Pages

Thursday, September 10, 2015

Santai Damai Selatan : 01 - Trip to Tioman

Maka menujulah manusia ke pantai-pantai yang permai
Mencari apa yang mereka namakan sebagai ketenangan.

Menjelajahlah manusia ke hutan rimba,
Ke dataran hijau dan ke bukit serta gunung yang tinggi
Demi mendapatkan ketenangan yang mereka cari

Begitulah hakikat fitrah kemanusiaan 
Yang memerlukan hiburan ketenangan
Setelah hidup mereka dipenuhi dengan seribu macam kesibukan

Tapi benarkah wujud ketenangan di tempat-tempat yang dikejarkan oleh mereka ini? 
Di situkah wujud kebahagiaan yang mereka dambakan saban waktu?

Wujudkah damai yang mereka cari?

ehem ehem

* betul betulkan microfon

Ni cerita perihal pegi Tioman untuk mencari kedamaian !!!

Highlight dah keluar sini zaman dinosaur masih riang berlari lari : Trip Bila Minda Superhero Bercelaru

Plan ke Tioman ni memang datang last minit. Sebab aku kena berada di JB atas urusan kekeluargaan, jadi aku cilok kejap untuk pegi bercuti dan mencari ketenangan diri.

* seka airmata

Trip bermula dari Subang Airport di mana aku ambik flight ke JB.

Dari Subang Airport

Cuak la sekali sekala naik kapal terbang kecik ni

Sampai JB. Di JB naik bas ke Mersing  

Jetty penumpang ke pulau di Mersing.

Sebab time tu memang time cuti jugak. Nak mendapatkan tiket bot pun agak mencabar.

2 hari sebelum aku bertolak ni baru aku beli. Nasib ada sedara di Mersing yang tolong belikan. Tu pun jenuh dia call sana sini. Dan tiket memang dah abis. Kalau nak bawak family memang tak boleh lah. Nasiblah aku mintak selit aku sorang jer.

Ferry ke Tioman boleh di beli online : http://www.tiomanferry.com.

Tapi harga mahal sikit kalau beli online ni.

Check dulu jadual ferry sebab ianya sentiasa berubah mengikut pasang surut air di kuala sungai Mersing.

Ferry ke Tioman

Dalam ferry menuju Tioman

Lagi haru.. seat memang tak cukup. So sepanjang jalan aku kena berdiri. Mula ingat dapat la duduk belakang ferry. Boleh menghirup udara segar, tapi pintu lak locked. Tak leh di bukak.

Nak tak nak terpaksa aku jadi pak pacak berdiri kat toilet.

Dan macam biasa.. 40 kali orang gi toilet.. 40 kali lah aku kena kasi laluan.

Kadang kadang bau hancing tu datang jugak menerpa ke hidung. Siksa. Tapi bertabahlah..  Ni semua aku kena tempuh sebab memang aku punya tiket pun last last minit. Tu pun ada orang yang kenal yang uruskan. Maybe sebab kasihan je kot aku dapat.

Tapi bayar tetap bayar. Tambang ferry adalah RM 70 return. Bayar RM 10 untuk Conservation Fee Marine Park.

Bot sampai di Kampung Tekek setelah berhenti di beberapa jetty lain sebelumnya.

Aku memang kena turun di Tekek sebab aku kena ambik transport lain ke penginapan aku.

Kompleks Jetty Pulau Tioman

Time cuti orang memang ramai

Welcome to Pulau Tioman untuk kali ke aku pun tak ingat

Airport Tioman yang sendu sendu jer...

Cabaran diteruskan bilamana aku nak mencari transport dari Kg Tekek ke Kg Juara. Aku memang mencari penginapan di sana dan memang tujuan aku kali ni ke Tioman untuk menginap ke sana.

Aku dah book penginapan dan aku dah sedia maklum, untuk ke sana aku kena ambik transport 4x4 dengan harga RM 30 sehala.

Tak kisah lah tu.

Tapi sejak dari di Mersing aku call resort aku tu tak dapat dapat. So aku kena cari option sendiri untuk ke sana.

Sampai di Kampung Tekek, ada ramai la orang akan tanya nak ke mana dan ke mana. So aku bagitau aku nak ke Kg Juara. Maybe ada taxi aku boleh share. 

Ada sorang mamat ni beriya riya la konon nak membantu.

"OK. Abang tunggu sini kejap. Nanti saya cari kan 4x4 ke sana"

Aku tunggu tepi jalan. Tengok orang turun naik bas ke Berjaya Tioman yang sememangnya ramai tetamu tu.

