Pages

Saturday, March 15, 2014

10 - Berkelana Merentas Sempadan : Shanghai - Pudong | Shanghai At Night

SMS dari OR betul betul buat aku rasa OK sikit. 

At least. Mampu meneruskan langkah kaki untuk bergerak terus. Turun dari ferry tu sepatutnya aku nak jalan kaki ke Oriental Tower Shanghai tapi hujan pulak macam nak turun.

Ada bus Shanghai City Sightseeing kat terminal ferry tu. Tanpa fikir banyak. Aku tanya harga dia dalam CNY 30 dan aku boarded the bus.

Bas hop on hop off

Aku duduk belah yang open tu sebab hujan masih rintik rintik. Konon nak la snappy snappy bangunan kat Shanghai ni.

View dari atas bas. 3 tallest building in Shanghai

Oriental Tower Shanghai

Then sampai kat Oriental Tower Shanghai tu aku turun. Kalau jalan kaki dari terminal ferry adalah dalam 30 minit jugak kot. Naik bas ni kejap je. Tak sampai 10 minit.

Shanghai Ocean Aquarium. Entrance tiket dia agak mahal CNY 160

Time ni aku fikir malas nak masuk apa apa dah. Caps untuk perbelanjaan sehari dah tamat lepas kena conned CNY 500 tadi.

No more bersuka ria.

Sapa suruh kau tak berhati hati Meng?? Sapa????

* mati la marahkan diri sendiri. 

Itu adalah denda kepada diri sendiri sebab alpa, beta dan gamma di tempat orang !

Kedai kedai di sekitar kawasan

Bangunan

Ni harga tiket untuk naik Oriental Tower Shanghai.

Harga dia macam biasalah. Nak masuk compound bayar lain. Nak naik tower bayarannya lain. Dalam denda denda diri sendiri fikir jugak nak naik sebab dah sampai. Tapi tengok cuaca memang la tak best.

Last sekali aku decided tak nak naik lah. Kalau naik pun dengan cuaca macam ni mungkin tak nampak apa apa

Tak pe lah.

Bangunan pencakar langit di Pudong

Oriental Pearl Tower Shanghai

Oriental Pearl TV Tower ini terletak di Pudong park di Lujiazui Shanghai. Dibina seolah olah seperti ' twins dragons playing with pearls'

Setinggi 468 meter ( 1,536 kaki ) merupakan menara TV dan radio kedua tertinggi di China dan ke enam di dunia. Terdapat 3 sfera besar yang memiliki ruang 

Sfera yang paling besar tu merupakan observation deck. Kat atas sekali pun ada observation deck dengan lantai kaca, ada restaurant serta kedai kedai. 

Dari atas ni memang boleh nampak view Shanghai di Puxi dan Pudong sekali. Paling cun nak naik waktu senja sebab nampak senja over Shanghai. 

Selain daripada Oriental Pearl Tower ni, ada lagi bangunan lain yang boleh dinaiki dan tengok view arieal view Shanghai. Boleh try Jin Mao Tower atau Shanghai Financial Tower yang paling tinggi tu. 

Shanghai Financial Tower setinggi 101 tingkat dan observation deck dia adalah yang paling tinggi di dunia !! Nak naik tu kena CNY 150.  Boleh jugak kalau nak naik free dan feeling feeling muka mewah pegi ke Grand Hyatt Shanghai nanti dapat view free lah sebab lobby hotel tu kat tingkat atas bangunan tu sendiri.

Tapi aku tak berkesempatan nak naik pun. Sesapa yang ke Shanghai, kalau cuaca elok boleh la try.

Sebab tak naik, so aku bersiar siar dekat bulatan Lujiazui yang terkenal tu.

Nak naik atas bulatan tu boleh pakai escalator

Bulatan Lujiazui  ni di bina di atas bulatan jalanraya. Sebab jalanraya sibuk so atas ni dikhaskan untuk pedestrian. Agak besar jugak la dan view akan menarik sebab nampak 360 degree pencakar langit di Pudong ni.

Jom aku bawak pusing !


Oriental Pearl TV Tower dari atas Bulatan Lujiazui 

Bulatan Lujiazui Pedestrian Walk. Tapi laluan Lujiazui ni bukan setakat keliling ni je.. dia bersambung ke area area lain jugak sampai ke Shanghai Financial Tower sana nuh.

Ada Mall gempak kat situ boleh nampak dari atas bulatan. 

Ni bulatan yang belah bawah dengan jalanraya

Twin tower Shanghai yang merupakan International Financial Center. Tengah tengah tu mall. Macam KLCC lak

Aku pusing pusing area tu lebih kurang sebelum turun semula dan kembali ke tempat bas tadi. 

Since aku ada pass hop on hop off. Aku boleh je nak naik bas tu untuk jalan jalan keliling Shanghai. Ada laluan tertentu dan yang bestnya laluan dia boleh sampai ke Puxi jugak. Ada station yang bas ni berhenti dan kita boleh naik bas tu dan turun kat station station tu. Tiket valid untuk 24 jam. Tapi tiket aku valid untuk Route 1 dengan 2 je. Kalau Route 3 boleh sampai ke Shanghai Expo. Kat sana ada banyak jugak bangunan lawa lawa.

So kalau ada banyak masa dan nak melilau keliling Shanghai, boleh naik bas ni.

Plan aku adalah nak patah balik ke Puxi dan melawat tempat tempat yang aku tak sempat pegi tadi seperti Shanghai Museum dan sebagainya. Bas ni cover banyak jugak la tourist spot so agak mudah dan senang. Nanti aku boleh datang balik ke area Pudong ni sebab aku jugak ada One Day Pass Metro.

