Pages

Saturday, December 27, 2014

Jom Makan : Wong Solo, Shah Alam

Kita makan dulu.

Suka kan ayam penyet? Rindukan ayam penyet? Apa ....bapak ayam? 

Hah... banyak kedai Ayam Penyet di Malaysia ni.. tapi salah satu kegemaran aku adalah di Wong Solo. 

Ini bukan la trip kali pertama. Sebelum ni memang pernah pegi.. tapi aku Wong Solo ni.. kat Shah Alam ni je la yang aku pernah pegi.

Hari tu keinginan memuncak nak makan ayam penyet, sewaktu cuaca hujan renyai renyai kami keluar rumah dengan misi................. men-skodeng peha peha yang sexy !

Ke Shah Alam kita. Ni hospital baru Shah Alam.. macam dah lama jer tak siap siap. Kesian warga Shah Alam...

Sebenarnya gambar di atas tu sebab nak cari parking ! Ada open space kat lot kedai di Seksyen 7 tu

Ini la Wong Solo Shah Alam  kaler hijau. Ada parking kat depan kedai, tapi macam biasa la.. penuh !

Ni pintu masuk kedai.... pekerja dia pun ramai dari seberang. Check waktu operasi tu

Orang agak ramai.. Sepanjang aku datang sini tak pernah la orang tak ramai...  Maybe ramai orang sebab memang sedap la kot.

Buku menu.. check dulu

Pelbagai aneka menu disediakan. Oder saja

Ini adalah belon anak aku...

Orang memang ramai. Nak dapat tempat duduk agak bercinta lah. Ikut nasib. Kalau tak terpaksa la tunggu orang bangun dan cepat cepat pegi ambik seat tu. Kalau agak agak ada orang lain, sila buat pengsan tepi meja.. Nescaya dapat seat tu tanpa ragu ragu.

Tak ayam penyet la kalau tak de sambal....

Walaupun orang agak ramai, tapi servis dia tak de la slow mana. Kira OK la... tunggu kejap je then minuman sampai dulu.... Aku nak order Jus Avocado tapi dah kehabisan. Last sekali minum Es Buah saja

Duduk, tongkat dagu. Usha usha orang kiri kanan...jadi tukang tiup belon then makanan pun tiba.

Tuan tuan dan puan puan, ladies and gentlemen, tukang batu dan tukang simen, kapten Marvel dan Superman...

Dipersilakan................ 

Cumi Goreng

Ayam Bakar Penyet. Seksi tak peha dia?

Sayur kangkung

Udang masak petai

Sambal ikan bilis. OK aku hitaly yang exotic makan tempe.

Menu menu hebat dan tampak menyelerakan

Nasi putih di lupa jangan Peha ayam yang seksi masih kelihatan. Sangat memukau bila bersalut cili....

Nasi Goreng untuk Hero

Verdict..... makanan sedap dan menyelerakan.

Tetapi !!

Pedasnya tahap boleh cirit birit depan kedai ! 

Pedas gila. Rasanya paling pedas sambal ikan bilis tu.. Sambal ayam penyet dah confirm la pedas. Bagi warga Italy macam aku yang tak berapa makan pedas ni memang silap silap boleh meraung dengan kepedasannya. Nasik Goreng tu pun pedas. Hero makan sikit dan sebab pedas dia tak mahu dah. Anak bujang aku macam papa dia jugak feel feel omputih walhal kulit berkarat..

Last sekali Hero pun makan nasi putih juga. Princess je tak makan alasan pening kepala ! Ada ada je dia tu kalau tak nak makan.

Apa apa pun Alhamdulillah. Kenyang. Sedap dan harga agak berpatutan jugak lah. 

Semua sekali makan dekat RM 90.

Ke tak berapa berpatutan?

Mahal sikit sebab kami ambik ala carte kot. Kalau set Nasi dengan Ayam Penyet standard tu.. harga dia cuma sekitar RM10 - RM !5 sahaja.

Cashier

Highly recommended.. cuma kena banyak bersabar sikit sebab kadang kadang ramai orang.

Restoran Wong Solo
No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam, Malaysia

Ayuh ber reggae sambil meratah peha sexy di Wong Solo. Happy weekend dan berhati hati di musim hujan nih.



Bengawan Solo, riwayat mu ini
Sedari dulu, jadi perhatian dewi Sari

Music kemarau, tak berapa airmu
Di musim hujan air meluap sampai jauh

Mata airmu dari Solo,
Terkurung gunung seribu
Air mengalir sampai jauh
Akhirnya ke laut

Itu perahu, riwayatnya dulu
Kaum pedagang selalu
Naik itu perahu

12 comments:

  1. Penah dtg skali wpun dekat dgn rumah aku. Meng, mana ayam bakarnya?

    ReplyDelete
  2. keme orang mexico ni kalau lagi pedas lagi la sedap...hehe

    ReplyDelete
  3. Mannnttoooppp !!! Memang mengeliurkan bila tgk makanan makanan dia !!!

    I thought makanan Indonesia tak pedas????

    ReplyDelete
  4. memang terbaiklah ayam penyet kat sini...bukan rasa indonesia kalau tak pedessss.

    ReplyDelete
  5. Sambal dia mmg pedas menggila tapi sedap.. aku lg prefer wong solo dari ayam penyet ria..

    ReplyDelete
  6. amir : tak cukup seksi ke peha ayam tu sampai kau tak nampak?

    ada la tu... rentung skit. terlebih bakar kot. hahahah ke sebab terlebih seksi dan kena hukuman rentung.


    ASP : org mexico memang mcm tu.. cajun cajun skit kot..

    org hitaly ni cili jalapeno besar tu buat perhiasan jer..


    MKL : kalau bali lagi authentic kot

    ReplyDelete
  7. Ghaz : makanan tak pedas tapi sambal dia.

    ayoyoyoyoyo..

    juling mata..


    Nasa : memang sedap. org pun ramai...
    frust avocado abis..


    HB : ayam penyet ria tu lagi pedas ke? confirm lepas makan tak ria..

    ReplyDelete
  8. haha. aku kena pengalaman tak best dekat restoran ni, so ni last aku pegi makan sni

    http://akuseorangtraveler.blogspot.my/2015/10/restoran-wong-solo.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai. Kesian.

      Nasib masing masing la kot. Kdg kdg pekerja dia penat sgt tu yang tak larat nak layan baik baik.. Sabar la banyak2...

      Delete
  9. Kalau tak beratur bukan wong solo namanya....standard...mmg sedap...ni,aku ade kat wong solo ni ha tgh mkn ni.....hahahaha

    ReplyDelete
  10. sila sila. jemput makan.. lepas makan jangan lupa cuci tangan

    ReplyDelete