Pages

Wednesday, August 13, 2014

Jalan Jalan Jakarta : 03 - Kepulauan Seribu | Pulau Tidung

Lepas bangkit dari tidur tu baru rasa segar sikit. Tambah pulak aku siap mandi apa semua baru ada mood nak bergerak keluar dan usha apa yang ada di Pulau Tidung ni. Irama dangdut dok ulang ulang 'asik asik asik' tu dah pergi. Bagus !

Perut Abang Toyyib ni pulak yang kelaparan !!!

Ibu Ina, pemilik chalet tu cakap, dia pun boleh sediakan makanan kalau aku mahu, tapi dia bagitau ada jugak tempat makan kat Pulau Tidung ni. Ada macam ramai budak budak kolej yang datang menginap di chalet Ibu Ina ni. Maybe macam outing la kot. So dia sediakan siap dengan makanan sekali.

Tapi aku fikir, aku makan di luar je lah.

Biar aku gi usha usha sendiri.

Ayuh kita jelajah Pulau Tidung dengan basikal pink tu.

Bunga kat depan chalet

Merata rata basikal kaler pink ni. 

Sewaktu aku melilau lilau dengan basikal pink tu, aku ternampak lah warung ni.

Paradiso Beach Restaurant

Sebab nampak kedudukan dia agak menarik, tepi pantai dan orang pun tak ramai, aku pun usha la kat sini nak mengisi perut.

Tengok menu dia macam banyak jugak makanan best best. 

So aku decided nak makan di sini jer. Lagipun pekerja dia ramai gadis gadis !!!

"Hello, gadis gadis !!!!!"

* sambil gosok gosok perut

Kerusi di Paradiso Beach Restaurant

Menu nya atas chopping board. Jenuh budak waitress tu usung

Aneka makanan tersedia

Lagi menarik sebab ada free wifi

So aku ambik la port paling cun

Mengadap laut

Order Teh O Ais Limau

Sambil usha orang orang lalu lalang di Pulau Tidung ni

Cuaca agak panas sebenarnya

Nasi Goreng Ayam

Aku nak order udang tu jer, tapi rupanya dia datang set dengan nasi

Order Cumi Goreng

Sayur. 

Hahaha.

Begitu la pemakanan seorang yang lapar. Atau mungkin selepas mengalami pencemaran bunyi lagu dangdut seharian maka aku order makanan tanpa pedoman !

Tapi, masa dok borak borak dengan awek awek keje kedai tu, dia orang suruh cuba Kerapu Goreng ni. Aku ni kan tak makan ikan, tapi sebab awek awek menggoda so aku terpikat terus. Hahah. Lagipun dia kata Kerapu tu di goreng je, memang tak rasa ikan sangat dan diletak sos pedas.

So aku pun cuba lah. Memang dasar dah kena conned dengan gadis gadis ni. Dia orang pun satu, asal nampak badan macam badang, dia suruh makan banyak banyak ! 

Nasib baik lah sedap !!! Sebab garing kot.

Makan ikan sambil di kelilingi gadis gadis adalah terasa sangat nikmat ! Kah. Kah. Kah.

Abis makan, aku beredar. Harga makan pun murah je. Dan considering makanan yang banyak dan lazat, aku rasa berbaloi !!

"Nanti datang lagi ya Bang"
"Ya. Nanti malam saya datang"
"OK. Kami tunggu abang datang"

Ya aw awwww !

Aku mengayat dia orang ke, atau dia orang yang con aku ni? Tak per. Malam nanti Abang Toyyib datang !

* betul betulkan pinggang seluar

Perut dah kenyang. Maka aku pun bergerak la dengan tujuan dan pusing pusing Pulau Tidung ni. Takkan dah kenyang nak jadi ular sawa?

Peta Pulau Tidung

Pulau Tidung dari keseluruhan gugusan Kepulauan Seribu

Memula aku tak tau nak tuju ke belah mana. Tapi bila tengok map tu, aku rasa aku save nak pegi ke Jembatan Cinta tu belah petang sikit sebab nak tengok sunset di sana.

