Pages

Tuesday, October 27, 2015

02 - IOI City Mall, Putrajaya : Magnum Cafe, Putrajaya

First time aku tau wujudnya Magnum Cafe ni masa kat Jakarta.

"Magnum aiskerim ada cafe? Nak makan apa? Makan aiskerim semata?"

* garu garu janggut

Then aku dengar dengar cerita ada cawangan pertama Malaysia dibuka di MidValley tapi biasalah malas nak pegi sana.

Sebelum ni masa pegi IOI City Mall ni ada gak la aku nampak orang beratur ramai ramai, ingatkan sebab baru di buka so memang tak lah aku nak beratur dan turut serta.   

Cuma kali ni, pasang niat dan kuda kuda sejak dari rumah lagi. Bukan nak bersilat, tapi nak pastikan aku singgah makan di sini.

* duduk bersila, pejam mata dan tarik nafas serap semangat merasuki jiwa

"Walau apa pun yang terjadi.... MUST GO !"

* bukak mata semua orang dah tak der.

"Eh. Dah tunggu kat kereta ?"

Magnum Cafe Putrajaya

Asyik dengar cerita orang je. Nak jugak aku pegi dan rasai sendiri. Adakah dia memang jual aiskerim semata atau ada benda lain?

Ayuh riki.

IOI City Mall, Putrajaya

Sewaktu kami sampai di IOI City Mall. Lepas singgah solat tu destinasi pertama adalah makan aiskerim di sini.  

Saja nak try test cuba.

Tapi.. bila sampai tu, tengok orang masih ramai beratur...

Dia orang ni dah kenapa?

Kenapa orang bergigih beratur sampai macam tu sekali? Nak beli apa? Setakat beli aiskerim Magnum baik je la beli kat Petronas pun ada.

Macam terbantut niat suci tak berapa murni tu. Aku pegi hisap rokok dulu. Tapi keinginan nak tau pun ada.

Ada tempat makan di bahagian luar

Dan ada jugak di bahagian dalam

Lepak lepak kat luar hisap rokok sebatang then baru aku pegi kat pintu satu lagi yang tak de orang beratur.

"Dik, Orang beratur tu kenapa? Nak guna toilet ke?"

Hahahaha. Toilet tu dialog busuk jer.

Budak waiter tu cakap, yang beratur panjang panjang tu kalau nak beli aiskerim yang harga RM 9.90. Pintu yang aku berdiri tu adalah kalau nak dine in !

Gitu pulak.

"Baik lah.. Sediakan meja untuk Beta dan keluarga Beta. Beta datang hendak menyantap ! Jangan bagi Beta sentap !!"

* libas libas jubah di Raja.

OK. Tu pun sama. Dialog busuk jer.

Tanpa berfikir panjang aku suruh dia sediakan seat untuk kami sekeluarga.

Dalam resto

Belah sana tu tempat orang beratur

Kami diberi tempat duduk

Suasana dalam resto

Lampu lampa

Setting dalam resto dia agak cantik dan menarik. Bajet bajet macam kat Hard Rock Cafe.

Tapi orang dine in pun ramai jadi kebarangkalian duduk dekat dekat dan dengar orang sebelah bersembang adalah tinggi !

Pepandai lah.

M for Magnum

Garfu siap sedia

Maybe setiap outlet ada menu book sendiri. Must be something cafe ni.

Baca lah kalau rajin

Now belek

Macam macam rupa dan beraneka jenis aiskerim Magnum ada

Macam Magnum yang biasa kita beli kat luar. Cuma yang ni plating lawa skit

Dan terinovasi dengan perisa dan perasa sampingan yang lain

Order lah ikut kemahuan

Janji tak membazir

Kami memang tak order banyak. Order 2 je pastu share share. Then order minuman sekali bagi hilangkan dahaga.

Sebab tau benda ni manis, jadi kami mintak ais kosong.

Tak de la tercekik nanti

Hero boleh nak hot chocolate jugak. Keinginan dia kadang kadang over juga

Menu pertama. Di persilakan masuk Magnum Trifle

Aiskerim Magnum biasa.. ada biskut macam pavlova kat bawah

Dan kedua. Magnum Red Velvet

Dihidangkan atas batu macam mozac

Dig in..... 

Belasah beramai ramai

Makan tu je dan kos dia adalah RM 84 !

