Pages

Monday, May 12, 2014

06 - Trip GBS Gerek Seh ! - Singapore | Orchard Road

Destinasi pertama selepas termangu mangu tak tau nak ke mana adalah ke Orchard Road !

Memang semua tahu, Orchard Road merupakan kawasan membeli belah utama di Singapura. Di sinilah terdapatkan gedung gedung membeli belah tahap gaban punya grand, dari kedai kedai tak berapa mewah sampai lah ke butik butik Antarabangsa.

You name it !

Mostly semuanya ada di sini. Mak dengan ayah jer tak der ! Mak dengan ayah kat kampung.

Chinatown

Untuk bergerak di Singapore ni kami hanya menggunakan MRT saja.

Train di Singapore ni agak sistematik dan bagus jadi tak perlu risau dan gusar. Route dia pun cover almost all tempat tempat di seluruh bumi Temasik ni.

Dan ada lagi. Bagi pelancong macam kita kita ni, kalau rasa banyak kali naik train, boleh ambik Singapore Tourist Pass ni. Harga dia SGD 10 untuk sehari plus kena bayar deposit SGD 10. Nanti dah abis guna, pulang balik kad ni dapat la deposit tu balik semula.

Cuma aku tak puas hati, dia punya sehari, bukan la bermula dari first time kita mula guna tapi bermula dari 6 pagi sampai 12 malam tu jer.

So agak rugi kalau beli petang petang. Nasib lah macam kami ni masih tengahari. Masih OK lagi.

Singapore Tourist Pass. Jari sapa la tu buruk semacam jer ni. Euwwwwww * lari

Agak untung kalau beli awal pass ni dah banyak merayau naik train. Kalau kira harga train di Singapore dalam SGD 2 sehala. Pegi balik apa semua, so kena merayau lebih pada 5 kali naik train baru la berbaloi.

Tapi mudahnya... tak payah beratur nak beli single tiket dah setiap kali nak naik train.

Cuma pass ni tak di jual di semua station. Station yang besar besar je ada. Kat Station Chinatown tu ada kat bawah.

Beriya aku ni pegi kaunter tu cakap omputih. Speaking London berabuk ni terpercik percik. Konon sebab berada di luar negara eh.

Last last minah tu cakap.

"Berapa orang?"

Heyy.. Kau pandai cakap Melayu Nyah?.................. 

Hahahaha.

Di Orchard Road kami turun di station Orchard yang terletak di bawah gedung besar bernama ION Orchard ni. Tapi ni bukan la mall terbesar di Singapore ( VivoCity paling besar). Tapi agak besar jugak lah. Serasa aku dulu masa aku rajin ulang alik ke sini bangunan ni tak de lagi. ION Orchard ni siap pada tahun 2009.

Keluar dari MRT station tu kena lalu kedai kedai dulu. Sempat pulak CP bershopping di Victoria's Secret.

"Aku nak beli barang untuk OR aku dan kakak aku. Kau orang tunggu jap"

CP yang masuk dengan BW. Aku dengan IH lepak kat luar je tengok orang.

Pastu belum apa apa dah bawak beg banyak banyak di tangan. Tau tau je la kalau CP shopping, macam semua benda dia nak borong. Tapi bawak paper beg Victoria Secret OK lah pada bawak plastik Giant ke Tesco ke hulur ke hilir... kan?

Tapi sapa yang nak usung? BW jadi mangsa. Kami yang lain semua malu !!!!

ION Orchard

Keluar dari ION Orchard tu baru la terasa berada di Orchard Road.

Oh. Tempat ni agak nostalgia untuk aku sebab dulu aku pernah tawaf berkali kali jalan ni sebab aku ada urusan kerja dalam 2 minggu stay kat sini. Sebab bosan, almost every day aku keluar merayap lalu area ni.. Macam semua kedai aku dah terjah. Kira pernah menjadi kawasan permainan aku jugak la kawasan ni dulu.

"Ada tempat hisap rokok, kau tak nak hisap rokok ker?"

IH melaporkan sebaik saja dia nampak orang hisap rokok. Jadi aku tak melepaskan peluang merokok sambil bebudak tu semua sibuk bergambar. BW sorang je pun sebab dia je yang suka bergambar. IH jadi tukang ambik gambar tak bergaji. CP memang tak ambik pot langsung.