So sekarang ni aku nak pegi ke arah yang bertentangan dulu. Nak usha apa yang ada di situ.

Dekat Pulau Tidung ni memang ada jalan raya, tapi jalan tak besar lah. Tak de kereta di sini. Yang ada cuma motosikal, moto roda tiga dan basikal selain dari orang jalan kaki.

Jalan utama kiranya di tengah tengah pulau dengan rumah penduduk di kiri kanan. 

Aku kayuh basikal sampai ke hujung dulu dan usha apa yang ada di sana. 

Suasana di Pulau Tidung

Tenang dan damai

Ada tempat orang buat bot juga

Sampai kat satu part tu, jalan tak berturap, tapi aku kayuh je basikal pink tu meredah....

Pokok pokok tumbuh liar

Semak samun

Ada tanaman tembikai aka semangka

Jalan di hujung Pulau Tidung

Ada madrasah

Tanaman bakau di tanam di pesisir pantai

Tak de apa pun, cuma pantai dan ada sedikit kedamaian. 

Aku just cari port port menarik sekitar pulau tu, usha apa yang patut, ambik gambar dan ada dua tiga kali kalau port cun tu, aku berhenti hisap rokok sambil layan deru ombak yang membelah pantai.................

Sebenarnya aku rasa agak bosan. Pulau Tidung tak seperti yang aku sangka. Way below my expectation. Maybe cuaca pun satu hal tak begitu memberangsangkan. Tapi sebagai kaki berjalan, sudah tentu tak boleh ade istilah bosan.. apa yang ada.. hadap jer. Guna kan peluang dan masa yang ada sebaiknya. Bukan selalu kita dapat nikmat dan rezeki berjalan jalan ke tempat orang ni, jadi kita haruslah bersyukur sentiasa.

Sambil sambil tu duduk berangan dengan SERIBU bayangan di kepulauan seribu ni.................



Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya henpedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya

Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi

bersambung.............

10 comments:

  1. Salam Meng

    apa2 pun tak boleh blah speda kaler pink tu hehehe

    kepala kerapu goreng tu kalau ranggup, sedap mengantah je gitu

    ReplyDelete
  2. Habang meng dan basikal pink? Hurmmm nk imagine jap, oh no no x sesuai apa boleh buat dh itu je yg ada kan :-) Naik kereta ku bawak jln...aku budak kampung x punya apa2. ...ha sambung!!!

    X mkn ikan? Ruginya!!ikan byk protien bila goreng garing rasa cam kfc sbb crispy tp habis ke mkn sorang tu

    ReplyDelete
  3. Damai sungguh... cis! Oleh sebab beberapa awek ko makan jugak ikan tu ya Meng! Ko memang bestlah... macam mana rupa ko ngayuh basikal pink tu ya hahahaha.

    ReplyDelete
  4. Mak aii cara makan seorang badang yang tergoda dengan gadis-gadis tidung.....damai tempat ini.

    ReplyDelete
  5. Rez : salam.

    basikal pink adalah paksa rela redha.. nak buat cemana. memula mcm malu gak tapi lama lama.. siap boleh potong orang ni.. hahahhaa

    ratah ikan tak boleh. kena suap dgn nasik gak. dan buh sos banyak2.


    JM : x makan ikan dalam malaysia je. kat luar negara buleh je makan.. fish fillet mc D...

    biasalah org mengada ngada mcm ni la..

    * marah tekak sendiri..


    Ali : kau jangan imagine beb. nanti muntah belahak kang..

    demi awek awek aku redha... hahahahah


    NM : tu la... tapi badang depan orang hidu bau je..

    bila orang tak nampak baru pelahap mcm org kebulur..

    cover sopan

    ReplyDelete
  6. Fuhhh... Makanan2 sumer nmpk memberahikan...

    ReplyDelete
  7. MKL : tak love sangat la.. besa besa jer.


    AM : of chosssss... lagi lagi di kelilingi oleh gadis gadis

    ReplyDelete
  8. Paradiso beach restaurant benar2 mantap sangat...

    ReplyDelete