

Tup tup bila arahan nak landing, ada lah apek ni bangun terus ambik beg dia kat compartment atas tu dan peluk kemas kemas. Bukan satu lak tu.. Dua tiga beg. Menjerit jerit crew tu marah.

Apek tu boleh buat muka slenga jer peluk beg beg dia. 

Masa tu lah keadaan kalut sikit. Mula la aku start fikir bukan bukan. Landing gear rosak ke?

Terus berdoa dalam hati, jangan apa apa yang buruk terjadi !

Tapi dah start nak fikir bukan bukan. Kalau flight ni terhempas .............. Cemana?

Apakah hari ni hari terakhir aku melihat dunia?

Ketakutan mula datang menyerang. Perasaan dup dap dup dap terus buat aku rasa berpeluh peluh dan tak keruan.

Lagi rasa cuak bila kapal terbang melayang layang turun tanpa bunyi engine mengaum. Walaupun aku tau tu perkara biasa bila engine tak throttled tapi perasaan risau tu tak boleh di bayangkan.

Ruang udara Port Dickson

Port Dickson

Port Dickson juga

Ready to landing. Then baru dengar engine mengaum semula.

Pastu aku dengar bunyi tayar dah keluar. So aku rasa OK sikit. Bukan masalah landing gear.

Pesawat mula menurun perlahan lahan. Tengok flap dah turun ke bawah aku dan pesawat dah bersedia nak touch down.

Landing dengan selamat !!!!

Yeay ! Yeay ! Alhamdulillah....

* chicken dance sambil tonggek tonggek dengan gaya melampau

Kapal terbang terus je meluncur di atas landasan dan kembali ke bangunan terminal.

Time tu la baru aku perasan minah sebelah seat aku tu esak esak menangis.

Kesian dia menangis. Nak pinjamkan bahu macam jauh sangat. Tapi menangis pun masih lawa juga.... Hahaha

Pastu crew datang tenangkan dia. 

"No need to cry. We have landed safely"

Macam tu lah telinga capang aku mendengar time tu. Tapi minah tu menangis lagi. Dia insist nak tau apa masalah flight tu. Dan dari segi gaya memang dia dalam keadaan trauma.

* tetiba aku bayangkan geng geng Elite muncul bawak medical box sambil nyanyi lagu Trauma.

Tapi sebenarnya tak lama lepas tu sorang wira-wati muncul !

Datang la sorang kakak baju kotak kotak ni menenangkan pompuan tu.  Aku pun tak tau siapa pompuan baju kotak tu.

Bila pesawat dah docking kat terminal. Masing masing kalut nak lari keluar as macam takut kapal terbang meletup termasuk la apek yang peluk beg beg dia tadi tu.

Nak lari cemana kalau pintu belum di buka?

Ni la masalah manusia ni. Pentingkan diri sendiri !

Apa apa pun, aku sendiri rasa lega. Sekurang kurangnya tiada kejadian buruk yang tidak diingini berlaku.

Tapi aku kena merangka perjalanan aku semula sebab sepatutnya flight ni sampai ke Surat Thani then aku boleh ambik bas ke jetty dan naik ferry ke Koh Phangan petang tu jugak.

Bila dah jadi macam ni, aku kena ada back up plan.

Masalahnya.. aku sendiri pun tak pasti last ferry pukul berapa. Kalau lambat... mahunya tak de dah ferry nak ke pulau tu nanti.

Kami ditempatkan di gate khas dan pegawai pegawai Air Asia sibuk menenang dan menyalurkan informasi kepada para penumpang yang terkandas. Bising masing masing demand nak tau apa yang jadi dengan flight tadi tu, tapi tiada jawapan dari mana mana pegawai Air Asia.

Kecoh la dia orang ni. Dah selamat tu sudah lah. Jangan pening pening kepala boleh tak?

Memang penumpang ada hak nak tau apa yang terjadi, tapi orang Air Asia tu pun ada hak tak nak bagitau kalau jawapannya bukan membantu tapi buatkan orang makin takut dan cuak !

Tak lama lepas tu kami diberitahu pesawat seterusnya ke Surat Thani hanya akan berlepas jam 3.30 petang nanti.