* nyonyot batang aiskerim tak nak bagi nampak membazir

Tak tau la berbaloi ke tak. Makan aiskerim je pun. Satu set menu tu harga dia dalam range RM 25 - RM 35. Lagi complicated rupa parasnya lagi mahal la kot.

Makan aiskerim ni biasalah manis betul. Cannot go kalau too much. Sikit sikit boleh lah.

Jadi berkongsi tu lebih baik. Baru la Magnum ! Cuma kos nya agak mengaum sikit.

Boleh di cuba. 

"Tapi tak boleh makan selalu selalu. Kena potong kaki nanti........................ Lagipun makanan macam ni tak mengenyangkan pun"

Alasan Papa untuk tak nak bawak anak anak datang makan di sini lagi !

Pastu anak aku tanya.

"Kenapa makan aiskerim kena potong kaki Papa? Orang yang cacat naik kerusi roda tu sebab makan aiskerim ke?"

Malas aku nak explain kadang kadang. 

Macam baru baru ni aku dok borak dengan OR pasal movie hantu yang Maya Karin berlakon. Tiba tiba Hero tanya.

"Papa, Maya Karin tu sama macam Maya HD ke?" (Channel Astro)

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Lawati FB : Magnum Cafe Malaysia

22 comments:

  1. Hehehehe...... Kakak seri suka pertanyaan hero tu... So sweet.......!!

    ReplyDelete
  2. Maya Karin .... and Maya HD hahahahahhahaaa ... tersenyum senyum baca !

    (Baru jer tengok cite Jwanita yang tak berapa nak seram and sedap tuh !)

    Waktu dulu dulu, kat KLCC cuma ada kedai Ice Haagen Daaz jer ... itu pun kecik and simple jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tengok ke? haa citer tu la konon2 nak tengok. tapi since org kata tak best. malas la nak gi usha. dah abis kot kat wayang.

      Haagen daaz skrg pun ada lagi, tapi harga tetap mcm tu la tak turun turun...

      Delete
  3. Teringin, tapi itulah dia... harganya....
    Nangis kalau mak kat kampung tau harga aiskrim puluh puluh ringgit.
    Tapi akan dicuba juga satu hari nanti. Pastikan jaya! (curi dialog kau)

    ReplyDelete
  4. bahaha maya Karin tu sikit punya canteqq hero samakan ngn maya hd. #pitam.

    hipster je ni bang meng. Tried once and that's it ler. Ahaks.. Kowser nak makan dua kali.. manis nau,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan. sekali dua org pegi la. lama lama dah bosan. mahal dan tak tau nak makan apa dah.

      Delete
  5. Maya Karin sama macam Maya HD hahahaaaaaaaaaaaaaaaaa
    hilang keayuan aku belasah gelak pepagi neh!

    ReplyDelete
  6. hahaha..bijak Hero..bagi soalan luar kotak..hehe.

    ReplyDelete
  7. adeh...always amused bile bace cite pasal anak2 ko neh meng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.. biasalah budak budak tgk nak pick up many things.. mcm mcm la kerenah nya

      Delete
  8. nyonyot aiskrim kacang malaysia..baru 3posen..

    #jejes air liur tgk eskrim magnum

    ReplyDelete
  9. Pernah merasa yang 10 ringgit tuh je heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.. sama ke dgn yang kat petronas yang biasa biasa tu? tu pun x sampai 10 ringgit rasanya

      Delete
  10. di Magnum tu setiap kali lalu x pernah x de org Q panjang...maybe itu harga aiskrim yg paling muraher

    adus!! magnus oh magnum..klau harga mcm tu beli kat Petronas je lah ;p

    Hero..hero oh hero..Maya Karin tu kembar Maya HD kah kah kah..adus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Magnus la....

      sama je kot magnum kat petronas tu. cuma kurang lawa skit la. kat magnum cafe ni macam ada freckle freckle boleh tabur tabur bebahan lain.

      tapi org tetap rela beratur panjang kan?

      memang pelik org malaysia ni kdg kdg

      Delete
  11. Lama tak singgah sini. sejak sejak opis block bkak blog hihi..tersembur gelak bila hero samakan dgn maya HD hahaha.kesian kak maya kte

    mampu makan aiskrim magnum beli kt kedai runcit tu jeee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isk... apa la keji sgt opis block blog aku ni. Ni sumber ilmu dan merapu tau. hahahaha ckp kat boss mcm tu !

      Magnum kat kedai runcit kalau beli sekotak mahal jugak jadi nya

      Delete