Pages

Wednesday, October 28, 2015

03 - IOI City Mall, Putrajaya : District 21

Salah satu tarikan di IOI City Mall adalah District 21 !

Enter at own Risk

District21 merupakan yang taman tema pengembaraan indoor pertama seumpamanya seluas 70,000 kaki persegi, 

Terletak di atrium berhawa dingin 55ft, dalam IOI City Mall, Putrajaya. Terdapat 11 tarikan dan 8 function room, District21 juga menawarkan tempat yang sesuai untuk team building korporat dan murid sekolah serta sesuai untuk sambutan majlis hari jadi.

District21 mengandungi 11 tarikan cabaran kebanyakkannya tidak pernah dilihat di Asia, 

District21 menawarkan aktiviti untuk semua pelawat untuk anda memanjat, melompat, menunggang, gelongsor dan terbang.

Ada 2 level. Level bawah untuk beli tiket dan entrance masuk ke park


Pintu masuk


Beli tiket di sini

Harga tiket masuk RM 58 bagi yang active.

Kalau teman je tapi tak main kira tak active. Boleh masuk tapi kena bayar RM 10.

Kalau masuk untuk tengok je, FOC. Tapi tak leh la pegi dekat dekat. Ada laluan khas ke dalam dan ke tengah tengah kawasan jer. Tengok dari jauh.

Sila pastikan waktu operasi sebab setiap permaiann lain lain waktu operasi nya

Laluan masuk

Kawasan masuk untuk tengok jer

Patuhi arahan

Terdapat 11 permainan yang ada di District 21 ni.

1. Power Station.

Ini adalah satu kawasan mendaki interaktif. Semua dinding memanjat dilengkapi dengan autobelays untuk keselamatan. Banyak dinding interaktif dan memerlukan penyelesaian masalah sebagai sebahagian daripada cabaran pendakian. Lantai keselamatan disediakan di seluruh kawasan pendakian sebagai keselamatan tambahan.


Panjat memanjat mengikut umur dan kesukaran


Terjunan

2. Roller Glider

The Roller Glider adalah tarikan pertama dunia, campuran garis zip dan coaster. Glider akan turun mengikut kabel yang di rentaskan di bahagian bawah bumbung dan turun dengan melalui gelung gelung tertutup dan laluan berkeluk.

Dengan cara ini penunggang menikmati additional g-forces of a coaster with the gravity feed thrill of a zipline.  

Roller Glider

Merentas laluan di bahagian bumbung


District 21

3. Go Pedal.

Ni untuk budak budak je lah.

GoPedal


Ni kat bahagian budak budak

4. Pump Track

Penunggang boleh memilih samaada naik skuter, basikal atau pun skateboard dan melalui laluan yang telah di sediakan tanpa perlu mengayuh.

5. Low Ropes

Turun turun tali. Khas untuk budak budak je kot yang ni.

Low Ropes

6. Launch Pad

Melompat di atas padang trampoline yang besar.

Launch Pad. Sesuai untuk budak budak dan dewasa

7. The Maze.

Kena ikut laluan yang di sediakan. Cabaran masuk terowong, sangkar etc.

The Maze

Masuk dalam bas

8. Free Fall.

Bagi yang rasa cemana nak terjun boleh try yang ni.

Free Fall

9. Sky Trail

Rope Challenge.

Sky Trail


Merungkas

10. Tubby Ride.

The feeling of sliding down a snow bank on a inner tube is a common pastime for kids and families in countries with winter climates. With the Tubby Ride’s special surface, patrons will experience the same sensation. Tubes can be used individually, double or in a convoy.

11. Carousel

Yang ni terletak di bahagian atas. Kalau tak beli pakej dia pun boleh beli tiket asing dengan harga RM 5 untuk sorang kanak kanak. Dewasa boleh teman dan FOC.

Carousel

Pusing pusing sampai pening

Carousel tu di bahagian atas.

Kat atas jugak ada tempat untuk benda benda ni. Mostly untuk budak budak la dan boleh main tanpa perlu beli tiket package. Ada tiket asing asing bagi setiap permaiann ni.

Go cart budak budak

Archery

Laluan keluar

Junk Yard ni kedai jual cenderamata

Ada t shirt

Ada permainan jugak kat luar

Contohi la adik ni. Dia pedulik apa.. janji ada makanan

Dari permerhatian aku sebab aku belum berkesempatan mencuba di District 21 ni. Tempat ni agak menarik. Harga boleh la di terima kalau untuk dewasa. Tapi kalau untuk kanak kanak rasa tak berbaloi sebab permainan untuk mereka agak limited. Kalau kanak kanak besar sikit tu OK la kalau dah jenis berani nak memanjat.

Satu lagi... nampak queue pun macam ramai. Kalau datang kena datang awal pagi sebab takut tak abis nak try semua permainan di sini.

Jangan lupa bawak kasut dan stokin sendiri. Masa untuk mengatasi rasa gemuruh anda ! !



Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya kan pasti terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
menyerlah jauh dari yang biasa

IOI City Mall

Maklumat lanjut sila rujuk website : District 21

12 comments:

  1. Baru ahad lepas ge jalan2 kat 101 CITY MALL ni. Luas tapi tak pegi pun ke area park tu. Rasa mcm dah besar sgt nk main2 kat situ... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh.. org tua pun boleh main la... lagi tua lagi dapat diskaun. ( warga emas kot ). hehehe

      Delete
  2. Meng ...

    Tak ada lagu lak hehehehhee

    Memang besar IOI nih !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... lupa nak search kat youtube hari tu.... tu yang kosong tak berlagu

      Delete
  3. Boleh letak lagu Gemuruh - Faizal Tahir tak? Ahahahahaha!

    ReplyDelete
  4. Free fall dan sky trail tu nampak menarik...sejak IOI City Mall di bukak, baru 2 kali je ke sana itu pun belum habis pusing..pegi hari ahad..org mcm semut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gi la cuba JM. JM tak gayat kan? kan berani. travel solo pun dah.

      ke ada takut apa apa?

      Delete
  5. InsyaAllah, kami nak ke sana kejab lagi....

    ReplyDelete