Pages

Thursday, October 2, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 01 - Nagoya : Welcome to Nagoya

Masa berganti waktu, hari berganti hari, musim bertukar lagi... 

Aku baru nak update pasal Jepung?

Hahahaaha.

OK. Jangan betulkan skrin monitor anda. Jangan hantuk hantuk kepala ke dinding. Pegi buat kopi lah....... layan dulu sechawan !

Macam dah basi eh? Orang yang pegi sama dengan aku pun dah lama update pasal trip masing masing. Aku ni je lah, kerajinan melampaui batas. Simpan lama lama buat pekasam. Bila pandang je tunggu mood nak datang. Masalahnya ntah bila mood berlari lari riang nak datang.

Kalau lama lama tak update ni mahu berkulapuk dengan teritip. Silap silap cendawan pun boleh tumbuh.

OK. Kita pegi slow slow okey?

To NanaTron, aku harap kau dah dapat merawat luka yang terpendam. Sabar bebeh, masanya pasti datang !

Trip ni macam dah lama sangat, takut banyak benda aku lupa. Aku ni bukan jenis jot down sangat time pegi, main simpan dalam otak. Langgar tiang je semua berterabur hilang. Belum kira jumlah semut yang aku dah termakan. Silap silap boleh buat battalion pegi perang.

Bismillah Ar Rahman Al Rahim.

Mukadimahnya.

Masa aku ke Jepun time 2012 dulu tu, memang aku menyimpan hajat nak ke Jepun lagi sebab aku rasa Jepun best. Tapi aku tak de la bercadangnya bila. Dan kalau aku nak pegi pun, aku rasa aku nak cover part Tokyo sampai ke Sapporo. Part lain dah malas nak pegi.

Tapi !

Orang kata kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Tetiba Air Asia X buat annoucement ada route baru di buka ke Nagoya. Masa tu aku tak de la ambik port mana. Sampai la satu hari tu, time aku tak de keje gatal tangan godek godek web Air Asia tu ternampak la route Nagoya ni. 

Tengok harga, dalam RM 550 return. Haaa. rasa macam mampu lagi. Terus aku book ! Masa tu lebih kurang 3 bulan sebelum tarikh berangkat.

Pastu terbiar la kat situ tiket tu sampai la dekat tarikh nak sampai baru la aku terkocoh kocoh nak prepare.

Preparation tak de apa sangat, cuma aku dapatkan JR Pass dulu. Kalau dulu aku beli di KL, tapi kali ni aku beli thru website Japan Rail Pass seminggu lebih sebelum berangkat. Servisnya cepat, tak sampai seminggu aku dah dapat pass aku di hantar menggunakan FedEx.

Preparation lain lain tak de apa sangat. Since aku ni beg pun selalu tak abis unpacked dah berjalan lagi so kiranya apa yang berbaki dalam beg tu la yang aku bawak plus apa apa tambahan yang perlu.

Makanan sikit, termasuk la Maggie cup etc.

Duit aku tukar di KL campur sikit saki baki yang aku ada dari trip dulu. Rasanya mencukupi untuk trip selama 8 hari ini.

Memula mati mati aku ingat aku punya trip ni 5 hari, tapi aku realized sebenarnya 8 hari ! Mak aii. Lama tu. Aku tak boleh travel lama lama sangat. Tapi tak pasti kenapa aku beli selama tu. Maybe sebab nak dapat harga murah kot time balik.

Pasrah.

Part paling payah adalah merancang itinerary sebab aku pun tak tau aku nak terjah ke mana. Baca punya baca then aku dapat la idea sikit sikit which aku rasa akan mengguna pakai JR Pass aku tu semaksima mungkin. Selagi aku tak confirm itinerary aku, selagi tu aku tak boleh nak booking hotel apa semua. 3 hari sebelum berlepas baru aku sibuk sibuk nak booking hotel. Tu pun banyak yang dah penuh. Terpaksa ambik mana yang ada jer lah. Belum pegi lagi duit dah banyak abis untuk booking hotel, tapi lega la jugak at least aku dah ada tempat yang nak tuju dan bermalam waktu di sana nanti. Lagipun sekarang pegi Jepun tak payah pakai Visa jadi lebih mudah kerja nya.

