Pages

Sunday, October 19, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 17 - Yokohama : Minato Mirai - Part 1

Perjalanan dari Kawaguchiko ke Yokohama adalah sangat memenatkan.

Memang penat sebab dua tiga kali tukar train, pastu aku gigih pegi panjat bukit Shumoyoshida tu lagi. Dalam train macam biasa, walaupun dapat duduk tapi kalau travel penat otak jugak jadi nya. 

Jadi, perasaan tak sabar sabar untuk sampai ke Yokohama adalah membukit tinggi. Rasa macam nak sampai hotel cepat cepat dan dapat lepak lepak betul betulkan urat atau dapat lelap seround pun padu jugak.

Nasib baik la train yang aku naik betul betul berhenti di ShinYokohama di mana di sini lah terletaknya hotel penginapan aku untuk 2 malam seterusnya.

Station Shin Yokohama

Boleh tahan besar jugak la Shin Yokohama station ni. Dan penginapan aku memang aku cari yang terletak berdekatan dengan train station yang mana aku boleh turun naik train tanpa perlu berjalan jauh jauh. Memang memula nak stay di area Tokyo je tapi memandangkan sukar nak dapat hotel yang murah dekat dengan train station maka aku ambik yang di Shin Yokohama ni jer.

Lagipun Shin Yokohama terletak cuma lebih kurang 20 minit je ke Tokyo dengan Shinkansen. So kira OK lah tu.

Barang di ingat, station Shin Yokohama dan Station Yokohama adalah dua station yang berbeza. Shinkansen hanya melalui station Shin Yokohama sahaja tapi untuk ke station Yokohama perlu naik local train.

Bangunan sekitar Shin Yokohama

Mencari hotel penginapan

Walaupun aku booking last minit hotel di Jepun ni, tapi aku dapat bilik yang agak murah di sini. Sedang elok lah tu walau terpaksa bangun pagi naik train untuk ke Tokyo untuk ke destinasi yang aku nak pegi di hari hari berikutnya. Tapi lebih baik aku naik train daripada terpaksa menapak jauh jauh. Plus Shinkansen ni kira express train tak macam local train di sekitar Tokyo yang kebanyakkannya berhenti di banyak tempat.

Keluar dari ShinYokohama, terus menapak ikut laluan dan berpandukan peta yang aku dah print. Hotel aku sepatutnya terletak tak jauh dari Shin Yokohama tu.

Lalu ikuan laluan pejalan kaki dan follow ke main road sebelum jumpa banguan penginapan hotel. Nama hotelnya adalah ShinYokohama Kokusai Hotel. Harga satu malam aku dapat dalam RM 132.

Bangunan hotel

Masuk lobby

Tapi malang bagi mu si burung pungguk ! Sudah la kau buruk, sampai sampai tak leh nak check in lak sebab belum pukul 3.

* hempas beg atas lantai lobby.

"Tolong simpankan beg saya ni !!!'

Begitu aku marah. Tak marah la. Akur dengan peraturan dan aku tak boleh nak melawan. Redha je lah. Tapi yang penting, aku boleh tinggal beg dulu, dan aku nak merayau ke tempat lain lenggang kangkung !

Plan aku memang asal nak rest kejap kat hotel, tapi since tak leh nak check in, aku terus je la keluar merayap.

Destinasi aku adalah ke Yokohama City !!!

Untuk ke Yokohama City dari area ShinYokohama ni kena naik local train. Dan sebenarnya local train tu covered by JR Pass. Tapi aku bangang, aku pegi beli subway punya ticket. Konon konon malas nak berjalan sebab aku ingat station JR dengan station Subway tu jauh jauh.

Tapi rupanya sebelah sebelah jer.

Padan muka.

Tapi tak pe lah. Dalam 10 minit naik subway, aku akhirnya sampai di bandar tepian pelabuhan, Yokohama !!!

