Tak abis lagi berjalan di sekitar Yokohama dan area Minato Mirai ni.
Sebenarnya aku jalan ikut kaki. Tiada arah tujuan. Tapi sebab aku tengok segerombolan manusia berjalan ke sana ke sini so aku sebagai kaki sibuk nak jugak menyibuk. Alang alang aku dah ada di kawasan ni mesti la nak check. Kot kot ada orang kaya bahagi bahagi kan harta ke, kot kot la aku dapat spelet dua.
Kayo............
Tapi tak de sebenarnya.... Yang ada adalah acara yang memula tak pasti apa benda. So aku pegi dekat dekat ke kawasan yang di namakan Red Brick Warehouse.
Red Brick Warehouse.
The Red Brick Warehouses (Akarenga Soko in Japanese) adalah bangunan yang digunakan sejak zaman tempat ini dijadikan pelabuhan lagi namun kini telah ditukarkan dengan menawarkan suasana yang unik untuk membeli-belah. Kedua-dua bangunan mempunyai beberapa kedai-kedai yang menawarkan produk yang menarik, dan juga beberapa restoran dan ruang lantai khusus untuk acara-acara dan pameran.
Masa aku pegi hari tu berlangsungnya Holy Festival of Rainbow yang di sambut oleh penganut Hindu dan masyarakat India di Yokohama.
Ada banyak gerai gerai di buka yang menawarkan makanan makanan Indian dan juga Flower Festival.
Usha gambar.
Ke arah Red Brick Warehouse
Gerai gerai makan
Banyak kedai kedai makan dengan menu Indian food tapi aku usha macam tak berani nak makan
Terdapat jugak persembahan dan acara warna warna muka tu...
Ramainya orang
Dari tempat ni kelihatan the other part of Port Yokohama
India@Home
Persembahan turut di adakan. Lagu India tapi penari bermuka jepun
Gelek jangan tak gelek
Meriah jugak la kawasan ni. Tapi kena hati hati, silap silap kena simbah dengan kaler tu. Dia orang suka suka je simbah dan conteng muka dengan benda alah tu.
Habis kotor baju. Tak boleh aku nak gi dekat dekat, takut terkena jugak.
Dan bersebelahan dengan tempat Holi Festival of Colors ni terdapatnya Festivals Flowers of Yokohama. Juga di kawasan berdekatan dengan Red Brick Warehouse tu.
Colors of Rainbow
Now usha pulak bunga bunga yang di tanah di sekitar kawasan ni sebagai sambutan flower festivals.
Memang banyak bunga, tapi macam tak berapa menarik mana. Tapi sempat la aku usha dan round sekali lalu pusing pusing.
Usha.
Bunga dan Bangunan Red Brick Warehouse
Apa nama bunga ni?
Bunga bunga kecik kaler purple
Usha kejap je kawasan ni then aku ke tepi laut.
Di kawasan tebing mengadap laut nampak ramai jugak orang melepak petang petang. Masing masing dengan macam macam aktiviti. Ada yang tengah ambik gambar, ada yang melepak dan bersantai. Ada yang berkelah etc.
Memang meriah betul kawasan ni petang petang.
Kelihatan jugak jambatan Yokohama Bay dan juga kapal kapal bergerak ke laluan masing masing.
Bergaya nenek ni mengambik gambar
Yokohama Bay Bridge
Banguaan Red Brick Warehouse
Lama gak aku lepak lepak kat area ni menghirup udara segar sambil tengok tengok orang.
Hajat hati nak berjalan pusing sampai ke area belah laut sana tapi macam jauh jugak nak menapak. Kalau pegi tu OK lagi, takut nanti bila nak balik semula aku pengsan sebab laluan dia kena buat satu pusingan yang agak jauh.
Sudahnya aku patah balik ke area Minato Mirai tadi tapi ikut laluan lain.
Laluan suka suka hati.
Roundabout pejalan kaki di atas jalan raya macam di Shanghai
Ferris Wheel di Cosmo World
Hanya mampu memandang dan memasang angan angan
Jumpa pulak CupNoodles Museum ni. Noodles pun buleh ada muzium?