Dia sibuk main game !!!!!!

Aku? Tenang hisap rokok sambil melayan perasaan.

Semua kenangan di Singapura menjelma kembali satu persatu... Kenangan best. Kenangan tak best.

Susah betulkan nak lepaskan benda benda tak best ni pergi dari ingatan.



Yang terindah
Terlukis di bibir mu
Tak pernah ku lihat senyum mu
Sebegitu
Pudar kah sudah cinta yang ku beri
Berwarna warni segala
Yang dijanjikan ia

Usah biarku bersendirian
Usah biar hati mu di tawan
Usah biar diri ku di sini
Seorang menunggu tanpa teman

Usah lepas genggaman tangan mu
Usah biar semua berlalu
Usah terlupa perasaan hati
Pertama kali kita bertemu

Usah lepaskan

Tak mudah ku melupa segala yang berlalu
Ku ingin selalu bersama mu

Ku tak peduli apa sebabnya
Engkau dan dia harus bersama
Mendungnya langit bila berkata
Kita patutnya masih bercinta
Usah lepaskan
Usah lepaskan

Yang terindah
Terlukis di bibir mu
Tak pernah ku lihat senyum mu
Sebegitu

Bangunan bangunan di Orchard Road

ERP - Untuk mengawal lalulintas dan mengurangkan kesesakan jalanraya di Singapura ni

Marriot Singapore. Kenangan ni.

Butik Giorgio Armani

LV

Zara dan Hermes

Tak boleh berlama lama. Lepas tu kami jalan ke Hard Rock Cafe Singapore. Aku yang ajak dia orang pegi sebab aku nak gi riki riki. Dah lama tak bertandang ke sana.

Jadi jalan je la kaki sampai ke hujung. Sekali lagi kenangan lama mengusik jiwa.

Hilton Singapore. Di sini la aku pernah berkampung....

"Hey Meng, berani kau datang Singapore lagi? Nak kena libas?"

Orchard Road yang penuh dengan pokok pokok segar

Dan akhirnya kami sampai di Hard Rock Cafe, Singapore

Tempat yang menyimpan nostalgia tersendiri jugak untuk aku. Tau sebab apa? Ada kisahnya. Selama aku duduk kat oversea, aku ni kira jaga jugak la makan, tak makan ayam ke daging sembarangan.

Pastu satu kali tu, masa memula kerja, first assignment aku ke Singapore dan aku datang Hard Rock Cafe ni. Tak tau lah sebab excited ke apa, so aku order dan makan burger ayam tanpa rasa bersalah. Ingat lagi nikmatnya dapat makan burger Hard Rock. 

Dah abis makan baru la member aku sampai dia kata makanan tak halal !

* pengsan dengan mulut berbuih. Minum air jap takut tercekik.

Patut la lenguh lenguh pipi aku mengunyah, rupanya tak halal. Hahahaha

Tu lah ceritanya. Tapi tu cerita lama. Lepas tu aku datang sini aku dah tak berani dah nak makan makan sembarangan.

Hard Rock Cafe Singapore

Saja je pegi Hard Rock Singapore ni usha usha garing.

Masih tak berubah dari dulu rasanya. Sebab dah sampai ni, so aku pun ajak la dia orang ni minum. So kami mintak la seat duduk nak minum minum je. Tekak dahaga ni. 

Orang agak ramai lah sebab lunch time mostly mat salleh. Kami dapat seat, dah duduk pastu waiter macam tak pandang.

Kami rasa tidak di layan !

Terhina sangat rasa. 

* sebak sambil kesat air mata.

"Hoi, apa ingat kami ni tak de duit ke nak makan kat sini?Tengok ni, kami baru je shopping kat Victoria's Secret !!"


Ha ha ha.

Tapi menyirap jugak lah aku. Orang kendian sampai elok je dia ambik order.

Nasib tak nak makan. Nak minum jer.

Tapi marah marah pun tak dapat air free. Kena bayar jugak !

Order jangan tak order

Dalam Hard Rock Cafe Singapore

Bar

Minuman pembasah tekak

Duduk lepak lepak minum minum borak borak then chow. Tak syok sebab tak leh lepak hisap rokok.

