Pages

Friday, May 22, 2015

Jelajah Bumi Ceylon 11 - Ella - Part III : Ella Tea Factory & 9 Arch Bridge

Dah kena halau tu aku blah lah.

Mana aku tau tu private property ke apa. Tapi aku syak tu rumah Pengurus Kilang kot sebab ada je laluan dari tepi pagar belah belakang kilang ke rumah tu.

Lagi pun aku bukan nak buat jahat, aku nak pegi ambik gambar kat kawasan sekitar kilang ni dengan ladang ladang teh yang memukau mata !

Dah kena halau aku keluar dari kilang pemprosesan teh di Ella tu dan ikut kaki sendiri.

Aku lebih senang berjalan sendiri daripada ada orang follow aku. Jadi tak tentu arah je nanti.

Kilang teh di Ella

Aku keluar dari kawasan kilang teh yang dikelilingi dengan ladang teh ni.

Tak tau mana nak pegi pun, just jalan jalan ikut kaki. So layan je la gambar gambar yang aku sempat snappy.

Lawa tapi tak de la lawa macam masa naik train semalam

Nampak jugak view Ella Rock dari kawasan ladang teh ni

Daun daun teh

Tapi tak jumpa pun orang petik teh. Cuti kot hari tu

Jalan jalan nampak pakcik ni terjelepuk tepi jalan.

Pelik jugak aku. Kesian pun ada. Aku pegi dekat nak tanya dia.

"Are you OK?"
"Yes I am fine. I am on the phone with my wife"

Kann. Tapi kaki terpelot sebegitu kenapa Pakcik?

Hahaha. Tu aku tak tanya lah. Biarkan je lah dia nak posing cemana pun. Masalahnya posing tepi jalan lak tu. Ada segerombolan orang tempatan berkumpul sambil bergossip riang sambil tengok pakcik ni. Agaknya concern jugak la kot.

Nampak kedai runcit tepi jalan

Pemandangan ladang teh

Ada juga rumah orang dan hotel hotel penginapan

Tak tau la batang pokok apa ni.. Besar betul

Aku jalan sampai hujung jalan jugak lah.

Lepas tu dah tak de kebun teh. Banyak rumah orang. Aku nampak dua tiga orang minah salleh pun dah start pusing balik so aku pun pusing semula. Pegi ke arah mamat tuk tuk tadi tu. Dia pun dah tunggu aku kat luar dari kawasan kilang teh tadi. Maybe dia risau jugak la kot kalau aku hilang lama lama.

Maklum la aku kan belum bayar dia lagi !

Seterusnya kami bergerak ke destinasi terakhir yang aku bagitau dia yang aku nak pegi iaitu 9 Arch Bridge !

Aku pun dok bayangkan cemana lah rupa 9 Arch Bridge ni. Teruja jugak la nak sampai. So dari tea fatory tu mamat tu bawak aku masuk ikut celah mana ntah. Kalau jalan kaki sendiri memang sampai sudah aku tak jumpa sebab jalan masuk masuk dalam semak. Then sampai depan satu homestay sebelum dia berhenti dan tunjuk kat aku.

9 Arch Bridge

"See down there. the 9 arch bridge,. You wanna go down? You need to walk down about 5 minutes"

Aku berkira kira. OK lah. Dah sampai. Nampak macam jauh tapi 5 minit dia cakap sekejap je lah. Aku pun follow jalan dia tunjuk. Dia stay kat situ je lah dalam tuk tuk dia.

Turun bukit then lalu ikut celah rumah orang. Pastu aku stuck. Nampak orang aku tanya. Dia cakap turun lagi ikut laluan kecik bersemak semak. 

Mak aii ! Parah jugak ni. 

Memula aku macam tak nak turun sebab aku jumpa 2 orang minah salleh ni aku tanya dia jauh ke tak, dia cakap dia tak jadi pegi sebab jalan macam semak semak. 

Erk..

Pastu aku nampak ada 2 orang mat salleh, sorang bapak dan sorang anak dia dalam umur 8 tahun dengan sorang mamat local. Aku rasa drebar tuk tuk dia tak pun guide dia. Kalau betul drebar tuk tuk dia boleh turun sampai ke bawah memang malaun la drebar tuk tuk aku sebab dia langsung tak nak ikut aku pun.

Tapi tak pe. Aku follow je dia orang ni.

