Pages

Wednesday, August 5, 2015

Mimpi Yang Semporna - 03 : Mabul Beach Resort

Ketibaan kami di sambut oleh seorang lelaki kokesen separuh Abad. Agak friendly dan welcoming.

Dah sampai tu kami terus di bawa ke reception area untuk check in. Beg beg kami semuanya di angkut oleh pekerja resort tu sendiri jadi kami lenggang kangkung je. BW dah siap dengan topi Ratu Elizabeth dengan shade mata lalat. Bawah pakai selipar jepun !

Jauh sungguh perjalanan hari ni nak sampai ke Mabul ni. Apa apa pun, kami gembira sebab berjaya jugak menjejakkan kaki di sini dengan jayanya !

* tepuk pengakap 14 kali

Papan tanda resort

Layan dulu gegambar sekitar Mabul Island Resort.

Jetty tempat kami berlabuh tadi. Di tengah laut adalah pelantar yang juga merupakan sebuah resort.

Pantai depan resort. Lawa jugak pantai dia

Boleh lepak lepak santai di sini

Di sini ada tempat penetasan penyu. 

Mamat kokesen yang bawa kami ke lobby tu bercerita, banyak telur penyu dijual secara haram oleh penduduk setempat untuk dijadikan hidangan. Jadi, bagi menjaga ecosystem alam dan memulihara hidupan penyu supaya berterusan, setiap telur penyu yang di bawa ke resort ni akan di bayar RM 10. Kalau dia orang jual pun cuma dapat dalam RM 2 sebijik.

Begitu mereka berbakti kepada alam !

* tepuk pengakap lagi 29 kali sampai pedih tangan

Tapi kami agak tak bernasib baik sebab tak de jadual penetasan penyu terdekat sewaktu kami berada di sini. Tak de rezeki nak tengok penyu menetas. Pose pose menetas sendiri je lah.

Laluan ke lobby reception dari arah pantai. Kawasan resort sangat bersih dan terjaga. Banyak pokok pokok di tanam

Antara chalet yang ada. Chalet chalet agak kelihatan baru sebab baru dibaikpulih selepas mengalami kebakaran sedikit masa dulu.

Bangunan reception yang terletak di bahagian belakang resort

Di lobby kami di sambut pula oleh seorang mamat local yang uruskan check in bilik. OK lah dia. Agak helpful dan baik hati. Tapi ! Ada sorang minah salleh ni, tak tau la Resident Manager ke apa, muka macam cibai gila. 

Dia tengok kami orang local agaknya, layan tak nak layan je. Cakap pun macam nak bergaduh. Cilakak betul.

Awal awal aku dah bengang dengan dia. Bila kami tanya jawapan dia macam nak tak nak jer.

 Nasib budak lelaki tu OK.

Dan kami di beri kunci bilik dan di brief mengenai tempat makan dan pasal aktiviti yang bakal kami lakukan di sini.

Layan gegambar di sekitar reception area Mabul Beach Resort.

Urusan check in

Ada tempat lepak. Boleh charge apa semua kat sini. 

Di sini ada tempat makan. Waktu kami sampai ada minuman petang disediakan. Minum teh dan kopi serta makan kuih sepotong.

Boleh sesapa nak menjadikan penyu sebagai haiwan angkat masing masing.

Yang best resort ni memang bersih dan elok di jaga....

Kami tak spent lama lama di lobby. Tak sabar nak masuk bilik. Bilik kami dekat je dari lobby reception

Inapan kami di malam pertama. Cas cas mewah duduk di kamar ada ekon

Ada buai untuk santai

Katil just nice untuk kami bertiga

Keadaan bilik semua bersih dan rapi. Tak banyak benda pun. Agak basic tapi hot water, aircond apa semua ada lah.

Ada ruang santai di berandah untuk melepak lepak.

Kami ambik turn mandi dan bersiap siap semula. Lepas solat, kami bergerak untuk aktiviti hari ni !!

Aktiviti berpeleseran secara suka hati.

Hari dah hampir menjelang petang. Plan kami memang nak pusing pulau, tapi since resort kami tu terletak betul betul sebelah perkampungan Bajau Laut di Mabul ni, jadi kami usha dulu kawasan tu je dulu.