Tak lama mamat tu muncul lagi.

"OK. Abang ikut saya"

Aku pun ikut dia. Dia bawak aku naik kancil yang macam nak roboh. Aku tak tanya banyak, just follow dia je lah.

Dia drive lebih kurang 2 km kot.

"OK Bang.. Sebab abang sorang. Saya hantar abang ke Kg Juara. Abang bayar saya RM 70"

Errrrkkk..

Tak ke kau rasa macam nak lempang mamat ni?

Dan dengan kancil macam ni dia nak belah bukit bukau ke sebelah Kg Juara? Fuh. Aku pun jadi tak percaya.

"Ya ke? Tak pe la kalau macam tu saya cari yang lain. Hantar saya balik ke jetty tadi"

Dia tak leh cakap banyak. Berani nak berlawan dengan aklu.. aku fire kang tterus dia jadi burger bakar !

Kembali ke jetty Kg Tekek dan usha usha kawasan. Ada sorang lagi pakcik datang cuba cuba membantu. Tapi aku yakin pakcik ni bukan ulat, tapi dia memang bertugas untuk uruskan transport pelancong di Tioman ni.

Dia suruh aku tunggu sementara dia carikan transport untuk aku.

Aku setuju. Tapi ! Aku bagi tau dia aku duduk makan jap sebab aku lapar.

Dan ni habuan aku sementara menanti

Belum sempat aku abiskan makan burger, pakcik tu datang dan bagitau aku suruh naik Kembara kaler kuning.

Dalam tu ada 2 mat salleh kaki panjang tapi tersiksa duduk di belakang. Sorang drebarnya perempuan. Dan aku duduk sebelah dia.

Tak lama, pompuan tu terus drive Kembara dia meninggalkan kampung Tekek.

Kembara yang agak nak roboh jugak lah

Dan perjalanan ke Kampung Juara memang mencabar.

Naik turun bukit. Jalan tak elok gambar pun bergegaria vaganza

Laluan yang sangat sempit

Tapi kakak ni maybe dah biasa kot ulang alik. Cuma aku lah cuak badak. Kawasan bukit bukau yang tinggi dengan tebing curam kiri kanan. Memang mengerikan.

Perjalanan cuma 7 km tapi memakan masa lebih pada 30 minit.

Seawal perjalanan memang mendaki bukit. Sekali sekala bunyi Kembara Kuning tu macam meraung kena siksa jiwa raga. Aku berdoa selamat sampai je la dan moga tak jadi apa apa yang tak baik.

Ni je option yang ada.

Dari kawasan berbukit bukit, turun ke kawasan landai sikit penuh dengan kebun kebun orang. Pastu kawasan hutan dengan jalan kecik dan semak samun. 

Agak mengarikan jugak lah kalau nak redah waktu malam.

Tapi ada je mat salleh buat keje gila jalan kaki. Siap yang tarik beg lagi. Gigih betul dia orang ni walaupun laluan trekking ada di sediakan dari Kg Tekek ke Kg Juara tapi kondisi jalan memang tak berapa cantik.

Memang mencabar !

Sampai di Kg Juara, kakak tu turunkan 2 mat salleh tu dulu. Then dia antar aku sebab chalet aku paling hujung di Kg Juara tu.

Lega akhirnya aku selamat sampai.

Penginapan aku di Kg Juara. 1511 Coconut Grove Juara

Bilik yang basic tapi agak OK

Terletak di hujung Kg Juara so agak sepi suasananya

Sampai je check in dan lepak lepak. 

Chalet tak berapa banyak tapi agak penuh dengan tetamu juga. Suasana agak sunyi dan tenang di kawasan ni. Tapi aku tak kisah sebab memang tujuan aku nak datang ke tempat yang sunyi dan mendamaikan ni.

Apa apa pun, aku ambik masa untuk ronda ronda area Kampung Juara ni.

Cuaca mendung dan sekejap kejap hujan. 

Chalet lain di Kg Juara

Kg Juara ni terkenal sebagai pantai yang menjaga dan memulihara penyu

Dan pantai dia sendiri agak landai dan luas

Tapi berteluk jugak di kawasan tengah tengahnya dengan batu batu memisahkan di antara pantainya

Aktiviti aku tak berapa banyak sebab aku memang tak plan nak beraktiviti pun.

Aku cuma perlukan tempat je. 

Tempat yang tenang. Jauh dari hiruk pikuk. Jauh dari hingar bingar. Jauh dari segalanya.

