Pages

Saturday, August 23, 2014

Jalan Jalan Jakarta : 12 - Jakarta | MONAS, Bundaran HI & HRC

Dah part last ni. Cepat tepuk tangan ! 

Abis jugak entry Jakarta dan Kepulauan Seribu ni.

Selepas melawat ringkas ke Masjid Istiqlal tu, drebar teksi bawak aku ke MONAS. Dari masjid ke tugu Monas ni tak de la jauh pun cuma jalan je berpusing pusing.

Tugu MONAS

Istana Merdeka. Istana Presiden Indonesia

Kawasan Tugu MONAS ni agak besar dan luas, so aku tak rasa aku boleh pegi sampai ke tugu di tengah tengah tu. Nanti tak cukup masa sebab aku ala ala amazing race dengan masa time tu.

Jadi aku just lepak lepak dari kejauhan jer.

Sign ke Tugu MONAS

Laluan ke arah Tugu MONAS

Tugu MONAS

Monumen Nasional atau lebih dikenali sebagai MO-NAS atau Tugu Monas merupakan monumen peringatan setinggi 132 meter di kota Jakarta.

Didirikan untuk mengenang perjuangan rakyat Indonesia yang berjuang menuntut kemerdekaan dari pemerintahan Belanda.

Pembangunan monumen ini bermula pada 17 Ogos 1961 di bawah pemerintahan Presiden Sukarno dan di buka pada tanggal 12 Julai 1975.

Tugu ini dihiasi dengan obor api marak yang disaluti dengan emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala nyala. Terletak di tengah lapangan medan Merdeka, Jakarta Pusat.

Monumen dan muzium di buka setiap hari mulai jam 8 pagi hingga 3 petang dan di tutup pada hari Isnin setiap awal bulan.

Api yang menyala nyala lambang semangat membara. Kat atas tu ada viewing deck. Nampak ada tingkap.

Lapangan Tugu Monas

Emblem Indonesia. Burung Garuda

Dulu dulu masa kecik kecik aku pernah terdengar nama Tugu MONAS ni, tapi aku tak tau pun itu apa.

Sebabnya aku dengar dari lagu yang makcik aku pasang.

Lagu ni.



Berdiri bulu romaku
merinding kulit tubuhku
Pandainya dia berpujangga
cinta khusus buatku
katanya sepanas matahari

Keringat dingin meluncur
Si dia kecup keningku
meledak rasa dalam dada
Aduh.. mana tahan
dag dig dug dalam jantungku

Hey berdiri mak bulu romaku [2X]
Bila kudengar janji-janjinya
katanya cintanya seteguh tugu monas

Hey berdiri mak, bulu romaku [2X]
Mengepul sumpah dan janjinya
katanya dia tak kan gentar
badai laut selatan
merinding aku jadinya

Seperti dalam lagu tu, Tugu Monas di gambarkan sebagai satu monumen yang teguh ! Kalau sesapa gayat, naik atas tu, boleh berdiri bulu roma irama.

Tugu Monas semestinya menjadi satu kebanggaan warga Indonesia, cuma bagi aku tugu Monas tu dah agak lama, kena buat something lah. Lawa lawa dan cantik cantikkan dia sikit lagi.

Lebih kurang melepak di kawasan Tugu Monas, kami bergerak ke Pacific Place di mana terletaknya Hard Rock Cafe, Jakarta. Tu je la destinasi terakhir aku sebelum ke bandara. Tapi aku mintak drebar tu lalu kat Bundaran HI sebab aku nak tengok tempat tu waktu siang !

Hasilnya?

Kami terperangkap dalam jem. Macet !

Macet di Jakarta

Mercu tanda depan Bank of Indonesia

Jalan Thamrin, Jakarta

Thamrin

Sarinah Building. Aku pernah ke sini dua tiga kali dulu

Menuju ke Bundaran HI (sebutannya Ha-Iee)

Tugu Selamat Datang

Hotel Indonesia

Grand Hyatt, Jakarta

Mandarian Oriental, Jakarta

Jalan Jeneral Sudirman. Salah satu jalan utama di Jakarta

Jeneral Sudirman. Salah seorang pahlawan pejuang Indonesia

Banyak bangunan pencakar langit dan pusat business terletak di sini

Akhirnya sampai ke tempat yang di tujui

Hard Rock Cafe Jakarta yang terletak di Pacific Place dan Ritz Carlton Jakarta

Dalam resto

Best kalau dapat lepak lepak tapi aku tak de masa

Salah satu collection

Hard Rock Cafe

Mugs

Hard Rock Cafe

Pacific Place

Rock Shop. Aku masuk usha usha je kejap. Tak beli apa apa pun

Rock Shop Jakarta

Anyway, Hard Rock Cafe Jakarta yang baru ni bagi aku ambiance dia lebih best. Dan tempat dia pun tak de lah sesak sangat macam yang dulu dulu.

