Pages

Friday, October 3, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 02 - Nagoya : Meijo Park | Nagoya Castle

Tetiba macam dungu sekejap.

Tetiba nampak banyak bunga bungaan.

Tetiba banyak bunga tulips tulipan 

Tetiba nampak kincir angin.

Tetiba rasa macam Alice in Wonderland.

* mati lah semalam jadi Detective Conan, hari ni tukar watak

* mati la clash identity

Tetiba ada suara dari langit.

"Eiiiii macam Dayang Senandung.. muka je putih.. tangan hitam.............. ~!!!!!!!"
"Syaitoooon !!!!!!!!!!!!!!! Suara siapa kah itu?"

* picit picit kepala

"Aku ! Aku adalah Abam Gagah !"
"Abam Gagah?"


Teng Teng Teng......................

"Abam.. tolong saya !!! Tunjukkan saya jalan yang benar.. di mana kah saya berada sekarang?? Oh.. saya penim.. Abam.. toloong saya.. abammmmmm......."

Senyap dan sunyi. Bingai la abam tu. Tak membantu. 

Tapi aku jadi mental kejap sebab tengok bunga tulip tetiba ranum dan banyak.

Sang tulip

Tulip tulipan

Bukan tulip

Bunga bungaan

Taman tamanan

Terpaku jap aku speechless

Tapi tak per.

Jangan panic. Relaks. Relaks. Drama je tu....

Tetiba baru la aku nampak banyak pokok cherry blossom dan aku pasti yang aku memang berada di Jepun.

Macam nak pinjam je basikal ni

"Ada makanan lebih tak? Tumpang sorang aci?"

Boleh tahan besar Meijo Park ni sampai aku tercari cari kat mana Nagoya Castle tu sebenarnya berada.

So aku menapak ikut kaki. Sambil layan suasana. Sambil ambik gambar. 

Duduk kat kerusi tu jap sebab penat

Layan tengok kolam kecik ni

Dan akhirnya aku menapak lagi...

Dan akhirnya.................

Baru la aku jumpa.

Nagoya Castle

Tapi Nagoya Castle ni terletak di seberang sana. Ada moat sekeliling castle ni. Nak tak nak aku terpaksa buat pusingan untuk ke sana. Boleh tahan la haus tapak kaki. Belum kira haus tekak lagi.

Menyesal tak beli air.

Ramai pulak tu yang berhanami berkelah kelah. Nak je aku lari rempuh dia orang dan curi makanan. Dapat curi air pun jadi lah. Dahaga.

Moat keliling castle

Boleh tahan nak kena memanjat nak sampai ke sana

Makcik makcik ni ambik gambar. Kamera masing masing memang serious malu aku nak tunjuk kamera aku........

Ha.... dia dekat tapi jauh..........

Itik dan sakura. Tidak boleh dipisahkan

Agak agak peluh dan merecik satu liter, pernafasan pun dan keluar bunyi dengus badak, akhirnya aku tiba jua di pintu masuk nak naik ke Nagoya Castle.

Barang di ingat, tu baru pintu masuk.

Actually, kalau memang nak ke Nagoya Castle ni, boleh je turun kat subway station Nagoya Castle ni, tapi sebab aku gatal nak ke Meijo Park tadi tu. Ha.. tu yang pijor muka berjalan.

Cuaca sejuk tapi kalau sang mentari masih memancarkan panasnya. Memang peluh merecik recik la jawapnya....

Nagoya Castle. Ikut sana

Ada bangunan besar. Tak pasti bangunan apa tapi macam stadium tertutup

Map kawasan Nagoya Castle

Pintu masuk dan tempat jual ticket

Nagoya Castle

Nagoya Castle ini di buka pukul 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali masa tahun baru Dec 29 - Jan 1.

Nagoya Castle merupakan sebuah landmark terkemuka di Nagoya ini dan menjadi mercu tanda terkenal terutamanya two golden carp di bahagian bumbungnya tu. Asalnya ia merupakan rumah kepada Oda Nobunaga, salah seorang panglima perang terkenal Jepun. Sebahagian besar bahagiannya telah musnah semasa perang.  Nagoya Castle sekarang ini merupakan replika asal, dan telah siap pada tahun 1959. Di dalamnya terdapat sebuah muzium yang menarik, observation deck serta di kelilingi taman taman.

Tiket masuk berharga JPY 500.

Aku berdiri depan tempat jual tiket tu.

Fikir.

"Titakoti termakan lima kati. Mak Mak Minah nak beli bunga apa? Sekarang awak boleh keluar, tetapi awak jangan nakal. Cak kopek kopek kecuk !"

Nak masuk ke tidak ni? Nak masuk macam sayang duit, takut tak de apa apa. Tak nak masuk.. sayang jugak sebab dah sampai !!! Nagoya Castle ni antara castle yang aku teringin nak masuk. Tapi...?????

Garu garu dagu lagi. 



