Pages

Monday, June 8, 2015

Santai Cuti Sekolah March 2015 V2.0 : 01 - Legoland Hotel - Resort

Trip ke Legoland ni kiranya version ke dua musim cuti tu sebab yang part pertama just pegi lepak lepak kat kota dan pegi Aquaria KLCC.

Program Sempena Cuti Sekolah March 2015.

Ini al kisah trip ke Nusajaya untuk bersuka ria dia Legoland Malaysia !

Budak budak dah lama memujuk ajak ke Legoland ni tapi biasalah aku kalau jauh jauh ni kena menurun dulu dalam gua nak fikir betapa jauhnya nak drive sebab aku memang tak suka driving. Kalau naik flight rasa pergerakan terbatas la pulak.

Jadi, janji di kota. Maybe masanya dah sampai kot, so rezeki dia orang untuk jejakkan kaki ke sini. Dan aku jugak sebab aku sendiri pun belum pernah ke sini since di buka dulu. Aku sebenarnya theme park ni bila dah tua bangka ni kurang interest sikit. Tapi sebab dah ada kat Malaysia ni, so kena la pegi jenguk di samping bawak budak budak dan mengembirakan hati mereka.

Ayuh kita sambung santai cuti sekolah March 2015 version ke 2 ni.

Welcome to Legoland !

Sebab nak ke JB kena overnight, jadi aku pun riki riki la hotel di sekitar Nusajaya untuk menginap. 

Aku shortlisted few hotel jugak la sebelum buat keputusan antaranya Legoland Hotel ni, Sommerset Nusajaya dan juga Traders Hotel Puteri Harbour ( now dah tukar nama kepada Hotel Jen Puteri Harbour )

Kalau ikutkan hati, aku pilih Traders sebab aku memang suka dengan servis by Shangri La ni. Tak mengecewakan. Sommerset tu pun OK sebab dia apartment style by Ascott dan time tu pulak hotel ni baru di buka so rate promotion yang agak mampu duduk.

Tapi bila fikir dan kenang kenangkan budak budak, aku rasa aku pilih untuk keseronokkan dia orang je lah. Maka Legoland Hotel ni menjadi pilihan akhir !

Lagipun kat website mereka Legoland Malaysia Resort ada promotion harga bilik sekali dengan entrance fee. Maka.. ayuh kita bersantai dulu di Legoland Hotel, Nusajaya ni.

Sebelum tu kita tengok resortnya dulu sebelum aku bawa jengah ke bilik penginapan. 

Bangunan hotel.

Rasanya hotel ni masa ni agak baru di buka juga. Theme hotel yang terletak betul betul dekat dengan pintu masuk Legoland Malaysia jadi menjadi kelebihan untuk menginap di sini sebab tak perlu travel jauh jauh. Lagipun aku dah ambik pakej Combo 2 hari untuk theme park, maka kalau stay sini memang lebih memudahkan nak keluar masuk dan terjah ke Legoland Theme Park dan Legoland Water Park dia.

Reception area

Aku booked Legoland Hotel ni seminggu awal sebab tau cuti sekolah dah pastinya orang akan ramai. Nasib baik jugak la ada bilik yang available. Ada 2 jenis bilik di sini iaitu Premium dan juga Standard dan setiap daripada bilik bilik ni ada Themed Room tertentu yang boleh di pilih termasuk Adventure, Pirates dan Kingdom.

Bilik cerita kendian lah. Cerita resortnya dulu.

Buah buahan free di meja reception. Kaut dengan haloba. Bayar hotel mahal kan? Selagi boleh pulun.....

Warna warni Aidilfitri.. Kemeriahan berganda

Perjalanan dari KL ke JB agak makan masa sebab drive slow slow jer memandangkan check in time untuk hotel ni adalah pukul 4 petang !

Gila !!

Macam rugi je kan? Tapi dia dah bagitau, even room tak available tapi ada area kita boleh simpan barang dan terus ke theme park untuk bersuka ria kalau sampai awal !!!

Tapi since aku bertolak awal gak dari KL by tengahari dah sampai Nusajaya ni. Cuaca lak mendung dan hujan di perjalanan.

Tempat simpan barang sekiranya room masih belum available. Boleh jugak simpan beg bila dah check out kalau still nak gi theme park. Kiranya beg boleh simpan sini tapi bilik sampai masa kena check out lah.

Di luar lobby. 

Parking pun ada di sediakan FOC.. cuma kena chop parking tiket untuk guests. Kalau bukan guests boleh park jugak di basement dengan kadar RM30 sehari. Agak mahal jugak la sebenarnya. Tapi kalau setakat nak gi Legoland Theme Park, boleh parking kat theme park punya parking jer

Yang tak menarik sikit bagi aku, since hotel ni Family Oriented punya hotel, kawasan hotel contohnya di lobby dan dalam bilik tak leh merokok. Tapi kat luar ada kawasan merokok di sediakan di tepi. Tapi !! Kalau dah perokok tegar... takkan la aku tak hisap rokok.. Pepandai la hisap rokok dalam toilet di bilik penginapan. Hiks... 