Tak beli apa apa pun kat Rock Shop tu. Keluar dari Hard Rock Cafe tu, patah balik ikut Orchard Road balik ke station MRT Orchard untuk ke destinasi seterusnya.

Emporio Armani

Rolex dan Lambo

Bentley

Sampai kat ION Orchard tu, sekali lagi CP di rasuk badi membeli belah. Dia singgah kat Victoria's Secret lagi.

"Aku rasa aku nak beli barang untuk Mak aku pulak lah"
"Mak kau pakai Victoria Secret? Mak kau bukan Adriana Lima kan?"
"Tak................... Mak aku Adriana Enam !!!!! "

* pengsan

Kalau mak aku, aku sebut Victoria's Secret, silap silap dia ingat tu sejenis kuih !

CP heret BW teman dia shopping kat VC. Macam biasa, aku dengan IH tunggu kat luar. Aku malas nak masuk beli untuk OR sebab aku tak reti mencari barang pompuan ni.

"Tak pe la Yang. Awak pakai bra beli kat pasar malam pun awak tetap seksi di mata saya"

Macam tu.

Dapat sarung angpaw

Dah abis shopping shopping, kami ke destinasi seterusnya.

Mengisi perut yang sudah mula berdongdang sayang.

Kami kelaparan.

bersambung.................

13 comments:

  1. Ni pergi Victoria Secret beli lingerie or beli body mist Victoria Secret berdozen2? Hehehe. Tang makan chicken burger dgn penuh perasaan tanpa rasa bersalah tue mmg sempoi lar.

    ReplyDelete
  2. Duluuuuu...aku pernah dok le meridien kat orchard road ni..beberapa hari, so tiap malam mmg dok merayau la area orchard road. Aku setiap mlm layan McD jek itu pon tgk org melayu ada makan so aku yakin la hahahaha....

    Kadang aku pelik, org singapore ni beli kete Lambo, bila masa dorang pecut?? hahahahaha...maybe masuk malaysia baru dorang pecut kaw2...weeeeeeee....

    ReplyDelete
  3. Singapore memang lebih indah dari kabar huhuu.. dulu last datang singapore 2008.. bile la ada peluang nak berkunjung ke sana lagi huhuhuu :D

    ReplyDelete
  4. CP tu tak tau ke kat Paradigm Mall ni pun ada Victoria Secret... o O


    nways, ko tak usha ke dia beli perfume ke spenda ? hahahha

    ReplyDelete
  5. Abg meng.. Biqque dah bersalin belum? Lama sgt blog die tak hupdate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibik lama dh bersalin dh sebulan umur anak dia...

      Delete
  6. Boleh baca je dulu x boleh nk bygkan kat mana orchard road china town hrc singapore sbb 2 kali ke sgpore semata2 ke uss je huhuhu wowwww lamboghini terus nampak muka yusri kru

    ReplyDelete
  7. Zara : ntah la dia beli apa. mcm mcm kot, tak tengok ler pulak..


    HB : kan ada porsche sebijik kat singapore hentak keta org sampai hancur..

    driver porsche pun mati juga..

    lepas geram kot


    TT : lebih indah dari khabar tu cemana?

    surat khabar ke? sapa khabar?

    ReplyDelete
  8. NanaT : BW kata stok kat malaysia stock lama. tu yang CP borong kat singapore.

    aku rasa dia nak cari bra yg macam janet jackson tu kot. yang besi tu.. hahaha


    AL : tak sure, tak pasti.. tapi HB update tu. ya la agaknya.
    kena tanya budak2 Travelholic depa sure tau


    JM : Yusri pakai lambo ke?? fuh.. kaya nya...

    kita mampu pandang je la..


    HB : mana ko tau. kim salam dia ! laki ke pompang anak mak esah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak mak esah pompang..nama ixora feyrouza...fuhh

      Delete
  9. Hb : ya ka.??? wah nama.....

    tahniah la mak esah. moga bunda dan anakanda sihat sihat adanya..

    suruh dia update blog cepat.

    peminat meronta ronta ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia hupdate insta dia jekk buat masa skang ni....

      Delete
  10. HB : oh aku tak de istagram. x berapa tau.

    kirim salam mak bunda

    ReplyDelete