Dan satu malam, aku mencari ketenangan di sini.

Dan ku temui cahaya pagi

Untuk sesuatu yang lebih bererti

Untuk hari hari yang mendatang nanti

Dan ketenangan yang aku cari berakhir juga di sini. Cuma 1 malam di Pulau Tioman ni dan 1 malam je aku di Kg Juara ni. 

Tapi Alhamdulillah. Setakat waktu yang di beri, aku rasa aku beroleh tenang di sini.

Hari ke dua. Aku dah check out untuk pulang.

4x4 yang di arrange oleh owner resort aku untuk hantar aku ke Kg Tekek Semula. Tambang balik ni cuma RM 25

Meninggalkan Kg Juara

Di Tekek. Singgah beli rokok di Duty Free. Berjaya beli. Nasib baik tak kena tahan kat jetty sebab aku beli lebih

Selamat lah percutian mencari ketenangan 2 hari 1 malam di Kg Juara, Pulau Tioman

Dan ferry datang membawa aku pulang.

Memang singkat tapi tak rushing sebab aku memang tak de aktiviti khusus aku nak buat.

Just datang dan tenangkan fikiran dan minda. Memang tempat ni sesuai untuk itu. Cuma nak sampai ke Kg Juara tu je la agak mencabar. 

Tapi worth it lah.

Apa apa pun... kedukaan yang aku rasakan berjaya aku tinggalkan di sini. Ketenangan dan kedamaian aku bawa pulang untuk menempuh hari hari mendatang.

Hidup mesti di teruskan. 

Mendung yang berarak kelabu bukan bermaksud hujan akan datang dan memusnahkan segala impian !

* flip rambut ala ala Ella. berderai keping keping kelemumur di bahu.................



Masa lalu hitam
Didalam hidupku
Dapatkah ku jadikan putih
Kegagalan cintaku
Juga keyakinan
Tergoyah oleh keadaan

Miskin jiwa dan ragaku
Bagai hidup di padang yang tandus
Begitu beratnya beban yang ada dijalan hidupku
O....

Bila kau percaya
Bahawa hari-hari
Selalu berganti
Akan selamanya
Awan-awan hitam
Menghantui hidupmu

Mendung tak berarti hukan
Yakinlah itu satu cobaan
Masih ada waktu dan kesempatan
Untuk meraih cita

Aku ingin...
Mencari ketenangan diri
Agar hidup ini
Bukanlah sekadar mimpi Ho..Ho..

Aku ingin O...
Kau tahu isi hatiku
Cintaku padamu
Kasihku padamu
Putih tak ternoda
Untuk dirimu
Hanya untukmu

Mendung tak berarti hukan
Yakinlah itu satu cobaan
Masih ada waktu dan kesempatan
Untuk meraih cinta

Aku ingin...
Mencari ketenangan diri
Agar hidup ini
Bukanlah sekadar mimpi Ho..Ho..

Aku ingin O...
Kau tahu isi hatiku
Cintaku padamu
Kasihku padamu
Putih tak ternoda
Untuk dirimu
Hanya untukmu

bersambung.............

8 comments:

  1. Meng ...

    OMG ... dah berubah rupanya !!! ... I was here pada tahun 1990 dulu ... (25 tahun yg lampau???)

    Waktu tuh I stay kat Kg Tekek ... and kita orang trekking ke Kg Juara sebab ada kenduri ... agak ngeri gak ler sebab terus ke malam gitu ... Waktu tuh tak ada jalan kereta, memang kena rempuh hutan tuh !!! Tapi memang thrill lah !!!

    Memang dah berubah yaaaa !

    ReplyDelete
    Replies
    1. en ghaz. kalau sekarang pun i tak sanggup nak trekking.. lagi la 25 tahun dulu.. ular ular masih riang dalam hutan tu agaknya...

      kondisi jalan memang tak elok lagi.. kalau lepas pun cuma 4x4 jer..

      Delete
  2. Hanya sehari. Terubat kah hati uncle yang lara. Anyway pulau tioman menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sehari jer. tu pun dah bosan sebab tak de apa nak buat.

      tioman menarik.. tapi kena pegi tempat lain lain la. tempat yang sama bosan pulak

      Delete
  3. bestnyaaaaa x pernah lagi p Pulau Tioman ...

    nanges

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan kau menangis di situ. pegi pack baju dan bergerak sekarang.

      tioman menanti mu....

      Delete
  4. Juara ni memang aku teringin sangat nak pergi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa buleh la. sila sila. camping pun menarik kat sini

      Delete