Pages

Saturday, May 23, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 12 - Ella to Mirissa

Aku berada di Ella Junction untuk tunggu bas. Waktu tu jam menunjukkan pukul 10.45 pagi.

Ada ramai jugak la tengah tunggu bas macam aku mostly mat salleh. Memang banyak nampak mat salleh je la kat Ella ni. Dah masing masingnya nampak dengan beg masing masing siap untuk bergerak meninggalkan Ella ni.

Semua tunggu bas.

Drebar tuk tuk dan kuncu kuncu dia masih mencoba untuk memikat semua orang naik teksi. Semua orang dia pujuk dan semuanya buat bodo je lah.

Tepat jam 11 pagi, sebuah bas tiba. Semua mat salleh tadi tu naik bas ni.

Bas ke Matara

Kalau di ikutkan aku boleh jugak naik bas ni untuk sampai ke Mirissa. Tapi dengan bas ni, aku kena stop dan tukar bas di Matara. Since ada bas direct ke Galle dan lalu Mirissa aku rasa baik je la aku tunggu bas 11.30 pagi nanti. Tak payah aku tukar tukar bas lagi.

Kalau tukar bas nak dapat tempat duduk pun bukannya senang !

Ella Junction

Bila segerombolan mat salleh tadi dah naik bas, jadi lengang sikit. Tapi tak lama lepas tu sorang demi sorang muncul dengan beg masing masing dan berdiri kat tepi jalan ni tunggu bas jugak.

Aku just lepak je la isap rokok dan layan tengok orang.

Pakcik ni menghampiri

Ntah apa dia cakap Sri Lanka dengan aku. Aku rasa dia nak jual lottery kot. Pastu aku geleng geleng kepala then ada la pakcik pakcik lain yang beli dengan dia.

Pastu ada minah salleh sorang tunggu bas, mamat tuk tuk tanya dia dan dia cakap nak pegi Ravanna Falls. Terus la tuk tuk tu goda goda dia dan dia pun berbelah bahagi. Sebab aku nak jadi hero aku pegi bagitau dia.

"Kau naik bas je senang Nyah. Bas tu berhenti tepi air terjun tu. Aku dah pegi tadi"
"Ya kan Nyah? Mak pun fikir begitu... "

Hahahaha.

Dialog busuk pondan lorong.

So dia berkeras nak naik bas je. Kecewa mamat tuk tuk tu. Mamat tu tanya aku jugak, aku cakap nak pegi ke Mirissa, dia marah aku kenapa tak naik bas tadi, aku cakap sebab aku nak naik direct bas je malas nak tukar tukar bas.

Terus dia angguk.

Tak lama lepas tu bas pukul 11.30 pagi pun tiba.

Aku tanya konduktor tu, bas lalu Mirissa tak dan dia angguk. Dia bukak bonet belakang bas dan suruh aku isi beg aku. Ada jugak puak puak mat salleh naik sama tapi dia orang nak pegi ke Yala National Park. So dia orang nanti akan berhenti dan ambik bas lain sampai ke Tissa.

Kalau suka nak tengok binatang dan safari boleh ke sana !

Bas dah bergerak dan aku selamat dalam bas. Tapi ! Kena berdiri jugak. Penuh !

Berdiri dalam bas. Tu minah salleh yang nak pegi air terjun tu

Tambang bas ke Mirissa adalah 300 Rupee. OK lah tu pada aku naik teksi. Konduktor bas tu baik hati jugak, dia cakap kat aku, aku kena berdiri kejap, tapi tunggu je la sebelah makcik ni sebab makcik ni akan turun di station seterusnya nanti.

Makcik ni pangku anak dia.

Aku berdiri sebelah dia. Memula anak dia duduk kat kerusi sebelah sini, tapi dia kesian kat aku konon nak bagi aku kerusi tu. So dia pangku anak dia. Tup tup ada pulak Nenek Mat Salleh yang tua ganyut. Tak sampai hati, aku bagi je dia duduk.

Ranggi nenek tu, tua tua travel lagi. Tapi dengan husband dia lah.

