Pages

Tuesday, August 4, 2015

Mimpi Yang Semporna - 02 : Mabul, Aku Datang !!!

Masih lagi di Semporna.

Al kisah menyayat hati dua orang budak yang lapar nasi tu terus menyentap hati kami. Masing masing macam terdiam. Macam tak leh nak terima ada kehidupan manusia manusia lain yang sengsara tak cukup makan walhal kita ni hidup tak susah mana tapi susah benar nak bersyukur.

Dah selalu dapat makan sedap sedap. Ketam Masak Cili lah. Udang Masak Kari. Escargot masak 3 rasa. Errrr. Apa lagi nak?. Lumrah manusia still nak bising komplen itu ini dan mengomen mengalahkan juri Kilauan Emas !

Tak cakap orang lain. Kena batang hidung sendiri jugak.

* kebil kebilkan bulu mata

So keyword kami selepas itu adalah #bersyukur !

#bersyukur masih lagi mampu berjalan dan tengok tengok dunia luar

#bersyukur disajikan dengan pemandangan yang agak indah di Dragon Inn

#bersyukur masih lagi mampu hidup dengan aman walaupun dot dot dot

Dah abis makan tu, kami merayap lagi. Masih ada banyak masa so kami nak pegi riki riki tengok Dragon Inn yang menjadi simbolik pekan Semporna ni.

Ayuh kita gi usha. 

Ingat keyword kita. #bersyukur !!

Bersyukur sebab aku pegi skodeng tempat ni so korang boleh tau apa yang ada di sebalik chalet terapung di Semporna ni.

Ini papan tanda Pusat Pelancongan Lautan Semporna

Ini lah chalet terapung tu

Untuk masuk ke kawasan ni free je sampai setengah kawasan.

Kami pun masuk usha usha ambik gambar je. Selain daripada chalet kat situ, terdapat jugak kedai cenderamata, restoran dan pejabat pejabat pelancongan.

Ada juga ternakan yang diternak untuk menjadi habuan di restoran mereka

Ini salah sebuah restoran terapung di situ

Pulau Bum Bum kelihatan dari sini

Pusing pusing jalan jalan di kawasan Dragon Inn ni, ada satu part lagi tu nak masuk kena bayar. Tak mahal pun. RM 2 jer.

RM 2. Jangan kedekut. Ada cerita di sebalik stamping merah tu

Tapi bayar RM 2 untuk apa?

Jawapannuya tak de apa sangat pun. Cuma kat belah belah tengah tu ada macam kolam ternak ikan so boleh tengok beberapa ekor ikan gergasi yang hidup di sini.

Tak tau la apa motip bela ikan ni kasik besar. Untuk kasik orang tengok agaknya. Kalau nak suruh makan, aku tak rasa ada orang lalu nak makan ikan besar besar ni.

Memang saiz ikan ni besar besar belaka dan mereka berenang agak riang

Selain daripada port ikan ikan ni.. tempat ni juga adalah menjadi port orang beromen. 

Nampak atas tu? Terang terangan bercumbu rayu ku peluk kau, pastu kita bergomol gomol tak malu orang pandang sengsiang buta.

Read : Aku jeles jugak sebenarnya. 

Tapi perlu ke nak beromen di sini? Atau lebih betul lagi.. perlu ke nak beromen?

Merosakkan retina mata aku jer.

Dan kat sini kononnya ada.....

Pulau Penyu.. tapi penyunya tak ada ! Penyu penyu dah berhijrah jadi artis AF.

Pusing pusing lebih kurang, sudahnya kami kembali semula ke pejabat Scuba Junkie sebab dah tak de arah tujuan.

Oh. Cerita pasal stamping merah kat tiket RM 2 tu.  Masa beli tiket tu ada sorang pompuan ni bagi tiket so dah bayar aku pun suka suka hati la nak masuk. Tiket tu dah tampal kat lengan baju. 

Masa nak masuk tu, aku dok ber-humming riang. Tak de la riang sangat. Tup tup kat gate tu ada sorang pompuan lain menunggu. Rupanya dia nak verify tiket tu. Cara verify tu adalah dia akan stamp merah atas sticker tu.

So aku bagi je la bahu aku dan dia stamp sekuat kuat hati !!!!

"Hai kak, Marah ke sebab saya menyanyi tak sedap?"

Hahaha. Kakak tu gelak. Tapi kuat betul dia chop tu rasa nak tercabut lengan aku. Nasib la lengan sado !

* pengsan tepi penyu

Lagi ganas kalau aku tampal sticker tu kat dada. Bila kakak tu nak stamp maunya dia stamping kuat kuat. Silap silap pecah silikon. 

* penyu pulak pengsan tepi aku

Ekekeke.

Abis merayap di kawasan Dragon Inn tu, seterusnya tak tau nak ke mana, kami ke Giant.

Pegi Giant nak jumpa Doremon. Doremon cuti !!! Kah kah kah...

Kami beli jajan jajan je nak bawak ke pulau sebagai bekalan kudapan.

Pastu pegi ke pasar balik semula sebab BW nak beli buah

Beli buah di sini

Bagi membuang masa, sempat lagi kami melepak minum di kedai mamak kat tepi tepi tu.

Dan tepat jam 2.30 kami kembali ke opis Scuba Junkie. 

Menunggu lagi sebab bot tak ready ready. Dekat 10 minit lepas tu baru la kami di arahkan untuk bergerak ke jety awam Semporna yang terletak tak jauh dari situ.

Ini tiket Taman Laut Sabah. Simpan je sebagai kenang kenangan

Dah naik bot. Cuma kami bertiga je dalam bot tu. Sorang drebar dan sorang pembantu dia.

