Pages

Monday, August 25, 2014

Santai Cuti Sekolah - 01 - Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

Ini cerita al kisah cuti cuti Malaysia bersempena dengan cuti sekolah dulu.  

Read : Cerita dah basi

Biasa lah every time cuti sekolah, Hero mesti tanya.

"Papa. Kita tak pegi mana mana ker?"

Berjalan je dia tau. 

Tapi kalau cuti sekolah, dia duduk terperuk kat rumah pun kesian jugak, jadi kena gi la berjalan. Tapi nak gi jalan tu masalah jugak sebab aku bukan boleh cuti sangat.

Read : Cuti dah abis sebab banyak merayap

Nak pegi jauh jauh, malas nak drive plus takut jalan jem, jadi aku dengan OR sebulat suara bersependapat, kita pegi cuti cuti yang paling jauh .......................

Pegi KL !!!!

OK Aper. Walaupun aku duduk KL. Bukan semua tempat aku pernah pegi. Dan KL ni sebenarnya banyak tempat yang menarik dan mencapai piawaian tempat yang sesuai untuk kanak kanak pegi especially cuti sekolah.

Jadi, walaupun bercuti di KL saja, tapi aktiviti melawat tempat tempat kena ada. So plan kami adalah ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara.

Seumur hidup aku... ini yang pertama...

* tarik key Amir Ukays

Aku sendiri pun tak pernah jejak kaki ke sini. Lalu kat tepi tu selalu lah. Jadi, apa kata kita terjah ke sana....... !!!

Keluar rumah dekat tengahari. OR dah masak tapi aku cakap kenyang tak moh makan lagi. Aku suruh dia je makan dengan budak budak tapi dia orang tak makan. Siap packing bawak bekal ! Padahal nak gi KL jer.

Destinasi pertama pegi kedai pharmacy dulu cari barang, lepas tu terus ke destinasi pertama cuti sekolah ni iaitu ke Pusat Sains Negara.

Ini bangunannya.. Nampak menarik walaupun dah berlumut

Ini pandangan bangunan secara keseluruhan

Agak kagum jugak waktu kami sampai rupanya ramai jugak orang datang sini. Mostly ibu bapa bawak anak anak lah. So kami tak terkecuali. Masuk je parking kat sekitar bangunan ni dan masuk ke dewan pameran.

Pintu masuk

Di Pusat Sains Negara ni, ada pameran yang kekal dan ada jugak seasonal exhibition. Kalau pameran kekal tu harga tiket adalah RM 3 untuk dewasa dan pameran seasonal tu adalah RM 20 untuk dewasa sekali masuk.

Ini pameran seasonal waktu tu. 1001 Inventions Kegemilangan Tamadun Muslim. 

Tapi kami memilih yang pameran biasa jer lah..

Ikan ikanan

Masuk masuk je tetiba rasa macam sampai di Aquaria.

Sebabnya, ada watertank dengan ikan ikan segala bapak jenis ikan ada. Garang garang muka ikan ikan ni. Mereka tengok aku macam nak makan.

"Apa pandang pandang? Nak autograf?"

* petikan dari siri ; Mari bercakap dengan ikan

Ralit jugak la tengok ikan yang menyambut kedatangan kami.

Then masuk tu, baru ada ruang pameran lain, mostly berkenaan dengan sains dan teknologi.

Layan gambar.

Wonderspark

Penceritaan mengenai element element air, tanah, angin dan lain lain lagi. Siap boleh berexperiment lagi

Color

Salah satu ruang pameran Matematik tak silap. Kondisi pameran agak buruk sebab dah lama.. tapi memang agak educational

Ruang pameran lain

Yang menarik nya di Pusat Sains Negara ni, di tengah tengah bangunan tu ada satu kawasan luas dan lapang dan kat situ ada spot untuk budak budak bermain. Ada taman permainan, stage dan macam macam lah.

Aku kagum dan terkejut. Budak budak apa lagi, terus histeria. Semua nak try.

Biarkan saja.. Lepas kan dia orang main dan explore puas puas.

Ruang legar di tengah tengah Pusat Sains Negara

Kids World

Foam Factory. Hero je buleh masuk, Princess tak boleh sebab tak cukup tinggi

Ni favourite spot Princess. Semua permainan dalam ni FOC

Ini bumbung Pusat Sains dari belah dalam

Selain daripada tempat main main, banyak jugak ruang ruang pameran dan pertunjukkan mengenai sains yang boleh di cuba. Budak budak gembira la.... 