Bas bergerak meninggalkan Ella... dan lebih kurang 15 minit bas sampai di air terjun Ravanna Falls tadi tu. Ramai jugak yang turun especially mat salleh. Pastu bus tu parking kat depan sikit. Ada warung kat situ. Katanya toilet break.

Ada warung tempat sesapa nak kencing dan ada jual jual jugak. Aku turun jugak la sebab ramai yang turun. Lemas kalau duduk dalam bas yang tak bergerak. Dah la tak beraircond.

Bas berhenti tepi jalan

Sempat aku usha. Ada samosa. Aku pun beli selepas tanya samosa tu inti apa. Nasib semuanya vegetarian. Aku beli kot kot la lapar dalam perjalanan. Jauh nak jalan ni.

Then bas bergerak semula. Dan bermula la episod bergayut gayut macam tarzan. Berkocak kocak perut. Kalau tarzan bergayut boleh gak la capai capai pisang makan, aku bergayut buat perut jadi lapar. Nak makan pun tak boleh. Simpan je la samosa tadi tu.

Lama jugak la sebab jalan turun bukit dan bersimpang siur. Dekat sejam lepas tu baru la tanah rata sikit dan bas berhenti di station bas Wellawaya.  Ada penumpang yang turun termasuk la makcik ni. 

Sedang elok aku nak duduk ada pulak pakcik tua local berdiri sebelah.

Hmmmm kalau ikutkan aku, nak buat bodoh je, tapi tak sampai hati la pulak. So aku bagi dia duduk.

So aku sambung berdiri for the next 2 hours lagi !!!

Apa ada hal? Semalam semalam lagi lama aku berdiri. The cold never bothered me anyway !!

* tolak Puteri Elsa jatuh gaung di Ella

Tapi bila berdiri kena pegang kuat kuat takut terpelanting. Maklumlah dah kurus sikit !!

Bas bergerak lagi melepasi perkampungan dan bandar. Aku masih setia berdiri. Tak de orang naik dan tak de orang turun pun. Tapi apa ada hal berdiri lama lama? Dah immune. So aku biasakan diri je lah. 

Cuma lenguh jugak la berdiri lama lama. Sampai la aku perasan bas dah lalu jalan tepi pantai. Nampak laut !!

Yahoooooooooooooooooo !!!

Sekian lama aku menanti nak nampak laut di Sri Lanka ni. Dalam pada berdiri aku usha usha jugak kat luar. Cuaca panas berdenting, tapi nampak laut aku jadi lega. Maybe dah dekat walaupun sebenarnya masih jauh.

Tak sabar nak sampai Mirissa. Sabar Mirissa. Tunggu abang datang !!!



Tiada lagi rintangannya cinta
Antara kita
Ku lirikkan puisi indah untuk mu
Moga abadi
Dan lunaknya lagu janji
Yang engkau beri

Namun tidak sekali ku menyangka
Engkau berubah
Runtuh bersama gejalanya dosa
Yang durjana
Dan engkau hanyut terbawa
Ke alam ciptaan sesama manusia

Kekasih ku
Ku sayangi akan dirimu
Kembalilah kepada-nya
Dan kenyataan

Yakin berjaya
Kau pasti akan berjaya
Ku penanti yang setia
Sentiasa berdoa

Bye bye Ella Ratu Rock. Kau boleh berhenti menyanyi lepas ni.

Sampai kat satu pekan mana ntah, bas berhenti dan ramai yang turun. 

Akhirnya aku dapat seat ! Paling best dapat seat tepi tingkap ! So boleh dah layan view. Dan paling penting, aku dah boleh makan tanpa di sedari. Perut lapar tu. Slow slow makan samosa. Naik juling mata kesedapan walaupun tak sedap mana !

Tengah asyik masuk telan samosa tu tiba tiba..

PONG !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanjat Boboi !!!

Pastu bus melewang lewang dan berhenti tepi jalan. Sudah ! Aku dah tak sedap hati. Orang dalam bas semua dah bising bising. Rupanya tayar bas meletop.

Adui !!!!

Kesian Mirissa lama lah tunggu aku.

Pastu bas bergerak slow slow... tak lama tu berhenti kat tepi jalan. Pastu semua orang turun. Sebab panas aku pun turun jugak. Menyibuk. Yang best aku boleh hisap rokok !!!!!!

