Pages

Tuesday, May 13, 2014

07 - Trip GBS Gerek Seh ! - Singapore | Bugis Street

Dari Orchard kami ke Bugis Street !

Bugis Street ni sebenarnya the largest street shopping area di Singapore ni, tapi sebab bukan nak shopping mana maka kami ke sini untuk agenda yang lain iaitu makan !

Di kawasan Bugis Street ni lah terdapat tempat tempat makan yang agak terkenal di Singapura ni.

Dari Orchard naik train, tukar di station City Hall dan turun di Bugis St.

Area Bugis 

Station Bugis

Sudah tentunya tempat yang menjadi tumpuan ramai di sini untuk mengisi perut adalah Restoran Singapore Zam Zam ala kazam.,,,,,,,,,,, !

OK. Tak de ala kazam tu. Aku saja tambah.

Dia claim the best muslim food in town...

Dari station Bugis tu jalan kaki tak sampai 15 minit. Jalan ke arah Masjid Sultan. Nanti nampak deretan kedai kedai ni.

Nampak?

Ada jugak la pilihan kedai kedai lain. Tapi sebab semua orang makan kat Zam Zam. Kami pun nak la mencuba.

Tapi kedai ni memang orang agak ramai. Jadi kena la bersabar sikit dari mula nak cari meja kosong sampai la time menunggu makanan sampai.

Di jamin Halal

Kedai dia 2 tingkat. Kalau penuh di bawah boleh naik atas

Menu murtabak dengan harganya

Menu yang paling glamer di sini sudah tentu la Murtabak Zam Zam. Tapi sebab masing masing lapar, kami order Nasi Beryani dan order Murtabak untuk share makan.

Beryani Ayam

Murtabak

Hidangan makanan tengahari kami

Dan setelah merasai murtabak Zam Zam ni sendiri di sini, aku harus mengakui, memang sedap !

Sila cuba  !

Tapi Nasi Beryani dia biasa biasa jer. Sedap lagi Nasi Beryani Insaf !!

Satu lagi yang famous di Singapore ni Sup Tulang Merah, tapi tak de sorang pun antara kita orang yang nak makan sup tu, jadi tak ambik pot pun.

Perut masing masing kenyang. Kami singgah di Masjid Sultan yang terletak betul betul opposite Restoran Zam Zam ni untuk solat.

Jalan menuju ke Masjid Sultan. Sebenarnya ada je pintu masuk kat depan restaurant untuk short cut

Masjid Sultan, Singapura

Sedikit mengenai Masjid Sultan, Singapura.

Masjid Sultan merupakan masjid kedua yang dibina di Republik Singapura. Dibina 4 tahun setelah berdirinya Masjid Omar di kampung Malaka. Saudagar Muslim Jawa merupakan para pedagang awal di Singapura, dan menjalankan aktiviti perdagangan bersama dengan masyarakat Arab, Boyan dan Bugis sebelum kedatangan saudagar Cina . Bangunan masjid itu menjadi tempat tinggal dan kawasan penempatan awal beberapa etnik masyarakat Indonesia di Pulau Singapura.



Ketika singapura diserahkan kepada Inggeris di tahun 1819, Temenggong Abdul Rahman, penguasa di Pulau Singapura kala itu dan Sultan Hussain Shah dari Johor yang merupakan pemilik pulau Singapura, mendapat keistimewaan dari Inggeris sebagai ganti dari penyerahan kuasa kepada Inggeris sewaktu Thomas Stanford Rafles mendirikan Singapura.

Stamford Raffles telah memberikan Temenggong dan Sultan faedah tahunan dan hak ke atas Kampong Glam sebagai tempat tinggal mereka. Kawasan Kampung Glam juga dikhususkan bagi penempatan orang orang melayu dan Muslim. Sultan Hussain telah membina sebuah istana disana dan membawa semua keluarga dan semua pengikutnya dari kepulauan Riau. Banyak pengikut sultan dan temenggung yang memang berasal dari Riau, Melaka dan Sumatera yang kemudian datang dan menetap di Kampung Glam.

Kami singgah solat di sini. Sambil sambil tu merayap tengok tengok sambil ambik gambar.