Keluar dari subway station Sakuragicho dan jalan kaki ikut orang ramai ramai menuju ke area yang di nama kan Minato Mirai 21 !

Yokohama Landmark Tower yang kelihatan dari station subway Sakuragicho

Keluar keluar je jalan kaki dan dah nampak banyak pencakar langit di kawasan Minato Mirai 21 ni. 

Dan kalau nampak Yokohama Landmark Tower tu nanti akan nampak kapal besar di bawahnya itu, dan kapal itu adalah di kawasan Yokohama Port Museum.

Beli tiket kalau nak masuk

Kapal Nippon Maru dengan Yokohama Landmark Tower. Kawasan ini asalnya merupakan kawasan shipyard di pelabuhan Yokohama.

OK. Cerita pasal Yokohama Landmark Tower ni dulu.

Yokohama Landmark Tower adalah bangunan kedua tertinggi dan merupakan struktur ke 4 tertinggi di Jepun. Berdiri 296.3 m (972 kaki) tinggi, ianya terletak di daerah Minato Mirai 21 di bandar Yokohama, bersebelahan dengan Muzium Kesenian Yokohama. Bangunan ini siap di bina pada tahun 1993 dan sewaktu di buka ia mempunyai observation deck yang tertinggi di Jepun. 

Bangunan ini mengandungi sebuah hotel lima bintang yang menduduki tingkat 49-70, dengan jumlah 603 bilik Tingkat 48 ke bawah mengandungi kedai-kedai, restoran, klinik, dan pejabat.  

Di tingkat ke-69 terdapat sebuah balai cerap, Sky Garden, di mana pelancong boleh melihat pemandangan 360 degree view, dan pada hari-hari yang jelas akan kelihatan Mount Fuji !!! Ada bayaran di kenakan untuk naik ke atas viewing deck.

Menara ini juga memiliki lif kedua terpantas di dunia yang membolehkannya mencapai tingkat ke 69 dalam masa 40 saat.

Kelajuan ini membolehkan lif untuk mencapai tingkat ke-69 dalam kira-kira 40 saat dan hanya diatasi dengan siapnya pembinaan dan lif Taipei 101 pada tahun 2004.

Aku memula macam nak usha jugak nak naik, tapi sebab cuaca tak clear so tak jadi naik.

So meh kita pusing pusing area Minao Mirai 21 ni jer. Aku pun tak pasti kenapa ada nombor 21 kat belakang tu.

Meh Meh Meh. Jalan cepat sikit !

Kapal besar yang menjadi muzium. Nak masuk tu kena bayaran 600 Yen

Nippon Maru dan Muzium Port Yokohama

Dibina pada tahun 1930, Nippon Maru adalah sebuah kapal layar yang bersara secara kekal dan berlabuh di area Minato Mirai dan terbuka untuk dilawati oleh orang ramai. Di seberang kapal adalah Muzium Pelabuhan Yokohama, sebuah muzium yang diubahsuai dan mempunyai sejarah serta menggambarkan keseluruhan sejarah pelabuhan Yokohama dari sejak dulu.

Statue apa ntah

Cute tengok pasangan cacat ni dating

Dan di kawasan Minato Mirai 21 ni juga terdapat Ferries Wheel

Cosmos World Ferris Wheel

Close up. Bangunan bawah tu rasanya casino

Cosmo World

Bangunan Hotel

Di kawasan Minato Mirai ni juga terdapat banyak pencakar langit lain. Bangunan berkembar tu adalah viewing point. Boleh naik sampai atas tapi pakai tangga je.. Boleh tengok view sekitar kawasan ni

View dari atas tower

Queen's Square. Area shopping mall dan tempat lepak

Nippon Maru

Kawasan sekitar view dari atas tower

Ada pakcik sedang melukis. Good job pakcik !

Kawasan yang menarik untuk lepak lepak santai

Dan ramai juga yang berkelah kelah

Menghirup udara yang segar di tepian laut

Dan aku sebenarnya tak tau nak ke mana.