Malas aku nak serabutkan otak apa masalah sebenarnya. Mesti dia orang dah ada procedure tertentu untuk came up dengan decision nak berpatah balik macam tu.

Errr may be kapal terbang tu sengaja patah balik sebab nak bagi aku peluang hisap rokok sebab aku tak sempat hisap sebab terminal tadi tu tak de smoking room !

Hahahaha

Aku fikir aku masih ada banyak masa. Jadi................... ?

* nyanyi lagu Smoke On The Water dengan suara parau sambil catwalk ke smoking room

Jiwa kembali berbunga riang ! :-)



We all came out to Montreux
On the Lake Geneva shoreline
To make records with a mobile
We didn't have much time
Frank Zappa and the Mothers
Were at the best place around
But some stupid with a flare gun
Burned the place to the ground

Smoke on the water, a fire in the sky
Smoke on the water

They burned down the gambling house
It died with an awful sound
Funky Claude was running in and out
Pulling kids out the ground
When it all was over
We had to find another place
But Swiss time was running out
It seemed that we would lose the race

Smoke on the water, a fire in the sky
Smoke on the water

We ended up at the Grand Hotel
It was empty, cold and bare
But with the Rolling truck Stones thing just outside
Making our music there
With a few red lights, a few old beds
We made a place to sweat
No matter what we get out of this
I know, I know we'll never forget

Smoke on the water, a fire in the sky
Smoke on the water

bersambung...............

26 comments:

  1. Koreksi... Itu westport bukan northport... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas talian hayat tersebut.

      dah di korek kan dah

      Delete
  2. Huhu takutnya Meng.
    Kalau aku pun mesti nangis kot.
    Terus menggeletar satu badan baca cerita kau ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau tak leh nangis normaya. kalau kau nangis satu kapal terbang nanti sama menangis...

      kita kena kuat !!!
      kena tabah !!

      * berdiri atas kerusi sambil junjung beg

      hahaha

      Delete
  3. Cuak gile kan? Tapi betul la tue, some people are sometimes traumatize on certain things. Mana kita tau kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul................... lain org lain ragamnya. lain org lain pulak ketakutannya...

      Delete
  4. steady jer ko meng..syabas beta! kalu aku mau dh cuak gak tue..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuak gak la. tapi kena control..

      kang aku yang meraung kuat kuat hati mau kena hempuk dgn crew tu kat situ

      Delete
  5. dah tu ape jawapan nyer??? arghhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapannya tak der !!

      Sampai sudah aku tak tau. tapi ada masalah la. dan masalah tu kalau flight tu teruskan ke surat thani tak de engineer nak baiki kat sana. tu yang kena patah balik tu

      Delete
  6. check tak beg apek tu ada apa? hahaha fishy sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la kan. mesti bawak banyak wang ringgit.

      tak pun baka anak ayam?

      Delete
  7. dalam cuak2 tu pun masih gigih ambik gambar..power ahh!

    ReplyDelete
  8. pergghh tengah saat saat macam tu boleh amek gambar lagi ke ? >,< kalau i, dah join minah salleh tu nangis dah . walaupun muka tak secantik dia tapi nangis je lah dah takut . ahhaha . so takkan pihak AA tak bagitahu kenapa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ni lawak.

      kalau dah nanges trauma tak de control lawa dah kot. .. lagi buat muka monyok ader.

      gambar tu sebab tak nak fikir pasal kapal terbang tu.. lari kan fokus kejap

      AA tak bagi tau sampai sudah. saja la nak bagi org tertanya tanya dan diselubungi misteri....

      Delete
  9. Meng ...

    Alhamdullilah .... semuanya selamat ...

    Bila baca, teringat ler ... fear is created from unknown circumstances ... cewwaahh !!!!

    Nak baca seterusnya ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la tak de jadi apa apa...

      kdg kdg fear was created bila tengok org sekeliling hilang punca ! kita pun gelabah sama....

      Delete
  10. Kira 2nd time ar trip ni. 1st dulu delay kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini trip yang delay tu la.. entry dia pun delayed jugak. hahaha

      Delete