Lepas park kereta di bawah.. dan anak anak aku dah aku punggah dengan barang barang sekali kat lobby dia orang terus histeria kat lobby area ni sementara aku gi park kereta.  

Lobby area memang designed for kids. Bersepah sepah lego. Budak budak dah start ralit main main Lego di sini. 

Dan aku rasa kalau tak menginap kat hotel ni pun boleh je bawak budak budak main main lego kat lobby hotel ni.

Tapi jangan curi naaaaa. Berdosa !!!

Macam macam hiasan ada

Di lobby je budak budak dah riang gembira dengan permainan dan suasana

Boleh lepak dan main sesuka hati mereka

Mak bapak pun boleh lepak dan bersantai di lobby ni.

Information mengenai aktiviti aktiviti yang di sediakan. Ada banyak aktiviti mostly for kids

Nasib aku agak baik jugak la. Walaupun check in dia kata pukul 4 petang tapi masa aku sampai tu dalam pukul 1 tengahari bilik dah ready ! Yeay !!! So terus boleh masuk bilik !!!

Ni pemandangan dari bilik. Kalau ambik bilik Premium ada tingkap dan facing theme park dan jugak facing depan area Nusajaya. Aku dapat facing theme park. Kalau standard tu rasanya tak de tingkap kot. Aku tak sure.

So dari bilik dah boleh tengok suasana dalam Legoland Malaysia punya theme park

Boleh dengar jeritan orang naik roller coaster

Boleh nampak waterpark di sebelah sana

Tapi anak anak aku even nampak kawasan theme park ni, dia orang tak berapa teruja. Sebabnya dalam bilik saja macam macam dah dia orang boleh buat.

Aku je la yang gatal kaki tak tahan nak turun. Tapi cuaca lak hujan time tu. Rehat kejap siap siap apa semua then baru la kami turun melawat theme park.

Kat area lobby mengadap ke arah Legoland Malaysia. 

Memang convenience sebab dari hotel ke pintu masuk theme park tak sampai 5 minit jalan kaki ! Dan kami boleh keluar masuk balik hotel sesuka hati berapa banyak kali pun.

Sebelum usha bilik dia, berikut adalah few facilities yang ada di hotel ni boleh boleh dikira menambahbaik dan memberi keselesaan pada tetamunya.

Skimarama tak ayat aku?

Ni resto untuk breakfast. Ada few resto di sini tapi kami cuma pegi breakfast kat sini jer.

Breakfast just so so... Spread banyak.. Choice of food berlambak tapi orang pun ramai gila !!!! Makanan mencukupi cuma kalau ramai sangat jadi rimas. Malangnya makanan agak tak sedap !!!

Ada pool jugak di hotel ni. Tapi kalau ada waterpark buat apa nak mandi pool kan? Lagipun pool dia kecik sahaja... 

Bangunan hotel ada 7 tingkat keseemuanya.. Ada taman di tengah tengah.  

Dan macam biasa lah, kalau kat lobby tak de merchandise shop memang tak sah ! Lagi lagi nak pancing budak budak membeli.

Aku dah berjaya menahan dia orang daripada beli beli kat kedai kedai dalam theme park

Tapi tak selalunya berjaya sebab masa check out, dia orang dah aim nak masuk kedai ni nak beli itu ini.....

Tau tau je la bebarang Lego ni bukan murah murah. Nak tak nak.. dah sampai. Beli lah jugak kalau tak mengamuk orang charge aku dera anak pulak.

Overall, hotel ni memang bagus dan aku recommend untuk yang ada family ! Menyenangkan dan memudahkan untuk ke Legoland Theme Park. 

Hotel pun OK. Bilik OK. Service pun OK. Cuma harga agak mahal sikit la sebab bilik dia kiranya macam family room.

Nanti kita usha cemana ropa themed room nya di sini......

bersambung.....................

9 comments:

  1. Samalah aku pun, dah tua kebana ni segala mala theme park dah tak minat.
    Tapi sebab fikirkan anak anak, niat nak gembirakan depa. Layankan jugaklah walaupun terpaksa berpanas berhujan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betol....

      xpe nanti kau dpt anugerah ibu mithali.. hehehe

      Delete
  2. Aku baru nak usha hotel ni.Macam best je.

    Lego mana pernah nak murah dari aku kecik kot benda ni memang mahal.Tapi aku suka je main lego ni tupang sekaki adik aku punya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah berkesempatan ke Legoland Theme Park Februari 2015 yang lalu.Dan hanya berjaya buat lintas hormat depan Legoland Hotel.Insya-Allah di masa akan datang.

    ReplyDelete
  4. Hah bru pasan ade entry cite sal pool sgala bagai. Ade yg aku pg je ni kang tanpa memikirkan kesesuaian pd sarah. Eh bkn 'kita2' ni dibesarkan dgn lego ke? Tuhdia aih alasan nk jgk pg kan? Gerem je nengok

    Gile pemalas perangai kl ke jb je kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita lego jugak. aku lego ciplak je. hahahhaa

      perangai malas tu dah terpupuk dalam diri... nak buat camno. hehehe

      Delete
  5. dah survey hotel tu...tengok harga...glurpppp..nantilah...maybe hanya mampu masuk theme park je

    ReplyDelete