Memang turun cepat sebab turun bukit. Tapi laluan tu agak mencabar jugak sebab celah celah denai kecik dalam semak. Cuak gak la aku. Tapi semakin menghampiri aku semakin teruja.

Dah nak sampai !

Ada lalu kebun kebun orang

Akhirnya sampai

Tak de apa pun kat sini, cuma laluan keretapi di atas jambatan yang dibina dengan 9 lengkuk. So jadi la 9 Arch Bridge. Tak de keretapi lalu pun time tu so aku just ambik ambik gambar je lah.

Ada jugak beberapa orang pelancong kat situ tapi aku rasa dia orang ikut laluan lain untuk sampai ke sini.

Jambatan

Ada terowong di belah sana

Aku pun tak pasti aku lalu jalan ni ke tidak masa naik train semalam. 

Crossed jambatan dan ambik gambar lebih kurang

Tu atas bukit tu tempat drebar tuk tuk aku tadi berhenti. Pengsan nak naik balik nanti !

Ada kebun dan rumah orang jugak di persekitaran. Di bawah ni ada sungai

Pakcik ni tengah sapu griss pada train track

Makcik tu dengan anak dia tak tau tunggu apa. Dia orang lepak je situ. 

Aku tegur tapi dia orang tak tau nak jawab.

Maybe tunggu laki dia balik keje kot? Ke apa?

Biasanya je tempat ni tak de la menarik mana. Tapi dah alang alang sampai Ella.. jenguk je lah

Landasan keretapi

Dan tiba lah masa yang tak best. Nak naik balik ke tuk tuk tadi. Turun memang 5 minit je, nak naik tu pergh.. semput jugak la jadi nya.

Aku siap berhenti tepi jalan mintak nyawa. Nasib ada bawak air mineral boleh la togak togak.

Laluan naik ke atas semula

Boleh tahan la pancit nak naik balik. Tapi tengah tengah aku dok lepak berehat kejap dalam semak tu tetiba dengar suara mat salleh dengan anak dia tadi tu. Macam laju je dia orang berjalan dah nak sampai kat aku.

Tak boleh jadi ni.

Budak kecik tu sebagai motivasi aku.

"Kalau budak tu boleh, kau pasti boleh. Kau mesti lawan Meng ! Mesti !!!"

Hiargh.... !!!

* berkata pada diri sendiri. 

Zas Zas Zas aku mempercepatkan langkah. 

Sampai atas semula. Terjelir !

Mamat tuk tuk tu dah sedia menanti.

"You OK?"
"Yeah"

Padahal aku separuh mampus.

"What about the taxi to Mirissa. Half price...cheap cheap"

Cheap otak kau ! Aku ni tengah mengah ni dia tanya lagi pasal taxi tu.

"No. Thanks. I am a budget traveller. I'll take the bus. Dont worry"

Macam macam la dia memujuk aku tapi aku buat bodo je. Aku suruh dia hantar aku balik ke penginapan rumah Aisha tu sebab aku nak ambik beg aku kat situ sebelum aku mintak dia hantar aku ke Ella Junction untuk aku ambik bas.

Sampai kat rumah Aisha, Neelofa buatkan air teh untuk dia dan aku. Aku sempat mandi sekali lagi sebab berpeluh peluh sebelum aku settlekan payment dengan Aisha dan minta diri.

Jeng Jeng Jeng.. Itu la Neelofa. MeleTOP tak?????

Then mamat tu hantar aku ke Ella Junction untuk ambik bas. 

Dia masih mencuba untuk aku naik teksi.

Masa tunggu bas ni ramai jugak la yang tunggu bas sama. Ada geng budak China di pujuk rayu dan akhirnya dia orang setuju nak naik teksi. Bila teksi sampai keretanya kecik gila. Mengamuk budak budak tu, pastu nak cancel tak boleh dah. 

Kereta jenama TATA. Besar sikit je pada kancil. Nak sumbat 4 orang dengan beg beg lagi.

Isk. Nasib baik la aku tak setuju.

Kat Ella Junction ni ada la kedai kedai sikit. Masa tu ramai jugak Mat Salleh yang tunggu bas sama macam aku. Aku sempat pegi ke kedai beli air mineral.

Kedai jual pisang

Mamat tuk tuk tu ada kat situ lagi, Masih berkeliaran mencari orang untuk naik teksi. Apparently aku rasa ni satu business untuk drebar tuk tuk jugak cari pelanggan untuk teksi teksi intercity. Dia orang dapat komisyen jugak la kot.