Ayuh !!!

"Bersedia penduduk kampung... kami datang ni.... !"

Perkampungan bajau laut sebelah resort kami

Rumah mereka. Dua orang tu berendut la tu agaknya

Tyra Banks dan kawan beliau sedang menjalankan aktiviti mereka di petang hari

Rumah rumah mereka.

Rumah dia orang ni agak dekat dekat. Rasanya dia orang occupied certain area je sebab area lain mostly sudah di bangunkan sebagai resort dan penginapan. 

Tak tau la cemana dia orang boleh hidup sini. Maybe sebab dah terbiasa. Bekalan letrik dan air bersih macam ada, tapi macam agak limited juga. Ada kedai runcit, kedai cenderamata dan pondok pondok kayu yang didirikan sebagai tempat mereka berlindung.

Dia orang maybe dah terbiasa dengan pelancong, jadi mereka buat tak tau je lah dengan kita kita ni. Cuma budak budak lah ramai berlari larian ke sana ke sini bermain.

Ramai betul budak budak.

No family planning kah?

Kanak kanak riang bermain.

Berjalan di kawasan tempat tinggal dia orang ni mengundang pelbagai persoalan.

Tak semak ke duduk ramai ramai begini? 

Cukup ke makan pakai mereka?

Rasanya mencukupi sebab mereka hidup secara sederhana. Basic kelengkapan mencukupi. Tak de yang menunjuk nunjuk, tak de yang berlebih lebih. Hidup simple jer. Bersyukur dan terima seadanya !

Dan yang paling mencabar minda nak di fikir, di mana mereka beromen? Sebab rumah dekat dekat. Ke kena kinky kinky main ikat mulut supaya tak berbunyi? 

Hahhahahaha.

Sambil dok borak sambil dok gelak gelak sebab terlebih imagine.

Tapi... tak susah mana kot nak projek sebab jumlah kanak kanak yang ramai boleh menjawab persoalan tu.  Macam macam lah kami teka. Dia orang projek celah batu. Or ada port memang untuk parent parent je yang tahu untuk berdondang sayang.

Atau projek dalam bot?

Well. Practice makes perfect !

Hahahaha..

Persoalan yang tiada kesudahan. 

Basically dia orang hidup dengan riang dan tak mempedulikan sangat orang asing yang datang.

Cuma orang asing je selalu menjadikan mereka mereka ni prop especially dalam gambar

Cubaan menyanyikan lagu Negara Ku di atas bot yang terdampar.

Kawasan pertama yang kami lalu yang merupakan penempatan mereka ni agak ramai jugak la. Dan kedudukan rumah sangat dekat dekat.

Selepas kawasan ni, kami sampai di sebuah resort mewah di atas air.

Apa lagi.. Jom skodeng dulu.

Sipadan Water Village, Pulau Mabul

Lawa resort ni. Cuma cuaca agak mendung petang hari tu

Air jernih. Boleh nampak karang karangan di lautan. Sungguh menghairahkan. Tak sabar kami nak terjun dan bersatu dengan alam semulajadi di sini.

Yang bestnya, resort resort ni walaupun private tapi orang boleh masuk dan snappy snappy. Tak de yang marah pun. Maybe orang orang yang duduk situ bosan kot kalau tak de orang datang sebab tetamu resort mewah ni bukan ramai sangat rasanya

Pelantar di resort atas air ni

Dan kami pun mundar mandir pusing pusing di kawasan ni jer

Selepas pada resort terapung yang pertama, kami terus menapak. Ada lagi satu resort yang lebih kurang sama di bina di atas air. Nama dia SMART - Sipadan Mabul Resort 

Memang smart tempat ni. Bersih dan sangat sangat di jaga rapi. Macam tak sesuai untuk diver tapi lebih kepada honeymooner !

Of choss mahal gila kot nak stay sini. So kami hanya mampu melihat lihat kawasan jer.

Ada water chalet di sini, tapi kami decided nak skip dulu kawasan ni. Kami nak gi pusing pulau belah lain dulu.

SMART resort ni ada yang di atas air dan ada jugak garden site ( di atas pulau ). Jadi kami terjah ikut yang belah darat je dulu cross sampai ke belah belakang Pulau Mabul.

