Pages

Thursday, July 3, 2014

Japan 2014 : Nagoya

Nagoya merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di wilayah Aichi, Chubu.

Kedudukannya di antara Tokyo dan Osaka menjadi bandar penghubung dengan jaringan Shinkansen dan kemudahan transportasi yang lain.

Nagoya merupakan bandar Jepun keempat terbesar selepas Tokyo, Yokohama dan Osaka dan salah satu pusat ekonomi utama negara. Nagoya adalah tempat pembuatan automotif terkemuka Jepun termasuk Toyota, Honda dan Mitsubishi Motors. 

Nama asal Nagoya adalah Nagono ( bukan Nagano ).

Nagoya sekarang menjadi salah satu kuasa ekonomi negara, dan ibu pejabat kepada beberapa syarikat utama dunia termasuk Toyota Motor Corporation, Brother Industries, Daido Steel, Makita, Denso, Inax ( yang buat mangkuk jamban !!), Suzuki Motor, Honda Motor, Noritake dan NGK

Layan gambar sekitar Nagoya yang sempat aku lawati.

 Nagoya Station. Salah satu hub pengangkutan terbesar di dunia

Bunga tulip di Meijo Park, Nagoya

Sakura di Meijo Park

Meijo Park

Meijo Park

Nagoya Castle

Nagoya TV Tower

Nagoya TV Tower

Oasis 21 Nagoya

Aichi Art Center

Gagak Nagoya

Tsurumai Park, Nagoya

Osu Kannon Temple

Osu Kannon Temple

 Nagoya City Science Museum

Anjing ropol

Nagoya City

Nagoya City Art Museum

Nagoya

Electricity Museum, Nagoya

Senja di Nagoya

Nagoya ni menjadi pilihan sebab tu la destinasi Air Asia dan tiketnya murah. So Nagoya ni kira cuma gateway di Jepun sebelum aku merayau ke tempat lain.

Kalau nak bagitau pasal Nagoya City ni, nothing much to see. Ada la few interesting places tapi tak perlu nak spend banyak banyak masa. Aku abis semua tempat tempat tu dalam masa setengah hari jer. Boleh la sekadar nak tengok tengok.

Tapi, ada banyak jugak tempat lain yang aku tak pegi. Sebab Nagoya bukan la tujuan utama aku ke Jepun, jadi aku tak explore sangat. Setakat masa yang ada jer.

Untuk travel around Nagoya, boleh naik LRT. Boleh ambik day pass, mostly day pass dia cover banyak line dan boleh pegi banyak tempat. Certain line je covered by JR Pass.

Penginapan, kalau setakat nak transit baik je cari di area Nagoya Station sebab senang nak naik turun train. Tapi kalau nak feel feel duduk kat kota, cari la hotel di area Sakae.

Tapi hari tu aku terbaca satu blog ni, dia pusing pusing Nagoya je. Nampak macam seronok jugak la kot. ( aku lupa nama blog tu )

Apa apa pun, Nagoya not bad lah. Cuma jangan mimpi la nak datang beli kain bercorak rainbow macam kat Nagoya Textile. Tiada di sini. Or mungkin ada tapi aku tak riki.

Sekadar jadi tempat transit sementara, Nagoya should be OK. Nak spend banyak banyak masa.. hmmmm aku nasihatkan, jangan bazirkan masa yang ada !

Sila pegi tempat lain.

17 comments:

  1. Satu saranan yang baik. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Ok lepas ni boleh pegi Nagoya pulak.
    Selamat berpuasa Meng!

    ReplyDelete
  3. akhirnya....setelah berkurun lamanya. hahahah

    rasanya blog scdhaseinphoto kut. pasal dia je gi nagoya textile

    ReplyDelete
  4. Akhirnya..Setelah lama kutunggu... terbit jua akhirnya trip Japan 2014... Salam kenal ya Meng.

    ReplyDelete
  5. boleh buat kad raya gambau2 ni !

    ReplyDelete
  6. Salam Abg Meng...

    Sesungguhnya ada kedai kain bertingkat2 di Nagoya. sgt best. byk pilihan japanese cotton di sana.

    Nama kedai Otsukaya. bagi penggemar japanese cotton.. boleh duduk dalam berjam2 pilih kain..

    Oleh itu.. mmg wujud kedai kain besar di Nagoya... hehe.. saya pergi tahun 2012 dulu.

    Teruja tgk Abg Meng g selalu Japan!

    ReplyDelete
  7. halamakkk. dah nak setat ke entry Nagoya. Sat naaa aku nak carik plaster, tampal kat jantung !

    ReplyDelete
  8. haa dtg dah entry jepang ni....cepat-cepat....hehehe alahai sian nanatron...ko nak plaster gambar belang rimau tak?hehehe

    ReplyDelete
  9. Nagoya aku dtg...eh silap!!..nagoya Meng dah dtg...wehuuuuu...

    Suka la aku tgk bangunan 'bola' tu...

    ReplyDelete
  10. Thanks atas saranan yg baik... Selamat berpuasa

    ReplyDelete
  11. Citer nagoya dh nk mula? Habislah ada yg makan hati ulam jsntung kan Nana?

    Rasanya blog scdha kan rei sbb Jm pun kerap gak baca citer nagoya tu. Ermmm kiranya x best sgt no wonderlah x ramai lg ke sana maybe lebih kpd bandar pembuatan otomotif dan byk kilang so kuranglah attraction place tu tp x pe kita tggu je story dari abe meng mesti menarik dan tertarik ko mmg debommmmm

    ReplyDelete
  12. NAman : Sama sama prof.


    Selamat berpuasa Ren..


    Rei : ni baru bunga bunga. nak tulis travelogue belum dtg semangat lg.

    ya. aku rasa betul la blogger tu..

    thanks

    ReplyDelete
  13. MrsS : welcome.


    NK : sama sama. tapi ni belum travelogue lagi. ni baru highlight tempat.

    biasa la. aku ni lembab skit..


    DrS: terima kasih..

    ALady : seruis?

    aku x tau. maybe sebab aku x cari. thanks for sharing. kalau ada org nak ke nagoya beli kain. buleh la pegi usha tempat tu..

    * pandang langit.

    jauh beno nak beli kain...

    ReplyDelete
  14. NanaT: hey.. beli lagi. ni baru bunga bunga je.. bunga bunga rajin. yang rajin betul tu belum lagi.

    ahahaha



    DJ : ni baru bunga2 jepang.. belum lagi sebab kasik masa NanaT pasrah dulu.

    silap2 lepas raya dia terjah jepung.. heh.


    HB : bangunan bola tu tak silap aku adalah sphera yang terbesar yang di bina di dunia ni.



    MKL : terima kasih. selamat berpuasa..


    JM : belum lagi.. no no no.. tak berapa rajin lagi skrg ni.. baru share highlight tempat je dulu.

    entry penuh nanti ahhh

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. tak nak dah. nak cari Maria Mercedes pulak lepas ni

      Delete