Mat Salleh macam biasa la semua buat tak layan. Semua nak naik bas je. Aku pun sama lah. Buat bodo je.

Harapan aku cepat lah bas sampai so aku boleh blah dari Ella ni.

Sampai sudah aku sendiri tak pasti, apa menariknya Ella ni. Setakat gunung ganang dan pemandangan indah tapi bagi aku tak de la indah mana.

So kalau orang nak datang Ella, aku pun tak tau nak recommend ke tidak. Bagi aku kehebatan Ella dan kenapa orang lain datang ke Ella ni masih menjadi tanda tanya !



Mengapa aku yang terakhir
Dibias berita cintamu padanya
Adakah kita tak serupa
Serasi bersama tinggal ku tertanya

Senyumku yang dulu kau puja
Hilang mekarnya di senjakala
Permata kau memilih kaca
Hingga meledakkan hati yang setia

Di depanmu aku dijagamu dia
Di matamu aku di hatimu dia
Siang dan malamku terusan bertanya
Sampai bilakah engkau dengannya

Bila bulan berubah warna
Mimpi ngeri menjadi nyata
Sekali kuucap cinta untuk selamanya
Namun kau cuba untuk menduga asmara
Kau tahu aku 'kan terus setia

Adakah kita tak serupa
Serasi bersama kuterus tertanya

Teruja nak tinggalkan Ella. Aku dah bersedia untuk satu perjalanan yang jauh. Moga moga dapat seat so tak de lah lenguh kaki berdiri.

Dan perjalanan aku di uji lagi.. Dari Ella ke Mirissa, bas rosak !!!

Tersadai tepi jalan.....................

bersambung............

10 comments:

  1. Naseb baik pak cik tu ok..klu betul kaki dia tepeleot, tu pun salah satu dugaan jugak utk Meng...byk nye rintangan kt sri lanka yg x beseri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ella ni smooth je. dah tak banyak drama.. hehehehe

      Delete


  2. kalau train lalu masa kat jambatan 9 lengkuk tu.... agak2 sempat tak nak mengelak diri... macam sempit je...

    kalau saya kena fikir gak 8 juta kali ... datang sini nak turun ke tak nak ....hahaha...

    alahaiii... banyak betul dugaan ....

    makin xcited kite baca blog meng... :) ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada ruang tepi tu sikit kot... tak pun bertempiaran la lari. jangan terjun ke bawah sudah la.. heheheh...

      rasanya ada laluan lain kot.. sebab ada baca blog satu hari tu dia mcm tak de la terpongeh nak mendaki ... drebar tuk tuk aku tu pemalas agaknya..

      Delete
  3. tengok macam-macam dugaan ko...tetiba tertanya diri sendiri mampu ke aku nanti kalau terkena serupa mcm ko heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah berdepan dgn situasi pastinya kena tempuh gak.. nak tak nak kan?

      alhamdulillah. aku survive dan aku rasa org lain pun pasti boleh !

      Delete
  4. cun lah gambo 9 bridge tu meng...aku teringin nak bergambo berguling situ....tp baca citer ko, aku cam seram nakpi srilanka ni....hehehehe

    yeay makcik neelopak....rebah neelopak tengok dia nih...hahahahaha!

    eh keta tata tu aku naik kat yindia dulu...tp duk berdua je mcm bos kat belakang...selesa jer laa...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau kena dtg sri lanka tapi dtg la beramai2 tak de la drama sgt. aku ni sebab sorang kot so kena redah je....

      makcik neelopah tu ada karat2 skit.. hahahhaa

      keta tata tu kalau 2 org memang la ok tapi hari tu sumbat 4 orang !!!! sesak nafas laa wey

      Delete
  5. Dari penulisan nih, nampak macam rata rata orang Sri Lanka nih OK OK gak ... tarak sombong kan ...

    Seronok ler baca kisah Sri Lanka nih .... sebab ada ELLA hahahahha

    (KIta dah tau sapa itu Neelofa ... pandai budak dia !!!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. they are friendly and helpful... kecuali yang ada involve business mcm jurujual.. tuk tuk driver tu semua kena hati2 skit overall org kampung sangat baik sebenarnya....

      neelofa tu dewa remaja kot. lawa dan pandai

      Delete