Pages

Saturday, February 14, 2015

Jom Kudap : Garrett, KLCC

Satu lagi kiosk hebat di KLCC. Garrett at KLCC.

Aku pernah la dengar pasal pop corn yang sedap terlajak ni tapi selama ni tak pernah terasa nak try. Ala.. Pop corn je kot. Sedap mana sangat pun setakat pop corn ? .

Sebenarnya masa kat KLCC anak aku nak main keta keta yang masuk duit tu, tapi sebab tak de duit kecik so aku pegi la try beli pop corn kat sini.

Garrett

Tengok harga berdarah hidung !

Pop corn semahal ni? Biar betik.

Aku boleh redeem free je popcorn kalau kat wayang.sebab banyak sangat point belum di tebus.

Tapi pop corn Garrett ni agak lain daripada yang lain. Harga memang mahal sebab mereka kan international. 

Heh? 

Pop corn je pun...... tak per. Aku try je lah dah alang alang menyeluk pekasam.

Garret ni ada cawangan lain jugak di tempat lain, tapi aku tak pernah jejak. Hari tu jumpa kat Singapore jer kat tepi jalan je kat Orchard Road tapi tak lalu nak beli mahal mahal macam tu.

Packaging dia memang menarik. Yang tin kaler pink tu memang mahal la sebab kau beli tin dapat free pop corn lagaknya. Yang paper bag ni bagus sebab kedap udara.

Dah macam kedai hadiah la pulak

Aku tak ingat aku ambik yang mana satu.

Main bedal suka suka hati jer. Dia bagi tester, aku rasa asal boleh je then aku order. Tak beli yang besar pun sebab takut tak abis. 

Paling paling pun pop corn je kot. Kan? Kan?

Siap dapat plastik beg Garrett. Ni pun dah kira kos ni

Packaging bukan main... padahal pop corn je pun............. * ulang lagi

Dah makan. Dah rasa. OK. Boleh tahan sedap. Rangup. Tapi manis sangat

Lepas makan rasa rasa tu then pop corn ni terbiar sepi bagai mangsa rogol. Tak de orang usik dan nak makan dah. 

Tetapi... Dua hari lepas tu teringin pulak nak makan. Bukak bukak masih tahan. Tak lemau dan masih sedap. Makin lama makin sedap pulak tu.  

Perabihkan...

Memang lain la daripada pop corn yang kita sepah sepahkan kalau tak abis tu. Ni nak sepah pun sayang. Makan je lah. Sedap lak tu.

Cuma mahal macam tak masuk akal. Dan rasa yang aku ambik ni apa benda ntah aku lupa, macam over manis sikit. So sila bagi cadangan yang mana satu sedap dan boleh melunakkan kalbu. 

Ala ala bila makan mata terpejam dan bibir berbisik perlahan...

"Inzalnya......................................"

Padahal.. pop corn je pun................. ? 

Website mereka : Garret Pop Corn Malaysia & FB mereka :  GarrettPopcornMY

Kena cuba nih !

Tiba tiba nak dengar lagu ni sambil makan popcorn perisa durian ( ada ke ?)



Mine, immaculate dream made breath and skin
I've been waiting for you
Signed, with a home tattoo,
Happy birthday to you was created for you

(can not forgive from falling apart at the seams
Can not believe you're taking my heart to pieces)

Oh, it'll take a little time,
Might take a little crime
To come undone now

We'll try to stay blind
To the hope and fear outside
Hey child, stay wilder than the wind
And blow me into cry

Who do you need, who do you love
When you come undone?
Who do you need, who do you love
When you come undone?

Words, playing me deja vu
Like a radio tune I swear I've heard before
Chill, is it something real
Or the magic I'm feeding off your fingers?

(can not forgive from falling apart at the seams
Can not believe you're taking my heart to pieces)

Lost, in a snow filled sky,
we'll make it alright
To come undone now

(can not forgive from falling apart)
Who do you need, who do you love
When you come undone?
(can not forgive from falling apart)
Who do you need, who do you love?
(can not forgive from falling apart)
Who do you love
When you come undone?
(can not forgive from falling apart)

19 comments:

  1. dulu ada yang cashew nut. sekarang dah takdok. so biasa aku beli yang kosong je tanpa kacang.

    memang sedap pun, sekali kunyah takleh stop, walhal popcorn je pun kan? hiks.