Meninggalkan Semporna

Bot berhenti kejap di Pejabat Taman Laut untuk register nama kami. Mamat pembantu tu je sorang turun.

Register nama di Pejabat Taman Negara Sabah ni adalah prosedur biasa bagi sesiapa yang memasuki taman laut di Sabah especially untuk ke pulau pulau di perairannya.

Pekan Semporna

Kawasan perairan Semporna ni agak sibuk juga sebagai laluan banyak bot bot

Menunggu lagi. Ada la dekat 15 minit

Bot mula bergerak laju membelah samudera raya

Oh yeah. Dah memasuki perairan Laut Sulawesi ( Celebes Sea )

Masing masing melayan perasaan dan betul betul kan rambut setiap seminit sebab rambut semua bersepah dirombak dek angin bayu bot bergerak laju. Kalau Kak Mah pegi Mabul naik bot haruslah pendandan rambut kena ikut sekali !

Engine bot yang mengaum kuat buat masing masing terdiam. Nak berbual pun tak guna. Perit anak tekak je nak menjerit.

Sudahnya, duk diam diam layan perasaan sendiri. Besar harapan kami untuk sampai di Mabul dengan selamat. 

Impian bakal menjadi realiti untuk kami jejakkan kaki di Pulau Mabul sebentar nanti.



Bahagia segalanya semakin nyata
Kini pasti yang pernah menjadi mimpi
Setinggi awan nan biru impian hidupku
Akan tercapai akhirnya

Rintangan halangan
Hanyalah dugaan impian
Bukannya khayalan harapan
Jadi kenyataan selamanya

Pernah di suatu ketika dulu
Ku mimpi hidup begini
Kini ku bagai tak percaya
Segalanya kerna ku miliki

Airmata takkan ku titiskan lagi
Segalanya telah ku harungi
Walau ombak dan badai menimpa lagi
Ku kan teguh berdiri

Tak mungkin untukku berpaling semula
Mengenang kisah yang lama
Susah dan senang adat hidup di dunia
Harus percaya

Kegagalan bukan untuk selamanya
Ku tetap terus mencuba
Apa yang ku anggapkan
Hanyalah mimpi kini realiti

Salah satu pulau di perjalanan. 

Lebih kurang 50 minit perjalanan yang mana 20 minit terakhir agak bumpy ride jugak.. Terperosok jugak la peranakan ke dalam kerana hentakan boat melawan ombak.

Tapi akhirnya kami selamat sampai di jetty Scuba Junkie di Mabul Beach Resort

Kami di sambut oleh pekerja pekerja di Mabul Island Resort ni di Jetty. Dan ramai jugak yang bersiap sedia nak balik sebab bot yang bawak kami tu akan patah balik semula ke Semporna petang tu membawa penumpang pulang ke sana.

Kelihatan jugak diver diver diving di sekitar jetty dan buat kami tak sabar sabar dan teruja lebih. 

Tapi acara kami hanya akan bermula esok. Jadi hari ni aktiviti adalah check in hotel dan berpeleseran melihat kawasan.

"Hello uolls semua warga penduduk Mabul .........................!"

* tala hailer segenap pelusuk pulau.

".........saringan awal untuk Mabul's Next Top Model akan dijalankan sebentar lagi ! Are uolls ready?????"

* libas juri pondan ANTM dengan ekor pari

Piak ! Piak ! Piak !

bersambung.............

18 comments:

  1. Meng..
    Memang terang retina ko Meng.
    Barang rare gak tu.. sensiang buta dah buat wayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. bila kami gi dekat pandai pulak dia gelabah.. konon segan la nak dok dekat2..

      muda mudi zaman skrg

      Delete
  2. #bersyukur tak perlu nak bersilikon...hehehe.
    tak sabar nak tengok top model beraksi scuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha....

      tunggu.. top model bakal muncul dengan aksi keladi bunting!

      Delete
  3. kenapa la entry mabul di sini mencuit perasaan
    membuak pikiran
    mengosongkan tabung harta impian
    tak pe..baca je la ambik feel dulu.
    (lipat sokabar lama untuk dijual..demi tambang kapalterbang ke tawau)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kak anash bukan dah pegi mabul kah?

      rasa mcm pernah baca TA pegi sana

      Delete
  4. bersyukur masih lagi aman walaupun dot dot dot.

    heheh. penuh tersirat tu meng :D

    ReplyDelete
  5. uishhh bila la nak sampai mabul ni wey. ! teringinnnnn! bila nk open table meng? lols.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pun belum pernah pegi ke? aku rasa mcm kau dah pegi jer...

      GBP kau banyak lebih lagi kan??hahahaha buleh la open table

      Delete
  6. Lawa betul mabul ni, memang terbaik hashtag tu, bersyukur, jadikan panduan huhuhu

    ReplyDelete
  7. Meng ..

    Hahahahhahahaa

    Lengkap !!! Siap ada AF dan ANTM lagi !!!! Hahahahhahahahahahahaha

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. x pernah pegi jugak? isk. aku terlepas ketapi ker. rasa korang semua dah pi

      Delete
  9. bro bleh emelkan kat sy cmne cara2 nk ke semporna dari tawau,plau mane yg sesuai utk menginap,harga,aktiviti dan papelah yg perlu... sy bermnat nak ke bohey dulang tp xcukup ilmu lagi psal tmpat tuu.. heee.. nie emel sy afizul1904@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu semua buleh google.

      try wikitravel semporna.cemana dari tawau ke semporna
      try trip advisor semporna dan cari penginapan terbaik

      harga kena pepandai cari
      aktiviti depends on diri sendiri.

      Delete