Pages

Sunday, March 16, 2014

11 - Berkelana Merentas Sempadan : Hi Speed Train from Shanghai to Beijing

Hari ke empat di China.

Aku memang kunci jam awal pagi hari ni sebab aku nak pastikan aku cukup waktu untuk ke Hangqiao Railway Station untuk ambik Hi Speed Train ke Beijing. 

Ini leg ke dua aku selepas Shanghai.

Shanghai memberi banyak kenangan manis dan pahit. Tapi mostly aku anggap pengalaman berharga untuk masa masa akan datang.

Respect Everybody. Trust Nobody !!!

Pegang kata kata tu bila travel.

Dan semalam buat pertama kalinya aku solat hajat dan baca Yasin waktu travel. Bukan nak kata aku baik atau alim, tapi dalam keadaan macam tu aku rasa aku perlu. 

Tu je la yang boleh mengembalikan kekuatan jiwa dan raga. Aku masih ada banyak hari untuk di tempuhi jadi aku perlu berdoa semoga semuanya di permudahkan dan dijauhkan dari segala bala bencana.

Pagi tu bangkit bersiap siap aku terus keluar.

Tak sempat minum kopi pun. Sebenarnya masih cuak nak makan makanan manis. Semalam balik dari Pudong tu aku singgah reception hotel tu suruh dia orang translate pasal ubat tu. Nasib la OK. So aku start makan pain killer dan ubat sakit gigi. Sakit gigi tu kadang kadang datang jugak denyutnya tapi kira OK lagi.

Moga moga baik baik belaka.

Oh. Aku ingat balik semalam aku boleh la makan baki nasik goreng yang aku beli kelmarin. Tapi masa sampai hotel tengok bilik dah kena kemas, nasik tu dah kena buang.

Cis..

Berlapar la aku semalam. Nasib ada roti dan Maggie Cup perisa Tomyam.

Aku dah jemu makan maggie cup tu !!!!! Tapi tak pe, moga aku jumpa nasik di Beijing nanti.

Laluan subway ke Line 1.

Kalau waktu siang atau malam, area kat atas tu memang penuh orang. Dengan kedai kedai kecik tu semua di buka orang jual macam macam. Tapi sebab ni pukul 5.30 pagi, so masih sunyi.

Kalau nak naik subway awal pagi kena pastikan bila subway/line tu start beroperasi. 

Semalam aku dah siap siap tanya kat kaunter sebab takut kalau aku keluar awal subway masih belum operated. Nasib baik Line 1 start pukul 5.30 pagi dan Line 2 pukul 5.15 dah mula.

Naik subway dari Shanghai Railway Station dan tukar di People's Square dan terus ke Hangqiao Railway Station.

Dalam subway.... Susah nak dapat view view tak de orang ni.... tapi sebab ni awal pagi kot

Ni dah sampai Hangqiao Railway Station. Tu machine beli tiket, tak de orang. Tapi kalau foreigner tak boleh beli tiket ikut machine tu sebab kena tunjuk passport kat kaunter.

Pagi di Hangqiao Railway Station.....

Sampai sampai tu aku lepak hisap rokok jap.

Ada KFC dah bukak tapi tak berani nak makan. Aku dok lalu lalang depan tu tengok menu. Budak kaunter tu asyik pandang jer. Agaknya dia fikir apsal la mamat ni tak masuk masuk.

Customer tak ada !!!

Haaa..

Agak dah sampai time sebab train aku akan berlepas jam 7 pagi. First Hi Speed train dari Shanghai ke Beijing. Satu hari ada banyak kali jugak la train ni tapi biasanya FULL !!!

Aku memang nak ambik yang paling awal sebab aku tak nak rugi masa. Biar sampai awal at least aku boleh cover Beijing sikit petang ni. 

Baca ni. Biasanya Hi Speed train start dengan G dan nombor train. So tak susah nak refer.

Dah pastikan platform apa semua then masuk terus je ke platform yang di maksudkan. Waktu masih pukul 6.40 pagi. Ada masa lagi....

Tapi malas nak buang masa plus aku pun agak mengantuk. Masuk je terus dan dapat seat.

Oh. By the way. 

Sebenarnya tiket asal aku tempat duduknya C. So masa balik dari Suzhou hari tu, aku gatal gatal pegi tanya kaunter tu aku nak mintak tukar window Seat. 

Boleh jer. Cuma kena beratur sikit la. Tapi masa tu dah malam orang tak berapa ramai dah.

So aku dapat lah window seat. Boleh la melayan perasaan merawat luka sendiri.

Aku tinggalkan kota Shanghai dengan luka di hati. Bukan nak cakap aku tak suka Shanghai, tapi apa yang berlaku di Shanghai buat aku jadi tawar hati terus.



Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba pahami
Ku punya hati bukan tuk disakiti

Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

Cintaku lebih besar darinya
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia, bukan dia, tapi aku

Begitu burukkah ini
Hingga ku harus mengalah

Cintaku cintaku
Lebih besar dari benciku lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
Jangan dia jangan dia
Jangan dia jangan dia cukup aku

Jangan dia jangan dia cukup aku
Jangan dia
Memujuk hati sendiri dan berdoa moga kesedihan di Shanghai tidak berpanjangan. Harapnya bahagia akan tiba untuk leg Beijing dan seterusnya....

