Pages

Thursday, August 14, 2014

Jalan Jalan Jakarta : 04 - Kepulauan Seribu | Pulau Tidung

Lepak lepak menikmati angin pantai di Pulau Tidung  sambil beryoga.

Serious cakap lah, kalau nak pantai yang kebabooo feel feel buleh berguling guling memang tak de kat sini. Pulau ni adalah pulau berpenduduk, so dont expect pantai memutih, bersih dan terjaga.

Sampah sampah tu ada jugak lah merata rata. Dan pantainya sebelah barat ni bukan la pantai yang commercial. Jauh sekali ada aktiviti pompuan pompuan nak berbogel ke apa.

Nehi nehi babujee.

Tunggul 

Banyak juga pokok kelapa

Ada sekali tu, aku dah sampai kat penghujung pulau ni, tapi jalan tu tersekat. Pelik jugak macam ada orang letak something tak bagi masuk.

Sebagai Artis Antarabangsa aku kecewa kalau laluan aku di halang !

Tapi aku malas nak usha lelebih. Maybe kawasan larangan atau tanah persendirian. Tengah aku berhenti tu tetiba ada satu minah ni naik motosikal dengan adik dia kot.

"Ngga bisa Mas. Di sana ada nyuting"
"Nyuting? Shooting apa? Bideo keeeelip?"

Hah kau. Nak Indo sangat terus jadi Bideo. Kok ngomong Jowo????

"Sinetron yang itu Mas, di Trans TV itu"

Macam tu la dia cakap. So rupa rupanya ada orang tengah shooting sinetron kat dalam pokok kelapa tu. Tak tau la aku cerita apa. Tapi memang nampak ramai orang. Crew dia la kot.

Tu dia orang tengah nyuting dalam sana nuh. 

Then aku patah balik tapi kali ni menyusuri pantai belah belakang ikut laluan lain. Dah sampai ke penghujung Timur Pulau Tidung ni. Memang tak berapa menarik.

Kawasan ni mostly macam kebun kebun orang. Tak de rumah sangat, ada beberapa pantai yang terjaga, siap parking kena bayar lagi. Maybe sebab tanah persendirian. Tapi time tu tak de orang jaga pun. 

Aku just lalu macam tu jer.

Pokok bakau di tengah tengah laut

Oh basikal Pink ku....

Tempat parkir

Pantai yang tak de la lawa mana pun

Cuma bersih sikit la

Laluan di Pulau Tidung. Sunyi jugak lah.

Pokok pokok

Lokasi penanaman pokok bakau. Memang banyak pokok bakai di tanam di sekitar Pulau Tidung ni. Mungkin untuk menghalang hakisan ombak

Pantai di Pulau Tidung

Kera

Bila dah patah balik tadi tu, baru la sampai ke kawasan rumah rumah orang semula. Ada la pelabuhan kecik, padang, masjid dan rumah rumah penduduk

Padang 

Laluan di tengah tengah kawasan perumahan

Agak sempit jugak la

Pastu aku sampai kat masjid besar Pulau Tidung. Masjid Nurul Huda.

Terserempak dengan budak ni. Kecik kecik dah bawak adik dia naik basikal. Insaf kejap tengok. Terus teringat anak anak aku.

Dalam masjid. Masjid ni nampak lawa tapi sebab letaknya berhimpit himpit dengan rumah penduduk tak dapat nak ambik gambar dari luar

Tempat ambik air sembahyang

Kantor Kecamatan di Pulau Tidung

Papan tanda

Dah sampai kat kawasan pelabuhan semula. Aku beli air dan borak borak dengan kakak baju cokelat tu. Peramah dia. Borak borak kosong jer.

Sebab tak tau nak ke mana lagi, aku balik ke chalet aku. Lepak lepak kat bangsal tepi pantai

Budak budak dok mandi manda. Mandi gelak gelak pastu bergaduh. Pastu ada yang melalak. Yang melalak tu yang seluar biru....

Pantai di Pulau Tidung.

Secara overallnya aku rasa, pantai dan laut di Pulau Tidung ni tak de la lawa mana. 

Dan paling sedih, banyak karang karang dah pun mati. Memang ada kalau orang nak pegi snorkelling kat Pulau Tidung ni, tapi pakej tu biasanya kena naik bot dan pegi ke pulau pulau persekitaran. Di Pulau Tidung ni sendiri, banyak karang karangan yang ada dah lama mati.

Aduhai SERIBU kali sayang............ Kepulauan Seribu juga sudah terkesan dengan pencemaran..............

Sad !



Berdosakah diriku
Terpaksa melepaskan
Cintamu yang serapuh
Dahan nan kering usang
Yang akhirnya kan patah
Terhempa gemeretap
Oh sungguh memilukan
Tak dapat ku bayangkan

Seribu kali sayang
Sangkaku kan ke mati
Cerita kasih kita
Rupanya seketika
Setelah merelakan
Setelah kau bisikkan
Segugus janji-janji
Tergamak kau mungkiri

Apakah sebenar yang terjadi
Hingga kau bersikap demikian
Sedangkan kau
Sesungguhnya percaya
Kasihku tak berbelah bagi

Aduhai
Tak sanggup ku kenangkan
Semua telah nyata
Cintamu gurauan
Datang dan hilang
Semahu hatimu
Itulah falsafah
Pegangan cintamu
Namun harus kau ingat
Hati yangmanakah
Selamanya kan sabar

bersambung ............

12 comments:

  1. Bideo? Skali tertubik pelat Hitaly...

    ReplyDelete
  2. Tong gas letak luar cam tu jer

    ReplyDelete
  3. Pulau pari lagi best, disana ada virgin beach tak seperti pulau tidung hanya ada jembatan cinta :)

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya masa diorang shooting tu ko jerit la 'Woi! Aku Supermeng, beri laluan"! (Buleh ke?) Tempat wuduk kat masjid tu nampak antik la. Ko berborak ngan kakak yang pakai seluar jean ke atau yang pakai skirt pendek tu heheheh... Gamba ko lawa.

    ReplyDelete
  5. Jom berkawan :-)kelmarinitu2015.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Amir : tu la pasal. x leh ckp banyak banyak perkataan.. nanti kantoi bukan local..


    pB : tu kedai runcit tu sebenarnya....

    aku singgah beli air


    DedeR : ya betul.. patutnya ke pulau pari. tapi x apa la.. next time je..


    Ali : nak korner aje ko..

    yang seluar jeans la. dia tegur aku sebab aku ambik ambik gambar.. borak pasal jadual ferry nak balik esok nya jer..

    gambar tak berapa lawa. aku sikit pun tak puas hati. cuaca x bagus. shot pun x lawa mana. tapi belasah je la...


    K : berkawan? kawan je laa

    ReplyDelete
  7. Klau Jm x berani rasanya nk jenjalan sorang2 kat pulau ni rasa x selamat takut kena 'usik' heeee ada ke yg pandang muka cam ko tu Jm lain lah klau retis :-)

    ReplyDelete
  8. JM : boleh je.. jalan siang2.. jangan pegi tempat sunyi2..

    kalau pomp kena hati hati lebih sikit. orang lelaki ni tak kisah sangat sebab tak de org heran

    ReplyDelete
  9. Maaf la sebab ada rasa lawak sikit (perasaan atau imaginasi aku je).. Ku bayangkan naik basikal pink, model palang camtu (macam basikal pompuan).. Ke kat sana jadi 'banci' jap..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa la sebab semua basikal kaler pink.

      nasib tak de orang kenal...

      Delete