Apa benda ntah ni. Pepatung. Ada rasa macam suasana di sekolah tadika pun ada

Haaaa Ni tempat main budak budak

Antara ruang pameran untuk kanak kanak

Lagi... cas cas macam sekolah

Budak budak boleh berexperiment sendiri di sini

Bebola apa ntah

Ada show petang tu kat center stage

Planet Kiara

Wekkkkkkkkkkkk

Frankly, aku memang suka tempat ni dan aku rasa sangat menarik especially untuk budak budak. Dia orang boleh belajar banyak benda. Tau pasal benda benda sains ni semua dan paling gembira boleh main main jugak.

Memang budak budak histeria la sampai sini. Tak senang duduk, semua tempat nak pegi. Semua benda nak di usik.

Sampai ajak balik pun tak mau...

See? Princess dah merajuk tak nak balik !

Kami spent lebih kurang 2 jam lebih jugak kat sini. Tu pun puas pujuk ajak balik masing masing ralit duduk bermain dalam ni.

Actually kami ada plan lain jugak selepas Pusat Sains ni. Konon nak pegi Muzium Negara, Muzium TUDM dan Istana Negara lama.

Tapi keluar keluar tu je hari dah nak hujan. Plus perut tetiba kelaparan. Tu lah masing masing tak mau makan sebelum keluar rumah. 

Bagi memujuk rayu budak budak dan membeli jiwa supaya cepat bergerak, kena kasi hadiah muhibbah dulu.

Aiskerim

Aku jumpa dinosaur ni tengah geledah barang......

Keluar dari Pusat Sains Negara ni hujan pun turun. Jadi.. plan ke tempat lain tu semua terbatal.

"Kita check in hotel je la terus ?"
"Okey"

OR setuju je. Budak budak pun ikut jer. Lagipun dari tadi tak abis abis tanya.

"Lepas ni kita gi mana Papa?"
"Hotel..."
"Boleh mandi kolam?"
"Hujan ni, cemana nak mandi?"

Sebab hujan, banyak agenda tergendala, tapi lawatan ke Pusat Sains Negara ni bagi aku sangat la berbaloi.

Sila pegi !!!

Dan kami pun bergerak nak gi check in hotel di destinasi percutian yang sepelaung je jauhnya ni.

bersambung..............

10 comments:

  1. Pusat Sains Negara, memang berbaloi bawak budak-budak Meng. Kesian anak ko dah merajuk. Alahai, bestnye ade anak perempuan, buleh pujuk-pujuk. Anak jantan aku kalo merajuk mau nak bertumbuk je hihihi... Kalo ke sini aku suka tengok ikan-ikanan tu. (Kalolah dapat memancing kat situ)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum bang,
    Apesal bebudak ni kalau dok hotel mesti citer nak mandi kolam jer??

    Hujan ke.. haper ke.. asal dok hotel mesti nak mandi kolam..

    ReplyDelete
  3. haha. menarik. nak ajak anak aku, baru 7 bulan, nanti mak bapak dia yang histeria.

    Satu lagi tempat menarik dekat KL ni >> Sasana Kijang. memang relax

    ReplyDelete
  4. ali : kau nak bagi umpan apa nak mancing ikan ikan mcm ni??

    aku sebenarnya.. aquaria pun belum pegi lagi.

    hahahahaa...


    SAR : tu la.. sebab kat umah tak de kolam kot. tu yang suka sgt nak mandi kolam...

    tak pe la. layan kan je.. dah besar besar nanti dah malas nak layan dah...


    Kapt Z : sesana kajang tu aku dgr makan dia sedap. teringin gak nak pegi. nanti nanti la...

    ReplyDelete
  5. Alaaaa klau ada anak je ke best pegi sini klau Jm ni yg ada anak tekak je mcm mana? Sob sob

    ReplyDelete
  6. JM : anak mata?

    campur campur dah jadi banyak gak la tu....

    tak de anak pun buleh pegi la... dating ker...

    ReplyDelete
  7. agak-agak budk umur bape sesuai pegi ek...

    ReplyDelete
  8. HZ : agak agak dah buleh berjalan tu dah ok la...

    tengah mata melior tengok kiri kanan

    ReplyDelete
  9. Fendy : memang cung............

    * cung apa pun tak tau laaa

    ReplyDelete