Laluan dalam SMART Resort

Laluan tu tembus ke bahagian sebelah satu lagi Pulau Mabul ni.

Memang cantik. Memang menarik kau memang the bomb !

Tapi nak duduk tu, tak mampu la kot. Hanya mampu memandang sajork !

Sama jugak, walaupun SMART ni agak exclusive tapi kalau nak jalan jalan dalam tu OK je. Pepandai la buat muka mewah dan selamba bomba jer. Jangan takut, sebab kalau kena tangkap pun tidak akan di DAKWA tapi sebaliknya...............  

Penceroboh akan di DAKWAH !

Tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jangan dakwah kami !!!!!!! Kami tak bersalah........................

* menangis berlinangan airmata kalau kena tangkap dan di dakwah dengan bahasa Bajau Laut tak henti henti.

Terus rasa nak layan lagu nasyid seround. Teringat zaman zaman di dakwah oleh pak mertua dan tok kadi.



Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

bersambung..................

22 comments:

  1. Hahaha Meng... nampak je orang berendut! Tapi memang romantika di amor laa memadu asmara di bawah penyidai baju!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang berendut...hahahaha... tak kacau. tengok jerrr

      Delete
  2. haha, imaginasi jauh sgt tu! ngek!

    nak tanya, kokesen tu apo? sy lahir tahun 80an bang, serius tak tau!

    ReplyDelete
  3. Meng...aku agak diorang projek dalam laut kut...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha... kau lagi terlebih imagine dari aku !!

      Delete
  4. aduihhhh...asal datang blog ni je kan..... tetiba macam nak tercatit kat buku travel tempat ni masuk dalam list....

    dapat yang platform hotel semalam tu ..ok kot... bajet g offshore la gitu.... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mabul ni kira MUST GO !!!

      platform tu mahaiiii... dan kena ada license diving kot nak duk situ. sebab kalau nak ala ala discovery.. org pun tak moh layan

      Delete
  5. hahaha..Meng imaginasi x berkesudahan ;P

    ReplyDelete
  6. Subhanallah, cantiknya. Please update cepat2 entry pasal snorkeling/diving pula.

    ReplyDelete
  7. air kat sipadan mengundang sangat.

    Selalu minah local yang suka bermuka cibai ni terbalik pulak

    project dalam air la Abang Meng hahahah.Ntah ntah kondom pun diorang tak kenal cam mana nak family planning


    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. tapi makcik kokesen ni memang mcm cibai betul.. menyirap aku dari sampai .. hingga la nak balik.

      rasa nak lempang2 jer

      Delete
  8. Hahaha persoalan yang sama juga kitteerr! Aku dh dpt jwpn berkenaan bajau laut. Ko tlg skodengkn bajau darat ya. Kot jumpa tali rafia dan secebis kain *ketara pulak tgk 50 shades of grey*

    Lagu hape ko tepek ni meng 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... aku pernah baca tu dulu..

      lagu tu aku pun tak tau. tak pernah dgr tapi hari tu viral kejap kat dubsmash

      Delete
  9. Tepuk Pengakap 100 kali !!!

    Hahahhahahahahahaaha

    (Tak tau pun apa itu tepuk pengakap! Zaman sekolah dulu mana mampu nak masuk benda benda nih semua!!!)

    Pandai di Tyra Bank menganyam yaaaa

    Hahahhahahahaaaaa

    Kenapa tak snappy snappy gambar si Kekwat Kokesen tuh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh choss ada snappy gambar sheols.

      tunggu..

      beliau bakal muncul !!!!

      Delete
  10. baca dan baca
    ambik feel permandangan cantik
    tetiba
    hujung2 ada lagu nasyid?
    err..
    (terbayang lagu stacy - pelangi senja sebenarnya..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..

      lagu tu main tangkap muat je. nak bagi entry panjang

      Delete
  11. adoiiilaa...

    baca entry blog ni x pernah tak terciritt gelakkk..

    jauh sungguh imaginasi..
    ke halusinasi dah tu Mengg??

    bhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kdg kdg rasa mcm ada masalah mental gagal berfungsi dgn baik.. hahahah

      Delete