Tapi nak masuk kena bayar. Malas la aku masuk
Cosmo World. Hari dah nak senja
Ferries World
InterContinental Hotel. Boleh curi curi guna wifi dia
Port ferry penumpang di pelabuhan Yokohama
Minato Mirai 21
Jalan kaki tepi laut balik ke area sana
Cosmo World. Masuk dan usha usha jap
Cosmo World
Cosmo World
Cosmo World
Masuk free je tapi nak main main ride tu kena bayar la
Minato Mirai
Queens's Square Mall
Ada pertunjukan api
Area Queen's Square
Mercu tanda Mirato Mirai 21
Dan akhirnya.. masa yang di tunggu tunggu.
Aku dah nampak dah.. Ayuh ! Berkobar kobar semangat. Plan aku memang nak cari Hard Rock Cafe ni dan nak isi perut yang kelaparanzzzzzz....
Dan ini la salah satu sebab yang membawa aku ke Yokohama ni. Separuh hidup aku, aku menggilai Hard Rock ni... cuma sekarang slow down sikit, cuma alang alang dah sampai Jepun...biar aku khatamkan ke semuanya.....
bersambung....................
Dan ini la salah satu sebab yang membawa aku ke Yokohama ni. Separuh hidup aku, aku menggilai Hard Rock ni... cuma sekarang slow down sikit, cuma alang alang dah sampai Jepun...biar aku khatamkan ke semuanya.....
Pernahkah selama ini
Ku berhenti mencintaimu
Pernahkah kau mendengar
Ku tak ucap sayang padamu
Di setiap detak jantung
Ku selalu sebutkan namamu
Cintamu telah membuat
Hatiku terukir jelas dirimu
Engkaulah jiwaku
Engkaulah mimpiku
Engkaulah separuh dari hidupku
Hanyalah dirimu
Yang membuat segalanya indah
Biarlah yang ku rasa
Semua itu akan abadi
Kan kulakukan segalanya
Agar ku dapat cintamu
Ku sayang dirimu, ku jaga hatimu
Di sini tempatmu di sisiku
Tetap ku terjaga dalam tidurku
Memikirkanmu ............ Dirimu
Usahlah yang kau rasa
Semua kan abadi
Separuh hidupku
Lupakan segalanya
Agar ku dapat cintamu
bersambung....................
Bang..
ReplyDeleteBenda yg melekat kat besi tu ada beli tak?
Kut ada extra.. bak meh jual seketul..
P/s;
Sambil membayangkan ada roller coaster mcm mercu tanda Mirato Mirai.. sure thrill giloss kan..
Cantiknya bunga-bunagaan tu. Yang kaler purple tu orang umah aku suka sangat. Tengah promosikan kebudayaan India kot Meng. Tapi putih-putih pulak penarinya. Hehehe.
ReplyDeleteyeayyy hrc!
ReplyDeleteNi jenis gila yang takda penawarnya. Bacalah yassin setiap malam jumaat. hehe
ReplyDelete*lariii posing depan camera nenek tua
Zaman I dulu, Intercontinental tuh kira Hotel paling baru .... kita orang duduk kat Landmark Hotel ...
ReplyDeleteWaktu tuh tak ada lagi Queens ker apa ker ... tapi still waktu tuh kita Yokohama nih macam trendsetter gitu ...
Tak tau ler bila boleh sampai sini lagi ...
Sham : tak beli pun... pandang sepi jer. malas nak start nanti teraddicted..
ReplyDeletelagi pun mahai bebeno. x mampu den.
Ali : tu la .. dah la putih.. mata sepet.. pastu gelek india...
hahahahah
JJ : yeah.. HRC
NanaT : depan nenek tua tu dah laut.. mau jatuh kang kat situ. hahahah
ReplyDeleteaku tahan tahan gak la.. setakat gi usha je.. beli beli souvenir HRC ni dah berjaya tahan..
x kemaruk sgt mcm dulu2..
Ghaz : tahun bila la tu agaknya....hiks