Kebetulan pulak, time tu masih cherry blossom tapi aku beli tiket ni bukan sebab nak tengok sakura pun. Kebetulan jer. Cuma timing ada lewat sikit la lepas sakura mungkin dah jatuh berguguran. Tapi tak pe lah.

Apa yang penting..................... let's go to Nagoya !!!

Hari nak fly tu, memula aku ingat flight aku pukul 10.45 malam. Dah suruh OR siap awal awal sebab nak hantar aku ke airport. Last last aku baru perasan rupanya 12.45 pagi !

Isk. Lama lagi tu.

Sempat aku baring baring bermalas malas di rumah.

"Hoi Meng ! kau ni nak travel ke tidak ni?"

Macam tu marah diri sendiri sebab macam dungu je tengok sofa dan terasa macam nak berbaring. Tiba tiba kemalasan itu datang.

Tapi sebab dah siap, berangkat la aku ke LCCT malam tu. Sampari airport sempat beli rokok dulu sebagai bekalan.

Semua urusan pantas dan smooth je. Tak de apa drama sangat, sudahnya tepat jam 12.45 pagi aku dah berada di dalam perut pesawat dan bersiap sedia untuk berlepas ke bumi Jepun.

Ayuh !

Aku tak ingat apa yang berlaku sepanjang penerbangan. Rasanya aku mencuba untuk tidur dan aku tidur tidur ayam. 

Aku ni kalau travel agak susah sikit nak tido melainkan memang penat dan mengantuk betul. 

Pejam celik pejam celik, sedar sedar dah sampai di Nagoya.

Pesawat mendarat dengan selamat jam 8.20 pagi waktu Nagoya. Waktu Nagoya adalah 1 jam lebih awal dari waktu Malaysia.

Sebaik saja landing....................................

Ah............ Nikotin! Nikotin !!!

Macam tu paru paru menjerit mintak di cemari.

Sebab aku sayangkan paru paru aku, so aku pun fulfill la permintaan dia tu. Tak salah kan?

* pengsan

Urusan immigration dan passport semuanya lancar cuma beratur lama sikit sebab orang ramai. Ada banyak flight tiba waktu yang sama termasuk lah flight Singapore Airlines.

Oh. Sempat la aku cuci cuci mata tengok crew Singapore Airlines yang cantik dan berseri tu. Crew Singapore Airlines ni selain daripada body yang menawan, mereka juga mempunyai senyuman yang manis manis dan paling penting gigi yang cantik. Tu kriteria utama. So kalau gigi penuh tampalan besi, tak payah menyeringai nak jadi crew SIA. Kalau gigi ala ala roboh sikit boleh try Air Asia kot. Opsss.

Keluar dari airport lepas claim baggage apa semua, aku terus je melangkah mencari train dari Chubu Centrair International Airport untuk ke downtown.

Tau kenapa aku tak sabar sabar?

Sebab nya aku mengantuk !!!!!

Welcome to Central Japan

Itu la bahananya kalau tak tidur dalam flight, pastu mula la nak menjadi zomba !!

Terumbang ambing membawa diri cari train station.

Laluan dari airport terminal ke Airport Line

Haaa. Ni tempat Airport Line

Ada banyak jenis tiket dari airport ke downtown Nagoya. Terserah pada diri masing masing.

Cara yang terbaik yang menghubungkan Lapangan Terbang Centrair dan downtown Nagoya adalah menggunakan Meitetsu Airport Line. Kereta api paling pantas dipanggil "μSKY" (myuu-sukai) dan berlepas ke Nagoya St setiap 30 minit. Perjalanan mengambil masa 28 minit dengan kos JPY 1200 ( first class )

Yang lebih perlahan sikit adalah kereta api Limited Express, juga beroperasi setiap 30 minit, menawarkan kedua-dua kelas pertama (Reserved Seat) dan kelas biasa (Non Reserved Seat) dan mengambil masa 37 minit untuk sampai di Nagoya Station.

