Pages

Monday, December 29, 2014

Jejak Myanmar - 20 - Yangon : Bye Bye Myanmar

Dek kerana sakit perut dan nak terberry berry. Aku berry kat airport !

Haa... bukan senang aku nak berak di tempat awam. Tapi ni kira dah darurat lah ni. 

Masuk boarding room dengan kelegaan. Senyum lebar.

Malangnya flight delay pulak.

Flight yang dari KL sepatutnya sampai pagi tu tapi delayed sebab cuaca buruk. So terpaksa la menunggu.

Nok Air.... Kelas kau nok !

Flight Air Asia.. tapi yang ni ke Bangkok

Myanmar Airlines...

Penantian adalah satu penyiksaan. Hahah. Lama jugak la menunggu. Berkali kali aku pusing kedai kedai kat Duty Free tu tapi tak beli apa apa pun. Tak tau nak beli apa plus mahal gila.

Masa ni lah datang penyesalan tak beli FM kat Scott Market hari tu. Isk. Dah aku kekurangan FM di Myanmar ni. Kat airport harga mahal nak mampssss.

Then... flight dari KL sampai.. lepas buang orang.. baru la kami di persilakan masuk.

Dah tak sabar nak balik Malaysia nih.

Sebab dapat seat tepi tingkap.. aku layan view je la...

Yangon dari udara

Bago River dan Yangon City

Lembah dan lurah

Bye bye Yangon

Lepas take off tu.. pilot bagi amaran cuaca kurang baik. Nampak awan tebal bakal di tempuh

Kapal terbang dah masuk dalam awan tebal. Ada sekali tu aku perasan sayap kapal terbang kena sambar kilat !!! Gila terkejut sekejap. Tapi tak de apa apa lah....

Pastu perjalanan dah smooth. Tapi.. aku perasan.. kapal terbang melencong sampai ke Selatan Thai dan balik ke KL ikut Kelantan !!!

Belah timur semenanjung.... punya la jauh berpusing dek kerana cuaca tak bagus

Dah nampak KLIA2. Landing time........

View sebelum landing. The Avani Sepang Goldcoast Resort. Ni baru betul dari Bagan Myanmar ke Bagan Lalang.

Pastu pusing lagi sampai ke PD. Nampak Thistle Hotel PD

Ni tak pasti apa.. Politeknik PD kot

Selat Melaka

Port Dickson

Punya la berpusing pusing tunggu queue agaknya.. akhirnya masa untuk landing

Landing time.....

KLIA 2

Dah selamat tiba....

OR tunggu kat airport dengan budak budak. Memula nak ajak dia orang jalan jalan dalam KLIA2 tu.. tapi sebab aku yang keluar dulu so malas nak parking kereta dah.

Dia orang pick up then kami singah makan Mc D kat Petronas KLIA.....

Then balik rumah dengan jayanya... penat jugak la tapi aku puas hati. Bagi aku Myanmar ni satu negara yang perlu di explore. Banyak tempat menarik ... dan orang nya baik baik juga.. 

Trip Myanmar ni menjadi satu lagi kenangan perjalanan yang tak akan dilupakan..............  Kalau perlu repeat Myanmar, aku akan cuba ke Mandalay dan Inle Lake pulak. Insya Allah.

Terima kasih Myanmar, aku pasti akan selalu teringatkan bumi mu. Semoga kita bersama lagi.



Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku masih sayang padamu
Namun bila dirimu tak lagi memerlukanku
Cukup sampai disini
Hingga kini bersama lagi

Ingatkah diriku yang pernah
Ada disampingmu
Ada diwaktumu
Ada dihatimu
Kuingat dirimu yang pernah
Hadir disampingku
Temani waktuku
Temani hatiku

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku sangat sayang padamu
Namun entah mengapa perpisahan ini mencambukku
Semoga kita bersama lagi

Cinta adalah kenangan manisku bersama dirimu

TAMAT.

5 comments:

  1. Teruja nak datang sini .... tetambah my friedns kat sini ramai gak yang dari sini ....cuma bila tuh jer yg tak tau hahahahhahaa

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah slmt smp bumi Malaysia :)

    ReplyDelete
  3. Ghaz : insya allah. ada rezeki sampai la nanti.

    jgn lupa business tanaka kat sana nanti.. hahahhaa


    An : alhamdulillah. selamat.


    JJ : thanks


    Mya : tepuk kuat sikit normaya oiiii

    ReplyDelete