Jalan jalan ikut kaki, so aku plan nak jalan ikut orang ramai pegi. Jadi.. meh kita pegi........

Jambatan

Minato Mirai 21 dari arah lain

Minato Mirai 21 adalah kawasan bandar tepi pantai di tengah Yokohama yang bermaksud "pelabuhan masa depan". Ia mempunyai banyak pencakar langit termasuk Yokohama Landmark Tower yang merupakan bangunan tertinggi di Jepun dari tahun 1993 sehingga 2014. Kawasan ini dahulunya merupakan shipyard kapal yang besar sehingga tahun 1980-an, apabila pembangunan mula mengubahnya menjadi sebuah pusat bandar baru.

Minato Mirai adalah lokasi yang hebat di sepanjang tepian air dan mempunyai pelbagai tarikan termasuk pusat-pusat membeli-belah, hotel, pusat konvensyen, taman hiburan, pusat bersantai, muzium dan taman.

Laluan

Aku suka view di area ni

Mengadap Yokohama Landmark Tower

Cherry Tree yang dah gugur di kawasan ni

Sakura dah tak der

Shopping mall

Dan aku jalan kaki ntah ke mana mana hala..... 

Macam makin jauh dari Yokohama Landmark Tower tu, tapi kat depan macam lebih meriah dan ramai orang.

Jadi................

Ayuh semua ikut DoraMeng......................  Korang jangan malas, jika engkau malas... kena tinggal !

* cekak pinggang



Apa yang telah terjadi yang telah membuat kau tak mengerti
Maaf ku tak sadari yang telah membuat kau ingin pergi
Saat ku tak bicara, berjuta kata yang ku ungkapkan
Walau kau tak merasa, cinta yang ada begitu nyata

Ku ingin engkau tahu berartinya dirimu
Ku tak inginkan kau ragu, aku kan bertahan dalam hidupmu

Jika engkau pergi hilang dariku
Meninggalkan mimpi dalam tidurku, bersamamu dan tanpamu

Ku ingin engkau tahu berartinya dirimu
Ku tak inginkan kau ragu, aku kan bertahan dalam hidupmu

Jika engkau pergi hilang dariku
Meninggalkan mimpi dalam tidurku, bersamamu dan tanpamu

Jika engkau pergi hilang dariku
Meninggalkan mimpi dalam tidurku, bersamamu dan tanpamu

bersambung...........

5 comments:

  1. dtg yokohama semata2 nk pegi HRC je...meng tak pegi ke? nmpak jugaklah kapal tu tp dah mlm gelap sunyi je

    ReplyDelete
  2. Lawa la kapal-kapal dia Meng...

    ReplyDelete
  3. Dahsyatnya design gate kt Queen's Square tu..ingatkan roller coaster..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Meng ... cukup syahdu bila melihat gambar gambar mu ...

    Sebabnya ... almost a year pernah tinggal di Yokohama ... dan Landmark Tower adalah hotel kami dulu ....

    Tapi Yokohama dulu dan sekarang tak sama ... banyak pembangunan pesat telah berlaku

    ReplyDelete
  5. CBCQ : of choss la pegi.. tujuan utama pun nak ke situ.

    melepaskan hajat yang sekian lama... hahahaha


    Ali : lawa dan besar. aku nak masuk tapi bajet... x jadik la.. tengok dari jauh jer..


    Nohas : arca tu.. berbelit2.. tak tau la apa benda maksud dia..

    kat sebelah kiri ada panggung wayang tapi jauh sampai ke bawah.. mcm dlm lombong tinggal.

    lupa lak nak ambik gambo


    Ghaz : terkenang kisah lama ya.. tak pe nanti buleh la repeat.. balik dari calgary singgah sebentar di yokohama makan goreng pisang ker..

    haksss

    ReplyDelete