Mudah la nak bergerak.

Agak agak dah boring aku naik bas tu balik semula.

Atas bus Shanghai City Seeing

Malangnya masa atas bus tu hujan la pulak.

Mula mula tak lebat pastu lebat. Abis semua turun ke bawah. Apa pun tak nampak kat luar. Aku duduk sampai last station then tukar lagi bus lain sebab bus tu dah abis servis. 

Naik bas lain dan lalu ikut downtown Shanghai.

Sempat la nampak Shanghai Muzium dari atas bas jer.

Salah satu bangunan di Shanghai

Madam Tussaud Shanghai

Shanghai Department Store

Macam biasalah, kalau bas ke kenderaan masuk downtown mesti tersangkut sangkut sebab jem.

Sudahnya aku bosan dok dalam bas tu dan aku turun je waktu sampai kat East Nanjing Road. Saja nak usha tempat ni sekali lagi.

East Nanjing Road

East Nanjing Road

East Nanjing Road

East Nanjing Road

Macam biasa jugak la, kalau dah sampai kat tempat ni. Every 10 langkah je akan ada orang tegur.

"Hi Sir, where are you from? You wanna buy watch?"

Ha.. Kali ni memang aku tak bagi can la. Langsung aku tak nak layan. 

Pengalaman pahit siang tadi kena scammed takkan aku ambik mudah. Memang lepas ni aku tak akan bagi can punya.

Aku buat tak layan. Buat hal sendiri.

Ada satu part tu minah ni sungguh sungguh dok tanya aku dari mana. Aku malas nak layan. Dia ikut jugak.

"Fuck off. I said NO !!!"

Hah. Dont mess up with Italian celup okeh !!

* emo tahap tertinggi

Aku tengking dia. Terkejut jugak la dia. Aku sendiri pun terkejut.

Tapi tu la... aku memang tak nak buka sebarang peluang. Jangan bercakap dengan aku. Dont try to be nice whatsoever. They are just crapp !!!

Lepas tu abis jalan kat situ sekali lagi, aku naik subway semula dan patah balik ke Pudong untuk tengok banguaan bangunan tu pada waktu malam.

Nite view

Ni lah bangunan tertinggi di Shanghai. Tapi nanti akan di ambil alih oleh Shanghai Tower bila ianya siap pada 2015. Lampu dia bertukar tukar bila malam.

Layan jugak la tengok lampu di kawasan ni

Ini la bangunan paling menarik waktu malam di Shanghai

Close up sikit

Mutiara

Last shot.

Then hujan mula turun lagi. Lebat jugak la. So aku terpaksa berlari cari station Metro. Tak jauh pun. Dekat bawah Mc D di bulatan Lujiazui tu sendiri.

Ambik Line 2. Transfer kat People's Square.

Masa sampai kat Peopls Square nak transfer line tu, aku jalan balik kat kawasan yang memula aku sampai pagi tadi.

Sebab dah dekat, aku saja la keluar kat tempat tadi.

Tempat yang mula mula aku jumpa budak bertiga yang scam aku tu.

Aku siap duduk kat situ. The same spot dia suruh aku ambik gambar dia orang. Hisap rokok. Layan perasaan dan kenangkan nasib diri di perantauan...

Teringat jugak, sebelum aku travel kali ni macam biasa aku call Makcik Mona dan bagitau dia. Pesanan dia macam biasalah. Cuma satu tu jer..

"Jaga makan dan jaga solat"

Hmmmm

* tarik nafas dalam dalam.

Betul lah. Ada yang tak kena. Biasalah aku ni tak de la alim mana. Kadang kadang solat pun tunggang langgang especially bila travel ni. Ni Tuhan baru bagi sign sikit dah menggelabah lintang pukang....



Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala suka dan duka,
tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.

Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.

ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.

(AC Mizal)
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Diruang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema menanggung derita


Allah akhbar, Allah yang Maha Besar,
Mari memuji memuja,
Maha Kaya Berkuasa,
Ampunilah segala dosaku yang lalu

Allahhu ya hafizu nafsi waruhi bismillahi jibril
Fi amini bismillahi mikail
Fi shimali bismillahi izrafil
Fi a”mami bismillahi izrail

OR aku cakap bahana sebab banyak sangat tengok tetek kat Sex Museum tu. Hahahaha

bersambung................

6 comments:

  1. di shanghai haze juga kah? tak nampak cahaya matahari tu

    ReplyDelete
  2. Best East Nanjing Road..boleh berjalan berkilo-kilo meter...

    ReplyDelete
  3. Bangunam d sana semua mencakar langit dan lebih maju ke depan comparevto guilin tp org nya ya ampun

    Jm suka statement yg last tu naper x kongsi nk tgk jugsk!!!

    ReplyDelete
  4. Dede : yup.... shanghai ni one of the most polluted city in china..

    banyak sgt kilang2.. jerebu bermaharajalela.. tak de rezeki nak nampak clear .

    MKL : syurga utk kaki shopping.. dan bagus utk cuci mata..

    JM : shanghai ni dah modern teramat.. dah mcm singapore dah. guilin tu masih kampung lagi...

    statement last tu.. hahahaha. x leh.. too much info. kang ketumbit biji mata

    ReplyDelete
  5. Kesian ko kena scam. Mmg sakit ati bengong. Kami kena juga, very similar tactic, di beijing..

    ReplyDelete