Bila memandang gambarmu
Hatiku rasa terharu
Senyuman dibibirmu
Menawan kalbu

Mengapa hanya bayangan
Tak sanggup berjauhan
Andainya kita bersua
Betapa mesra

Kudampingimu oh sayang
Hatiku berlagu riang
Teringat malam dan siang
Bertambah sayang

Sungguh ku terpesona
Terasa kau bersama
Memberi kucupan mesra
Daku bahgia

Semakin hari kukenang
Jiwaku rasa tak senang
Semakin hari kupandang
Semakin sayang...

Semakin sayang...( 2X )

bersambung..................

16 comments:

  1. pose pose student laku tak? jambang misai suma kena ah shaved.
    kot student rate lagi murah...~

    ReplyDelete
  2. Arghhh... sambung lagiiiii... ko masuk ke tak ni? Cantiknya tulip tulipan... rasa nak peluk!

    ReplyDelete
  3. Bang..
    Masa ko pi nembak tulip tulipan tu.. ko menyarap ke bang.. tak kena gigit tungau ke (kenal tungau tak?)

    P/s;
    Tetiba feeling mcm dlm citer Memoirs of a geisha lak masa nmpk pokok cherry blossom.

    ReplyDelete
  4. cantiknya tulip..asal pendek jer citer?..bulan berapa pegi ni meng?

    ReplyDelete
  5. Castle2 kt sana mostly serupa je kan

    ReplyDelete
  6. Perghhh camera dslr macik nippon tuh, dengan lense dia yang gedabak... pergh... aku lagi ler malu dengan camera aku, sony cybershot aje... slr ke dslr ke hape tu aku tak pandai... wahkakaka~ XD

    Oda Nobunaga?? Waah... aku tau sikit2 pasal dia, satu historical figure nippon yang power...

    Best meniarap dan berbaring dalam taman tulips noh en.meng... cuaca cun pulak tu, ii kanji desu ne~ ;3

    ReplyDelete
  7. cantik Meijo Park di musim spring..

    ReplyDelete
  8. Meijo park!! Cantik tu view kat situ x rugi lah stop d stesen tu. Yang pasti nagoya castle lebih kurang je design dgn osaks castle cuma warna yg beza

    Belum satu hari dh masuk part 3, klau 8 hari nampaknya ber part part siku lipatlah hihihi tp x pe Jm setia bersama mu heeeee

    ReplyDelete
  9. Superb.... Untung sgt pegi time sakura berkembangan ...

    ReplyDelete
  10. huii. cantik scenery tuu.. entry ni paling lawak sebab ade abam dayang senandung... kahkahkahhhhhh
    p/s: abg meng g sini bulan brape yek?

    ReplyDelete
  11. NanaT : sama je rasa harga dia.. kalau convert memang rasa mahal tapi sebenarnya mana mana pun entrance fee lebih kurang rate tu je la kat jepung nuh..


    Ali : tak masuk. demi menjaga bajet dan speku dlm tu mcm tak menarik. hehee


    Sham : tak payah meniarap .. letak je kamera pastu auto fokus. tu yang kdg kdg fokus tak betul...

    Tungau tu tahu la.. kecik kecik dulu selalu kena.. hahahaha


    Riss : bulan 4 hari tu. dah bagi bagi dah entry ni.. tulis pendek je. gambar je lebih

    ReplyDelete
  12. AO : yup.. semua sama je lebih kurang.. nagoya.. osaka.. hiroshima etc.. lebih kurang jer


    Plain : makcik2 tu punya tele memang mengerikan. pastu banyak lak tu usung sana sini.. ngeri dan jelesi jer.

    kamera apa apa pun ok je plain. janji pandai menembak... slr tu lebih pd membantu jer..

    oda tu aku sendiri pun tak pernah kenal. dia lagi lak tak kenal aku.

    hahahaa...

    meniarap? aku x meniarap pun. letak je kamera tu dan petik.

    kalau aku meniarap kang jadi bahan tontotan jerr

    ReplyDelete
  13. Nohas : cantik la. banyak sakura. timing kena betul..


    JM : harap bertabah.. entry jepun adalah sebulan.

    hahahaha..


    PM : ya betul. kebetulan je. x expect pun..


    TZ : bulan ampat.. time sakura la.. tapi lewat skit


    ReplyDelete
  14. Agak2 berbaloi tak ke Meijio Park ni?
    Nak g Nagoya gak, tapi lost xtau nk fokus mane..huhu

    ReplyDelete
  15. part kamera gempak makcik2 pakcik2 jepun tu mmg sadis ok...rasa malu je pakai lens stended huhu...

    ReplyDelete
  16. Nil : meijo park kalau time sakura san ok la kot. kalau biasa biasa dia mcm park biasa jer..

    tapi kalau pegi nagoya castle tu dia sebelah je. buleh usha. kalau autumn kot la ada foliage ke buleh menembak. tapi park itself.. tak de apa apa pun


    Biq : betul....

    kagum terlebih kang dgn dia org ni. ke sana murah murah?

    dia org pakai mark I mark II tu.. setakat cikai2 mcm kamera kita kita ni... mak aiii... mainan je utk dia orang kot

    ReplyDelete