Hanbik ! Bas tersadai tepi jalan

Tapi nasib baik jugak la bas ni tayar dia meletop dekat dengan bengkel. So ada bengkel kecik tepi jalan. Mamat tu la yang tukar tayar apa semua.

Yang lain lain dok perati je. Yang dalam bas dah berkipas kipas. Aku kat luar jugak, layan rokok !

View tepi jalan

Ada la dekat 20 minit jugak bas terhenti. Then kami bergerak semula menyusuri jalan menuju ke destinasi.

Dah lama sangat. Tak sampai sampai je rasa. Beberapa kali lagi bas berhenti lepas tu.

Ada pakcik ni naik. Buta. Dia jual buku. Aku tak tau buku apa

Tak lama lepas tu bas bergerak ikut jalan tepi laut dan akhirnya sampai di Matara ! 

Aku pun tengok sign jer. Tapi aku nampak la jambatan yang menjadi ikon Matara yang aku tengok dalam internet.

Jambatan cross ke pulau kecik di Matara. Ramai orang tepi pantai ni.

Station bas Matara. Bas berhenti turunkan penumpang

Statue kat Matara

Aku nampak Matara ni macam best jugak. Bandar tepi laut dan banyak orang berehat rehat. Nampak tenang dan damai je. Kalau ada masa sesapa ke Sri Lanka boleh cuba ke Matara ni.

Nampak macam banyak jugak mat salleh berkeliaran. Dan ada yang bawak motosikal. So boleh sewa motosikal kot kat area ni.

Ada satu kawasan naik jambatan aku nampak orang ramai ramai. Aku pun menyibuk la usha jugak.

Rupanya ada buaya dalam sungai tu.. Fuh.. ngeri.. 

Bas masuk bandar lagi.. tiba tiba................

Nampak logo Malaysia Airlines. Ah... terubat rindu pada tanahair... Ewah. Macam mengembara setahun je......

Pastu bas bergerak lagi... aku yakin dah hampir sampai masa tu. Tak lama lepas tu nampak sign Mirissa. Terus rasa happy.

Konduktor bas tadik datang kat aku bagitau aku dah sampai Mirissa Beach. Aku dah bagitau dia tadi aku nak berhenti kat Mirissa Beach sebab kalau pekan Mirissa tu depan lagi.

Bas berhenti dan dia turun, bukak belakang sebab aku nak ambik beg aku.

Jalan di Mirissa Beach. Bas berhenti tepi jalan ni

Konfiden dengan peta yang ada aku cari penginapan aku.

Tapi sebab tak berapa sure, aku tanya orang.

"Not far. 500 meter.. go straight. I can send you for 100 Rupee"

Ciss ! Tetap la nak mencukai. Tak per. 500 meter aku boleh jalan kaki sendiri !

Aku jalan kaki masuk simpang ke arah pantai sampai la aku yakin aku dah sampai di tempat yang betul. Tempat penginapan aku.

Calm Rest Mirissa.

Nampak dari luar teruk jugak lah. Tapi sebab ada construction kat depan. Kebanyakkan penginapan di Mirissa ni memang bukan tepi pantai betul betul tapi tak jauh lah. Macam tempat aku ni memang aku ambik sebab jarak ke pantai cuma 50 meter je. Ada block dengan restoran tepi pantai.

Kira OK lah.

Cuma aku cuak sebab yang ni aku booking dengan booking.com jugak. Tak bayar lagi. Takut dia bagi bilik kat orang lain jugak. Mati aku satu keje lak nak cari bilik lain.

Masuk je then jumpa sorang mamat ni aku bagitau dia aku nak check in dan dia hantar aku ke lobby reception. Reception tu letak agak ke tepi satu bangunan lain rasanya tuan dia duduk kat situ kot. Settle apa semua aku siap buat bayaran USD 20 seperti yang tertera dalam booking aku tu. Then sorang mamat tadi ni bawak aku ke penginapan aku.

Jeng Jeng Jeng. Macam chalet jer

Masuk bilik.. OK la bilik dia. Basic jer

Bilik air luas gedabak

OK lah bagi aku. Tak complain banyak.