Aku ambik tiket paling murah. JPY 850 ( RM 26.80)

Sila ambik maklum Airport Line Meitetsu ini tak covered oleh JR Railpass. Jangan hentak hentak kaki depan kaunter tunjuk pass JR tu. Tak laku !

Train sampai

Seat tak reserved maksudnya kena berebut rebut dengan orang. Tapi train tak penuh sangat.

Duduk la dalam train melayan perasaan sendiri sampai la announcement train telah tiba di Nagoya Station.

Cepat turun !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Keluar dari train station maka tersergam indah lah nampak Nagoya Station ni.

Nagoya Station ni memang besar gila ! Baik dari luar mahupun bila dah masuk dalam. 

Nagoya Station merupakan salah satu station terbesar di dunia !

Kagum sekejap tetiba nampak bangunan pencakar langit besar gedabak walaupun sebenarnya aku pernah lalu di station ni waktu naik Shinkansen dari Osaka ke Tokyo masa trip dulu tu.

Terus hilang rasa mengantuk, tapi badan macam letih lesu jugak lah.

Melilau lilau dalam station tu mencari exit keluar sebab aku nak menuju ke hotel penginapan yang aku dah book. Nak cari exit ke belakang punya la pening. Berpusing pusing. Memang boleh pitam duduk dalam tu kalau tak tau jalan. Kalau tengok macam dekat je dari station ni dan aku memang plan ambik penginapan yang dekat dekat je dengan station ni sebab senang esok aku nak bergerak.

Merayap cari exit dan akhirnya terjumpa. Kat luar tetiba ada Apek ni sapa aku.

"Mahu pergi mana?"

Motip tetiba ada orang cakap Melayu dengan aku?

"Hello ! I am from Italy, cant you see?????"

Begitu dialog busuk dalam hati.

Aku tunjuk voucher print out hotel, then dia tunjuk kat nyonya Jepun sebelah dia. Aku suspect bini dia la kot. Then dia orang cakap Jepun, pastu dia tunjuk arah kat aku. Aku mengiyakan jer lah.

Pastu dia orang blah. Musykil tak sudah aku jadi nya. Maybe aku tak cukup Italian lalu orang kenal sebagai Malaysian.

So dengan kata kata dari Apek dengan Japanese wife dia tu, aku pun melangkah. Jalan ikut kaki menyusuri bangunan bangunan yang ada sekitar kawasan Nagoya Station tu menuju ke arah yang di tunjukkan. Tetiba makin sunyi pulak. 

Sudah.

Aku nampak mamat sorang ni, dia tengah tarik tong sampah. Keje kutip sampah agaknya.

"Excuse me... "
"Haih"
"Do you have any idea where are we now?"

Aku tanya dia sebab aku tak leh nak track kat map tu.

Then mamat tu belasah cakap Jepun dengan aku.

Oooo. Kau cakap Jepun ek? Hmmmmm.

"Hotel ni kat mana ek? Tau tak?"
"Korek korek korek korek"

Kalau aku cakap English pun dia tak faham. Baik aku cakap Melayu. Hujung hujung aku tunjuk peta dengan alamat hotel je pun. Dia boleh baca kat situ.

"Korek korek korek"
"Oooo. Ada traffic light kan?"
"Haih"

Wah. Paham Melayu rupanya..... Belasah la main cakap hapa hapa. Yang pasti dia suruh aku jalan straight jer...............

So aku pun berjalan la dengan letih lesu. Sempat la hisap rokok sebatang dua.

Sudahnya.. tengok tengok terjumpa jugak dengan hotel tu. Yahoo....................... !

Jumpa pun

Riang jugak di hati kalau jumpa hotel. Memberi sinar harapan dapat bermalas malasan hilangkan penat.

Tapi aku ingat aci la nak check in dulu baring baring betulkan urat ker apa. Nan hado !!!