Moga Beijing menanti dengan seribu keriangan.

Sebelah aku sorang mamat ni. Kuat iman jugak la kot sebab dia dok pegang tasbih. Tak tau la apa kepercayaan dia tapi tasbih kat tangan dan tangan dia tak henti henti mengira.

Apa dia kira aku tak pasti. 

Tak tegur pun sebab muka pengganas. Agaknya dia pun tak tegur aku sebab alasan yang sama !!

Hahahaha.

Seawal train bergerak, terus mencanak ke 302 km/jam

Kelajuan maintain kat situ je. Tapi terasa agak laju jugak la dan smooth jer sepanjang jalan.

Aku just lepak lepak kat seat dan usha permandangan.....

Layan je lah...

Padang dan tanaman

Tanaman bertingkat tingkat. Macam lawa...

Kontang....

Padang hijau sayur sayuran

Musim sejuk dah tiba.....

Tanaman dah di tuai

Ni sayur sayur yang baru di tanam agaknya

Saujana mata memandang

Sungai

Dari Shanghai, train ni melalui beberapa bandar di China ni. Aku pun tak berapa nak track bandar apa. Tapi perasan la train berhenti di station station tertentu. Tapi berhenti pun kejap je. Ingat boleh la keluar hisap rokok ke apa tapi pompuan bersuara tu dah warning awal awal....

"Please dont go out. Smoking at train's platform is prohibited..... ."

Menyirap je aku dengar suara dia. Asal berhenti je ulang yang sama. Tapi standard la pengumuman dwi bahasa....

Tapi kena ikut arahan. Jangan buat buat main. Kang kalau kena tinggal nanti cemana???

Dalam train ada jugak orang jual jual. Ada awek awek tolak trolley. Apa dia jual aku tak pasti sebab aku tak usha. 

Aku ada bekalan sendiri so aku makan benda alah ni jer lah bagi mengisi perut.

Roti Gardenia..... plastik speedmart tetap !!

Ni tower kat bandar Nanjing

Bandar Nanjing

View sepanjang jalan....

Padang padang gersang

Hijau....

Akhirnya.. selepas 1318 kilometer diperjalanan melebihi jarak Johor Bahru ke Padang Besar dengan mengambil masa 5 jam maka aku pun sampai la di Bejing South Railway Station.

View Beijing South

Beijing South Railway Station

Hi Speed train

Beijing South Station

Turun turun train semua orang hisap rokok dulu kat platform... Haha termasuk la aku. 5 jam kurang nikotin dalam tubuh terasa sangat merengsakan...

Kakak ni memberi pose istimewa kepada semua pembaca blog Supermeng..

Welcome to Beijing !!!!

bersambung................

11 comments:

  1. Klau camtu x nk beli baju t shirt i love shangshai dh merajuk
    Hai kakak santek bila mau dtg msia, abg meng blogger d msia

    ReplyDelete
  2. supermeng.. nak tanya if ada contact kereta sewa di lombok.. tqs ya..

    ReplyDelete
  3. Aku bab x boleh blah bila ada announcement dlm bahasa cina mana aku paham apa dorang ckp...hahahaha

    Mcm masa aku kat guangzhou train station tgh tunggu ketapi ke nanning..ada announcement..aku rasa dia ckp sapa nak masuk awal lam ketapi boleh tp kena bayar...bila aku tanya semua geleng pala hahaha..last2 tunggu je la bila org ramai bangun aku pon ikut bangun hahaha...tunjuk tiket kat org lain dia angguk betol la tu...

    ReplyDelete
  4. JM : eh JM lak yang merajuk..

    boleh je nak pegi shanghai ni. menarik jugak. cuma kena berhati hati. kalau boleh jgn pegi sorang la. ajak kawan kawan ramai sikit.

    Mulan : try nombor ni +62 819 07113606

    good luck.

    HB : masuk awal kena bayar? cemana tu?? mcm mcm hal.

    cemana trip ko tu wey? menarik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok jek tp china!!! Adoiyaii..dh la kena tahan ngan imigresen dorang kat shenzhen dkat sejam setengah bila tanya kenapa..check passport cehh.. Dh tu gi english speaking counter haghammm...hahaha tp tmpt yg lain semua ok...cuma china la kena buat preparation cukup2 kalau nak gi..kalau x..seksa mental sbb masalah bahasa ni hahahaha..mcm aku aritu nak beli tix train ke hanoi abes dh tukar plan naik bas tp bila nak explain camne nak ke station bas adoiyaiiii...sakit jiwa kadang sbb masing2 x paham hahahaha...

      Delete
  5. HB : brp hari kau pegi ni? overland dari HK sampai Hanoi ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku gi hari yg sama MH370 hilang... Dh semua igt aku pon terlibat hehe.. Smlm aku baru balik..yup dari macau hk ke hanoi..

      Delete
  6. Shanghai memang keras....kena pi sekurang-kurangnya berdua..

    ReplyDelete
  7. HB : tu la nasib baik.

    tapi kalau kau ada dlm pesawat tu ntah ntah skrg kau tengah bersantai kat tahiti...

    haks...

    MKL : parah tu... nanti citer skit !

    ReplyDelete
  8. Thanks for info regarding scam..nama pun ca ya nun alip..memang perangai penipu..

    ReplyDelete