Pages

Friday, February 13, 2015

Santai Di Ibu Kota : Somerset Ampang, KL - Part 3

DaripadaNya kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Hasbullah Awang.

Marilah kita sama sama mendoakan agar mereka ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman dan dirahmati Allah Taala.

Jasamu di kenang.

Al Fatihah.

++++++++++++++

Masuk entry ke tiga lepak lepak santai staycation di Somerset Jalan Ampang.

Layan gambar je lah. Kasi idea dan gambaran untuk sesapa yang nak lepak lepak santai di sini jugak nanti.

Layan gambar dulu di roof top.

Pool dia memang to die for

View Kuala Lumpur

Tapi time tak de orang syok lah. Bila ada orang penuh je dari hujung sini sampai hujung sana. Nak ambik gambar pun tak lalu, apatah lagi nak sesama berkubang. 

Menara Intermark. Lepak lepak berjacuzi sambil nikmati pemandangan

Yang hujung dalam glass kaca tu adalah gym

Anak aku dengan harapan dia boleh kurus dengan kadar segera

Pool kanak kanak pun OK

Ada waterplay untuk budak budak juga

Facilities tingkat paling atas. Ada vending machine jual air tin murah je. RM 1 satu tin ! Tapi kena pakai duit seringgit sahaja atau coins

Rumah sapa tu? Angkat tangan !

Kondon mewah di area U Thant

Aman walaupun di tengah kotaraya

Kondo ni paling best pool dia

Belah Ampang

Belah depan

Duduk bersantai

Jam dan waktu

Menimati permandangan. Hari pertama sunset sikit. Hari ke dua hujan terus

Senja yang tak berapa nak ada

Hilton Double Tree

Pusing pusing sini lagi

Menara The Icon, Jalan Tun Razak

Hujan datang

Infinity pool

View waktu malam dari dalam bilik

Cuaca asyik ujan je.. Gambar tak bagus

Lepak tengok TV jer

Dah berkecah bilik. Marliya dah tak datang kemas

Check out

Menara HSC aka Somerset Ampang

Overall, Great stay. Good service. Nice apartment, Best location !

Nak repeat tu tak nak lah. Pegi tempat lain pulak.

Bagi aku hotel yang bagus kalau ada family ramai dan boleh lepak lepak sebab bilik agak besar. Pool di roof top adalah tarikan hotel ni. Cuma breakfast kena improve banyak. Tapi macam biasa service residence apartment macam ni tak de restorant atau cafe so dia orang source out pada orang lain. So redha je lah. Solusinya, bawak bahan bahan sendiri dan pose pose MasterChoi.. masak sendiri !

Apa apa pun, KLCC is just 15 walking tapi kalau hujan basah jugak la nak berjalan.

Highly recommended bagi yang mencari penginapan santai di tengah tengah kota raya !



Di pinggir lorong kota yg gemilang
Termanggulah seorang oh musafir
Memerhati nafas2 manusia
Kelesuan kepasrahan kepenatan

Berbisiklah sang musafir sendirian
Oh inikah dikatakan kemodenan
Sedangkan kejahilan masih ada
Pada diri generasi berilmu bertamadun dan ceria

Dilorong kota itu ada berbagai cerita
Tentang masyarakat yang hilang punca
Mereka berpusuan mencari apa-saja
Tanpa hiraukan nasib nusa bangsa

Wacana hidupmu bagaikan nista
Disebalik cahaya ada gelapnya
Moraliti keilmuan keimanan
Hanya bersalut dinama melindungi kesamaran dimata

Mengapakah kau sanggup
Mendustai yang anarki
Pandanglah pada alam
Yang semakin huru hara

Dimanakah perananmu
Untuk pertahankan bangsa agama
Yang semakin terbiar keranamu

TAMAT

5 comments:

  1. Wooowwww memang dah berbeza banyak

    1) Dulu kita kerja kat Empire Tower - la nih dah jadi Intermark

    2) Dulu Hotel yang double Tree tu h hotel apa tah , lupa, can't recall ... tapi sebab perasan kelas, kita ambik membership Clark Hatch kat Hotel tuh !

    3) I was grow up in Desa Pandan ... dari settingan , ke apartment (bolck E dan Block J)

    Terus melilih air mata teringat zaman silam .

    Terima kasih sudi berkongsi gambar

    ReplyDelete
  2. Ghaz : syahdu lak baca pengalaman lalu.

    KL dah berubah. dah mcm mcm benda dah lain dari 10 tahun yang lalu.

    nama jalan pun dah di tukar ganti.

    jangan terkejut bila balik nanti semuanya dah berbeza...

    hotel double tree dulu tu crown princess..

    ReplyDelete
  3. Hanya mampu tgk pic yg cantik ni je, nk stay kat c ni? X kot spt biasa 'tak mampu'

    ReplyDelete
  4. Meng ...

    Terima kasih kerana ingatkan nama CROWN PRINCESS tuh hahahahhaaaaa

    Banyak kenangan kat situ , sampai namanya pun terus lupa !!!

    ReplyDelete
  5. JM : tak per.. tengok je la gambar.. kalau org tanya ckp dah pernah tengok hotel ni.. tak duduk sebab JM lebih suka duduk rumah je..
    hahahhaa


    Ghaz : ya.. but no more crown princess ni.. dulu yang crown mutiara tu pun dah tak de kat jalan sultan ismail sebelah menara genting tu.

    x tau what happen to the building

    ReplyDelete