Sorang pakcik Jepun ni jaga reception. Dah la tak leh cakap English. Pastu apa dia merapek aku pun tak faham. Tapi bila aku cakap aku nak check in awal dia faham pulak. 

"No. No. No.... 3 o'clock"

Banyak la kau punya No.

Tapi dia berkeras. Akhirnya aku yang pasrah. Jam baru pukul 11 pagi. Nak tak nak terpaksa la aku beredar. Tapi aku tinggal la beg aku kat situ dulu.

Hisap rokok sebatang dan fikir.

"Mana aku nak pegi lagi ni????"

Akhirnya.................... mati kutu.

Aku patah balik ke Nagoya Station dan aku plan untuk jalan jalan kat downtown Nagoya jer. Lagipun memang tu plan aku hari ni cuma kalau boleh nak la tidur kejap sebelum keluar semula. Dah tak boleh, aku skip je la part tidur tu dan gerak terus.

Sampai kat Nagoya Station tu aku pegi kat kiosk information. Mintak map dan borak borak dengan minah kat reception tu kejap. 

Aku cakap aku nak pegi Nagoya Castle !

Dia bagi aku peta apa semua dan aku ambik subway dari Nagoya Station tu terus ke Nagoya Castle. Kena tukar line lah sekali. Tapi aku exit Meijo Park sebab minah tu cakap cuba la try kot ada cherry blossom kat area tu dan boleh jalan kaki ke Nagoya Castle tuh.

Aku akur. Teringin jugak la nak tengok bunga bunga sakura walaupun tu bukan agenda utama.

Keluar dari station ke Meijo Park Nagoya then aku nampak sebuah taman yang luas.

Meijo Park

Tetiba macam dungu sekejap.

Pastu tengok area sekeliling tetiba nampak bunga bungaan.

Tetiba banyak bunga tulips. 

Tetiba ada kincir angin. Kenapa begini jadi nya? Oh adakah aku di Belanda? Lain yang aku cari, lain yang aku jumpa. Aku tak nampak pun Nagoya Castle.

Oh di mana kah Nagoya Castle? Di mana kah kau mustika ratu hati......................?



Oh di mana mustika hati
Bersembunyi menghilang diri
Lama sudahku mencari
Oh di mana

Mana janji sumpah setia
Yang kau beri sekian lama
Jangan dikau mungkir janji
Merana diri

Aku juga mengerti
Jiwamu terganggu
Tangis merintih
Mengenangkan daku

Ya mengapa jadi begini
Hingga kini tak kembali
Dikau pergi ku mencari
Oh di mana

Aku rasa macam harus menyiasat !

Aku rasa semua ini seperti telah dirancang. Aku perlu mencari jalan penyelesaian.

"Ran Mouri, di manakah kita berada sekarang?"
"Detective Conan, saya rasa kita sedang diperhatikan"
"Apa??????????????????????????????"

Jeng Jeng Jeng..................

bersambung................  

23 comments:

  1. Hehehe...tergelak baca.salam perkenalan.first time nk komen. Selalu baca jer.

    ReplyDelete
  2. hahaha...itu ko dah masuk kawasan naruto.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Bang,
    Sekapal jugak ngan Amsyar ya.. segala anime dia dah khatam. Mujur tenet kat umah sana F.O.C.
    Tok Sheikh bagi sekali dgn sewa rumah. Tu yg dia sanggup memeram dlm toilet sampai 2 jam.. rupanya melayan katun rambut pacak.

    P/s;
    Cik Asben pun OKSIGEN !!!

    ReplyDelete
  4. better late than never abg meng :)

    ReplyDelete
  5. misteri betul apek yang berbahasa melayu tu meng.. hmm..

    ReplyDelete
  6. Errrr... Meng, kim salam kat Detective Conan ya... aku tak sabar nak tunggu bab makan walaupun ko sekadar makan megi cup je... try sushi Meng!