Pintu masuk utama ke dewan solat

Dewan solat. Tengok la kipas dia besar mana

Mimbar

Ada orang nikah

Ada section khas macam muzium dan gallery


Di kawasan sekitar Masjid Sultan ni pun tak kurang hebat dan meriah.

Ada banyak kedai kedai jugak. Dan tak jauh dari Masjid Sultan ni berdirinya Istana Kampung Gelam yang masih kekal cantik dan terpelihara.

Memang bab bab menjaga harta warisan ni aku tabik spring kat Singapore. Bangunan lama tidak dimusnahkan tapi dibaik pulih dan dipulihara tanpa menghilangkan identiti dan keasliannya.

Vespa sapa pun tak tau

Kedai kedai di Bugis

Malay Heritage Center, Kampung Gelam

Istana Kampung Gelam

Tingkap

Kampung Glam-our

Mamanda. Malay fine dining.

Masjid Sultan dan Kampung Gelam

Bangunan bangunan di persekitaran

Masa ni aku merayau sorang je sebab budak budak tu wirid lama agaknya dalam masjid.

Abis tu aku pegi cari dia orang semula. Rupanya beratur lama nak guna tandas sebab orang ramai.  

Masjid Sultan dari arah Restaurant Zam Zam

Yang lama tapi masih elok dan di jaga rapi..............

Serious aku terpesona dan terkesima dengan cara Singapura menghargai warisannya. Boleh la tumpang pinjam spot spot menarik ni nak ambik gambar. 



Kemana jua aku mengarah
Pandangan ku menggambarkan wajahmu
Oh! Kasihku dilangit tinggi
Di lautan yang sedang menari

Biarpun aku memejam mata
Pandangan masih menggambar wajahmu
Berseri dicermin hati
Di taman impian yang kuimpikan

Kasih wajah kau ku jadikan
Azimat penguat semangat
Bisaku gagahi cabaran yang datang

Kasihku harap kau sudi maafkan aku yang meminjam
Wajahmu mengisi kekosongan hati
Diriku yang semakin tenggelam
Kedasar sepi yang tak bertepi
Diriku yang semakin tenggelam
Ke dasar cinta yang tak bertepi

Biarpun aku memejam mata
Pandangan masih menggambar wajahmu
Berseri dicermin hati
Di taman impian yang kuimpikan

Kasih wajah kau ku jadikan penyuluh
Pabila malam gelap menyelimuti
Kembara ku menjejak bahagia
Dengan bayang malam ditindih malam
Memerah ke titis akhir ketulusanku

Diriku yg semakin tenggelam
Kedasar sepi yang tak bertepi
Diriku yang semakin tenggelam
Kedasar cinta yang tak bertepi
Kasih ku pinjam wajahmu

Lepas abis selesai semuanya, kami bergerak menapak semula dari Masjid Sultan tu ke arah Station MRT Bugis untuk ke destinasi seterusnya.

* jalan sambil gosok gosok perut sebab kekenyangan.

bersambung...

8 comments:

  1. Gendang gendut gendang kecapi
    Kenyang peyut senang hati
    X gitew bang heeee

    ReplyDelete
  2. Murtabak dia mmg sdap..isi dia padat.. Aritu aku makan nasi beriyani kambing ngan mertabak ayam..mmg ramai gila org nasib masa dtg aritu ada meja utk 2 org..

    ReplyDelete
  3. AM : sebab dah kenyang. lagi pun aku x makan tulang temulang ni.. dia org kalau aku x makan, dia orang pun malas la..



    JM : kenyang perut malas nak berjalan !!

    rasa nak terkam tilam jer..


    HB : kau pernah makan kat zam zam jalan TAR tu? agak agak sama tak rasa dia?

    ReplyDelete
  4. x pernah lg aku makan kat jln TAR tu, sama ke rasa dia? hehe..

    ReplyDelete
  5. HB : ntah. tapi aku ada nampak restoran zam zam kat situ.

    x sure sama yg macam kat singapore ke tak. belum cuba lagi.

    ada depan restaurant insaf tu

    ReplyDelete
  6. NM : mungkin ada terselisih bahu.. tapi buat buat tak tau..

    hahahaha..

    ReplyDelete