Sebab tak banyak masa dan tak de beli apa apa, then aku blah. Mamat teksi tu tunggu dalam teksi je tepi jalan. 

"Loh. Kok ngga minum minum?"

Aku gelak gelak.

Dia ingat aku datang sini nak minum agaknya. Aku pun cerita la kat dia, sebab apa aku pegi Hard Rock Cafe tu. Sebabnya aku nak tengok collection Hard Rock terbaru. Jenuh la aku cerita kat dia kenapa Hard Rock ni menjadi fenomena bagi aku dulu bla bla bla.

Ada dia pedulik?

Tak der !

OK. Dah tu. Moh kita gi airport je. Kang jem tak sempat pulak.

Tol

Sepanjang jalan sempat la borak borak dengan mamat ni. Aku lupa nama dia. Tapi dia bukan main seronok bila aku bagitau dia aku pernah sampai ke Semarang sebab dia berasal dari sana.

Sibuk la dia suruh pegi lagi. Motip. Nanti nanti lah. Aku nak gi Uganda dulu.

Bila tu tak tau. Dengar perkataan 'Semarang' tu sendiri buat aku seram sejuk. Macam terbayang kisah ngeri yang pernah berlaku sewaktu aku di sana dulu.

Tapi bila bercerita aku ni merayap sana sini, dia macam tak leh nak digest. Hahaha. Tak pe lah. Tak penting dia memahami apa minat aku pun. Dan aku pun tak susahkan sesiapa. Ye dok?

Jalan ke bandara

Tol lagi. Nasib la jalan tak berapa jem

Selamat Jalan

Sukaerno dan Hatta

Terminal

Akhirnya berjaya sampai di airport dengan selamat. Awal 10 minit dari masa yang di tetapkan iaitu kol 6 petang.

Kami berpisah di situ. Mamat tu baik hati, dia charge aku IDR 200,000 jer walaupun meter tu semua dekat IDR 260,000. Siap bagi gula gula tolak angin tu kat aku. 

Alhamdulillah. Moga dimurahkan rezeki dia.

Check in. Saja je ambik gambar line  Red Carpet. Ntah bila nak merasa

Now Everyone can Cry Fly

Aku lapar kan? Aku beli donut je. Nak abiskan duit duit kecil

Ruang menunggu

Smoking Room. Kecik macam jamban. Bersesak sesak orang dalam tu. Macam nak mati kalau duduk lama lama. Tapi demi rokok, semua sanggup termasuk la aku !

Dua jam dalam penerbangan akhirnya aku sampai semula di bumi Malaysia. Dalam flight aku membuta jer

Sampai, kena menapak pulak nak ambik kereta.

Maka selesailah sudah perjalanan ke Kepulauan Seribu dan Jakarta kali ni. Kepulauan Seribu tu aku recommend jugak bagi sesiapa yang nak cuba pegi. Kalau cuaca baik, aku rasa tempat tu memang lebih menarik. Jakarta macam biasa, ada je banyak tempat nak terjah.

Apa apa pun, mana mana pun OK kalau nak pegi, Kita travel ikut cara kita, ikut suka hati kita. Yang penting happy !!!

TAMAT suda.... Yeay !

6 comments:

  1. Yeaaayyyy .... seronok baca kisah Pulau Tidung ... hahahahaha ...

    Jakarta yang tak tahan ialah macet nya .... tapi suka dengan service kat sana ... (Or maybe I nih jenis yang mewah ngan tips hahahah)

    Thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan!

    Bang, nak tanya kalau nak menapak jalan kaki dari monas ke masjid istiqlal tu jauh tak? pasal dalam maps nmpak macam dekat. macamlah. haha

    then dari thamrin ke airport agak-agak berapa lama boleh sampai eh? Saya nk ke jakarta dah isnin ni, so nak bajet2 masa sikit. tq!

    ReplyDelete
  3. Ghaz : kalau dah biasa bagi tips memang terbiasa la...

    bagus lah tu.


    KH : menapak dari monas ke masjid istiqlal boleh. tak jauh mana.. doable la... sambil2 tu snappy2....

    kalau ke epot tu.. kau kena tgk hari minggu ke tak.. biasa jem.. save la 2 jam utk pegi ke bandara

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, selamat tiba ke tanah air tercinta (sambil bentang karpet merah) Bannyak info aku dapat walaupun tak tahu nak pegi bila. Aku simpan dalam kotak hati buat bekalan.

    ReplyDelete
  5. Ali : tak pe. simpan je hasrat. nanti ada rezeki boleh pegi. gebang pulak kat aku. nak gak aku tgk perubahan selepas aku pegi ni..

    ntah ntah dah makin maju...

    ReplyDelete
  6. Noted bang dari masadepan 2022.. 😊

    ReplyDelete