    ReplyDelete
  7. dah keluar entry Japan kali ke-2..*tepuk tangan*..kali ni takde mencari Maria Ozawa..hehe..

    Kore Ga Nippon Desu tu apa maknanya? Mari Melawat Jepun ke..

    ReplyDelete
  8. Meng ...

    Terima kasih berkongsi pengalaman ... I was here for 6 months dulu ... tapi dulu ler .. mungkin waktu tuh Meng masih anak anak kecil lagi hehehehe

    Banyak kenangan manis di Nagoya ...

    ReplyDelete
  9. warghh baru nak beranak entry nagoya nih. luka dah jadi parut...bole la komen kat entry ko ni. heehhee.

    dulu aku booked eco hotel katanya 450m je dari nagoya station. ah. suma dah jadi bubur. *ngap bubur mcd

    ahaks..ketara kemelayuan kau !! dalam ramai2 crowd orang leh spot terus cakap melayu tuuu. kihih. ada je Allah kirim orang untuk bantu kita kan. :)

    ReplyDelete
  10. Hahahaaaa cool la ckp melayu ngan mamat buang smph tu haha

    ReplyDelete
  11. Wahkakaka sesi berdialog en.meng dengan pacik jepun tu, i can imagine that very vividly wahkakak... "potpetpotpet?", "haih", "potpetpotpet", "haih, haih"... wahkakakak! XD

    ReplyDelete
  12. Bila ke nagoya ni tahun lepas ke, Jm Jm lama x update rasanya semua hilang dari ingatan then pastu mula tukis merapu. korek! Korek! Korek! Tu bahasa hitaly ke bsng!

    ReplyDelete
  13. JS : salam perkenalan...


    NM : tompang jerr.. hahaha


    Sham : oksigen tu wajib. hahahaha..

    hero aku kat rumah pun sama. bab katun ni. rela tak makan. selalu kena bagi jadual waktu tv dia punya kol berapa.. papa dia punya kol brp


    Azra : of chos Azra.. tapi lama sgt.. basi !

    ReplyDelete
  14. Mya : agaknya apek tu naik flight sama dgn aku kot. aku x perasan.. terkejut jugak tetiba ada org cakap melayu dlm aku termangu mangu....


    Ali : henti kan imaginasi kau nak tengok aku makan sushi..

    aku tak makan sushi !!! hehehehe


    Nohas : haha aku siap tanya cikgu jepun lagi. dia yang bagi tajuk. maksud dia.

    ini la jepun..............

    konon konon la hahaha. nak buh maria ozawa kang terkecewa sebab tak jumpa.


    Ghaz : kalau aku anak kecil time tu.. hmm lama betul la tu kot

    ReplyDelete
  15. NanaT : btol. tetiba je apek tu ada sebelah...

    hotel kat nagoya station ni banyak tapi sebab aku last minit. faham faham je la. yang ada pun semua mencanak mahal nya..


    AO : mamat tu melayan je.. tapi dia mcm sibuk sungguh mengutip sampah.. pastu ckp beriya riya..

    sudahnya.. haram aku tak faham sepatah pun....


    Plain : memula aku fikir ckp english gak. tapi based on pengalaman.. sama je pun kan.

    so baik aku belasah ckp melayu.

    gaya badan boleh buat mereka faham juga...


    JM : nagoya ni bulan 4 yang lalu....

    ReplyDelete
  16. aku pun suka jepun dan sanggup pegi lagi dan lagi...dulu sakura, nanti autumn plak...tazzabar!

    ReplyDelete
  17. Biq : fuyooo. ixora dah nak start berjalan..

    cepat pegi. cepat balik dan cepat blogging !

    ReplyDelete
  18. hahaha..
    part yg last sekali tu lawak laa..

    ReplyDelete
  19. SS : jangan gelak kuat sgt. kang langsuir datang.. hahaha

    ReplyDelete
  20. Hahaha lawak betul awak ni...akak pulak yg suspen

    ReplyDelete
  21. J : jangan suspen lama lama.. kejap kejap jer...

    ReplyDelete