    ReplyDelete
  2. patut mahal sebab karemel dia ada campur nuts, yg biasakan gula ngan madu je...

    ReplyDelete
  3. Chicago mix inzal bro..
    Cheese + caramel..

    ReplyDelete
  4. tukar duet meng? haha...bole la kot sbb skrg barisan dia cam ade tade jer. masa memula bukak tu..berlingkar sampai depan maybank tu...gigih org2 beratur nk merasa.

    so yg ni anak cucu sapa plak yg study kat US ngidam inzal menda neh? hehe

    aku layan menda neh seasonal...kekadang layan popcorn tgv royale tu. hehe

    bab harga...well...

    ReplyDelete
  5. Ni feveret mak Aku nih...aku mkn yg gsc punya je laaa...kuikuikui tp garret ni pd aku manissss Sgt...

    ReplyDelete
  6. i like buttered popcorn... kalau flavor yang manis2 tu confirm tak abis, hahah ;3

    ReplyDelete
  7. Gerek sihhh sama x ngan garret ni. X boleh nk komen dari segi rasa sbb x pernah mkn baca entri ni baru tagphu ada kedai garret jual pop corn ni. Biasa mkn yg jual d gsc or pasar mlm je. Jeling dompet yg lusuh

    ReplyDelete
  8. Dulu waktu zaman rajin ber FB, hebuh kawan kawan yang rajin ke Dubai updates status beli GARRET nih !!!!

    Dan kita GOOGLE ... kot kot ada GARRET kat Kampung Calgary nih ... hammpeehhh sebab semuanya kat Amerika ...

    Then terfikir ... kalau anak Pak Habib boleh bawak Waffle dia balik Malaya sebab suka ...

    Why not kita bawak GARRET ke Calgary .... hahahahahaa

    ReplyDelete
  9. Suka macademia ni...sedap gak...slalu habis.....tp almond mix nut pon layannn...

    Mahal sgtt....packanging kecik je dh rm20 :(

    ReplyDelete
  10. Brown sugar tu diimport bang meng.tu yg mahai..hehe

    ReplyDelete
  11. caramel crisp best.Dekat one utama dengan Mid valley pun ada

    ReplyDelete
  12. last June kat Tokyo.. Nampak lah orang line up sampai ke jalan besar.. kitorang ingat apelah.. rupanya beratur nak beli si Garret ni.

    kalau tahu dia tengah 'IN' kat Jepun.. dah tapau frm KL, bawak sana & lelong for pocket money :)

    ReplyDelete
  13. Mya : betul...

    tapi yang penting tahan lama dan tak lemau.. tu yang syok. sebab makan kdg kdg tak abis.. so yang ni buleh la simpan


    Nasa : agaknya la kot...


    Tahir : wokey. nanti buleh try..

    boleh feel2 berada di chicago.

    ReplyDelete
  14. Agip : masa tu malam barisan tak ramai sgt.. ni tak tau cucu sapa..

    haa pop corn royale tu pun best. aku pernah beli dan buleh tahan juga tu..

    dekat opis kau ni kan. so tak heran dah eh...


    DJ : hebat mak kau. makan pop corn garret

    ReplyDelete
  15. Plain : bagus tu. menjaga kesihatan tubuh..


    JM : dompet lusuh tapi isinya tidak.. kan kan kan?


    Ghaz : ambik flight ke chicago !!!!!

    ReplyDelete
  16. ETK : tu la pasal. sekali sekala buleh la kot..

    banyak kali kala... mau sengkak hujung bulan..


    Rosatie. : ooo patut lah...

    ada beza ke brown sugar ni? kau jgn kencing aku... aku memang x tau masak2 neh.


    CC : tu la branch dia semua tempat2 yang aku x suka pegi.

    x per la. selamat gak la save duit muahahahaha

    ReplyDelete
  17. Win : hahaha bagus idea tu..

    lambat pulak ya benda ni sampai jepun

    ReplyDelete
  18. Thanks atas infonya.nnti nk try.
    Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya.

    ReplyDelete