Sampai je terus on Wifi dulu update apa yang patut dan rehat jap. Wifi macam laju jugak sebab bilik aku dekat dengan kawasan tengah tengah.

Habiskan bekalan samosa yang tinggal. Air mineral tu jadi kaler oren sebab aku masukkan Vitamin C dalam tu. Ada makcik kat Ella Junction tadi tengok dia pelik je apa benda la aku dok buat. Magic kan tetiba air aku jadi kaler oren.

Aku rehat jap. Mandi dan solat apa semua then bersiap sedia nak ke pantai.

Moga moga ada sunset petang ni walaupun cuaca sedikit mendung.

Mirissa Beach.. Abang datang kepada mu sayang !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mirissa Beach

Ramai yang bersantai

Ombak agak ganas tapi ramai je yang mandi manda

Pantai dia tak luas mana

Best gila dapat sentuh laut akhirnya

Nak mandi mandi tu tak la kot bagi aku

Ramai yang bersantai di tepi pantai....

Oh. Ada sesapa hilang iphone semalam. Berdansa sampai lupa diri lah tu

Dan aku menyusuri pantai meninggalkan jejak kaki di Mirissa Beach.

Pantai Mirissa, akhirnya kita berdua bersatu........................... !

bersambung................ 

29 comments:

  1. hehehe....tayar bas meletop le pulak..mcm2 rintangan nk menyampai ke Mirissa beach..

    layan jg lagu Frozen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. tu lah. nasib tak lama. agaknya bawak orang berat berat kot tayar bas tak leh nak tahan

      Delete
  2. eh eh...di Ella junction tu ada Ella Gap Hotel...klau stay sini..boleh naik bus depan tu je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ! tapi tak leh nak tengok ella rock dan ella gap. hotel tu nama je ella gap tapi jauh dari ella gao..

      faham tak ella?

      Delete
    2. Ella x faham lang bang!!!! sambil lentok2 kepala...Ella gao tu apa?

      Delete
  3. kah kah kah.....JM tertifu..ingatkan betul lah minah salleh tu fondan..rupanya...rufanya..ohhhh tidak...dialog bucuk!!!!

    ReplyDelete
  4. untung Mirissa dapat jumpa abam meng

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaiu mirissa orang buleh gak tengok cun kc tidak kan?

      Delete
  5. tapak kaki tu size 9 kan kan kan

    ReplyDelete
  6. best gak trip abam meng ni...mcm2 yg dilalui...yang penting hati baik..sanggup berdiri berjam2 demi keselesaan org lain..ishhh...JM nk cari sorang lah yg hati baik camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai je dlm donia ni.... cari yang hati baik dan rupa pun baik.. untung la jugak. hahahaha

      Delete
    2. rupa koyak pun x pe janji hati baik byk duit ..paling penting ROMANTIKA d'AMOR! hihihihi

      Delete
  7. Ambalangoda! Di situlah aku bertapa dulu.

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com-

    ReplyDelete
  8. tang dialog tuh guling2 gelak. cambest jugak Mirissa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak la... maybe antara pantai yang best di sri lanka ni

      Delete
  9. meng dia bungkus ko punya samosa dengan buku latihan ek?

    ReplyDelete
  10. comey je chalet dia... yang penting kelambu... ade kipas tak tu...?!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kipas ada. ekon tiada... tapi oke la tak de nyamuk

      Delete
  11. horror giler ok chalet tu dr depan..kalo aku mau lari dah tengok cenggitu dr depan...kuikuikui

    baiknya ko meng...sanggup bdiri di celah seat yang sempit tu...untung laaaa dah kurus sikit!patut tapak kaki ala cinderellaaaaaa....hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la memula aku cuak jugak tapi tengok dia memang under renovation... nasib bila masuk tu dah oke chalet2 dia boleh tahan laaa

      Delete
  12. Ella ... Mirissa ... sedap sedap nama dia kan !!! Hehehhee

    Sanggup nih naik bas berdiri berjam jam!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa la... nak buat cemana... kena lebih bertabah lah demi ella. hahahaha

      Delete
  13. how come ai baru membaca entry ini? menariks tertariks.....

    ReplyDelete